Kisah
Pulangan bersih untuk jualan air balang Mi mencecah RM60,000 selama lebih 3 minggu dalam bulan puasa lalu
Pulangan bersih untuk jualan air balang Mi mencecah RM60,000 selama lebih 3 minggu dalam bulan puasa lalu
Mi taknak cerita maca mana resepi air yg Mi jual tu. Yang tu boleh tengok live yg Mi duk buat air tu. Posting ni Mi nak jawab beberapa persoalan/isu yg tercetus.
Selama 3 minggu dalam bulan puasa lalu, pulangan bersih untuk jualan air balang Mi mencecah RM60,000
1) “Takpelah Syahmi dah ada nama, senang lah nak jual apa-apa. Jual air kosong pun ada orang beli”
– Mi rasa tak juga.. Sebelum ni Mi pernah 2 kali jual baju, rugi.. Jual santan pun tak jadi, rugi juga. Pernah bersama dgn isteri Mi jual foundation, pun tak jadi.
2) “Kesian dekat peniaga lain, orang tak pergi beli. Orang pergi beli kedai Syahmi”
– Kalau mcm tu, Shopee pun Mi kena tutup jgk sbb alasan tu. Youtube pun Mi dh tak boleh buat sbb “kesian dekat Youtuber baru, takde org nak tgk”.
Dan kalau Mi tutup kedai Mi sebab alasan di atas, siapa pula yg nak kesiankan pekerja Mi dah takde kerja dan gaji?
Alhamdulillah, Mi dapat bagi kerja dan gaji kepada 23 orang pekerja air balang Mi bulan puasa lalu. Diorang terdiri dari anak beranak Mi dan orang kampung Mi..
3) “Apa amalan Mi murah rezeki macam ni?”
– Pertama sekali, Mi tidaklah sebaik apa yg orang sangkakan.. Takde beza dengan pemuda di luar sana malah mungkin mereka jauh lebih baik.. Tapi boleh lah Mi nak bagi tips sikit apa yg Mi tahu.
– Kemungkinan rezeki tersekat disebabkan dosa-dosa kita. Jadi, cari cara mcm mana nak hapuskan dosa. Pertama, selalu amalkan istighfar. Antara kelebihan istighfar👇
“Mohonlah ampunan kepada Tuhanmu, Sungguh, Dia Maha Pengampun, niscaya Dia akan menurunkan hujan yang lebat dari langit kepadamu, dan Dia memperbanyak harta dan anak-anakmu, dan mengadakan kebun-kebun untukmu dan mengadakan sungai-sungai untukmu.” (Surah Nuh 10-12)
“Barang siapa yang memperbanyakkan istighfar, nescaya Allah akan memberikan jalan keluar bagi setiap kesedihannya, kelapangan untuk setiap kesempitannya dan rezeki dari arah yang tidak disangka-sangka” (Sahih, Riwayat Ahmad)
– Cara diampunkan dosa dengan berzikir👇
i. Zikir 1: Zikir selepas solat.
“Sesiapa yang di akhir setiap solat bertasbih (subhanallah) kepada Allah 33 kali, bertahmid (alhamdulillah) kepada Allah 33 kali, dan bertakbir (allahuakbar) kepada Allah 33 kali yang mana jumlah seluruhnya menjadi 99 kali, dan dia menambahnya menjadi 100 dengan mengucapkan:
لَا إِلَهَ إِلَّا اللهُ وَحْدَهُ لَا شَرِيكَ لَهُ، لَهُ الْمُلْكُ وَلَهُ الْحَمْدُ وَهُوَ عَلَى كُلِّ شَيْءٍ قَدِيرٌ
(Laa ilaaha illallah wahdahu laa syarikalah lahul mulku wa lahul hamdu wa huwa ‘ala kulli sya’in qadir)
“Maka diampunilah kesalahan-kesalahannya walaupun seperti buih-buih di lautan.” (Shahih Muslim, no. 597)
ii. Zikir 2
“Barangsiapa mengucapkan ‘subhanallah wabihamdihi’ seratus kali dalam sehari, ia akan diampuni segala dosanya sekalipun dosanya itu sebanyak buih di lautan.” (Hadis riwayat Muslim dan Tirmidzi)
– Selain tu perbanyakkan doa. Cari waktu mustajab doa antaranya adalah ketika sujud. Tidak hanya sujud terakhir saja. Setiap sujud mana2 boleh.
“Tempat yang paling dekat bagi seorang hamba kepada Rabb-nya adalah sewaktu ia dalam keadaan bersujud. Karena itu perbanyaklah kalian berdo’a” (H.R Muslim dan Abu Daud).
– Banyak lagi amalan lain tapi tu je yg Mi tahu😂 Semoga bermanfaat..
Gerai air Mi dah buka terus ye sekarang.. Jumaat je cuti. Start pkul 1 tghari sampai habis barang.. Boleh waze: Syahmi Sazli Production Office Baru
- Resepi Viral5 years ago
10 Resepi Ayam Berkuah Hidangan Menarik Ditengah hari
- Keluarga5 years ago
Sering kali Anak Sulung Selalu Kena Marah Tapi Sebenarnya Paling Istimewa Di Hati Ibu Ayah
- AGAMA5 years ago
Cara Senang Hafal Surah Al- Khafi Ayat 1 Hingga 10.
- AGAMA5 years ago
Satu-satunya manusia yang bukan nabi, bukan pula Rasul, tapi kisah hidupnya diabadikan dalam Qur’an
- AGAMA5 years ago
Satu kuku panjang ibarat bela sekandang b4bi? Inilah dosa bela kuku panjang
- AGAMA5 years ago
Cara Meruqyah Anak Yang Malas Untuk Belajar
- AGAMA5 years ago
Nafkah untuk isteri tak termasuk keperluan barang dapur, Para suami kena ingat dan Wajib tahu.
- AGAMA5 years ago
5 doa yang buat rezeki anda datang dari arah tak disangka, lancar dan berkah