Keluarga
Pesanan Penting Buat Anak Bila Mak Ayah Dah Meni nggal
Pesanan Penting Buat Anak Bila Mak Ayah Dah Meni nggal
Setiap yang bernyawa pasti akan pergi jua. Semua harta dunia tidak akan kita bawa ke kubur kecuali amalan kita di dunia. Beringatlah ajal itu bila-bila masa akan datang. Jangan lalai dan leka dengan dunia.
- Nanti jangan lupa bersedekah untuk mak ayah setiap hari. Sebab dulu mak ayah tak sedekah banyak kerana besarkan korang.
- Jangan lupa bacakan Surah Mulk utk mak ayah setiap malam. Nanti ada juga peneman mak ayah di kubur.
- Doakan kebaikan utk mak-ayah setiap hari.
Ini yg lebih penting untuk kita pesan dan wasiatkan sebab, tak tentu lagi kita selamat dgn amalan sendiri. Kalaulah amalan sedekah pahala tak cukup, boleh juga anak yg masih hidup tolong ‘top-up’kan.
Dan doa, bacaan quran dan sedekah ni jangan minta mereka buat setahun sekali masa hari raya je. Ingatkan mereka, jika benar sayang mak-ayah buat setiap hari.
Sebab dulu, kita jaga anak careful everyday. Kita bagi mereka makan-minum everyday, bukan seminggu sekali.
Ingatkan anak anda. Sebab, jarang anak yg ingatkan ibu-bapa mereka yg dah meninggal. Masa meninggal je anak menangis seminggu. Lepas tu mereka enjoy dgn harta-pusaka. Mereka fikir kita di alam sana pun selamat dan gembira. Then setahun sekali baru nak jenguk kubur baca Fatihah masa raya.
Saya kira, bukan begitu relationshipnya. Saya fikir, antara tanda anak benar-benar sayangkan ibu-bapanya, ia berpanjangan setiap hari tak kira kita masih hidup ataupun dah kembali ke alam sana.
Ia bantu kita setiap hari dengan doa, bacaan quran dan sedekah yg ikhlas yg bermanfaat utk kita di alam sana dan semua kesedaran ini bermula dengan kita, ibu-bapanya yg mendidik dan mengingatkan mereka.
Ingatlah,
Apa yg kita ingatkan mereka, itulah yg kita dapat.
Ingatlah,
Kematian bukan penutup segalanya. Kita masih hidup. Cuma berpindah medium (alam lain) sahaja.
Sekian, ingatan utk diri sendiri, seorang bapa yg ada anak2 dan, seorang anak yg telah bapanya telah kembali ke Rahmatullah .
Setiap hari saya cuba yg terbaik utk sambungkan kasih-sayang kepada arwah abah dgn bacaan Al-Quran, sedekah dan doa kerana percaya janji tuhan
“Dan orang beriman yg diikuti zuriat keturunannya dlm keadaan beriman juga, Kami hubungkan (himpunkan) mereka & zuriatnya di syurga….” (Surah Thur, 21).
Semoga. Tolong sama-sama doakan ibu-bapa kita yg telah pergi,
Everyday.
Majalah ilmu: Marilah kita sama-sama mendoakan ibu dan ayah kita. Jika yang masih hidup keduanya doakan semoga mereka di berikan kesihatan diberikan umur yang panjang di ampunkan dosa dan jika yang sudah lama meni nggalkan kita doakan semoga rohnya ditempatkan di kalangan orang yang beriman. Mudah-mudahan kedua ibubapa kita di masukkan kesyurga Allah SWT. Aamiin.
Kredit: Ust Asraff Ayobb
Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih
Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami Di Majalah Ilmu
- Resepi Viral5 years ago
10 Resepi Ayam Berkuah Hidangan Menarik Ditengah hari
- Keluarga5 years ago
Sering kali Anak Sulung Selalu Kena Marah Tapi Sebenarnya Paling Istimewa Di Hati Ibu Ayah
- AGAMA5 years ago
Cara Senang Hafal Surah Al- Khafi Ayat 1 Hingga 10.
- AGAMA5 years ago
Satu-satunya manusia yang bukan nabi, bukan pula Rasul, tapi kisah hidupnya diabadikan dalam Qur’an
- AGAMA6 years ago
Satu kuku panjang ibarat bela sekandang b4bi? Inilah dosa bela kuku panjang
- AGAMA5 years ago
Cara Meruqyah Anak Yang Malas Untuk Belajar
- AGAMA6 years ago
5 doa yang buat rezeki anda datang dari arah tak disangka, lancar dan berkah
- AGAMA5 years ago
Nafkah untuk isteri tak termasuk keperluan barang dapur, Para suami kena ingat dan Wajib tahu.