Keluarga
Anak Kongsi Bilik Tidur Dengan Parent Walaupun Dah Besar? Wanita Ini Kongsi Panduan Untuk Jaga Batas Dalam Bilik
Anak Kongsi Bilik Tidur Dengan Parent Walaupun Dah Besar? Wanita Ini Kongsi Panduan Untuk Jaga Batas Dalam Bilik
Kebanyakkan ibu bapa di Malaysia ini masih mengamalkan cara tidur sekatil dengan bayi sejak kecil lagi. Ia memang tindakan yang praktikal dan sangat memudahkan kerana bayi kerap bangun pada waktu tengah malam dan awal pagi untuk menyusu, tukar lampin, dan sebagainya. Namun begitu, apabila anak meningkat umur adalah menjadi satu cabaran bila mana ibu bapa mahu memisahkan tempat tidur. Ikuti saranan dan perkongsian ini apabila anak terpaksa kongsi bilik tidur dengan parent.
Islam menyuruh pisah bilik tidur dengan parent apabila anak meningkat usia
Rasulullah SAW ada bersabda dalam sebuah hadis yang maksudnya:
“Perintah anak kamu bersembahyang ketika mereka berumur 7 tahun. Jika mereka tidak melakukannya sampai umur 10 tahun, pukul mereka, juga pisahkan di antara mereka (lelaki dan perempuan) dari tempat tidur.” – (Hadis Riwayat Al-Hakim dan Abu Daud)
Hadis berkenaan dengan jelasnya memberitahu bahawa Rasulullah SAW telah menyediakan garis panduan mengenai pemisahan tempat tidur anak lelaki dan perempuan apabila mereak mencapai umur 10 tahun. Walaupun begitu, amalan berkongsi tempat tidur dengan anak tidak boleh menjadi budaya atau rutin yang diamalkan dalam keluarga.
Anak juga tidak boleh sampai besar panjang masih berkongsi tempat tidur lagi dengan ibu bapa. Kita sendiri sebagai ibu bapa perlu usaha untuk asingkan bilik tidur sendiri dengan bilik tidur anak. Aurat ibu bapa perlu ada batasnya dengan anak-anak.
Panduan untuk kongsi bilik tidur bersama anak
Menerusi perkongsian dari laman akaun peribadi Facebook Wan Nur Syakira, ada menulis tentang panduan yang berguna apabila anak terpaksa kongsi bilik tidur dengan parent.
- Asingkan tilam antara ibu bapa dan anak-anak. Tiada masalah tidur dalam satu bilik yang sama, tetapi pastikan di ruangan yang berbeza. Contohnya, jika ibu bapa tidur di katil A, anak perlu tidur di katil B.
- Asingkan ruangan tidur anak-anak yang berbeza jantina. Jangan disatukan tempat tidur mereka.
- Setiap anak perlu tidur dengan selimut sendiri. Elakkan juga berkongsi selimut walaupun bersama anak-anak lain.
- Apabila anak berada di dalam bilik, elakkan dari tukar baju di hadapan mereka. Boleh minta anak untuk keluar dahulu sebentar atau lebih mudah tukar sahaja baju di bilik air. Pastikan anda keluar dengan siap berpakaian untuk memastikan aurat sentiasa terjaga walaupun bersama anak.
- Berjaga-jaga apabila bersentuhan suami isteri jika anak ada di dalam bilik. Elakkan dari bersentuhan yang menjurus kepada keintiman seksual. Namun jika anak tiada dalam bilik, bolehlah lakukan apa sahaja.
- Amalkan budaya ketuk pintu sebelum masuk. Jangan terus terjah ke dalam bilik, kerana semua orang yang berkongsi bilik juga akan berkongsi segala urusan peribadi.
- Jangan sesekali melakukan hubungan suami isteri di hadapan anak-anak walaupun mereka sudah tidur. Hal ini kerana, hubungan kelamin suami isteri tidak boleh dilihat atau didengar oleh sesiapa pun. Lakukan ketika mereka tiada. Ini juga kerana anak sebenarnya sudah pandai berlakon pura-pura tidur seawal umur 4 tahun lagi.
- Andai ada ruang untuk kosongkan stor untuk dijadikan bilik, amatlah digalakkan untuk buat begitu. Jadi anak boleh diasingkan bilik sejak dari kecil lagi.
Saranan untuk rumah yang mempunyai bilik terhad
Dari perkongsian Wan Nur Syakira juga dia ada berkongsi apa yang dilakukan oleh sahabatnya untuk asingkan tempat tidur dengan anak. Sahabatnya itu mengosongkan stor, lalu dia dan suaminya tidur di stor manakala anak di bilik yang lain. Antara saranan yang diberitahu adalah:
- Disarankan paling kurang, setiap rumah mempunyai 3 bilik. Satu bilik untuk ibu bapa, satu bilik untuk adik beradik lelaki, satu bilik lagi untuk adik beradik perempuan.
- Sekiranya mempunyai hanya 2 bilik. Satu bilik untuk ibu bapa dan satu bilik lagi untuk adik beradik perempuan. Adik beradik lelaki mungkin boleh tidur di ruang lain seperti ruang tamu contohnya.
Diharapkan dengan perkongsian ini dapat memberikan ibu bapa di luar sana sedikit pemahaman yang berguna dan bermanfaat dalam memastikan anak-anak mendapat pendedahan yang baik dari kecil.
Sumber: Facebook Wan Nur Syakira
- Resepi Viral5 years ago
10 Resepi Ayam Berkuah Hidangan Menarik Ditengah hari
- Keluarga5 years ago
Sering kali Anak Sulung Selalu Kena Marah Tapi Sebenarnya Paling Istimewa Di Hati Ibu Ayah
- AGAMA5 years ago
Cara Senang Hafal Surah Al- Khafi Ayat 1 Hingga 10.
- AGAMA5 years ago
Satu-satunya manusia yang bukan nabi, bukan pula Rasul, tapi kisah hidupnya diabadikan dalam Qur’an
- AGAMA5 years ago
Satu kuku panjang ibarat bela sekandang b4bi? Inilah dosa bela kuku panjang
- AGAMA5 years ago
Cara Meruqyah Anak Yang Malas Untuk Belajar
- AGAMA5 years ago
5 doa yang buat rezeki anda datang dari arah tak disangka, lancar dan berkah
- AGAMA5 years ago
Nafkah untuk isteri tak termasuk keperluan barang dapur, Para suami kena ingat dan Wajib tahu.