Keluarga
18 Tip Yang Boleh Dijadikan Panduan Untuk Anak Tidur Di Bilik Mereka Sendiri

18 Tip Yang Boleh Dijadikan Panduan Untuk Anak Tidur Di Bilik Mereka Sendiri
Bukan seorang malah ada yang sehingga 4 – 5 orang anak masih lagi tidur di bilik ibu dan ayah. Anda berhasrat untuk memisahkan tempat tidur dan bilik anak dengan anda? Jika ya, anda harus melatihnya dari awal agar mereka faham kenapa mereka harus tidur berasingan dan apa yang seronoknya punya bilik sendiri.
Memindahkan anak ke tempat tidur sendiri bukanlah satu perkara yang mudah. Lebih-lebih lagi apabila mereka sudah terbiasa tidur dengan kita sejak dari bayi lagi. Pada peringkat awal, mungkin akan berlaku penolakan daripada si anak. Untuk mengatasinya si ibu atau ayah perlu menjelaskan kepada si manja tentang faktor usianya kini.
18 Tip Yang Boleh Dijadikan Panduan ;
1#. Sediakan bilik yang selesa untuk si manja anda. Ini tidak bermakna anda perlu hias biliknya dengan perabot mewah dan sebagainya. Sebaliknya memadai jika bilik tersebut bersih dan kemas. Sebagai permulaan, anda boleh mulakannya dengan hanya meletak tilam dilengkapi cadar yang motif dan warnanya sesuai dengan budak-budak.
2#. Berikan masa kepada anak untuk membuat persediaan mental dan emosi. Terangkan kepadanya bahawa dia sudah besar dan perlu belajar tidur sendiri. Pastikan tidak ada sesiapa yang cuba takut-takutkan dia apabila tidur sendiri nanti. Katakan pada dia budak yang berani adalah budak yang bijak.
3#. Persediaan mental dan emosi. Sama seperti orang dewasa, kanak-kanak juga mengambil sedikit masa untuk membiasakan diri dengan sesuatu yang baru. Jadi, sebaik-baiknya beritahu pada anak-anak anda bahawa mereka perlu tidur sendirian lebih awal dari jangka masa yang anda sasarkan. Ini memberi mereka ruang untuk membuat persediaan mental. Bagi membuatkan mereka lebih faham kenapa perlu berbuat demikian, berikan alasan-alasan yang kukuh misalnya apabila punya bilik sendiri, mereka ada ruang sendiri untuk bermain dan membaca.
4#. Melatih si kecil untuk tidur di biliknya pada siang hari. Temankan dia terlebih dulu dan bacakan buku cerita yang memberi manfaat kepada si kecil. Lakukan sekerap mungkin dan cara ini pasti dapat membantu membiasakan anak anda.
5#. Ajak si kecil menghias bilik tidurnya. Pasti dia teruja apabila benda yang disukainya menghiasi ruang privasinya. Sebagai contoh, jika si hero sukakan kereta, terapkan elemen permotoran dalam bilik tidurnya. Begitulah sebaliknya.
6#. Pastikan ada ruang bermain dalam bilik anak-anak dan pastikan hiasan bilik tidak terlalu sarat. Elakkan meletak barang-barang kaca yang mudah pecah. Ia berbahaya.
7#. Bagi anda yang mempunyai lebih daripada seorang anak dan sama jantina, katil dua tingkat mungkin pilihan yang tepat untuk jangka masa panjang, terutama bagi kediaman yang mempunyai bilik yang terhad. Pastikan katil yang dipilih itu mempunyai pengadang yang tinggi (bahagian atas) bagi memastikan keselamatan anak.
8#. Andai katil bayinya dahulu boleh diubahsuai menjadi katil kanak-kanak, ini menandakan anda berhadapan dengan satu proses yang agak mudah. Anda boleh menunjukkan kepada si manja bahawa dirinya tidak ‘diusir’ daripada tempatnya yang lama.
9#. Sejurus si manja anda berpindah ke biliknya sendiri, kekalkan rutin tidurnya dan biasakan si manja buang air kecil dahulu sebelum tidur. Anda tidak perlu mengubah waktu tidurnya kerana ia boleh menimbulkan kekeliruan kepada si manja nanti. Masalah lain yang mungkin timbul, anak anda mungkin boleh berasa terlalu ‘bersemangat’ sehingga dia sukar tidur.
10#. Anda boleh melayani kerenah si manja yang pada awalnya mungkin akan terus bermain, keluar masuk bilik meminta segelas air, meminta anda membacakan buku untuknya, berulang alik ke tandas, minta ditemani. Tetapi, pastikan ada batas waktu yang ditetapkan. Apabila waktu yang dihadkan sudah tamat, anda perlu bertegas dengan keputusan anda.
11#. Cuba selidiki kenapa si manja anda suka tidur dengan anda? Mungkin si manja takut dengan kegelapan? Atau wujudnya rasa cemburu dalam diri mereka apabila si adik masih boleh lagi tidur dengan anda sedangkan dia tidak? Berkemungkinan persoalan inilah yang akan membantu anda mencari jalan penyelesaiannya.
12#. Berikan mereka benda yang boleh membuatkan si manja rasa selamat dengannya. Contohnya sebuah patung besar yang boleh membuatkan si manja rasa ‘berteman’ apabila tidur.
13#. Sediakan pencahayaan yang bersesuaian untuk si manja. Kebanyakan kanak-kanak memang takut dengan kegelapan. Jadi belilah lampu-lampu ‘fancy’ khusus untuk si manja.
14#. Latih anak-anak untuk mengemas bilik mereka sendiri. Walaupun lipatan selimut mereka tidak begitu kemas, biarkan dan beri mereka peluang untuk memperbaikinya.
15#. Bersabar adalah kunci paling utama. Memang tidak mudah untuk mengajar si manja tidur sendirian di biliknya. Dan ia mungkin tidak akan berhasil hanya dengan satu malam. Cara yang paling baik, selidiki apa yang menyebabkan si manja anda tidak suka tidur sendirian. Dan cuba cari jalan penyelesaiannya sebaik mungkin.
16#. Amalkan membaca doa sebelum tidur dan Surah 3 Qul. Latih anak-anak untuk turut membaca doa ini setiap kali sebelum masuk tidur. Insya-Allah doa ini akan meningkatkan keyakinan kita sendiri serta anak-anak bahawa Allah akan sentiasa melindungi mereka.
17#. Jadi, pada peringkat awal peralihan ini ibu bapa memerlukan tahap kesabaran ekstra. Pimpin si manja ke bilik semula setiap kali dia keluar dari bilik tidurnya.
18#. Dan yang terakhir, anda boleh menerapkan sistem ‘reward.’ Seperti beli ‘sticker’ atau pelekat bergambar dan lekatkan di papan khusus untuk menunjukkan berapa kali si manja tidur tepat pada waktunya dalam satu minggu. Pada minggu akhir, berikan ia sesuatu yang istimewa seperti membacakannya cerita lebih lama atau memasakkan si manja anda makanan kegemarannya.
Sumber : MAJALAH PA & MA
Keluarga
Cara Merangsang Percakapan Bayi Sejak Lahir: Panduan Lengkap Mengikut Tahap Umur

Cara Merangsang Percakapan Bayi Sejak Lahir: Panduan Lengkap Mengikut Tahap Umur
Masih ramai ibu bapa beranggapan bahawa anak akan bercakap sendiri apabila tiba masanya. Ada juga yang berpegang pada prinsip, “Saya tak pernah ajar bunyi binatang, bila nampak kucing saya sebut ‘kucing’, bukan ‘meow’.” Kedengaran yakin, tetapi hakikatnya perkembangan bahasa kanak-kanak tidak berlaku secara lompat terus, sebaliknya melalui beberapa tahap penting yang perlu dirangsang dengan betul sejak lahir.
Sama seperti perkembangan motor kasar — bermula dengan meniarap, merangkak, duduk, berdiri dan barulah berjalan — kemahiran bahasa juga mempunyai fasa-fasanya sendiri. Jika anak terus diajar perkataan yang terlalu kompleks, ia boleh menyukarkan proses pembelajaran, terutamanya bagi anak yang mengalami speech delay. Ibarat kanak-kanak berusia 7 tahun dipaksa belajar subjek darjah 6, hasilnya bukan lebih cepat pandai, tetapi lebih keliru.
Berikut ialah panduan merangsang percakapan bayi bawah setahun, dibahagikan mengikut tahap umur.
Tahap 1 Cara Merangsang Percakapan Bayi: Umur 0 hingga 3 Bulan
Asas komunikasi bermula di sini
Pada peringkat ini, bayi belum bercakap, tetapi sedang membina asas komunikasi melalui bunyi dan reaksi.
Ciri perkembangan normal:
Senyum sebagai tindak balas
Mengeluarkan bunyi seperti “aaa” dan “eee”
Senyap atau senyum apabila diajak bercakap
Mengenali suara ibu dan ayah
Tangisan berbeza mengikut keperluan
Tips rangsangan:
Berbual dengan jarak dekat dan pandang mata bayi
Belai dan urut bayi dengan kerap, terutamanya selepas mandi
Usap dan sikat rambut sambil menyusu
Gunakan mainan berbunyi untuk merangsang perhatian
Untuk bayi menyusu badan, biarkan seketika bayi merengek sebelum menyusu supaya dia belajar konsep komunikasi
Kerap menyanyi dengan membuka mulut besar-besar, tanpa perlu malu
Tahap 2 Cara Merangsang Percakapan Bayi: Umur 3 hingga 6 Bulan
Bayi mula “bersembang” dengan caranya sendiri
Di sinilah bayi mula berinteraksi lebih aktif menggunakan bunyi dan ekspresi.
Ciri perkembangan normal:
Ketawa dengan bunyi
“Berbual” menggunakan bahasa bayi atau bahasa “alien”
Menunjukkan reaksi suka atau tidak suka melalui suara
Memandang ke arah bunyi
Mengenali mainan berbunyi
Fokus kepada muzik
Tips rangsangan:
Kerap ketawa dan berbual bersama bayi
Apabila bayi “bercakap”, angguk dan beri respon seolah-olah memahami
Latih konsep giliran bercakap (turn-taking)
Panggil nama bayi dari arah berbeza
Tunjuk objek atau binatang sambil sebut namanya
Menyanyi sambil tepuk tangan untuk gabung bunyi dan pergerakan
Tahap 3: Umur 6 hingga 12 Bulan
Dari bunyi ke perkataan pertama
Inilah fasa kritikal sebelum bayi mula menyebut perkataan bermakna.
Ciri perkembangan normal:
Meniru bunyi
Menyebut “bababa”, “mamama” (belum spesifik)
Faham arahan mudah seperti “datang sini”
Mengenali objek biasa seperti botol susu
Bergerak ke arah bunyi
Menggabungkan vokal dan konsonan
Menyebut perkataan pertama seperti “mama”, “bye-bye” atau “hai”
Tips Cara Merangsang Percakapan Bayi:
Pastikan anak melihat pergerakan mulut ketika bercakap
Ulang perkataan berkali-kali dengan jelas dan perlahan
Panjangkan sebutan suku kata
Ajar minum guna straw seawal 6 bulan untuk kekuatan otot mulut
Ajar “flying kiss” bersama gerakan mulut dan tangan
Bersihkan mulut bayi secara berkala
Gunakan pergerakan badan ketika memberi arahan
Ikut sama bunyi bayi sebagai tanda kita mendengar
Beri tepukan dan senyuman setiap kali bayi mencuba
Ajar bunyi binatang bersama nama, contohnya “Ini kucing, bunyi kucing ‘meow’”
Elakkan bercakap pelat dengan anak
Banyakkan pendedahan deria rasa melalui makanan berkhasiat
Faktor Paling Penting Cara Merangsang Percakapan Bayi : Elakkan Gangguan Gadget & Televisyen
Satu kesilapan besar yang sering berlaku ialah menganggap TV atau gadget tidak memberi kesan jika anak “tidak menonton”. Hakikatnya, bunyi latar belakang juga merupakan gangguan kepada perkembangan bahasa bayi.
Kajian terhadap lebih 900 bayi berusia 6 bulan hingga 2 tahun mendapati:
Setiap 30 minit pendedahan kepada gadget meningkatkan 49% risiko lewat bercakap
Bunyi latar mengganggu keupayaan bayi menapis bunyi penting (auditory filtering)
Bayi menjadi sukar fokus kepada suara manusia
Sebab itu, walaupun ibu bapa kerap bercakap dengan anak, kehadiran bunyi TV tetap menjejaskan keberkesanan rangsangan.
Bila Perlu Risau & Dapatkan Bantuan?
Perkembangan bahasa melibatkan 7 komponen sensori yang saling berkait. Jika salah satu terlebih atau terkurang, anak boleh mengalami kecelaruan sensori, yang sering berlaku pada kanak-kanak lewat bercakap.
Oleh itu, Cara Merangsang Percakapan Bayi, ibu bapa disarankan:
Mendapatkan penilaian daripada Occupational Therapist (OT)
Melakukan intervensi awal untuk hasil yang lebih berkesan
Kesimpulan Cara Merangsang Percakapan Bayi
Cara Merangsang Percakapan Bayi bukan soal cepat atau lambat, tetapi ikut tahap dan konsisten. Kurangkan gangguan, banyakkan interaksi bersemuka, dan jadikan komunikasi sebagai aktiviti harian yang menyeronokkan.
Semoga perkongsian ini membantu ibu bapa memahami bahawa percakapan bermula sejak lahir, bukan bila anak mula menyebut perkataan pertama.
Sumber: Maryam Jamadi
Occupational Therapist / Terapis Carakerja
Keluarga
“Dah la Pandai Hafal Quran, Fasih Cakap Jepun Pula” Cantik Pula Masyallah – Ramai Kagum Kisah Aina Afiqah Raih 10A SPM

“Dah la Pandai Hafal Quran, Fasih Cakap Jepun Pula” Cantik Pula Masyallah – Ramai Kagum Kisah Aina Afiqah Raih 10A SPM
Nama seorang pelajar bernama Aina Afiqah binti Sahipol Nizam tiba-tiba jadi perhatian ramai sejak beberapa hari lalu. Bukan setakat kerana dia meraih keputusan 10A dalam SPM 2024, tapi kisah latar belakangnya yang cukup luar biasa buat ramai rasa kagum dan tersentuh.
Di sebalik wajah manis Aina, tersimpan kisah disiplin dan perjuangan yang tidak ramai tahu. Aina bukan saja cemerlang dalam akademik, malah berjaya menghafaz 30 juzuk al-Quran, selain dinobatkan sebagai Tokoh Sahsiah Terpuji Banat 2024 di institusi pengajiannya, MATIS Madinatul Huffaz.
Namun apa yang lebih mengejutkan, Aina juga mampu bertutur fasih dalam bahasa Jepun.
Kacukan Malaysia-Jepun, tapi dididik dengan nilai Islam sejak kecil
Aina merupakan anak kacukan Malaysia dan Jepun. Ibunya berasal dari Jepun manakala ayahnya rakyat Malaysia. Sejak kecil, dia dibesarkan dalam suasana yang penuh disiplin dan nilai agama. Bahasa Jepun menjadi bahasa harian di rumah, membuatkan Aina membesar dengan tiga bahasa — Melayu, Inggeris dan Jepun.
Di sebalik latar belakang antarabangsa itu, kedua ibu bapa Aina tetap menitikberatkan pendidikan agama dan akhlak. Maka tak hairanlah bila Aina berjaya menjadi hafizah dalam usia muda.
@tahfizmadinatulhuffaz 10A ✅ Hafizah ✅ Tokoh Sahsiah ✅ Cakap Jepun ✅ Macam checklist superhero 🤭 Siapa kata pelajar tahfiz tak boleh all-rounder? #MadinatulHuffaz #maahadtahfizgombak #maahadtahfizkl #fasttrackspm #spm2024 ♬ original sound – MATIS Madinatul Huffaz
Bapa gembira ketika dapat tahu keputusan SPM
Sebuah video yang dimuat naik oleh pihak sekolah menampakkan detik penuh emosi apabila bapa Aina dilihat memberi ucapan dalam bahasa jepun tanda syukur sambil tersenyum bergurau dgn anaknya. Ramai yang menyifatkan momen itu sebagai detik paling menyentuh hati sepanjang video tular berkenaan.
Rata-rata netizen membanjiri ruangan komen dengan ucapan tahniah dan kata-kata semangat buat Aina dan keluarganya.
Antara komen yang mencuri perhatian ialah apabila ramai mengakui tidak menyangka seorang pelajar tahfiz mampu mendapat keputusan akademik secemerlang itu.
Netizen teruja Aina boleh bercakap Jepun
Dalam satu lagi video lain yang turut tular, Aina dilihat bercakap dalam bahasa Jepun dengan lancar dan yakin. Ramai yang terkejut dan menyangka dia merupakan pelajar dari Jepun.
Namun apabila didengar betul-betul, ada yang berseloroh mengatakan sebutan Jepun Aina ada sedikit loghat Kelantan. Lucu tetapi mencairkan hati netizen yang terus menyokong gadis ini untuk terus ke hadapan.
Bukan biasa-biasa, tapi inspirasi generasi muda
Dalam dunia yang penuh cabaran hari ini, kisah seperti Aina Afiqah membawa sinar harapan buat ibu bapa, guru-guru dan masyarakat. Dia membuktikan bahawa pelajar tahfiz bukan hanya hebat dalam agama, tetapi juga mampu mencipta kecemerlangan dalam bidang akademik dan bahasa.
Ramai yang berharap Aina terus menggunakan kelebihan yang ada untuk berdakwah di peringkat antarabangsa, terutamanya kepada masyarakat Jepun yang semakin terbuka terhadap Islam.
@yayasanannabawi Replying to @AsyrafPais ini kisah dia. Patut lancar je bahasa jepun dia kan 😂. Semoga kisah adik afiqah boleh beri inspirasi kepada semua. #yayasanannabawi #matanshahalam #japanesegirl #inspirasiramadan ♬ Aesthetic – Tollan Kim
Siapa sebenarnya Aina Afiqah?
Pelajar lepasan SPM 2024 dengan keputusan 10A
Hafizah 30 juzuk al-Quran
Tokoh Sahsiah Terpuji Banat 2024
Fasih dalam bahasa Melayu, Inggeris dan Jepun
Berasal dari keluarga kacukan Malaysia-Jepun
Kejayaan Aina Afiqah bukan sekadar pencapaian peribadi, tetapi simbol bahawa gabungan ilmu dunia dan akhirat boleh melahirkan generasi muda luar biasa. Ia juga menjadi inspirasi kepada pelajar-pelajar lain bahawa segala impian boleh dicapai dengan disiplin, usaha dan doa yang berterusan.
Semoga kisah ini membuka mata lebih ramai pihak tentang potensi anak-anak Malaysia hari ini. Tak mustahil satu hari nanti Aina akan jadi suara penting yang membawa nama Islam dan negara ke persada dunia.
Keluarga
Anak Rita Rudaini mencapai keputusan cemerlang dengan straight A sebagai hadiah ulang tahun untuk ibunya.

Anak Rita Rudaini mencapai keputusan cemerlang dengan straight A sebagai hadiah ulang tahun untuk ibunya.
Rita Rudaini berkongsi berita gembira tentang anak sulungnya, Airit Rayyan Rizqin, 15, yang mencapai keputusan cemerlang dalam peperiksaan. Dalam entri Instagram, Rita berterima kasih kepada Allah kerana Ryan berjaya kekal dalam Top 10 batch student, kali ini di MRSM Sungai Besar.
“Alhamdulillah, syukur pada Allah, tahun ni Ryan Top 10 batch student lagi, tapi kali ni dekat MRSM Sungai Besar pula. Tahniah, ibu akan pastikan anak-anak ibu cemerlang dalam akhlak dan pendidikan. Doa ibu selalu bersama anak-anak,” tulisnya.
Pencapaian Ryan turut mendapat perhatian rakan-rakan artis yang mengucapkan tahniah kepada Rita dan Ryan. Rita, yang sebelum ini berkahwin dengan bintang bola kebangsaan, Aidil Zafuan pada 2008, kini fokus untuk memastikan anak-anaknya cemerlang dalam segala aspek kehidupan.
Keluarga6 years agoSering kali Anak Sulung Selalu Kena Marah Tapi Sebenarnya Paling Istimewa Di Hati Ibu Ayah
Resepi Viral6 years ago10 Resepi Ayam Berkuah Hidangan Menarik Ditengah hari
AGAMA7 years agoSatu kuku panjang ibarat bela sekandang b4bi? Inilah dosa bela kuku panjang
AGAMA7 years agoSatu-satunya manusia yang bukan nabi, bukan pula Rasul, tapi kisah hidupnya diabadikan dalam Qur’an
AGAMA6 years agoCara Senang Hafal Surah Al- Khafi Ayat 1 Hingga 10.
AGAMA6 years agoCara Meruqyah Anak Yang Malas Untuk Belajar
AGAMA6 years agoNafkah untuk isteri tak termasuk keperluan barang dapur, Para suami kena ingat dan Wajib tahu.
AGAMA7 years ago5 doa yang buat rezeki anda datang dari arah tak disangka, lancar dan berkah








