Resepi Viral
Honey Almond Cookies Yang Ranggup Cair Di Mulut, Resipi Biskut Raya Mudah Guna Sukatan Cawan.

Honey Almond Cookies Yang Ranggup Cair Di Mulut, Resipi Biskut Raya Mudah Guna Sukatan Cawan.
Raya tahun 2020 tak lama lagi. walaupun raya tahun ini sangat berbeza dengan raya-raya tahun lepas.Namun ketupat rendang kuih raya lemang pasti tidak di lupakan. Bagaimana persiapan Biskut raya anda tahun ne? Buat sendiri ke atau beli sahaja?
Salah satu yang boleh kita buat sendiri adalah cookies ini. Sedap dan rangup, paling best senang nak buat sebab resipi dalam sukatan cawan.
Resipi perkongsian Hazlita Ishak yang diambil dari Ina Azlina memang kita kena cuba.
Langkah demi Langkah Buat Honey Almond Cookies Crunch.
Bahan A
- 150g butter/majerin
- 1/2 cawan gula perang halus
- 1 penutup esen vanila
- 2 sb madu
Bahan B
- 1 sk baking powder
- 1/2 sk soda bikarbonat
- 1 sb tepung beras
- 1 sb tepung jagung
Bahan C
- 1 1/2 cawan tepung gandum
Bahan D
- 2 sb susu tepung
Bahan E
- 1/2 cawan Nestum
- 1/2 cawan coklat chips
- 1/2 cawan almond nips/strip
Cara membuat:
1. Whisk rata bahan A. Masukan bahan B, whisk lagi bagi rata. Masukan bahan C, sedikit demi sedikit kacau rata. Masukan bahan D, gaul rata. Masukkan bahan E, gaul lagi bagi rata.
2. Kalau adunan agak berderai tambah butter/majerin sikit sikit hingga adunan elok tak berderai. Kemudian simpan dalam peti ais selama 30 minit. Ambik adunan sejemput sejemput atau guna sudu. Susun atas dulang pembakar.
3. Panaskan oven 10 minit suhu 160. Bakar adunan selama 30-35 minit ikut oven masing masing. Masak biskut ni kena api slow ye. Dan biskut ni jugak, masa panas dia agak lembut, bila dah sejuk dia baru keras elok, kalau gigit terasa rangup sangat.
Alhamdulilah, dah siap.
Resipi asal: Azlina Ina
Sumber: Hazlita Ishak
Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih
Selamat Beramal.
Jangan lupa Follow first dan Subscribe Saluran Media sosial Majalah Ilmu.
-
AGAMA1 year ago
Ilmu Pagar Rumah Dengan Surah Yassin Ayat 9
-
Petua1 year ago
Air Nanas Panas boleh menyelamatkan Anda seumur hidup
-
Resepi Viral9 months ago
10 Resepi Ayam Berkuah Hidangan Menarik Ditengah hari
-
Keluarga1 year ago
Sering kali Anak Sulung Selalu Kena Marah Tapi Sebenarnya Paling Istimewa Di Hati Ibu Ayah
-
AGAMA2 years ago
5 doa yang buat rezeki anda datang dari arah tak disangka, lancar dan berkah
-
Keluarga1 year ago
Bahagiakan isteri adalah sedekah terbaik seorang suami, Rugi Tak Amalkan.
-
AGAMA2 years ago
Jgn lupa amalkan Doa Nabi Yunus, Semoga dipermudahkan keluar dari kesul1 tan hidup.
-
AGAMA10 months ago
Cara Senang Hafal Surah Al- Khafi Ayat 1 Hingga 10.