Connect with us

Keluarga

Adab Bangunkan Anak Dari TIDUR, Supaya Otak Cerdas Dan Badan Segar

Avatar of kidin

Published

on

tcvyub

Adab Bangunkan Anak Dari TIDUR, Supaya Otak Cerdas Dan Badan Segar

cuba semak semula cara kita kejutkan anak sebelum ini bagaimana. Adakah mengikut adab yang sebaiknya.

Mengejutkan anak dari tidur yang lena ada cara dan adabnya yang tersendiri. Malah cara mak ayah kejutkan anak-anak bangun tidur pun, sebenarnya boleh mempengaruhi emosi mereka sepanjang hari. Barulah anak tersebut bangun dengan badan yang segar dan otak yang cerdas.

Ini yang sepatutnya dilakukan ketika membangunkan anak-anak dari tidur sebagai panduan;

ADAB BANGUNKAN ANAK DARI TIDUR

Cara atau adab membangunkan anak yang tidur, anak yang masih bayi, kanak-kanak , remaja atau dewasa.

1. Beri salam kepada anak yang sedang tidur.

2. Sentuh hujung ibu jari kakinya dan goyangkannya perlahan -perlahan.

3. Panggil namanya dengan lembut dan teruskan menggoyang kakinya.

4. Kalau masih belum bangun, kuatkan sedikit suara dan goyang badannya.

5. Teruskan memanggil namanya dan panggillah sayang, manja atau anak.

6. Bangunkan sambil memujinya contoh: Bangun sayang, anak umi yang baik, anak umi yang soleh, anak umi yang rajin.

7. Setelah anak bangun, usap kepalanya sambil berucap dengan lembut agar ia mandi, solat Subuh dan bersegera ke sekolah untuk menjadi anak yang bijak pandai.

8. InsyaALLAH , anak akan bangun dengan badan yang segar dan otak yang cerdas kerana dibangunkan dengan penuh kasih sayang.

Semoga bermanfaat.

Sumber: Bahagian Dakwah, Jakim

Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Trending

2024 Majalah Ilmu © Hak Cipta Terpelihara.