Connect with us

Kisah

“Hati Ibu Mudah Terguris,” Mak Kata, Anak Tengking Mak Lebih Sakit Rasanya Dari Rasa Sakit Ketika Melahirkannya Dari Rahim

Avatar of hannani juhari

Published

on

anak tengking mak

“Hati Ibu Mudah Terguris,” Mak Kata, Anak Tengking Mak Lebih Sakit Rasanya Dari Rasa Sakit Ketika Melahirkannya Dari Rahim

Darjat seorang wanita yang bergelar ibu adalah anugerah mulia dari Allah. Begitu banyak bukti-bukti dalam hadis dan ayat Al-Quran menceritakan kemuliaan seorang ibu. Ibu yang berjaya melahirkan manusia yang hebat dan generasi masa depan yang terbilang dalam dunia Islam. Namun, kadang kala ujian bagi seorang anak juga tatkala sudah meningkat dewasa, anak tengking mak, marah, dan sebagainya.

Apa perkara yang menyakitkan mak? Bila anak tengking mak, herdik, dan bentak

anak tengking mak

Menerusi sebuah video yang dimuat naik oleh seorang pengguna Tik Tok @dianakhal_ mengenai perbualan ringkas yang berlaku antara seorang mak dan anak.

“Seorang anak bertanya pada ibunya, apakah perkara yang menyakitkan mak selain dari kesakitkan saat melahirkan?”

Jawab maknya, “Yang lebih sakit daripada saat melahirkan ialah apabila anak tengking mak, membentak, atau mengherdiknya walaupun anak itu lahir daripada rahimnya sendiri. Sungguh, itu lebih sakit rasanya dari melahirkan seorang anak.”

Bagaimana anak boleh tergamak melupakan jasa mak?

Sejak zaman dulu lagi, peranan seorang wanita sangat besar dalam mendidik, dan membesarkan anak. Lantaran itu bagaimana tergamak seorang anak melupakan jasa mak? Anak tengking mak sebab marah dan rasa tidak puas hati, kemudian kita berdendam dengan perbuatan mereka.

Tanpa kita sedar, mak dan ayah adalah pinjaman juga di dunia ini. Mereka bukan hak kita, tetapi milik Allah SWT. Apabila tiba masa mereka perlu kembali semula kepada Nya. Maka mereka akan pergi meninggalkan segalanya di dunia termasuk diri kita iaitu anak-anaknya.

anak tengking mak

Kadang kala bila kita hilang sesuatu itu, barulah kita rasa nikmat memiliknya. Ketika mereka masih ada mungkin kita tidak rasa kenikmatan ada mak dan ayah lagi. Oleh kerana itu, ketika mereka masih ada raikanlah mak dan ayah dengan penuh kasih sayang, kegembiraan, cinta, dan taat setia.

Anak-anak yang duduk di bandar, jenguk-jenguklah mak dan ayah di kampung. Anak-anak yang masih bersekolah, jangan duduk dalam bilik 24 jam dengan gadjet sahaja. Sepatutnya kita tanya mak ayah apa yang perlu dibantu, apa yang perlu ditolong, atau sebagainya. Mak ayah ini sebenarnya tidak mahu menyusahkan anak-anak. Tetapi kitalah yang harus peka dan ringan tulang sentiasa. Sedar kita ada tanggungjawab yang perlu ditunaikan selagi mana mereka masih ada di dunia ini.

Bila mak dah tak ada, anak baru tersedar dan sakitnya menanggung rindu

Bila mak sudah tiada, kita cari orang atau saudara terdekat yang wajahnya ada mirip mak kita. Kita pandang dan tenung wajahnya lama. Sungguh rindu untuk tatap wajah arwah mak semasa dia masih hidup.

Bila mak sudah tiada, kita ambil pakaian lamanya. Kain batik, dan baju opah milik arwah mak kita peluk, kita dakap kerana rindu yang sudah tidak tertanggung lagi.

anak tengking mak

Bila mak sudah tiada, kita pakai baju arwah mak dan membayangkan mak ada bersama kita. Sedang mendakap tubuh ini dengan begitu erat dan penuh kasih sayang. Hanya dakapan mak yang sangat nyaman dari semuanya.

Justeru anak, mengapa dulu masih ada mak kamu di dunia kamu tidak mahu melakukan itu semua?

Rindu sesuatu yang sudah tiada sakitnya memang sangat berbisa di jiwa. Ketika itu kita akan sakit menanggung rindu yang tidak berpenghujung. Rindu yang hanya dipisahkan oleh jasad dan roh di alam nyata dan alam akhirat.

Apa yang mampu kita lakukan saat itu adalah doa. Mendoakan segala dosa dan kesilapan mak dan ayah yang telah lalu. Mengirimkan segala pahala kepada mereka agar dipermudahkan urusan di sana.

Rasulullah SAW memberitahu umatnya bahawa seorang ibu adalah tempat pelaburan di akhirat bagi putera-puterinya. Ada banyak pahala dari Allah untuk anak-anak yang berbuat kebaikan dan ketaatan kepada kedua ibu-bapanya, serta bersikap mulia dan menghormati mereka. Sabda Rasulullah SAW:

“Sungguh rugi, sungguh rugi dan sungguh rugi, orang yang mempunyai kedua ibu bapanya yang sudah lanjut usia, salah seorang atau keduanya, tetapi tidak menyebabkannya masuk syurga.” – (Hadis Riwayat Imam Muslim, no: 2551)

Sumber: Tik Tok @dianakhal_

Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Trending

2024 Majalah Ilmu © Hak Cipta Terpelihara.