Connect with us

Keluarga

“Anak Yang Diabaikan Akan Bergelar Anak Yatim Sebelum Masanya”, Realiti Cabaran Ibu Bekerjaya Tanpa Pembantu & Tips Untuk Kekal Positif

Published

on

cabaran ibu bekerjaya

“Anak Yang Diabaikan Akan Bergelar Anak Yatim Sebelum Masanya”, Realiti Cabaran Ibu Bekerjaya Tanpa Pembantu & Tips Untuk Kekal Positif

Setiap kelembutan dalam bicaranya, ada tegas dalam tindak tanduknya. Setiap senyuman manis di bibirnya, ada keluh kesah yang disembunyikan di hatinya. Setiap ikhlas layanan yang dipersembahkan buat suami dan anak-anak, tentunya ada rasa letih dan penat yang tidak disuarakan. Itulah dia wanita, isteri, dan ibu. Realiti cabaran ibu bekerjaya bukanlah sesuatu yang mudah untuk diselami kerana mereka mempunyai 1001 rasa yang sukar untuk kita fahami apatah lagi apabila mempunyai pasangan yang tidak peka dan cuba untuk memahami.

Cabaran ibu bekerjaya, kuatkan diri ada masa terduduk juga

cabaran ibu bekerjaya

Perkongsian dari Yasmin Hanani Muhammad Sufyan, luahnya sebab yang paling utama dia terfikir untuk berhenti kerja adalah untuk memberi tumpuan pada anak-anak. Ibu bekerjaya, rutin pagi apabila bangun sahaja dari tidur fikiran kita sudah ada 5 cabang, iaitu untuk siapakan diri sendiri, siapkan suami, siapkan anak-anak, sediakan makanan, sidai baju, atau apa-apa sahaja kerja rumah yang difikirkan perlu buat sebelum ke tempat kerja. Bahkan kadang-kadang perkara yang perlu difikirkan untuk esok atau beberapa hari lagi pun sibuk bermain-main di fikiran.

Kata Yasmin Hanani, fitrah seorang ibu, rasa tidak sedap hati bila anak tidak makan sebelum ke sekolah. Tidak sedap hati bila anak tidak berpakaian lengkap ke sekolah. Tidak sedap hati bila anak merungut kerja sekolah tidak siap.

Ketika itu, sebagai ibu kita pinggirkan diri kita seketika. Biar kerja kita tidak siap yang penting anak siap kerja sekolah mereka. Biar baju kita berkedut seribu, tetapi anak kemas dan rapi dari hujung rambut sehingga hujung kaki.

Di rumah, ibu sudah kelam kabut menguruskan itu dan ini, kemudian di tempat kerja tanggungjawab dan kerja sudah menanti lagi. Sebab itu ada orang kata, jangan cari pasal dengan kaum ibu yang bekerja. Emosi mereka sedikit terganggu tentunya sebab ada banyak benda dan tanggungjawab yang mereka pikul.

Itu baru hal anak-anak. Bila ibu sudah penat menguruskan anak-anak di rumah, kemudian penat juga bekerja, ada sesetengah para suami yang mula rasa terabai. Lalu ambil jalan pintas mencari kebahagiaan di tempat lain dengan wanita lain.

Fitrah seorang suami, pastinya ingin dimanja dan dilayan kalau tidak, tidak mungkin mereka ingin berkahwin. Hari demi hari yang dulu semangatnya kuat mula terduduk dengan segala ujian dan tanggungjawab menghadapi cabaran ibu bekerjaya.

Apa pun itulah lumrah, setiap jalan yang kita ambil ada juga “bahagian” yang perlu kita tempuhi. Menjadi suri rumah tangga sepenuh masa ada likunya. Menjadi ibu bekerjaya juga ada asam, garam dan rencah yang memberi rasa dalam jalan cerita hidup.

Hari ini tengok anak orang, esok orang tengok anak kita

“Melihat jangan sampai mengata. Menasihat jangan sampai mencerca.”

Hari ini mungkin kita nampak baju sekolah anak orang dari warna putih jadi kusam. Hujung lengan hitam-hitam dan ada kesan dakwat pen kering. Kusut masai macam tidak terurus. Duit belanja pun cukup-cukup makan sahaja tanpa bekal dari rumah. Lalu terdetik di hati, “Mana mak budak ni agaknya. Kesian…”

Esok lusa, mungkin orang lain pula yang cakap perkara yang sama pada anak kita sendiri. Hidup ini seperti putaran. Tidak selamanya kita gembira di atas, dan tidak sentiasa kita di bawah bersedih. Jangan buruk sangka dan takbur, kerana masing-masing akan melalui beragam jenis cabaran dari anak-anak yang berbeza-beza perangai.

Ibu berkorban selepas ada anak

Nikmat bebas seorang wanita akan berkurang selepas dia mendirikan rumah tangga. Apabila dia sudah bergelar seorang ibu bekerjaya dan memiliki anak, ia juah lebih mencabar dan 360 darjah kehidupannya berubah.

“Saya selalu tak cukup tidur. Tak ada masa untuk diri sendiri.”

“Badan penat, suami langsung tak nak bantu sikit pun buat kerja rumah.”

“Prestasi kerja semakin teruk, sebab selalu tak boleh fokus fikirkan hal rumah tangga dan anak-anak.”

Sebagai ibu, ada perkara yang perlu dikorbankan seperti waktu tidur, waktu rehat, waktu makan, waktu memanjakan diri, dan waktu bekerja. Pastinya tumpuan kita terbahagi kepada 50% di rumah, dan 50% lagi apa yang sedang dilakukan ketika itu.

Istilah rehat bagaikan tiada lagi dalam kamus hidup seorang ibu lebih-lebih lagi yang mempunyai anak kecil. Memang sukar untuk cari keseimbangan dalam membahagikan masa antara keluarga, dan kerja yang bertimbun setiap hari.

5 Tips untuk para ibu kekal positif

cabaran ibu bekerjaya

Ini adalah tips untuk membantu para ibu kekal positif dalam tekanan kerjaya dan keluarga.

1. Wujudkan pillow talk dengan suami

Suami adalah individu yang paling dekat dengan kita. Sebagai seorang pasangan, jatuh dan bangun kita sebagai seorang manusia dia akan nampak. Oleh itu, mereka adalah individu yang tepat untuk kita bincang, luah, dan minta nasihat.

Ambil masa dalam 10 hingga 15 minit sebelum tidur untuk berbual dengan pasangan. Pada ketika itu, suami haruslah menjadi seperti sahabat kepada isteri. Begitu juga dengan isteri. Selagi mana kita hanya menonjolkan sisi peranan sebagai suami dan isteri ketika waktu berdua sekalipun, yang hanya adalah sikap ego dalam berkongsi masalah.

2. Luangkan masa bersama

Ambil masa dengan keluarga untuk berehat dan bersiar-siar bersama-sama di hujung minggu. Mungkin dalam dua minggu sekali kita rancang untuk berhujung minggu keluar dari rumah. Ambil nafas baru, tenaga baru, dan emosi baru di luar. Pulang semula ke rumah dengan semangat yang baru juga.

3. Bina kekuatan mental yang kuat

Hubungan dengan Tuhan, suami, dan orang sekeliling perlu kita jaga. Hal ini kerana, aspek rohani, jasmani, dan, sosial semuanya memainkan peranan yang penting dalam membentuk kekuatan mental yang baik. Kita perlukan sokongan untuk terus bangkit apabila jatuh.

4. Belajar untuk luahkan emosi

Satu masalah sesetengah kaum wanita adalah mereka suka pendam perasaan. Ada kalanya sikap ini baik, tetapi jujur ia lebih mendatangkan keburukan daripada kebaikan. Jangan simpan apa yang kita rasa seorang diri, luahkan kepada suami atau orang yang dipercayai.

Emosi yang kita simpan inilah lama-lama bila hilang sabar, boleh bergegar satu rumah bila kita luahkan semua yang dipendam selama ini.

5. Amalkan penjagaan diri yang baik (self-care)

Para ibu yang ada suami, dan anak bukan bermakna kita sudah tidak boleh untuk mementingkan penjagaan diri. Suami juga harus faham perkara ini. Bertolak ansur dalam hal menguruskan rumah tangga dan anak-anak.

Ada masanya kita bekerja, ada masanya kita berehat, dan ada juga masanya kita bersama. Penting untuk menjaga diri kerana sebagai seorang wanita, luaran dan dalaman yang baik akan menambahkan keyakinan diri sendiri dan membuatkan mood lebih happy.

Wahai ibu, kalian semua adalah wanita yang hebat. Hargai diri sendiri kerana sebagai seorang ibu dan isteri, besarnya tanggungjawabnya itu maka akan besarlah juga kebaikannya disisi Allah SWT.

Sumber: Yasmin Hanani Muhammad Sufyan

Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Keluarga

Cara Merangsang Percakapan Bayi Sejak Lahir: Panduan Lengkap Mengikut Tahap Umur

Published

on

Cara Merangsang Percakapan Bayi Sejak Lahir: Panduan Lengkap Mengikut Tahap Umur

Cara Merangsang Percakapan Bayi Sejak Lahir: Panduan Lengkap Mengikut Tahap Umur

Masih ramai ibu bapa beranggapan bahawa anak akan bercakap sendiri apabila tiba masanya. Ada juga yang berpegang pada prinsip, “Saya tak pernah ajar bunyi binatang, bila nampak kucing saya sebut ‘kucing’, bukan ‘meow’.” Kedengaran yakin, tetapi hakikatnya perkembangan bahasa kanak-kanak tidak berlaku secara lompat terus, sebaliknya melalui beberapa tahap penting yang perlu dirangsang dengan betul sejak lahir.

Sama seperti perkembangan motor kasar — bermula dengan meniarap, merangkak, duduk, berdiri dan barulah berjalan — kemahiran bahasa juga mempunyai fasa-fasanya sendiri. Jika anak terus diajar perkataan yang terlalu kompleks, ia boleh menyukarkan proses pembelajaran, terutamanya bagi anak yang mengalami speech delay. Ibarat kanak-kanak berusia 7 tahun dipaksa belajar subjek darjah 6, hasilnya bukan lebih cepat pandai, tetapi lebih keliru.

Berikut ialah panduan merangsang percakapan bayi bawah setahun, dibahagikan mengikut tahap umur.


Tahap 1 Cara Merangsang Percakapan Bayi: Umur 0 hingga 3 Bulan

Asas komunikasi bermula di sini

Pada peringkat ini, bayi belum bercakap, tetapi sedang membina asas komunikasi melalui bunyi dan reaksi.

Ciri perkembangan normal:

  • Senyum sebagai tindak balas

  • Mengeluarkan bunyi seperti “aaa” dan “eee”

  • Senyap atau senyum apabila diajak bercakap

  • Mengenali suara ibu dan ayah

  • Tangisan berbeza mengikut keperluan

Tips rangsangan:

  • Berbual dengan jarak dekat dan pandang mata bayi

  • Belai dan urut bayi dengan kerap, terutamanya selepas mandi

  • Usap dan sikat rambut sambil menyusu

  • Gunakan mainan berbunyi untuk merangsang perhatian

  • Untuk bayi menyusu badan, biarkan seketika bayi merengek sebelum menyusu supaya dia belajar konsep komunikasi

  • Kerap menyanyi dengan membuka mulut besar-besar, tanpa perlu malu

Cara Merangsang Percakapan Bayi


Tahap 2 Cara Merangsang Percakapan Bayi: Umur 3 hingga 6 Bulan

Bayi mula “bersembang” dengan caranya sendiri

Di sinilah bayi mula berinteraksi lebih aktif menggunakan bunyi dan ekspresi.

Ciri perkembangan normal:

  • Ketawa dengan bunyi

  • “Berbual” menggunakan bahasa bayi atau bahasa “alien”

  • Menunjukkan reaksi suka atau tidak suka melalui suara

  • Memandang ke arah bunyi

  • Mengenali mainan berbunyi

  • Fokus kepada muzik

Tips rangsangan:

  • Kerap ketawa dan berbual bersama bayi

  • Apabila bayi “bercakap”, angguk dan beri respon seolah-olah memahami

  • Latih konsep giliran bercakap (turn-taking)

  • Panggil nama bayi dari arah berbeza

  • Tunjuk objek atau binatang sambil sebut namanya

  • Menyanyi sambil tepuk tangan untuk gabung bunyi dan pergerakan

Baca lagi : Bayi yang berada dalam posisi songsang terpaksa dilahirkan secara normal, namun tragisnya, kepala bayi ‘tercicir’ dalam rahim ibunya – Majalah Ilmu


Tahap 3: Umur 6 hingga 12 Bulan

Dari bunyi ke perkataan pertama

Inilah fasa kritikal sebelum bayi mula menyebut perkataan bermakna.

Ciri perkembangan normal:

  • Meniru bunyi

  • Menyebut “bababa”, “mamama” (belum spesifik)

  • Faham arahan mudah seperti “datang sini”

  • Mengenali objek biasa seperti botol susu

  • Bergerak ke arah bunyi

  • Menggabungkan vokal dan konsonan

  • Menyebut perkataan pertama seperti “mama”, “bye-bye” atau “hai”

Tips Cara Merangsang Percakapan Bayi:

  • Pastikan anak melihat pergerakan mulut ketika bercakap

  • Ulang perkataan berkali-kali dengan jelas dan perlahan

  • Panjangkan sebutan suku kata

  • Ajar minum guna straw seawal 6 bulan untuk kekuatan otot mulut

  • Ajar “flying kiss” bersama gerakan mulut dan tangan

  • Bersihkan mulut bayi secara berkala

  • Gunakan pergerakan badan ketika memberi arahan

  • Ikut sama bunyi bayi sebagai tanda kita mendengar

  • Beri tepukan dan senyuman setiap kali bayi mencuba

  • Ajar bunyi binatang bersama nama, contohnya “Ini kucing, bunyi kucing ‘meow’”

  • Elakkan bercakap pelat dengan anak

  • Banyakkan pendedahan deria rasa melalui makanan berkhasiat


Faktor Paling Penting Cara Merangsang Percakapan Bayi : Elakkan Gangguan Gadget & Televisyen

Satu kesilapan besar yang sering berlaku ialah menganggap TV atau gadget tidak memberi kesan jika anak “tidak menonton”. Hakikatnya, bunyi latar belakang juga merupakan gangguan kepada perkembangan bahasa bayi.

Kajian terhadap lebih 900 bayi berusia 6 bulan hingga 2 tahun mendapati:

  • Setiap 30 minit pendedahan kepada gadget meningkatkan 49% risiko lewat bercakap

  • Bunyi latar mengganggu keupayaan bayi menapis bunyi penting (auditory filtering)

  • Bayi menjadi sukar fokus kepada suara manusia

Sebab itu, walaupun ibu bapa kerap bercakap dengan anak, kehadiran bunyi TV tetap menjejaskan keberkesanan rangsangan.

Untitled design 7


Bila Perlu Risau & Dapatkan Bantuan?

Perkembangan bahasa melibatkan 7 komponen sensori yang saling berkait. Jika salah satu terlebih atau terkurang, anak boleh mengalami kecelaruan sensori, yang sering berlaku pada kanak-kanak lewat bercakap.

Oleh itu, Cara Merangsang Percakapan Bayi, ibu bapa disarankan:

  • Mendapatkan penilaian daripada Occupational Therapist (OT)

  • Melakukan intervensi awal untuk hasil yang lebih berkesan

Baca lagi : Bayi Perempuan Yang Baru Lahir Ditemui Hidup-hidup Di Dalam Hutan Oleh Orang Kampung, Dipercayai Sudah Dua Hari Berada Di Hutan Itu, Tidak Berbaju Dan Hanya Dibaluti Dengan Daun Pisang – Majalah Ilmu


Kesimpulan Cara Merangsang Percakapan Bayi

Cara Merangsang Percakapan Bayi bukan soal cepat atau lambat, tetapi ikut tahap dan konsisten. Kurangkan gangguan, banyakkan interaksi bersemuka, dan jadikan komunikasi sebagai aktiviti harian yang menyeronokkan.

Semoga perkongsian ini membantu ibu bapa memahami bahawa percakapan bermula sejak lahir, bukan bila anak mula menyebut perkataan pertama.

Sumber: Maryam Jamadi
Occupational Therapist / Terapis Carakerja

Continue Reading

Keluarga

“Dah la Pandai Hafal Quran, Fasih Cakap Jepun Pula” Cantik Pula Masyallah – Ramai Kagum Kisah Aina Afiqah Raih 10A SPM

Published

on

Dah la Pandai Hafal Quran Fasih Cakap Jepun Pula Cantik Pula Masyallah – Ramai Kagum Kisah Aina Afiqah Raih 10A SPM

“Dah la Pandai Hafal Quran, Fasih Cakap Jepun Pula” Cantik Pula Masyallah – Ramai Kagum Kisah Aina Afiqah Raih 10A SPM

Nama seorang pelajar bernama Aina Afiqah binti Sahipol Nizam tiba-tiba jadi perhatian ramai sejak beberapa hari lalu. Bukan setakat kerana dia meraih keputusan 10A dalam SPM 2024, tapi kisah latar belakangnya yang cukup luar biasa buat ramai rasa kagum dan tersentuh.

Di sebalik wajah manis Aina, tersimpan kisah disiplin dan perjuangan yang tidak ramai tahu. Aina bukan saja cemerlang dalam akademik, malah berjaya menghafaz 30 juzuk al-Quran, selain dinobatkan sebagai Tokoh Sahsiah Terpuji Banat 2024 di institusi pengajiannya, MATIS Madinatul Huffaz.

Namun apa yang lebih mengejutkan, Aina juga mampu bertutur fasih dalam bahasa Jepun.

 Aina Afiqah

Kacukan Malaysia-Jepun, tapi dididik dengan nilai Islam sejak kecil

Aina merupakan anak kacukan Malaysia dan Jepun. Ibunya berasal dari Jepun manakala ayahnya rakyat Malaysia. Sejak kecil, dia dibesarkan dalam suasana yang penuh disiplin dan nilai agama. Bahasa Jepun menjadi bahasa harian di rumah, membuatkan Aina membesar dengan tiga bahasa — Melayu, Inggeris dan Jepun.

Di sebalik latar belakang antarabangsa itu, kedua ibu bapa Aina tetap menitikberatkan pendidikan agama dan akhlak. Maka tak hairanlah bila Aina berjaya menjadi hafizah dalam usia muda.

komen ffgg

@tahfizmadinatulhuffaz 10A ✅ Hafizah ✅ Tokoh Sahsiah ✅ Cakap Jepun ✅ Macam checklist superhero 🤭 Siapa kata pelajar tahfiz tak boleh all-rounder? #MadinatulHuffaz #maahadtahfizgombak #maahadtahfizkl #fasttrackspm #spm2024 ♬ original sound – MATIS Madinatul Huffaz

Bapa gembira ketika dapat tahu keputusan SPM

Sebuah video yang dimuat naik oleh pihak sekolah menampakkan detik penuh emosi apabila bapa Aina dilihat memberi ucapan dalam bahasa jepun  tanda syukur sambil tersenyum bergurau dgn anaknya. Ramai yang menyifatkan momen itu sebagai detik paling menyentuh hati sepanjang video tular berkenaan.

Rata-rata netizen membanjiri ruangan komen dengan ucapan tahniah dan kata-kata semangat buat Aina dan keluarganya.

Antara komen yang mencuri perhatian ialah apabila ramai mengakui tidak menyangka seorang pelajar tahfiz mampu mendapat keputusan akademik secemerlang itu.

Netizen teruja Aina boleh bercakap Jepun

Dalam satu lagi video lain yang turut tular, Aina dilihat bercakap dalam bahasa Jepun dengan lancar dan yakin. Ramai yang terkejut dan menyangka dia merupakan pelajar dari Jepun.

Namun apabila didengar betul-betul, ada yang berseloroh mengatakan sebutan Jepun Aina ada sedikit loghat Kelantan. Lucu tetapi mencairkan hati netizen yang terus menyokong gadis ini untuk terus ke hadapan.

 Aina Afiqah

Bukan biasa-biasa, tapi inspirasi generasi muda

Dalam dunia yang penuh cabaran hari ini, kisah seperti Aina Afiqah membawa sinar harapan buat ibu bapa, guru-guru dan masyarakat. Dia membuktikan bahawa pelajar tahfiz bukan hanya hebat dalam agama, tetapi juga mampu mencipta kecemerlangan dalam bidang akademik dan bahasa.

Ramai yang berharap Aina terus menggunakan kelebihan yang ada untuk berdakwah di peringkat antarabangsa, terutamanya kepada masyarakat Jepun yang semakin terbuka terhadap Islam.

@yayasanannabawi Replying to @AsyrafPais ini kisah dia. Patut lancar je bahasa jepun dia kan 😂. Semoga kisah adik afiqah boleh beri inspirasi kepada semua. #yayasanannabawi #matanshahalam #japanesegirl #inspirasiramadan ♬ Aesthetic – Tollan Kim

Siapa sebenarnya Aina Afiqah?

  • Pelajar lepasan SPM 2024 dengan keputusan 10A

  • Hafizah 30 juzuk al-Quran

  • Tokoh Sahsiah Terpuji Banat 2024

  • Fasih dalam bahasa Melayu, Inggeris dan Jepun

  • Berasal dari keluarga kacukan Malaysia-Jepun

Kejayaan Aina Afiqah bukan sekadar pencapaian peribadi, tetapi simbol bahawa gabungan ilmu dunia dan akhirat boleh melahirkan generasi muda luar biasa. Ia juga menjadi inspirasi kepada pelajar-pelajar lain bahawa segala impian boleh dicapai dengan disiplin, usaha dan doa yang berterusan.

Semoga kisah ini membuka mata lebih ramai pihak tentang potensi anak-anak Malaysia hari ini. Tak mustahil satu hari nanti Aina akan jadi suara penting yang membawa nama Islam dan negara ke persada dunia.

Sumber: MATIS Madinatul HuffazSumber:  

Continue Reading

Keluarga

Anak Rita Rudaini mencapai keputusan cemerlang dengan straight A sebagai hadiah ulang tahun untuk ibunya.

Published

on

rita rudaini anak sulung al quran 750x441 1

Anak Rita Rudaini mencapai keputusan cemerlang dengan straight A sebagai hadiah ulang tahun untuk ibunya.

rita rudaini

Rita Rudaini berkongsi berita gembira tentang anak sulungnya, Airit Rayyan Rizqin, 15, yang mencapai keputusan cemerlang dalam peperiksaan. Dalam entri Instagram, Rita berterima kasih kepada Allah kerana Ryan berjaya kekal dalam Top 10 batch student, kali ini di MRSM Sungai Besar.

“Alhamdulillah, syukur pada Allah, tahun ni Ryan Top 10 batch student lagi, tapi kali ni dekat MRSM Sungai Besar pula. Tahniah, ibu akan pastikan anak-anak ibu cemerlang dalam akhlak dan pendidikan. Doa ibu selalu bersama anak-anak,” tulisnya.

rita rudaini

Pencapaian Ryan turut mendapat perhatian rakan-rakan artis yang mengucapkan tahniah kepada Rita dan Ryan. Rita, yang sebelum ini berkahwin dengan bintang bola kebangsaan, Aidil Zafuan pada 2008, kini fokus untuk memastikan anak-anaknya cemerlang dalam segala aspek kehidupan.

Continue Reading

Trending