Lauk Belum Gaji, Ini 7 Resepi Masakan Telur Mudah Tapi Sedap.

Lauk Belum Gaji, Ini 7 Resepi Masakan Telur Mudah Tapi Sedap.

Masa awal gaji sakan kita berbelanja, tak ingat dunia. Pergi shoping ke sana ke mari, Sedar tak sedar tengok akaun bank duit dah kurang. Mula la nak jimat. Mahu tak mahu, yang paling murah sekali, beli je la telur untuk dijadikan lauk sementara tunggu gaji masuk hujung bulan. Tak sangka ada banyak resepi telor rupanya, Majalah ilmu nak kongsikan 15 resepi masakan telur mudah untuk korang yang sedang berjimat cermat.

1. Resepi telur masak kurma.

Bahan:

  • 10biji telur -rebus
  • 2paket kecil rempah kurma
  • 5ulas bawamg putih (hiris)
  • 1labu bawang merah besar -hiris besar)
  • 1inci halia
  • 2biji tomato (optional)
  • 1biji lobak merah
  • Kulit kayu manis
  • Buah pelaga
  • Bunga lawang
  • Air asam sikit
  • Garam secukup rasa
  • Air secukupnya

Tumis bawang putih, bawang merah, halia, kulit kayu manis, buah pelaga, bunga lawang sampai naik bau…masukkan rempah kurma yg telah dibancuh dgn air. tumis sampai pecah minyak.

Masukkan air asam, dan air sedikit demi sedikit, kacau hingga sebati. Masukkan kentang, lobak, msak sehingga empuk. Masukkan telur, cili merah, tomato, dan garam secukup rasa ..lepas tu adjust lah kuah dia nk pekat @ cair.

2. Telur Dadar Aneka Rasa.

Bahan:

  • 5 biji telur
  • 8 ekor udang sederhana besar dibuang kulit dan dipotong kecil
  • 4 batang jejari ketam dipotong kecil
  • 1/2 biji tomato dibuang biji, dihiris dan dipotong dadu
  • sedikit capsicum merah didadu kecil
  • sedikit capsicum hijau didadu kecil
  • sedikit daun bawang dan daun sadri dihiris kecil
  • 2 sudu besar fresh milk
  • segenggam cheese mozarella parut
  • garam secukupnya

Cara2:

  1. Masukkan kesemuanya ke dalam mangkuk dan kacau sebati .
  2. Panaskan kuali leper saiz kecil. Bahagikan kepada beberapa bahagian dan goreng menggunakan minyak yang sedikit agak-agak setengah sudu besar.
  3. Sediakan untuk dimakan. Dengan nasi boleh, makan dengan sos pun boleh.

3. Kari Telur Ayam.

Beberapa biji telur – rebus dulu kemudian kupas kulitnya

BAHAN-BAHAN :

  • bunga cengkeh
  • kayu manis
  • bunga lawang
  • rempah kari daging
  • kerisik
  • santan – terpulang pada citarasa kepekatan kuah kari
  • Garam
  • Air- ikut citarasa nk kuah pekat &bny mana

Bahan dikisar/ ditumbuk :

  • bawang merah
  • bawang putih
  • halia

Cara Penyediannya :

  1. bahan yg ditumbuk tadi digaul dgn rempah dlm satu mangkuk dan dibancuh dgn sedikit air.
  2. panaskan minyak dan tumis kayu manis, bunga lawang dan cengkih hingga naik bau.
  3. kemudian masukkan campuran rempah tadi yg digaul dgn bahan yg ditumbuk.
  4. Biar sampai garing dan naik minyak. Lps tu , masukkan santan tadi..masukkan air utk ikut tahap kepekatan yg dikehendaki.
  5. masukkan kerisik, gaul bagi sebati, Akhir sekali masukkan telur ayam rebus tadi. masak hingga mendidih. Kemudian masukkan garam secukup rasa. Tutup api dan sedia dihidangkan.

4. Telur Goreng Berkicap Pedas.

Resepi :

  • Telur 4 biji
  • Sebiji Bawang besar dihiris halus*
  • Cili padi 7 biji dihiris*
  • Setengah biji Tomato dipotong dadu*
  • Kicap*
  • 4 biji Limau kasturi dibelah 2
  • Minyak untuk menggoreng

Caranya :

  1. Goreng telur. Angkat dan letak dalam pinggan.
  2. Campurkan semua bahan bertanda bintang* dan kicap, di dalam bekas lain. Perah sedikit limau kasturi.
  3. Tuangkan di atas telur yang siap digoreng tadi.

5. Resepi Sup Telur bistik Rare 

cara nya :

  1. Utk telur dadar : Pecahkan telur + garam + daging ayam potong dadu yg dh digoreng terlebih dahulu (sy guna daging burger). Gorengkan telur mcm biasa.
  2. Utk kuah : Tumiskan bwg putih cincang + bwg holland potong dadu. Dah layu, masukkan sos cili + sos tomato. Tambah air.
  3. Tambah cili padi ketuk, sayur (bunga kobis + carot + celery + capsicum)
  • Perasakan dgn garam.
  • Dah siap kuah, tuang atas telur dadar tu. Tabur daun sup daun bwg 😬

*nak kuah lebih, tambah air lebih, cili sos dgn cili tomato lebih.

SUP TELUR akk mkn sahur td..akk lanje resepi ye.

6. Resepi Telur Masak Kicap Cara K.LINA.

Bahan2 :

  • 4 Biji Telur
  • *2 ulas bwg putih
  • *2 hiris nipis halia
  • *1/2 biji bwg besar
  • *sedikit lada hitam
  • 2 sudu cili blender
  • sedikit lada sulah
  • sedikit shj sos cili
  • kicap
  • cilipadi di ketuk(ikut suka nak byk mana)
  • hirisan bwg besar(ikut suka nk byk mana)
  • garam & gula

Cara2:

  1. Bahan2 yg bertanda *** di tumbuk rencah2 shj. nak lumat pun boleh. xde masalah..Selepas itu bolehlah ditumis bahan2 ditumbuk tadi sehingga naik bau.
  2. Masukkan cili blender, sos cili, kicap (kicap ni trpulang nak kicap apapun..asalkan kicap kaler hitam, eh… hahahaha). lada sulah, masukkan sedikit air utk kurangkan kepekatan.
  3. Ini kerana kita nak biarkan kuah menggelegak masak. Masukkan cilipadi, hirisan bawang merah. Time ni kena pandai2 rasa. nak ada rasa masin, manis, pedas dari cilipadi, lada sulah.
  4. Lada sulah juga dpt mewangikan kuah kicap. Last sekali masukkan telur yg d goreng tadi. Tabur hirisan daun bawang serta bawang goreng.

7. Sambal Telur Ikan Bilis

BAHAN-BAHANNYA :

  • 4 biji telur, digoreng mata kerbau
  • 1 genggam ikan bilis yang telah dibersihkan, rendam sekejap dan toskan
  • 1 pokok daun bawang, hiris halus
  • Daun salad secukupnya untuk hiasan

BAHAN SAMBAL TUMIS :

  • 2 senduk nasi cili kisar
  • 1/2 cawan jus asam jawa
  • Garam dan gula secukup rasa
  • 1 biji bawang besar*
  • 2 ulas bawang putih*
  • 3/4 inci belacan*
  • 1/2 inci halia*(*ditumbuk halus)

CARA MEMBUATNYA :

UNTUK SAMBAL :- Panaskan minyak dalam kuali, tumis bahan tumbuk halus hingga harum, masukkan cili kisar dan tumis hingga cili garing, tambah jus asam jawa dan masak hingga pekat. Perasakan dengan garam dan gula secukup rasa. Masak sekejap, rasa dan jika ok boleh matikan api.

UNTUK SAMBAL TELUR IKAN BILIS :- Susun daun salad dalam bekas sesuai, kemudian susun pula telur mata kerbau tadi. Ratakan sambal dan tabur dengan ikan bilis goreng dan hirisan daun bawang. Hidangkan bersama nasi hangat dan lauk2 lain.

Jika Sukakan Artikal ini, Jangan Lupa Share Like Dan Komen Fb Majalah Ilmu. Terima Kasih Kerana Sudi Menjadi pembaca setia artikal kami. 

 

 

 

Artikal Popular

About majalahilmu 551 Articles
Seorang yang suka membaca bahan bacaan dalam bidang sejarah dan motivasi

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*