Connect with us

Keluarga

Doa Terbaik Seorang Isteri Buat Suami

Published

on

ugvbij

Doa Terbaik Seorang Isteri Buat Suami

Tanggungjawab suami adalah lebih berat daripada tanggungjawab isteri meskipun ramai yang menganggap isteri lebih banyak beban berbanding suami.

Apabila seorang wanita sah bergelar isteri maka dia perlu berkor-ban dalam ruang lingkup kerumahan sehingga dialah yang mentadbir dan mengasuh serta menguruskan rumah. Isteri digelar dalam Bahasa Arab sebagai rabbatul bayt memberi maksud tuan atau pengurus rumah.

Isteri merupakan pendam-ping bagi seorang suami. Jatuh bangun suaminya tergantung kepada kuatnya seorang isteri dibela-kang suaminya.

Maka, antara sumber kekua-tan bagi seorang suami adalah hantaran doa-doa daripada seorang isteri.

Di dalam islam, doa seorang isteri kepada suami menjadi salah satu doa mustajabah (segara terkabul).

wanita doa 1

Isteri WAJIB doa sungguh-sungguh untuk suami agar jadi PEMIMPIN yang terbaik untuk keluarga ini.

Jika bukan isteri siapa lagi untuk doakan suami.

Bicara dan mengadulah kepada Allah, mengadulah dengan penuh linangan air mata,dengan penuh keikhlasan. Mengadu kepada manusia adakalanya ia menyakit-kan.

Sambil masak doa untuk suami, ketika basuh baju doa untuk suami. Kalau pegang tangan suami doa untuk suami. Tatap wajah suami, bicaralah dengan le-mah lem-but.

Ingatlah wahai isteri..

Doa isteri yang paling makbul dan didengar terus oleh Tuhan, adalah bilamana dia bangun dan solat 2 rakaat, kemudian mendoakan kebaikan buat suaminya.”

“Kenapa Allah makbulkan?”

“Kerana, waktu dia disakitkan oleh suaminya, cintanya pada Allah dan suami kekal dan tak pernah hilang. Ia percaya pada kebaikan Allah dan suami. Itulah yang Tuhan pandang pada seorang isteri.”

Wahai yang bergelar isteri, bangunlah untuk solat 2 rakaat, berdoalah untuk suamimu saat dia sedang tidur:

“Ya Allah, ini suami saya, saya sayang dia lebih dari diri saya, banyak kebaikan dia untuk saya. Ya Allah ampunilah segala do-sa dia, jadikanlah dia suami yang baik, yang taat segala perintah-Mu. Jadikan dia suami yang soleh, bertanggungjawab, penyayang, suami yang prihatin, suami yang baik terhadap isteri dan anak-anak.”

Benarlah.

Seorang wanita yang hatinya hidup, adalah hati yang kekal bersama Tuhan

Semoga perkongsian ini mendapat manfaat kita bersama. Kongsikan kepada keluarga dan sahabat-sahabat anda !

عَنْ أَبِي مَسْعُودٍ عُقْبَةَ بْنِ عَمْرٍو الْأَنْصَارِيِّ البَدْرِيِّ رَضِيَ اللّٰهُ عَنْهُ قَالَ : قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللّٰهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ مَنْ دَلَّ عَلَى خَيْرٍ فَلَهُ مِثْلُ أَجْرِ فَاعِلِهِ.

صحيح مسلم ، كتاب الإمارة ، باب فضل إعانة الغازي في سبيل الله بمركوب وغيره، وخلافته في أهله بخير ، حديث رقم 1893

Daripada Abu Mas’ud ‘Uqbah bin Amriy Al-Anshori Al-Badriy, beliau berkata : Rasulullah SAW bersabda: “Sesiapa yang dapat menunjukkan suatu kebaikan (kemudian diikuti dan dilakukan kebaikan tersebut oleh seseorang yang lain) maka dia akan mendapat pahala seperti orang yang melakukannya.” (Hadith riwayat Muslim, No.Hadith : 1893)

Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Trending

2024 Majalah Ilmu © Hak Cipta Terpelihara.