Connect with us

Keluarga

Ini Cara Ibu Bapa Didik Anak Istimewa Ini Hafal Al-Quran, Anak Umur 3 Tahun ini Buta Kedua Mata Sudah Hafaz Surah Yasin

Published

on

Ini Cara Ibu Bapa Didik Anak Istimewa Ini Hafal Al Quran Anak Umur 3 Tahun ini Buta Kedua Mata Sudah Hafaz Surah Yasin 1

Ini Cara Ibu Bapa Didik Anak Istimewa Ini Hafal Al-Quran, Anak Umur 3 Tahun ini Buta Kedua Mata Sudah Hafaz Surah Yasin

Biarpun dilahirkan serba kekurangan kerana tidak boleh melihat sejak kecil lagi, namun Tuhan si cilik ini ‘celik’ hatinya kerana mampu menghafaz hampir semua surah dalam Al-Quran. Tidak dapat melihat sejak dilahirkan namun telatah dan senyuman anak kecil ini mampu memberi kebahagiaan kepada ibu bapa serta seluruh keluarganya.

Menurut sesawang mingguan wanita, Ahmad Aqeel bin Faiz Mohammad Noor, 5, disahkan mempunyai penyakit yang berkaitan dengan saraf sejak dilahirkan. Disebabkan itu, Aqeel tidak mempunyai bebola mata di mata kanannya dan mata kiri hanya berwarna putih.

aqeel 1 1

Ketika usianya menginjak 6 bulan, bapanya, Faiz Mohammad Noor bin Kamaruzaman, 34, menyedari bahawa anaknya semakin aktif. Bukan itu sahaja, emosi Aqeel dikatakan berlebihan selain suka mengamuk dan menghantukkan kepalanya.

Keadaan itu menyebabkan Faiz dan isteri, Nur Izzah binti Mohamad Kamil, 34, segera merujuk kepada pakar psikologi di Kajang. Pada ketika itulah, mereka diberitahu bahawa Aqeel mempunyai satu penyakit yang lain pula.

Keputusan ujian…Aqeel disahkan autisme (mild). Kami redha dan positif.”

aqeel 3

Namun, istimewanya anak kecil tanpa penglihatan ini, ibu bapanya mula menyedari kelebihannya dalam menghafal surah. Malah, Aqeel dikatakan berjaya menghafal surah Yasin seawal usianya 3 tahun!

Sampailah satu hari ketika membaca surah Yasin, tiba-tiba Aqeel yang berumur 3 tahun itu sambung bacaan saya sampai habis surah itu.”

Meskipun belum dapat bertutur sepenuhnya, Aqeel sering membaca ayat-ayat suci Al-Quran.

“Orang akan ingat dia bercakap bahasa Arab, padahal dia melafazkan ayat-ayat Al-Quran.”

Faiz dan isteri turut berkongsi cara yang mereka guna dan amalkan untuk anak istimewa itu menghafal Al Quran. Semua ibu bapa boleh lah jadikan rujukan…

tips 1

tips 2

tips 1 1

Menurut pasangan itu, mereka mula bangkit dari kesedihan yang pernah dialami suatu ketika dahulu selepas berjumpa dengan seorang kaunselor, Encik Mohd Hafiz Halim (kini bertugas sebagai pegawai khas Timbalan Menteri Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat).

“Dia (Hafiz) jemput saya dan isteri ke rumahnya dan melihat sendiri kehiidupannya yang juga cacat penglihatan.”

Faiz turut akui bahawa jemputan Hafiz itu berjaya membuka mata dan mindanya sekaligus menjadi turning point untuknya dan isteri.

Saya yakin Aqeel mampu hiidup normal seperti orang lain. Isteri Encik Hafiz sendiri pun cacat penglihatan tetapi kehiidupan mereka sempurna. Dapat pula membesarkan 4 orang anak normal dengan baik sekali.”

aqeel 2

Semoga adik Aqeel membesar dengan sihat dan ceria. Mungkin ibu bapa boleh contohi cara pasangan ini didik anak menghafal Al Quran

Majalah ilmu: Semoga membesar dengan baik dan marilah sama-sama doakan supayah anak ini sentiasa berada dalam keadaan baik. Aamiin.

Sumber: Imuslimnetwork / channelpelik

Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih

Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami Di Majalah Ilmu

Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Trending

2024 Majalah Ilmu © Hak Cipta Terpelihara.