Connect with us

Resepi Viral

RM10 Dapat 40 Biji, Cara Buat Homemade Dumpling Bersama Sup

Published

on

RM10 Dapat 40 Biji Cara Buat Homemade Dumpling Bersama Sup

RM10 Dapat 40 Biji, Cara Buat Homemade Dumpling Bersama Sup

Kadang terasa nak buat sendiri resepi yang terkenal macam masakan restaurant gitu. Salah satunya makanan yang sedap adalah Dumpling. Sedapnya makan dumpling cicah sos atau makan dengan sup. Menu ini kalau makan di restoran harganya boleh tahan. Boleh cecah RM8 semangkuk.

Sebab itu, kalau satu famili suka makan hidangan ini lebih baik buat sendiri. Bahan-bahan kebanyakannya ada saja kat dapur kita.

Jika nak cuba boleh ikut resipi Wany Lifa.

Dumpling Homemade Halal (40 biji)

Modal bawah RM10 boleh makan 40 biji dumpling. Kalau makan dekat restoran semangkuk RM8-RM9. Tapi kalau buat cukup satu famili dapat makan. Tapi modal utama kena rajin & sabar.

Bahan untuk inti dumpling:

242002 18 17 380160

  1. Isi ayam 300g (fillet dicincang)
  2. Lobak merah (setengah batang sagat)
  3. Bawang besar (1 biji cincang halus)
  4. Bawang putih (4 ulas cincang halus)
  5. Daun sup & Daun bawang (potong halus)
  6. Serbuk lada sulah (2 sudu)
  7. Minyak bijan (3 sudu)
  8. Serbuk Maggi cukup rasa (2 sudu)
  9. Garam & gula (1 sudu kecil)
  10. Dumpling pastry (Instant)

242000 18 13 296322

Cara membuat:

  • Campur semua bahan kecuali dumpling pastry.
  • Gaul sebati & perap sekejap 10 minit.
  • Masuk inti dalam pastry kemudian kelim pastri ikut kreativiti. Boleh Google/ tengok Youtube cara lipat dumpling.
  • Susun dumpling atas pinggan letak dalam pengukus. Kalau direct letak atas pengukus nanti melekat.
  • Kukus dumpling selama 10 minit.
  • Dah siap kukus boleh makan dengan sos kicap @ goreng dumpling.

242003 18 19 212314

Bahan untuk sup dumpling

Bawang putih (6 ulas ketuk & cincang)
Halia (1 inci ketuk & cincang)
Minyak bijan (1 sudu kecil)
Serbuk lada sulah sikit
Kiub ayam Maggi (setengah kiub)
Garam & gula

Cara membuat:

  • Tumis bawang putih & halia sampai naik bau.
  • Letak 1 mangkuk air dalam periuk.
  • Masuk bahan lain sampai mendidih.
  • Letak dumpling yang dah siap kukus tadi dalam periuk sekali. Biarkan 2-3 minit sekejap. Kemudian tabur sikit daun bawang.
  • Akhir sekali buat sos pakai sos Thai, campur sikit dengan daun ketumbar yang dah cincang halus. Gaul sebati boleh makan dengan sup. Ada orang buat sos pakai kicap cair tapi lagi suka sos thai lagi padu rasanya.

Total costing :-

Fillet ayam 500g – RM5.20
Dumpling pastry – RM1.80
Lonak merah 6 batang – RM1.00
Daun sup & daun bawang – RM1.00
Bahan yang lain da sedia ada kat rumah
Total = RM9.00

Majalah ilmu: Dengan tips dan cara ini sahaja anda sudah boleh buat makanan dumpling sendiri. Semoga bermanfaat.

Sumber: Wany Lifa / Vanillakismis

Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih

Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami Di Majalah Ilmu

Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Trending

2024 Majalah Ilmu © Hak Cipta Terpelihara.