Resepi Pes Tomyam Paling Kaw Sebiji Rasa Kaw Macam Di Restoran Thai.

Resepi Pes Tomyam Paling Kaw Sebiji Rasa Kaw Macam Di Restoran Thai.

Beli tak sama dengan buat sendiri. Rasa buat sendiri lebih sedap dan puas daripada beli tomyam dikedai. Lagi-lagi selalu saja hidangan ini kalau dibeli tak sesuai dengan kehendak kita yang mahukan tomyam kaw, al maklum la peniaga nak untung leh buat tomyam pun ceroi cair gitu.

Letop mai letop team majalah ilmu nak kongsikan sat menu tomyam kaw padu homemade.Melalui carian resepi di Facebook, pes tom yam dari Puan Norashikin Bt Hasan inilah paling popular. Ia dikongsi hampir berpuluh ribu pengguna di laman sosial ini. Sah sedap kalau macam ni kan.

Buat pes lagi jimat, sekali buat boleh disediakan banyak kali dan mudah pula. Sesuai sangat untuk ibu bekerja yang tak punya banyak masa untuk memasak. Selamat mencuba.

Bahan-bahannya ialah:

  • 2 biji bawang besar
  • 4 batang serai (letak lebih kalau serai kurus)
  • 2 biji cili hidup merah
  • 5 hiris lengkuas
  • 7 helai daun limau purut (dikira secara tak bercantum)
  • 4 sudu makan udang kering
  • 10 ekor ikan bilis ( jika suka kalau nak lebih rasa kaw kaw seafood)
  • 4 inci belacan
  • 3 sudu cili kering siap kisar
  • Air asam jawa, gula perang, garam asli

Cara Penyediaan:

  1. Masukkan semua bahan (kecuali air asam jawa, garam dan gula) ke dalam pengisar. Kisar sampai lumat.
  2. Panaskan minyak dalam kuali, tumis sampai pecah minyak. Guna api perlahan. Waktu ini bau tomyam akan naik.
  3. Bila pecah minyak, masukkan air asam jawa, dan gula perang. Kacau.
  4. Tutup api. Masukkan garam asli (saya suka pakai garam asli sebab ia bersifat detox, boleh buang toksin berlebihan dalan badan).
  5. Apabila pes dah sejuk masukkan dalam botol dan simpan dalam peti sejuk untuk tahan lama.

 

Majalahilmu: Jika suka tom yam yang pedas, sewaktu memasak masukkan cili padi mengikut kepedasan yang diingini. selamat mencoba, dah cuba jangan lupa kongsikan hasilnya di ruang komen.

Jika Sukakan artikal ini, Jangan lupa like komen dan share artikal kami, terima kasih kerna sentiasa belajar ilmu baharu di Fb Majalah ilmu. TQ

 

 

Artikal Popular

About majalahilmu 551 Articles
Seorang yang suka membaca bahan bacaan dalam bidang sejarah dan motivasi

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*