Keluarga
Harta Pusaka Adalah HAK Kepada Ibubapa, Adik Beradik Tidak Perlu Mahu Untuk BEREBUT

Harta Pusaka Adalah HAK Kepada Ibubapa, Adik Beradik Tidak Perlu Mahu Untuk BEREBUT
Kerap kali kita dengar tentang kes perebutan hak harta pusaka dalam kalangan adik beradik. Dalam kes ini banyak kita dengar tentang perbalahan dalam adik beradik. Sedikit atau banyak harta itu tidak penting tetapi pembahagian harta yang sama rata dan mereka mendapat hak masing-masing.
Kadang-kadang, harta peninggalan tidaklah seberapa dan sesetengahnya, ibubapa masih ada lagi. Tapi adik beradik sudah mula menghitung jumlah yang boleh mereka dapat. Kesian mak ayah yang punya anak seperti ini.
Ketahuilah, harta pusaka itu adalah hasil usaha mak ayah kita semasa mereka masih hidup. Tak perlulah kita berebut atau bergaduh. Kalau ada pun bahagian kita, bersyukurlah.
Inilah yang harus dipesan oleh adik beradik kita seperti yang dikongsikan oleh Ustazah Norhafizah Musa Fans ini.
Beritahu dan pesan Pada Adik-Beradik
Bila dah besar, dah ada kerja, dah ada pendapatan, dah ada duit, cari harta sendiri..beli rumah, beli tanah, beli aset..
Bagi ada harta dengan nama sendiri..
Jangan direbutnya tanah sekangkang kera di kampung tu nanti..
Jangan disebabkan harta tak seberapa itu, kita adik beradik bergaduh, bermasam muka…bertelagah..
Tak guna…
Jangan Berharap
Kita ini sulung ke, lelaki ke, nanti bahagian kita lebih dari adik beradik yang lain pun, janganlah fikir, berharap.. atau meletakkan target yang kita nak rumah, mahukan tanah, kita nak kebun atau nak harta..
Jangan..
Sebab nanti bila tak dapat, kita mula la nak marah, bergaduh dan nak menuntut.. Sedangkan ketika “harta” tu ada, bukan kita yang jaga, usahakan atau berbakti. Tiba-tiba bila harta tu sudah tiada pemiliknya, kita nak sangat-sangat “hak” kita…
Hak apa yang kita nak? Kita tuntut dan kita berhak ke?
Kumpul Harta Sendiri
Usaha sendiri untuk kumpul harta sendiri tanpa perlu meletakkan harta pusaka sebagai matlamat kita, cita-cita kita…yang lebih utama ialah menjaga ibu bapa kita, baik sihat mahupun sakit tanpa perlu mengharapkan apa-apa dari mereka…
Ini tak, kita buat mereka seperti bola..sekejap pass sana, pass sini..
Kita sebagai anak yang perlu bagi “sesuatu” kepada orang tua kita dan bukannya menunggu dan berebut “sesuatu” hasil penat lelah mereka..
Kalaulah kita berebut menjaga orang tua kita sebagaimana kita berebut harta pusaka, mesti untung orang tua kita kan.. Tapi banyak yang hilang akal hanya disebabkan sesuatu yang bernama “harta pusaka”..
Majalah ilmu: Harap perkara sebegini dapat anda fikir secara matang. Harta dunia ini tidak kekal. Harta sebenar adalah amalan kita di dunia ini yang nak dibawa ke alam sana nanti. Kalau mak ayah tidak redha dengan anak sebab derhaka. Susah hidup kita. Ingat dunia ini sementara. Semoga kita semua diampunkan dosa oleh Allah SWT. Aamiin.
Sumber: Ustazah Norhafizah Musa Fans / Mingguanwanita
Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih
Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami Di Majalah Ilmu
- Resepi Viral4 years ago
10 Resepi Ayam Berkuah Hidangan Menarik Ditengah hari
- Keluarga4 years ago
Sering kali Anak Sulung Selalu Kena Marah Tapi Sebenarnya Paling Istimewa Di Hati Ibu Ayah
- AGAMA4 years ago
Satu-satunya manusia yang bukan nabi, bukan pula Rasul, tapi kisah hidupnya diabadikan dalam Qur’an
- AGAMA4 years ago
Satu kuku panjang ibarat bela sekandang b4bi? Inilah dosa bela kuku panjang
- AGAMA4 years ago
Cara Senang Hafal Surah Al- Khafi Ayat 1 Hingga 10.
- AGAMA4 years ago
Cara Meruqyah Anak Yang Malas Untuk Belajar
- AGAMA4 years ago
5 doa yang buat rezeki anda datang dari arah tak disangka, lancar dan berkah
- AGAMA4 years ago
Nafkah untuk isteri tak termasuk keperluan barang dapur, Para suami kena ingat dan Wajib tahu.