Connect with us

Resepi Viral

Rahsia Sedap Minyak Bawang Putih Kuetiau Sup Chinese Style

Avatar of majalahilmu

Published

on

Rahsia Sedap Minyak Bawang Putih Kuetiau Sup Chinese Style

Rahsia Sedap Minyak Bawang Putih Kuetiau Sup Chinese Style

Sup kuetiau adalah salah satu makanan kegemaran paling banyak orang di Malaysia. Kalau makan kuetiau sup di kopitiam rasanya memang lain daripada yang selalu kita buat,

Menu Chinese style ini supnya jernih tapi sedap sungguh. Letak pula cili potong kicap! Ringkas tapi cukup rasanya.

Kalau teringin nak buat di rumah pun boleh sangat, sebab bahan-bahannya mudah dan cara membuatnya senang. Rahsia sedapnya terletak pada minyak bawang putih goreng. Boleh ikut perkongsian dari Siti Rahayu Ahmad.

Buat sendiri kuetiau sup Chinese style

197982122 4592071977472772 2055225866568406194 n

Cara penyediaan sup

  1. Rebus isi ayam hingga mendidih.
  2. Masukkan fishball
  3. Masukkan 1 kiub ayam & white pepper
  4. Keluarkan isi ayam dari kuah sup. Sejukkan & carikkan isi ayam.
  5. Sambil tunggu sup masak bilas kuetiau untuk buang lebihan minyak. Toskan.

Cara buat cili kicap

  1. Potong cili dan campurkan dengan kicap masin.

194338103 4592072394139397 136448849065476653 n

Cara buat garlic oil/minyak bawang putih

  1. Cincang 1 labu bawang putih. Nak senang pakai chopper.
  2. Masukkan minyak dalam kuali kecil, masukkan bawang putih. Hidupkan api, guna api kecil je.
  3. Kacau hingga bawang garing & kekuningan kemudian tutup api. Jangan sampai bawang hangus nanti pahit.

199722246 4592072257472744 445943438302553059 n

Cara Penyediaan

  1. Masukkan kuetiau dalam mangkuk.
  2. Susun isi ayam, sendukkan sup berserta fishball, masukkan cili potong dan minyak bawang putih. Siap untuk dimakan.
  3. Boleh juga nak masuk sayur sawi jika suka.

Majalah ilmu: Resepi ini boleh anda cuba di rumah sambil-sambil sekarang duduk dirumah bolehlah anda praktis untuk memasak.

Semoga bermanfaat

Sumber: Siti Rahayu Ahmad / Vanillakismis

Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih

Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami Di Majalah Ilmu

Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Trending

2024 Majalah Ilmu © Hak Cipta Terpelihara.