10 Resepi Ayam Berkuah Hidangan Menarik Ditengah hari

10 Resepi Ayam Berkuah Hidangan Menarik Ditengah hari

Bukan mudah untuk menjadi suri rumah mahupun menjadi tukang masak di dapur. Setiap kali memasuki dapur pasti buntu memikirkan resepi lauk pauk yang hendak di masak setiap hari. Bila ulang menu yang sama, Encik suami pasti jemu. Oleh itu majalah ilmu cuba kongsikan koleksi resepi lauk pauk sedap dan mudah disediakan. Sesuai untuk hidangan makan tengahhari keluarga tercinta semasa Perentah Kawalan Pergerakan ini. Jom Cuba.

Resepi Ayam masak Ujang Resepi asal dr Alyn Yuslyn

Resipi :

  • Bahan tumbuk
  • Cili padi
  • Bawang besar sebelah
  • Halia
  • Bawang putih
  • Belacan skit (sy x letak)

Bahan lain

  • Ayam bhgian isi potong kecik2..goreng sekejap ye..bg masak ayamnye
  • Hiris bawang besar sebelah lagi,
  • Hiris cili padi
  • Ketok bawang putih seulas
  • Sos tiram
  • Sayur kacang panjang agak2 jew (sy ltk carrot sekali)
  • Air skit bg kuah

Cara-Cara: 

  • Tumis bahan tumbuk hingga pecah minyak..masukkan bawang hiris dan bawang putih.
  • Dah layu masukkn ayam,sos tiram,kacau letak air sikit kacau.
  • Dah pekat masukkn kacang panjang dan cili hijau dan masak kejap tutup api.
  • siap dihidang.

Resepi Ayam Masak Kicap

Ayam masak kicap bukan semata mata tuang kicap je. bahan2 lain jugak main peranan utk dapatkan rasa yg sedap.

BAHAN-BAHAN :

  • 1/2 ekor ayam gaul dgn garam n kunyit (goreng)
  • 1 biji Bwg merah (hiris)
  • 2 ulas Bwg putih (ketuk)
  • Halia (hiris)
  • tumbuk @ blend 1 bwg merah, 1 biji bwg putih & halia..
  • 1 senduk cili kisar
  • 1 sudu rempah kari daging (optional)
  • 2 sudu sos cili
  • 1 sudu sos tiram
  • 2 sudu sos abc
  • 1 sudu kicap pekat
  • 4 sudu kicap lemak manis
  • 1/2 cwn air (if nk berkuah letak lebih skit)\
  • 1 btg Kayu manis
  • 2 Bunga cengkih
  • 1 bunga lawang
  • 1 btg serai (ketuk)
  • Bwg besar potong bulat
  • Ubi kentang (goreng dulu)
  • Cili padi
  • Daun sup & daun bwg

CARA-CARA :

  • Tumis bawang merah, bawang putih, halia & serai hingga kekuningan.
  • Masukkan bawang dan halia yang ditumbuk hingga bau wangi.
  • Masuk cili kisar dan rempah. Masak hingga pecah mnyak.
  • Masukkan sos cili, sos tiram, kicap abc, kicap pekat dan kicap lemak manis.
  • Kacau2 (boleh masukkan bawang besar potong bulat.
  • Masukkan ayam goreng dan gaul sebati.
  • Nampak pekat sgt masukkan air dah masak, kemudian tabur cili padi dengan daun sup dan daun bawang.
  • Tak perlu letak bahan perasa sebab kicap-kicap dan sos dah cukup manis dan masin.

Kredit : Mami Mirza

Ayam Masak Tomato

Bahan-bahan

  • 1 biji bawang besar(belah 6)*goreng
  • 1 biji bwg bsr,
  • 3 ulas bwg putih,
  • 1/2 inci halia,
  • 10 tgkai cili kering yang direbus dulu(kisar)
  • 6 sudu besar sos cili
  • 3 sudu besar sos tomato& 2 sudu sos tiram
  • 1 biji tomato(belah 6)
  • 1 ekor ayam(potong 12)
  • Daun sup(di racik)
  • Garam, gula & perasa

Cara-cara

  1. Goreng ayam (muda-separuh garing). angkat,tos& asingkan. Goreng pula bawang yang dibelah 6 hingga garing. Angkat dan satukan bersama ayam tadi.
  2. Keluarkan sedikit minyak dari gorengan tadi,tumis bahan-bahan yang dikisar sehingga betul-betul garing cili.
  3. Kemudian masukkan sos tiram,sos cili dan sos tomato bersama separuh cawan kecil air. Biar mendidih, tambah garam, perasa & gula.
  4. Masukkan ayam bersama tomato dan bawang yang digoreng tadi, Gaul sebati dan tabur daun sup. Gaul lagi daun sup biar wangi.

Resepi ayam masak merah

Ayam dilumur kunyit dan garam. Goreng separuh masak.

Bahan2 dikisar

  • Bawang
  • Garlic
  • Halia
  • Cili kering yg dh direbus

Bahan utk ditumis

  • Rempah 3 sekawan
  • Serai diketuk
  • Daun pandan
  • Bahan yg telah dikisar
  • Sos cili
  • Sedikit pes tomato
  • Garam n gula
  • Minyak

Tumis je mcm biasa sampai pecah minyak. Pastu masukkan ayam yg dh digoreng. Siap!

Kredit: Amirah Md Esa

Ayam Masak Butter

Bahan bahan:

  • 2 keping ayam thighs (boneless) – potong kecil
  • 2 sb butter
  • 1 sb cili merah – cincang
  • 2 chili padi – cincang
  • 1 pelepah daun kari
  • Beberapa keping cheese
  • 230 ml susu cair – ikut kepekatan disukai
  • Secubit serbuk perasa ayam Knorr – opsyenal
  • Garam
  • Serbuk lada hitam

Bahan perap:

  • 1 sk garam
  • 1/2 sb sugar
  • 2 sk serbuk kari
  • 1 sb tepung gandum
  • 1 telur

Cara cara:

  • Perap ayam dengan bahan perap selama 1 jam. Masak ayam sehingga kekuningan di dalam non stick pan. Angkat dan ketepikan.
  • Panaskan kuali dengan butter. Tumis chili dan daun kari sehingga wangi. Masukkan susu cair dan masak sehingga mendidih. Masukkan pula cheese.
  • Masukkan Knorr chicken powder, serbuk lada hitam, garam dan gula secukup rasa.
  • Masukkan ayam tadi dan masak seketika kerana tepung yang ditabur pada ayam akan memekatkan kuahnya, Jika terlebih pedas, tambahkan sedikit gula.
  • Butter Chicken Yang Sangat Sedap.

Resepi Ayam Masak Thai

Bahan A

  • 10 ketul bahagian ayam digoreng
  • 1 biji bawang besar/holland (potong bulat)
  • 2 batang serai dititik
  • Daun limau purut
  • Garam secukupnya
  • 2 sudu sos tiram
  • 2 sudu sos cili
  • Sedikit air
  • Minyak

Bahan B (bahan kisar)

  • 3 ulas bawang merah
  • 5 ulas bawang putih
  • 5 biji cili merah
  • 3 biji cili hijau
  • 2 biji cili api

Cara memasak

Tumis serai yg dititik sampai naik bau.. Kemudian masukkan hirisan bawang dgn daun limau purut.. Tumis sampai garing.. Dah garing masukkan bahan yg dh diblend kemudian masukkan sos tiram,sos cili,air last sekali masukkan ayam & perasa ikut sesedap rasa.. Siap.

Selamat mencuba.

Resepi Ayam Kari Hijau

Bahan-Bahan

  • 1/2 ekor ayam (potong kecil)
  • 4 ulas bawang merah (blend)
  • 2 ulas bawang putih)
  • 1/2 labu bawang besar (blend)
  • 1 cm halia (blend)
  • 2 hiris lengkuas (blend)
  • 1 cm kunyit (blend)
  • 1 pokok daun ketumbar-ambil akar sekali cuci bersih2 (blend) tinggal sedikit untuk hiasan
  • 1 sudu kecil serbuk ketumbar (blend)
  • 1/2 sudu kecil jintan manis (blend)
  • sedikit daun pudina (blend)
  • 3 biji cili hijau (blend)
  • 5 biji cili padi (blend) Nak pedas boleh tambah
  • 1 cawan santan pekat
  • 1 biji tomato (belah empat)
  • 1 biji limau nipis (Ambil jus)
  • 2 asam keping
  • 2 helai daun limau purut (Siat-siat)
  • Air
  • Garam, gula/perasa
  • Minyak

Cara-Cara

  • Panaskan sedikit minyak,tumis bahan2 kisar hingga garing dan terbit minyak.Masukkan ayam dan asam keping gaul dengan bahan tumisan hingga ayam kecut.
  • Masukkan air (Sama paras dengan ayam), garam dan gula/perasa.Biarkan mendidih dan ayam agak empuk.
  • Masukkan santan pekat, daun limau purut.Renehkan hingga ayam betul2 masak dan kuah pekat.
  • Bila ayam dah empuk,sesuaikan rasa.Tambah garam dan gula/perasa dan jus limau nipis.Masukkan hirisan tomato dan taburkan daun ketumbar.Tutup api.Sedia dihidang.

Masak Asam Pedas Ayam Oleh: Azie Kitchen

Bahan-bahan

  • 1 ekor ayam (dipotong kecil)
  • 1 batang serai (dititik)
  • Daun kesum
  • Sekuntum bunga kantan (dibelah 5)
  • Air asam jawa (50gm asam jawa + secawan air)
  • 3 cawan air
  • Sedikit lada hitam – tumbuk kasar
  • Garam secukup rasa
  • Minyak untuk menumis

Bahan kisar

  • 35 tangkai cili kering (gunting, rendam dan toskan)
  • 7 ulas bawang merah
  • 5 ulas bawang putih
  • 1 inci kunyit
  • 1 inci halia
  • Sebesar saiz ibu jari belacan

Cara-cara

  • Panaskan minyak. Tumis bahan-bahan yang dikisar bersama serai sehingga garing.
  • Masukkan ayam, bunga kantan, daun kesum. Gaul sebati dan tutup kuali sehingga ayam agak mengecut.
  • Masukkan air asam jawa dan gaul sebati. Masukkan pula garam dan lada hitam. Gaul sebati.
  • Tambahkan air secukupnya.
  • Akhir sekali, tutup kuali dan tunggu sehingga ayam empuk serta mendapat kepekatan kuah asam pedas yang ideal.
  • Boleh lah diangkat dan dihidangkan dengan nasi putih atau dicicah sahaja dengan roti putih.

Resepi Ayam Masak Sambal Hijau

Bahan A

  • 6 ketul ayam
  • 2 batang serai (diketuk)
  • 1 labu bawang besar (hiris kasar)
  • 2 biji limau kasturi
  • Minyak masak
  • Serbuk kunyit
  • Garam secukupnya

Bahan B (bahan kisar)

  • 7 biji cili hijau
  • 7 biji cili api hijau
  • 5 ulas bawang merah
  • 1 biji bawang besar
  • 3 ulas bawang putih
  • 1 inci halia

Cara memasak:

  1. Gaulkan ayam dengan kunyit dan sedikit garam. Goreng hingga masak atau separuh masak.
  2. Tumis bahan kisar dan serai yang dititik sehingga wangi dan pecah minyak. Pastikan bahan kisar ditumis hingga betul- betul masak untuk elakkan rasa maung cili dan sakit perut.
  3. Kalau nak berkuah, tambahkan sedikit air. Masukkan ayam dan perasakan dengan garam. Kacau rata dan tunggu sampai kuah sedikit kering.
  4. Masukkan bawang besar dan kacau rata. Kalau pedas sangat bolehlah tambah sedikit gula ya! Bila bawang dah layu, perahkan limau kasturi dan bolehlah padamkan api.

Kredit: bellajamal

Ayam Masak Lemak Cili Padi Versi Chef Oleh: Azie Kitchen

Bahan bahan:

  • 1 ekor ayam
  • 1 1/2 kotak santan kotak
  • 2 sudu kecil garam atau secukup rasa
  • 1 1/2 keping asam keping
  • 2 batang serai – ketuk
  • Sedikit serbuk perasa

Bahan kisar:

  • Segenggam cili padi – Jangan dibuang tangkai
  • 2 inci kunyit hidup
  • 3 ulas bawang merah
  • 2 ulas bawang putih
  • 1/2 inci halia – guna sikit sahaja

Cara cara:

  • Masukkan bahan kisar ke dalam kuali bersama ayam. Nyalakan api perlahan dan biarkan ayam kecut dan masak bersama dengan bahan kisar tadi. Ketika ini, air ayam akan terhasil. Nota: Chef tumis bahan kisar sehingga wangi.
  • Kemudian masukkan santan dan air secukupnya, serai dan kacau rata sehingga mendidih. Masukkan asam keping, garam dan serbuk perasa. Setelah sesuai rasa dan kuah dah cantik, bolehlah tutup api.

Nota: Boleh juga menggunakan daging dan diletak ubi kentang untuk resepi ini.

Resepi Ayam Masak Kurma.

Bahan-Bahan:

  • 1 kg ayam
  • 4 sudu besar rempah kurma ayam
  • rempah tumis (kulit kayu manis, buah pelaga, bunga lawang)
  • 2 cawan santan pekat
  • 2 biji tomato (dipotong 4)
  • 2 biji kentang
  • 1 biji lobak merah (didadu besar)
  • sedikir air asam jawa

Bahan untuk dikisar:

  • 5 ulas bawang putih*
  • 5 ulas bawan merah*
  • 2 cm halia*

Cara Penyediaan:

  1. Panaskan minyak.
  2. Masukkan bahan kisar, rempah tumis dan rempah kurma ayam, kacau sehingga pecah minyak.
  3. Masukkan ayam kacau sebati dan biar masak seketika.
  4. Masukkan kentang dan lobak merah serta sedikit asam jawa.
  5. Apabila kentang & lobak merah sudah empuk, masukan santan.
  6. Kacau sebati dan biarkan mendidih.
  7. Masukkan tomato, garam & gula secukup rasa.
  8. Selamat Mencuba.

Majalahilmu: Ketelitian seorang wanita dalam memberikan hidangan yang memanjakan lidah suaminya dan keluarga, memang tidak hanya berhasil memikat kasih sayang dan perhatiannya, namun juga terbukti berjaya menghidangkan kebahagiaan untuk rumah tangga mereka. Semoga para suri rumah memperolehi ganjaran dari Allah SWT. Amin.

Jangan suka kan artikal ini jangan lupa share dan like artikal ini dan Page Facebook Majalah ilmu.

 

 

 

 

 

 

 

Artikal Popular

About majalahilmu 551 Articles
Seorang yang suka membaca bahan bacaan dalam bidang sejarah dan motivasi

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*