Connect with us

Keluarga

Bagaimana Ajar Anak Degil Dengan Konsep Parenting Yang Berkesan & Betul? Ini 5 Cara Dari Dato’ Dr. Haji Mohd Fadzilah Kamsah

Published

on

ajar anak degil

Bagaimana Ajar Anak Degil Dengan Konsep Parenting Yang Berkesan & Betul? Ini 5 Cara Dari Dato’ Dr. Haji Mohd Fadzilah Kamsah

Mendidik anak adalah tanggungjawab mak ayah yang sangat berat daripada Allah SWT. Bahkan ia menjadi satu cabaran apabila zaman berganti zaman dan usia semakin meningkat sehingga menyukarkan mak ayah mengikut rentak yang berbeza dalam mendidik anak-anak. Apatah lagi untuk ajar anak degil yang merupakan Generasi Alpha (Gen-A) hari ini.

Apakah Generasi Alpha?

Generasi Alpha atau Gen-A merupakan gelaran yang diberikan oleh generasi yang lahir pada tahun 2010 ke atas. Mereka inilah yang hari ini sedang lahir dan membesar bersama-sama sentuhan gadget dan teknologi maju dunia. Maka tidak hairanlah generasi ini terlalu celik dengan telefon bimbit, ipad, komputer, playstation, internet, media sosial, dan sebagainya.

Jika dulu penggunaan teknologi pada kanak-kanak bukanlah menjadi keutamaan tetapi seiringnya waktu dan keadaan, untuk mendapat ilmu pelajaran di sekolah juga terpaksa menggunakan bantuan gadget bagi merapatkan jurang yang jauh antara pelajar dan guru.

ajar anak degil

Gajet rosakkan hubungan anak dan mak ayah?

Sejauh mana gajet menjadi punca rosaknya hubungan anak dan mak ayah? Ketua Kluster Kesihatan Kanak-kanak, Majlis Profesor Negara, Prof Dr Zabidi Azhar Mohd Hussin, berkata jika didedahkan terlalu awal dan dalam tempoh yang lama terhadap gajet, ia akan menjejaskan perkembangan kanak-kanak secara keseluruhan, bersesuaian dengan usia.

Bahkan ada satu kes membabitkan seorang bayi berusia 15 bulan yang sentiasa buat perangai dan menangis setiap kali di rumah atau bangun dari tidur atau ketika makan kerana mahukan gajet. Terlalu asyik dengan gajet untuk menonton video dan bermain permainan video.

Anak-anak yang terlalu menggunakan gajet tanpa bimbingan mak ayah sememangnya akan mengakibatkan masalah komunikasi dan sosial bersama orang lain. Namun, penggunaan yang bertujuan baik untuk menambah ilmu dan informasi maka ianya boleh mengembangkan kemahiran dan pengetahuan mereka.

“Jangan ajar anak jadi derhaka”

ajar anak degil

Dari satu perkongsian oleh Pakar Motivasi Malaysia yang terkenal, Dato’ Dr. Haji Mohd Fadzilah Kamsah di laman akaun Tik Tok @exceldmfktv ada menyentuh soal bagaiamana untuk ajar anak degil sama ada anak lelaki atau perempuan dengan cara terbaik dan berkesan.

Selalunya kita dengar perkataan derhaka ini adalah satu perbuatan dosa yang amat besar seorang anak kepada mak ayahnya. Namun tanpa kita sedar, perbuatan anak sejak kecil yang sukar untuk dibentuk, tidak menghormati orang tua, dan tidak mendengar arahan atau kata merupakan antara faktor yang akan menjurus kepada bentuk derhaka yang lebih teruk lagi.

Bila mak ayah panggil anak sampai dua, tiga atau empat kali tetapi tidak juga datang untuk melakukan sesuatu sebenarnya itu telah mendidik anak untuk derhaka. Bila kita cakap dengan anak, boleh pula dia buat layan tak layan. Sampai berulang kali kita menyahut namanya lalu dia memberontak, ini masalah yang perlu diambil serius kerana walau bagaimanapun mak ayah tetap ketua dalam sebuah keluarga.

Teknik ajar anak degil tips Dr. Fadzilah Kamsah

ajar anak degil

Untuk pengetahuan anda ajar anak degil atau tidak memerlukan cara yang berbeza bagi anak lelaki dan perempuan. Apabila bercakap dengan anak lelaki, disarankan untuk bercakap secara “direct” di telinganya dan tidak berkias-kias dengan ayat yang sukar difahami. Pastikan ayat yang digunakan tidak lebih dari 3 ayat. Lumrah, lelaki tidak mudah faham apabila wanita menggunakan bahasa kiasan tidak kiralah ia ucapan dari seorang ibu, isteri atau kekasih.

Kita perlu pegang anak lelaki itu dengan dekat dan bertentangan jaraknya dengan kita. Pastikan ketinggian diselaraskan sama, barulah suara akan menjadi “bass” dan selesa  didengar untuk telinga mereka agar mudah mencerap, dan menerima. Selepas memberi pesanan, mak ayah jangan lupa untuk peluk dan usap belakang kepala anak lelaki itu.

Berbeza dengan anak perempuan, ketika mak ayah bercakap dengan mereka perlu memandang tepat pada matanya. Pastikan mata kita berkedudukan 180 darjah dengan anak matanya. Cara ini akan menunjukkan bahawa kita sedang memberikan perhatian penuh kepadanya. Lumrah, perempuan memang lebih tersentuh dengan perhatian oleh seseorang apatah lagi individu yang bermakna buat mereka. Setelah selesai, peluk dan usaplah dibahagian belakang kepala anak kerana di situ terletakya “soft spot” untuk anak-anak mudah mendengar kata.

Doa untuk melembutkan hati anak yang degil

اَللّٰهُ لَطِيْفٌۢ بِعِبَادِهٖ يَرْزُقُ مَنْ يَّشَاۤءُ ۚوَهُوَ الْقَوِيُّ الْعَزِيْزُ ࣖ

Maksudnya: “Allah Maha lembut terhadap hamba-hamba Nya; Dia memberi rezeki kepada siapa yang Dia kehendaki dan Dia Maha kuat, Maha perkasa.” – (Surah Asy-Syura, ayat 19)

Baca doa ini sebanyak 19 kali pada air dan minta untuk anak meminumnya. Atau boleh juga dibaca ketika anak mahu tidur. Semoga dengan izin Allah SWT anak yang degil boleh berubah menjadi baik.

Didik anak memang tidak mudah tetapi kita sebagai mak ayah perlu pilih cara didikan yng betul dan baik agar kita tidak melatih anak menjadi derhaka tanpa disedari.

Sumber: Tik Tok @exceldmfktv

Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Keluarga

“Dah la Pandai Hafal Quran, Fasih Cakap Jepun Pula” Cantik Pula Masyallah – Ramai Kagum Kisah Aina Afiqah Raih 10A SPM

Published

on

Dah la Pandai Hafal Quran Fasih Cakap Jepun Pula Cantik Pula Masyallah – Ramai Kagum Kisah Aina Afiqah Raih 10A SPM

“Dah la Pandai Hafal Quran, Fasih Cakap Jepun Pula” Cantik Pula Masyallah – Ramai Kagum Kisah Aina Afiqah Raih 10A SPM

Nama seorang pelajar bernama Aina Afiqah binti Sahipol Nizam tiba-tiba jadi perhatian ramai sejak beberapa hari lalu. Bukan setakat kerana dia meraih keputusan 10A dalam SPM 2024, tapi kisah latar belakangnya yang cukup luar biasa buat ramai rasa kagum dan tersentuh.

Di sebalik wajah manis Aina, tersimpan kisah disiplin dan perjuangan yang tidak ramai tahu. Aina bukan saja cemerlang dalam akademik, malah berjaya menghafaz 30 juzuk al-Quran, selain dinobatkan sebagai Tokoh Sahsiah Terpuji Banat 2024 di institusi pengajiannya, MATIS Madinatul Huffaz.

Namun apa yang lebih mengejutkan, Aina juga mampu bertutur fasih dalam bahasa Jepun.

 Aina Afiqah

Kacukan Malaysia-Jepun, tapi dididik dengan nilai Islam sejak kecil

Aina merupakan anak kacukan Malaysia dan Jepun. Ibunya berasal dari Jepun manakala ayahnya rakyat Malaysia. Sejak kecil, dia dibesarkan dalam suasana yang penuh disiplin dan nilai agama. Bahasa Jepun menjadi bahasa harian di rumah, membuatkan Aina membesar dengan tiga bahasa — Melayu, Inggeris dan Jepun.

Di sebalik latar belakang antarabangsa itu, kedua ibu bapa Aina tetap menitikberatkan pendidikan agama dan akhlak. Maka tak hairanlah bila Aina berjaya menjadi hafizah dalam usia muda.

komen ffgg

@tahfizmadinatulhuffaz 10A ✅ Hafizah ✅ Tokoh Sahsiah ✅ Cakap Jepun ✅ Macam checklist superhero 🤭 Siapa kata pelajar tahfiz tak boleh all-rounder? #MadinatulHuffaz #maahadtahfizgombak #maahadtahfizkl #fasttrackspm #spm2024 ♬ original sound – MATIS Madinatul Huffaz

Bapa gembira ketika dapat tahu keputusan SPM

Sebuah video yang dimuat naik oleh pihak sekolah menampakkan detik penuh emosi apabila bapa Aina dilihat memberi ucapan dalam bahasa jepun  tanda syukur sambil tersenyum bergurau dgn anaknya. Ramai yang menyifatkan momen itu sebagai detik paling menyentuh hati sepanjang video tular berkenaan.

Rata-rata netizen membanjiri ruangan komen dengan ucapan tahniah dan kata-kata semangat buat Aina dan keluarganya.

Antara komen yang mencuri perhatian ialah apabila ramai mengakui tidak menyangka seorang pelajar tahfiz mampu mendapat keputusan akademik secemerlang itu.

Netizen teruja Aina boleh bercakap Jepun

Dalam satu lagi video lain yang turut tular, Aina dilihat bercakap dalam bahasa Jepun dengan lancar dan yakin. Ramai yang terkejut dan menyangka dia merupakan pelajar dari Jepun.

Namun apabila didengar betul-betul, ada yang berseloroh mengatakan sebutan Jepun Aina ada sedikit loghat Kelantan. Lucu tetapi mencairkan hati netizen yang terus menyokong gadis ini untuk terus ke hadapan.

 Aina Afiqah

Bukan biasa-biasa, tapi inspirasi generasi muda

Dalam dunia yang penuh cabaran hari ini, kisah seperti Aina Afiqah membawa sinar harapan buat ibu bapa, guru-guru dan masyarakat. Dia membuktikan bahawa pelajar tahfiz bukan hanya hebat dalam agama, tetapi juga mampu mencipta kecemerlangan dalam bidang akademik dan bahasa.

Ramai yang berharap Aina terus menggunakan kelebihan yang ada untuk berdakwah di peringkat antarabangsa, terutamanya kepada masyarakat Jepun yang semakin terbuka terhadap Islam.

@yayasanannabawi Replying to @AsyrafPais ini kisah dia. Patut lancar je bahasa jepun dia kan 😂. Semoga kisah adik afiqah boleh beri inspirasi kepada semua. #yayasanannabawi #matanshahalam #japanesegirl #inspirasiramadan ♬ Aesthetic – Tollan Kim

Siapa sebenarnya Aina Afiqah?

  • Pelajar lepasan SPM 2024 dengan keputusan 10A

  • Hafizah 30 juzuk al-Quran

  • Tokoh Sahsiah Terpuji Banat 2024

  • Fasih dalam bahasa Melayu, Inggeris dan Jepun

  • Berasal dari keluarga kacukan Malaysia-Jepun

Kejayaan Aina Afiqah bukan sekadar pencapaian peribadi, tetapi simbol bahawa gabungan ilmu dunia dan akhirat boleh melahirkan generasi muda luar biasa. Ia juga menjadi inspirasi kepada pelajar-pelajar lain bahawa segala impian boleh dicapai dengan disiplin, usaha dan doa yang berterusan.

Semoga kisah ini membuka mata lebih ramai pihak tentang potensi anak-anak Malaysia hari ini. Tak mustahil satu hari nanti Aina akan jadi suara penting yang membawa nama Islam dan negara ke persada dunia.

Sumber: MATIS Madinatul HuffazSumber:  

Continue Reading

Keluarga

Anak Rita Rudaini mencapai keputusan cemerlang dengan straight A sebagai hadiah ulang tahun untuk ibunya.

Published

on

rita rudaini anak sulung al quran 750x441 1

Anak Rita Rudaini mencapai keputusan cemerlang dengan straight A sebagai hadiah ulang tahun untuk ibunya.

rita rudaini

Rita Rudaini berkongsi berita gembira tentang anak sulungnya, Airit Rayyan Rizqin, 15, yang mencapai keputusan cemerlang dalam peperiksaan. Dalam entri Instagram, Rita berterima kasih kepada Allah kerana Ryan berjaya kekal dalam Top 10 batch student, kali ini di MRSM Sungai Besar.

“Alhamdulillah, syukur pada Allah, tahun ni Ryan Top 10 batch student lagi, tapi kali ni dekat MRSM Sungai Besar pula. Tahniah, ibu akan pastikan anak-anak ibu cemerlang dalam akhlak dan pendidikan. Doa ibu selalu bersama anak-anak,” tulisnya.

rita rudaini

Pencapaian Ryan turut mendapat perhatian rakan-rakan artis yang mengucapkan tahniah kepada Rita dan Ryan. Rita, yang sebelum ini berkahwin dengan bintang bola kebangsaan, Aidil Zafuan pada 2008, kini fokus untuk memastikan anak-anaknya cemerlang dalam segala aspek kehidupan.

Continue Reading

Keluarga

Masitah Kita cabut mata dia! Kita cabut penglihatan dia kita tengok dia masih lagi tak, boleh as positive as she is Masitah’

Published

on

Masitah Kita cabut mata dia Kita cabut penglihatan dia kita tengok dia masih lagi tak boleh as positive as she is Masitah

Kita cabut mata dia! Kita cabut penglihatan dia kita tengok dia masih lagi tak, boleh as positive as she is Masitah’

Masitah : “I wanted to prove, not to anybody else but to God that I am so thankful for whatever He gave me or whatever He takes from me, I will be Insha-Allah the best version of Masitah”

Itulah ucapan penuh dari kata-kata Masitah Mohd Afandy, 32, merupakan Ketua Pegawai Eksekutif NM Aircond Sdn. Bhd. yang telah diduga menjadi seorang berkelainan upaya iaitu buta oleh kerana telah terlibat dalam kemalangan pada 21 Mac 2023 di Lebuhraya PLUS Ayer Keroh, Arah, Selatan ketika perjalanan pulang ke Johor selepas selesai memberi perkongsian orientasi bagi pelajar-pelajar di akhir semester di Kolej Komuniti Sabak Bernam.

Masitah

Akibat daripada kemalangan tersebut, Masitah atau lebih mesra dipanggil Mashy berkata kepala dibahagian sebelah kanan beliau retak dan muka disebelah kanan pecah menyebabkan rumah mata juga pecah punca penglihatannya rosak atau buta.
Disamping itu, kaki kanan beliau juga patah dan masih dalam proses pemulihan di mana perlukan masa dalam 5 bulan untuk beliau mula berjalan.

“Dan saya janji Insha-Allah diberi rezeki tidak mempunyai penglihatan tidak akan mengurangkan level of manfaat yang saya akan berikan kepada lebih ramai orang dan saya berjanji juga, Insha-Allah saya akan keep on inspiring other people sebab saya nak jadi seperti mana yang Rasulullah SAW cakap “Sebaik-baik manusia adalah manusia yang memberi manfaat.” katanya.

Masitah

Kecacatan yang menimpa diri Masitah itu mendorong dirinya menjadi seorang yang sangat positif dan memberikan motivasi kepada orang ramai selepas rakaman diaplikasi TikToknya meraih banyak pujian baru-baru ini. Hal ini menyedarkan orang ramai agar sentiasa redha dan terus bersyukur sekaligus memberikan kekuatan kepada seseorang dalam setiap ujian yang menimpa kerana Allah sayangkan hamba-Nya dan pasti ia merupakan satu nikmat yang mana tak semua orang dapat merasainya.

Dalam perkongsian video itu, menunjukkan sikapnya seorang yang ceria dan bersemangat menceritakan perkembangan dirinya selepas dari kemalangan membuat orang ramai tertanya-tanya bagaimana beliau boleh menjadi seorang yang positif dan redha dengan ujiannya.

Mengupas dengan lebih mendalam mengenainya, Masitah mengucap rasa syukur dengan orang disekelilingnya yang memberikan impak positif dan gembira dalam dirinya membuatkan dia lebih tabah dan terus kuat menerimanya.

“Apa yang saya boleh share menjadi seorang yang buta menariknya adalah saya tidak lagi takut gelap dan apabila kita tidak nampak kita kurang judges orang dan saya berharap dan bertanya kepada Allah, Allah adakah kerana ujian penglihatan ni saya dapat masuk syurga? Kalau ye, then saya redha. Alhamdulillah” katanya.

325427826 899249457869214 6671924032628284640 n

Beliau melihat ujian ini sebagai satu lagi tahap dalam permainan yang telah disusun oleh Allah kepadanya supaya terus lebih cekal dan memberi inspirasi terhadap orang-orang yang sedang berusaha untuk terus redha dalam setiap ujian yang diberi.

Antara sumber positif beliau adalah suaminya sendiri yang mana banyak membantunya dari perspektif berbeza. Ketika baru kemalangan dan mengetahui seorang pekerjanya meninggal dunia akibat kemalangan itu beliau ada beritahu kepada suaminya bahawa Allah lebih sayangkan pekerja, Mok atau nama sebenar Muhammad Quzaimie Izzaudin bin Mahmod dan disebabkan itulah Allah ambil dia.

Namun dalam hati beliau ada terdetik, mungkin Allah tak sayangkannya itu sebab Allah tidak mengambilnya, namun belum sempat beliau merasa sedih suaminya terus menguatkan katanya memang betul Allah sayangkan Mok namun Allah sayangkan beliau dengan cara berbeza dan ia menjadi sumber positif kepada beliau sehingga hari ini.

Seterusnya adalah mentornya, Datuk Wira Dr Azizan Osman, ketika di unit rawatan rapi (ICU) mentornya ada berhubung dengan beliau dan maklumkan Allah masih ada tugas lagi nak beri kepadanya dan beliau rasakan pasti ada benda besar yang Allah akan beri pada masa akan datang.

“Benda yang paling saya rindu pun mungkin sebab kini tidak lagi dapat menatap muka suami, ibu dan juga pekerja saya. Bila rindu itu datang nak tengok muka mereka, itu sahaja yang buatkan saya sedih. Tapi selalunya muka mereka akan muncul dalam mimpi, jadi saya akan gembira balik dan dapat lepaskan rindu menatap wajah mereka,” katanya.
Walau bagaimana, perasaan sedih itu akan ada cuma Masitah tidak membuat kesedihan itu sebagai satu perkara yang boleh membuat beliau tersungkur dan terus berpanjangan. “Proses penyembuhan mengambil masa” akuinya lagi.

Lain daripada itu, beliau menasihatkan agar orang ramai jangan rasa ujian dalam kehidupan ini adalah satu pengakhiran malah ianya adalah satu permulaan dalam kehidupan kita. Dengan itu, beliau melihat perspektif ujian ini adalah gurauan di mana Allah sedang bergurau dengan orang yang dia sayang sebab itu lah dengan ujian ini dia dapat merapatkan kita dengan-Nya.

“Kalau kita sentiasa mencari hikmah atau mencipta hikmah dalam perspektif positif, Insha-Allah kita akan lebih kuat menghadapi kehidupan serta bersyukur atas segala nikmat diberikan.

“Sebab kadang-kadang apa kita rasa itu seronok namun ia bukanlah terbaik untuk kita namun yang kita tidak suka itulah sebenarnya yang terbaik,” ungkapnya lagi.

 

 

 

Continue Reading

Trending