Connect with us

Keluarga

Ada 3 Perkara Yang Isteri WAJIB Tuntut HAK NAFKAHNYA. Yang Lainnya Ikutlah Kemampuan Seorang Suami

Published

on

Ada 3 Perkara Yang Isteri WAJIB Tuntut HAK NAFKAHNYA. Yang Lainnya Ikutlah Kemampuan Seorang Suami

Kebanyakan yang sudah berkahwin ada satu perkara yang selalu pertikaikan atau yang dipanggil nafkah. Sama juga jika pasangan yang tidak mampu lagi meneruskan kehidupan untuk berumahtangga akan ada perkara yang diungkitkan iaitu hak nafkah.

Jangan main-main dengan han nafkah yang patut diberikan oleh isteri. Mungkin isteri yang sudah ada pendapatakan sendiri tidak kisah dengan apa yang diberikan oleh suami. Tetapi, kena ingat, nafkah itu wajib diberikan oleh suami.

Walau bagaimanapun, janganlah isteri mengambil kesempatan dengan menuntut macam-macam hak nafkah. Kena ingat, hanya ada tiga perkara asa yang wajib isteri tuntut, selebihnya kenalah ikut kemampuan suami.

Seperti perkongsian daripada Imam Muda Hassan Adli ini. Yang mana suami wajib bagi nafkah zahir pada isteri. Malah, isteri wajib tuntut haknya itu.

Isteri Tuntut Nafkah Ikutlah Kemampuan Suami

Ramai pula yang bertanya soal nafkah suami kepada isterinya. Nafkah hukumnya wajib ke atas suami, tidak ke atas isteri.

Suami wajib memberi NAFKAH ZAHIR pada isteri dalam 3 perkara iaitu:

1. Makan-minum
2. Pakaian
3. Tempat tinggal

Termasuk juga dalam nafkah adalah barang-barang keperluan lain seperti:

Alat berhias
Keperluan bersuci
Ubat-ubatan atau supplement jika suami menginginkan isterinya sihat dan bercantik untuk suami.

Cuma dalam perkara ini ikutlah budi bicara masing-masing kerana ianya tidaklah sampai jatuh wajib. Yang paling utama adalah 3 perkara asas di atas.

Kadar Nafkah

Berapa kadar nafkah untuk makan minum isteri?

Nafkah makan-minum yang wajib adalah 2 kali sehari sehingga kenyang dan yang selebihnya adalah sunat sahaja.

Tapi jika si isteri tu jenis makannya banyak, sebagai contoh sekali makan 3 pinggan nasi, maka wajib suami beri makan 6 pinggan nasi sehari. Dalam hal ini jika memudaratkan kesihatan isteri, berbincanglah baik-baik dengan isteri.

Sebahagian ulamak menetapkan kadar tetap harian bagi nafkah makan-minum yang wajib disempurnakan oleh suami untuk isterinya.

Antaranya ialah Imam Syafiie yang menetapkan:

1. Jika suami kaya, hendaklah dia memberikan 2 cupak sehari (1.2kg beras) untuk makanan isterinya
2. Suami sederhana, 1 1/2 cupak (900g beras)
3. Jika suami miskin,1 cupak (600g)

Adapun majoriti ulamak, mereka tidaklah menentukan kadar tetap, akan tetapi dirujuk kepada kemampuan suami dan juga keperluan isteri.

1. Untuk nafkah pakaian yang wajib diberi pada isteri adalah 2 pasang setahun “complete set” dan selebihnya adalah sunat.

2. Dua pasang itu termasuk baju, kain, tudung, stoking, kasut, dan pakaian dalam. Yang lain-lain adalah sunat dan suami jangan terlalu berkira dalam soal ini sebab dia bukan orang lain, dia isteri yang banyak berjasa untuk kita. Apa salahnya kita bagi lebih asalkan jangan sampai membazir.

3. Nafkah tempat tinggal pula adalah rumah yang berpatutan dan bersesuaian dengan kewangan dan kemampuan suami, tak kira samada banglo, semi D, teres 2 tingkat, teres setingkat, rumah papan, rumah panjang, rumah flat, rumah khemah, asalkan sesuai dan selamat untuk isteri.

Nafkah-nafkah tersebut adalah hak isteri. Jadi, jika isteri kata “abang tak payah beri nafkah” maka tidak berdosalah si suami. Tetapi jika isteri perlu pada nafkah dan suami mengabaikannya, maka haram dan berdosalah si suami.

Nafkah Isteri Bekerja

Walaupun isteri bekerjaya, dia masih boleh menuntut haknya pada suami, suami masih wajib memberi nafkah tersebut, tidak berdosa isteri meminta sebab memang itu haknya. Suami tak boleh kata, “awak gaji lagi besar dari saya, takkan itupun nak berkira!”

Cuma dalam hal ini, isteri perlu ada timbang rasa, support suami yang mungkin pendapatannya cukup-cukup makan atau mungkin tak cukup makan. Topup la mana-mana yang perlu. Besar pahala untuk isteri.

Bagi suri rumah sepenuh masa, boleh sambil-sambil tu buat perniagaan kecil-kecilan secara online, bolehlah ringankan beban suami, dengan keadaan ekonomi sekarang yang tidak menentu.

Kalau nak minta nafkah pada suami, ikutlah kemampuan suami, jangan terlalu mendesak dan terlalu terpengaruh dengan orang lain yang hidupnya mungkin lebih senang dari kita. Bukan kekayaan yang memberikan kebahagiaan, tetapi kasih sayang dan saling memahami itu lebih menenangkan.

Tuntut Peruntukkan

Kemampuan suami boleh berubah, begitu juga keperluan isteri. Pada ketika suami melihat keadaannya lebih senang, ia hendaklah melebihkan sedikit belanjanya untuk isteri dan isteri pula berhak menuntut peruntukan yang lebih.

Begitu juga jika keperluan isteri bertambah kerana sesuatu sebab, pertambahan itu juga perlu berada dalam penilaian suami jika ia mampu meraikannya.

Firman Allah, “Hendaklah orang yang mampu memberi nafkah menurut kemampuannya; dan sesiapa yang disempitkan rezekinya, maka hendaklah ia memberi nafkah dari apa yang diberikan Allah kepadanya (sekadar yang mampu); Allah tidak memberati seseorang melainkan (sekadar kemampuan) yang diberikan Allah kepadanya. (Orang-orang yang dalam kesempitan hendaklah ingat bahawa) Allah akan memberikan kesenangan sesudah berlakunya kesusahan” (Surah at-Thalaq, ayat 7).

Dalam isu nafkah zahir ini, perkara yang paling penting perlu dijaga bersama:

1. Persefahaman
2. Bertimbang rasa
3. Bertolak-ansur

“Ya Allah luaskan rezeki kami para suami, agar kami dapat memberikan nafkah lebih kepada isteri kami, aamiin”.

Apa pun, suami janganlah terlalu mengikut perasaan dalah menuntut hak. Tengoklah kemampuan suami dulu ye.

Majalah ilmu: Harap anda paham tentang perkongsian ilmu ini. Semoga rumahtangga anda sentiasa dalam keadaan baik.

Sumber: Imam Muda Hassan Adli / Mingguanwanita

Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih

Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami Di Majalah Ilmu

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Trending

error: Content is protected !!