Connect with us

Keluarga

‘Sangat Rindu Anak-Anak Dan Bidadari. Hanya Air Mata Pengobat Sedikit Rasa Rindu Hati Ini’ -Ustaz Ebit

Avatar of majalahilmu

Published

on

Sangat Rindu Anak Anak Dan Bidadari. Hanya Air Mata Pengobat Sedikit Rasa Rindu Hati Ini Ustaz Ebit

‘Sangat Rindu Anak-Anak Dan Bidadari. Hanya Air Mata Pengobat Sedikit Rasa Rindu Hati Ini’ -Ustaz Ebit

Seperti yang kita tahu baru-baru ini, seorang pendakwah bebas yang terkenal ustaz ebit lew baru sahaja pulang ke tanah air dari misi kemanusiaan di gaza. Selepas selesai kuarantin mereka yang telah diarahkan oleh KKM, Ustaz akhirnya pulang ke kediaman dan berjumpa dengan keluarga.

Kerinduan buat keluarga tercinta begitu dirasai apatah lagi apabila hampir dua bulan tidak bertemu dengan isteri dan anak-anak kesayangan.

218055736 4428128667217344 2893793808268978772 n

Ustaz Ebit Akhirnya Pulang Ke Rumah

217751366 327468832373748 6724573382938712193 n

ebit2

“Rindunya ya Allah. Dekat dua bulan. Ya Allah. Setiap hari perit rasa rindu. Selalu sorok rasa rindu.

“Menangis seorang diri saat sujud. Apakan daya inilah tuntutan perjuangan kerana Allah. Redha Allah segalanya. Kemuncak perjuangan kali ini perginya ayah tercinta.

Sangat Rindu Anak Anak Dan Bidadari. Hanya Air Mata Pengobat Sedikit Rasa Rindu Hati Ini Ustaz Ebit

Rindunya Bidadari Dan Anak-Anak

“Ya Allah… Rindunya bidadari dan anak-anak. Maafkan ayah wahai anak-anakku. Maafkan abang yer, bidadariku..

“Ya Allah terima kasih temukan dengan bidadari dan anak-anak. Hanya air mata ubat sedikit rasa rindu. Terpaksa menangis kuat-kuat kadang masa doa. Kuatkan hati masa call dan video call.

“Ya Allah betapa sayangnya diriku pada bidadari dan anak-anakku. Sayangilah mereka. Jagakan mereka. Bersama kami didunia dan sampai syurga Firdaus.

“I love you sayang bidadariku. I love you anakku,” tulis Ustaz Ebit seperti mana yang dimuat naik menerusi entri di akaun Instagramnya.

212432252 4404604932903051 6384994755788851966 n

Ternyata bapa penyanyang ini cukup tabah, baru saja kehilangan arwah bapa tercinta. Ustaz Ebit tetap terus dengan sikapnya yang suka menghulurkan bantuan dan melakukan kerja-kerja sosial. Beruntung isteri yang memiliki suami seperti Ustaz Ebit.

Majalah ilmu: Semoga Allah sentiasa memberikan ustaz semangat yang kuat untuk terus berjuang dijalan Allah SWT. Semoga ustaz sentiasa diberi kesihatan dan sentiasa diberi ketabahan untuk menghadapi ujian. Semoga arwah ayah ustaz ditempatkan dikalangan orang yang beriman. AlFatihah.

Sumber: Instagram Ustaz Ebit Lew / Mingguanwanita

Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih

Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami Di Majalah Ilmu

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Trending

MAJALAH ILMU