AGAMA
Niat Puasa 6 dan Ganti: Bacaan Niat dan Gabung Puasa Ganti
Niat Puasa 6 Dan Ganti: Bacaan Niat Dan Gabung Puasa Ganti
Berpuasa adalah merupakan salah satu amalan yang sangat digalakkan dalam Islam. Terdapat dua jenis puasa di dalam Islam, iaitu puasa wajib dan puasa sunat.
Puasa wajib adalah puasa pada bulan Ramadhan. Semua umat Islam yang mencukupi syarat wajib berpuasa di bulan Ramadhan. Sesiapa yang meninggalkannya secara sengaja atau tidak, perlu melakukan puasa ganti atau juga dikenali sebagai puasa qada.
Puasa sunat pula adalah puasa yang disunatkan dan digalakkan untuk dilakukan pada hari-hari tertentu. Sesiapa yang melakukan puasa sunat akan mendapat pahala yang dijanjikan. Salah satu contoh puasa sunat yang sangat dianjurkan adalah puasa enam di bulan Syawal.
Puasa Enam dan Puasa Ganti (Qada)
Puasa Enam di bulan Syawal adalah salah satu amalan sunat yang sangat digalakkan dalam Islam. Ia dikenali sebagai Puasa Enam kerana dilakukan selama 6 hari (sama ada berturut-turut ataupun tidak).
Puasa ini dilaksanakan pada bulan Syawal, selepas menyempurnakan puasa wajib di bulan Ramadan.
Rasulullah SAW telah bersabda:
مَنْ صَامَ رَمَضَانَ ثُمَّ أَتْبَعَهُ سِتًّا مِنْ شَوَّالٍ كَانَ كَصِيَامِ الدَّهْرِ
Maksudnya: Barangsiapa yang berpuasa di bulan Ramadhan kemudian diikuti dengan enam hari di bulan Syawal, ianya bersamaan dengan berpuasa sepanjang tahun.
Bercakap mengenai puasa pada bulan Ramadan, terdapat segelintir daripada kita yang perlu menggantikan puasa yang ditinggalkan semasa Ramadan disebabkan oleh perkara tertentu.
Puasa ganti atau qada boleh dilaksanakan pada bila-bila masa. Namun, ada yang mahu menggantikannya pada bulan Syawal.
Jadi, persoalannya, apakah hukum menggabungkan niat puasa ganti dan puasa enam di bulan Syawal? Bagaimana bacaan niat yang betul? Adakah diterima pahala puasa Qada dan pahala puasa enam di bulan Syawal sekiranya dilaksanakan secara serentak?
Keutamaan Menggantikan Puasa Ramadhan daripada Puasa Sunat Enam Syawal
Berdasarkan laman sesawang Mufti Wilayah Persekutuan, sesiapa yang berbuka puasa pada bulan Ramadan tanpa sebarang keuzuran, maka wajib ke atasnya menqadakan puasa serta merta selepas tamatnya Ramadan dan selepas selesai hari raya yang pertama.
Seseorang itu tidak boleh mendahulukan puasa sunat enam pada bulan Syawal kemudian diikuti dengan puasa qada. (Rujuk Kitab Bughyah al Tullab, hlmn 128).
Manakala, seseorang yang tidak berpuasa pada bulan Ramadan kerana ada keuzuran (yang dibenarkan syarak), maka harus baginya mendahulukan puasa enam pada bulan Syawal daripada puasa qada kerana waktu puasa qada adalah luas (muwassa). (Rujuk Kitab Bughyah al-Tullab hlmn 128).
BACA JUGA: Sah Ke Puasa Tanpa Mandi Wajib?
Hukum Menggabung Niat Puasa 6 dan Ganti
Fuqaha dalam Mazhab Syafie membahaskan isu menggabungkan niat puasa qada dan puasa enam Syawal seperti berikut:
1) Imam Ramli Rahimahullahu Taala menyebut bahawa dia pernah ditanya tentang puasa Ramadan dan qada di bulan Syawal, adakah berhasil qada puasa Ramadan dan pahala puasa 6 hari ﻪ ﺑىﻮﻧنونﺎﻀرءﺎ ﺮ ﻛذﺪﻗولاﻮﺷﻦﻣﺔ . ﻦﺮ pada bulan Syawal?
Imam Ramli (1424H) Rahimahullahu Taala dalam kitab Fatawa al-Ramli fi Furu’ al-Fiqh al-Syafie menjawab: ﻀﻗﻪﻣﻮﺼﺑﻞﺼ ﻪﻧ ﺑ ﺘﺳباﻮﺛﻪﻟﻞﺼ وهﺮﻴﻏ ﺧﺄﺘ ﻤاﻦﻣﺔﻋﺎ ﺔﻟﺄﺴ ﻤا
Maksudnya: “Puasa qada Ramadannya diterima walaupun dia menggabungkan niat puasa qada Ramadan dengan puasa yang lain dan diterima pahala puasa 6 hari pada bulan Syawal. Masalah ini disebut oleh ramai ulama terkemudian (mutaakhirin).”
2) Imam Ibnu Hajar Al-Haitami Rahimahullahu Taala dalam kitabnya Tuhfah al-Muhtaj bi Syarh al-Minhaj juga menjelaskan bagi seseorang yang berniat puasa sunat bersama puasa wajib: نﺈ ـﻓﻼﺜـﻣﻦﻴـ ﺛ ﻷامﻮﻳءﺎﻀﻘﻟامﻮﺻىﻮﻧﻦﻣنأ ﺐـﻴ أوﻼ ـﺼﺣﻚـذﻊ ـﻣﻦﻴ ﺛﻷامﻮﺻﺔﻨﺳىﻮﻧ ﻂﻘـﺴ ﻦـ ﻟﻲﻧﺎـﺜﻟاﻰﻠ ﻋﺐﺜ ﻢﻻوﺎﻤﻬﻴﻠﻋ
Maksudnya: “Jika sesiapa yang berniat puasa qada pada hari Isnin contohnya maka jika dia berniat sunat puasa pada hari Isnin dengannya (puasa qada) maka sah kedua-duanya dan diberi ganjaran melalui kedua-duanya. Jika tidak (diniatkan sekali) maka puasa yang kedua tidak diganjari pahala tetapi gugur tuntutannya.”
Berdasarkan kepada kedua-dua pandangan di atas, mazhab Syafie mengharuskan gabung niat puasa qada dan puasa sunat serta diganjari pahala dari kedua-dua puasa tersebut.
Namun begitu, Imam Ramli dalam kitabnya al-Muhtaj Ila Syarh al-Minhaj menjelaskan bahawa konsep gabungan dua puasa (sunat dan wajib) dalam satu hari tidak menghasilkan pahala yang sempurna
Ini kerana adalah lebih afdal seseorang itu melaksanakan secara berasingan.
Kesimpulannya:
- Puasa qada berasingan dengan puasa 6 pada bulan syawal adalah lebih diutamakan.
- Namun begitu, menggabungkan puasa qada dengan puasa enam itu tetap diharuskan dan mendapat ganjaran kedua-duanya.
- Bagi mereka yang meninggalkan puasa Ramadan tanpa keuzuran, maka dia wajib mengqada puasa sesegera mungkin iaitu sejurus selepas hari raya pertama.
- Manakala sesiapa yang meninggalkan puasa Ramadan disebabkan keuzuran, maka digalakkan untuk menggantikan puasa tersebut secepat mungkin dan diharuskan untuk melakukan puasa enam.
Niat Puasa 6 dan Ganti
Niat Puasa Enam Syawal:
نَوَيتُ صَوْمَ غَدٍ عَن سِنَّةٍ مِنْ شَوَّالٍ سُنَّةً لِلَّهِ تعَالى
Maksudnya: “Sahaja aku berniat puasa esok hari enam hari Syawal kerana Allah Ta’ala”
Niat Puasa Ganti/Qada:
نَوَيْتُ صَوْمَ غَدٍ عَنْ قَضَاءِ فَرْضِ رَمَضَانَ لِلَّه تَعَالَى
Maksudnya: Sahaja aku berpuasa esok hari bagi qada (menggantikan) fardu puasa bulan Ramadan kerana Allah SWT.
Niat Puasa Enam Gabung Dengan Puasa Ganti:
نَوَيْتُ صَوْمَ غَدٍ عَنْ قَضَاءٍ فَرْضَ رَمَضَانً وَصَوْمَ شَوَّالْ سُنَّةً لِلَّهِ تَعَالَى
Maksudnya: “Sahaja aku berpuasa ganti Ramadan yang wajib ke atas diriku beserta puasa sunat Syawal pada esok hari, kerana Allah Taala.”
BACA JUGA: Lima waktu tidak ditolak Amalan Menjelang Syawal (Hari Raya Aidil Fitri)
Bila Perlu Berniat?
Untuk puasa sunat 6 Syawal dan puasa-puasa sunat yang lain, seseorang boleh untuk berniat pada siang hari sebelum tergelincir matahari jika sekiranya tidak melakukan perkara-perkara yang membatalkan puasa.
Manakala untuk puasa ganti (Qada), hendaklah diniatkan pada malam hari, sama seperti puasa wajib (puasa Ramadan) berdasarkan kepada sabda Rasulullah SAW bahawa:
مَنْ لَمْ يُبَيِّتِ الصِّيَامَ مِن اللَيْلِ فَلَا صِيَامَ لَهُ
Maksudnya: Sesiapa yang tidak berniat untuk berpuasa (keesokan harinya) di malam hari, maka tidak sah puasanya. (Riwayat al-Nasaie (2334))
Dalam kitab al-Muqadimah al-Hadramiah juga ada disebutkan bahawa:
الأول: النية لكل يوم. ويجب التبييت في الفرض دون النفل، فتجزئه نيته قبل الزوال، ويجب التعيين أيضًا دون الفرضية في الفرض
Maksudnya: (Rukun puasa) Pertama: Niat bagi setiap hari puasa. Diwajibkan untuk berniat pada waktu malam bagi puasa fardu dan tidak bagi puasa sunat. Sah niat tersebut jika diniatkan sebelum tergelincir matahari. Di samping itu, diwajibkan untuk ta’yin (menentukan jenis puasa seperti puasa Ramadan), tanpa diwajibkan untuk menyebut fardu bagi puasa fardu.(Rujuk al-Muqadimah al-Hadramiah: 171 )
NOTA: Tuntutan niat ini ialah merujuk kepada berniat di dalam hati. Justeru, apabila seseorang sudah meletakkan azam di dalam hati dan fikirannya tentang hakikat puasa tersebut, maka niatnya tersebut sah.
Cara Pelaksanaan Puasa 6 dan Ganti (Gabung)
Merujuk kepada infografik yang dikongsikan oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia, puasa Syawal boleh dilakukan secara berselang-seli atau berturut-turut dalam bulan Syawal bermula pada 2 Syawal.
Rujuk dua penerangan berikut:
- Imam al Nawawi di dalam al-Majmu’ ada menyebutkan: “… dan disunatkan untuk berpuasa secara berturutan di awal Syawal. Sekiranya dipisahkan (tidak berpuasa 6 hari secara berturutan) ataupun diakhirkan puasa tersebut di dalam bulan Syawal, maka ianya dibolehkan…”
- Ibn Qudamah di dalam kitabnya al Mughni menyebutkan: “…tidak ada bezanya (menjadikan puasa tersebut) dilakukan secara berturutan atau dipisahkan sama ada di awal Syawal ataupun di akhirnya kerana hadith menyebutkannya secara mutlaq tanpa dikaitkan dengan sesuatu yang lain..”
Jadi kesimpulannya, puasa Syawal boleh dilakukan secara berselang-seli atau berturut-turut. Begitu juga, ia boleh diawalkan atau dilewatkan selama mana ia masih berada di bulan Syawal.
Hikmah Digalakkan Berpuasa 6 Hari Pada Bulan Syawal
Ibn Rejab al-Hanbali di dalam kitabnya Lataif al-Ma’arif menyatakan antara kelebihan dan hikmah digalakkan untuk berpuasa 6 hari pada bulan syawal ialah:
1. Menyempurnakan pahala setahun sebagaimana yang terdapat di dalam nas.
Ini berdasarkan riwayat daripada Abu Ayub al-Ansari RA, Rasulullah SAW telah bersabda:
مَنْ صَامَ رَمَضَانَ ثُمَّ أَتْبَعَهُ سِتًّا مِنْ شَوَّالٍ كَانَ كَصِيَامِ الدَّهْرِ
Maksudnya: Barangsiapa yang berpuasa di bulan Ramadhan kemudian diikuti dengan enam hari di bulan Syawal, ianya bersamaan dengan berpuasa sepanjang tahun.
2. Menyempurnakan apa yang kurang dan tidak sempurna.
Puasa sunat di bulan Syawal adalah seperti solat sunat sebelum dan sesudah solat fardhu. Ia membantu menyempurnakan apa yang kurang dan tidak sempurna dalam perkara yang fardhu.
Perkara fardu akan disempurnakan dengan perkara sunat pada hari kiamat nanti seperti yang disebutkan oleh Nabi SAW dalam banyak riwayat.
Kebanyakan manusia mempunyai kekurangan pada puasa fardhunya, maka amalannya perlu disempurnakan dengan amalan sunat.
3. Tanda kepada penerimaan puasa Ramadhan
Sesungguhnya berpuasa selepas puasa Ramadan ialah tanda kepada penerimaan puasa Ramadan kerana jika Allah SWT menerima amal soleh seseorang, maka Dia memudahkan orang itu melakukan amalan soleh yang lain.
Seperti sebahagian ulama berkata, “Pahala bagi sesuatu kebaikan adalah kebaikan yang dilakukan sesudahnya.”
Sesiapa yang beramal dengan amalan baik dan kemudian dia melakukan satu lagi amalan baik, maka itu ialah penerimaan amalan baik yang pertama. Sepertimana jika seseorang melakukan kebaikan kemudian dia melakukan kejahatan, maka itu ialah tanda amalan baiknya yang tadi tidak diterima.
4. Memastikan keampunan
Berpuasa di bulan Ramadhan memastikan keampunan bagi dosa-dosanya yang telah lepas. Orang yang berpuasa pada bulan Ramadhan juga dikurniakan ganjaran pahalanya pada hari Aidilfitri, ia adalah hari penganugerahan.
Maka, berpuasa selepas Aidilfitri ialah tanda bersyukur dengan nikmat-Nya. Tiada nikmat yang lebih besar daripada nikmat pengampunan dosa.
5. Mendekatkan diri hamba dengan Allah SWT
Sesungguhnya amalan yang mendekatkan diri hamba dengan Allah tidak terputus walaupun Ramadhan telah berlalu, akan tetapi berterusan selagi nyawa dikandung badan.
Inilah maksud hadith terdahulu yang mengatakan bahawa puasa pada bulan Ramadhan itu, umpama seseorang yang berundur dari medan jihad di jalan Allah kemudian dia kembali semula selepas mendapat kekuatan.
Kesimpulan
Puasa 6 Syawal boleh digabungkan dengan puasa ganti sekiranya, puasa Ramadhan yang ditinggalkan adalah tidak secara sengaja dan disebabkan oleh uzur syar’ie yang dibenarkan dalam syarak.
Semoga kita terus istiqamah dalam menunaikan ibadah dan diberikan kekuatan untuk melakukan puasa sama ada puasa wajib mahupun puasa sunat. Amin.
Rujukan:
- Puasa Qada’ dan Puasa Enam Syawal (PDF) – Mufti WP
- BOLEHKAH NIAT PUASA GANTI & PUASA 6 DIGABUNGKAN? – MKN
- #1039 Kelebihan Dan Hikmah Puasa 6 Hari Syawal – Maktabah Al Bakri
- AL-KAFI #1798 : APAKAH LAFAZ NIAT PUASA GANTI? – Mutfi WP
- Resepi Viral4 years ago
10 Resepi Ayam Berkuah Hidangan Menarik Ditengah hari
- Keluarga5 years ago
Sering kali Anak Sulung Selalu Kena Marah Tapi Sebenarnya Paling Istimewa Di Hati Ibu Ayah
- AGAMA5 years ago
Cara Senang Hafal Surah Al- Khafi Ayat 1 Hingga 10.
- AGAMA5 years ago
Satu-satunya manusia yang bukan nabi, bukan pula Rasul, tapi kisah hidupnya diabadikan dalam Qur’an
- AGAMA5 years ago
Satu kuku panjang ibarat bela sekandang b4bi? Inilah dosa bela kuku panjang
- AGAMA5 years ago
Cara Meruqyah Anak Yang Malas Untuk Belajar
- AGAMA5 years ago
Nafkah untuk isteri tak termasuk keperluan barang dapur, Para suami kena ingat dan Wajib tahu.
- AGAMA5 years ago
5 doa yang buat rezeki anda datang dari arah tak disangka, lancar dan berkah