Jawatan Kosong
Lima waktu tidak ditolak Amalan Menjelang Syawal (Hari Raya Aidil Fitri)
Malam Aidilfitri adalah malam ibadat yang menyediakan beberapa kelebihan. Rasulullah SAW bersabda: “Lima waktu tidak ditolak sesuatu doa itu iaitu pada malam Jumaat, malam 10 Muharam, malam Nisfu Syaaban, malam Aidilfitri dan malam Aidiladha.” (Riwayat Bukhari dan Muslim)
Sebuah lagi hadis menjelaskan; “Sesiapa beribadat pada dua malam hari raya iaitu Aidilfitri dan Aidiladha, maka hatinya tidak akan mati pada saat hati orang lain mati.”
Hendaklah memperbanyakkan takbir (membesarkan Allah), tasbih (mensucikan Allah), tahmid (mengucapkan syukur) dan berselawat ke atas junjungan Rasul SAW.
Beberapa amalan lain yang dianjurkan pada Aidilfitri termasuk::
SEBELUM 1 SYAWAL
- Memastikan pembayaranan zakat fitrah bagi diri dan tanggungan.
- Menghiasi diri dan tempat tinggal supaya kelihatan bersih dan cantik.
- Mengelakkan pembaziran sambutan raya dengan persiapan sederhana.
- Memperbanyakkan amalan sunat pada malam hari raya.
- Melakukan Qiamullail pada 2/3 akhir malam raya.
- Melakukan iktikaf dan solat-solat sunat seperti tasbih, taubat dan hajat di masjid.
PAGI 1 SYAWAL
- Mandi sunat Aidil Firti pada pagi harinya.
- Memakai pakaian bersih dan terbaik yang dimiliki.
- Lelaki disunatkan memakai haruman dan wangian yang menyenangkan.
- Memohon keampunan dan bermaaf-maafan ibu bapa, suami isteri dan keluarga.
- Sunat menjamah sedikit makanan seperti tamar sebelum keluar menuju ke masjid.
- Menggunakan jalan berbeza sewaktu pergi dan pulang masjid supaya dapat bertemu ramai orang dan
- mengucapkan salam serta tahniah.
- Bertakbir, tahmid dan tahlil sehingga terbenam matahari raya pertama.
- Menziarahi pusara sanak-saudara bagi bersedekah bacaan al-Quran.
- Ziarah menziarahi kaum keluarga, jiran tetangga, dan sahabat handai.
- Bersedekah kepada mereka yang daif dan memerlukan.
- Mengelakkkan perkara-perkara yang ditegah syarak.
.
Diriwayatkan Bukhari dan Ahmad, daripada Anas katanya: “Nabi Muhammad SAW makan beberapa biji tamar sebelum keluar pada pagi Aidilfitri dan Baginda memakannya dalam bilangan ganjil.” Makan itu adalah tanda tidak berpuasa dan bersyukur dengan nikmat dianugerahkan Allah SWT.
UCAPAN SELAMAT
Mengucapkan selamat dan mendoakan antara satu sama lain.
Tiada masalah untuk menggunakan apa jua kalimah, asalkan ianya mempunyai maksud yang sama. Bagaimanapun, kalimah yang digunakan di zaman baginda SAW adalah “Taqabbalallahu minna wa minkum” ertinya : Semoga Allah menerima amalan (amalan dan ibadat di Ramadhan) kami dan kamu”.
Disebut dalam sebuah riwayat :
Berkata Wathilah, Aku bertemu Rasulullah SAW pada hari raya dan aku katakan pada Baginda, “taqabballahu minna wa minka”, Baginda SAW menjawab : “Ya, taqabbalallahu minna wa minka.” ( Al-Baihaqi, rujuk perbincangan di Fath Al-Bari, 2/446 )
MANDI SUNAT
Disunatkan mandi di pagi raya sepertimana mandi wajib, iaitu sebelum keluar menuju ke masjid untuk solat Aidilfitri.
Ali bin Abi Thalib r.a pernah ditanya mengenai mandi. Adakah diharuskan mandi setiap hari? Baginda SAW menjawab:
“Tidak harus melakukannya. Namun, mandi yang diharuskan ialah mandi pada hari Jumaat, hari Arafah, hari Aidiladha dan Aidilfitri.” (Hadis riwayat Imam Syafie).
.Niat Mandi Sunat Hari Raya Aidil Fitri:
SOLAT SUNAT AIDIL FITRI
SAMBUTAN AIDILFITRI
Kedatangan 1 Syawal disambut dengan penuh kesyukuran kerana berjaya menunaikan ibadat puasa sebulan Ramadhan. Ketika merayakan Aidilfitri, kita perlu:
- Membersihkan hati dan memperbaiki hubungan sesama Muslim.
- Bersabar dan mengikis segala perasaan benci, dendam, dengki dan iri hati.
- Menanamkan perasaan kasih-mengasihi sesama umat Islam.
- Bermaaf-maafan dan bina hubungan persaudaraan yang kukuh.
AMALAN SEPANJANG BULAN SYAWAL
- Amalan yang perlu dilakukan pada bulan Syawal
- Bersedekah kepada golongan memerlukan sebagai tanda kesyukuran di atas nikmat Allah.
- Elakkan campur aduk antara amalan baik dengan perkara yang ditegah, dalam membuat persiapan hari raya.
- Percampuran di antara lelaki dan perempuan secara bebas di dalam sesuatu majlis perlu dielakkan dan jangan melakukan perlanggaran batas agama.
- Menjaga adab sopan ketika ziarah dan memilih waktu yang sesuai berziarah.
- Ziarah menziarahi sanak saudara,untuk mendapat keredaan Allah SWT.
- Resepi Viral4 years ago
10 Resepi Ayam Berkuah Hidangan Menarik Ditengah hari
- Keluarga5 years ago
Sering kali Anak Sulung Selalu Kena Marah Tapi Sebenarnya Paling Istimewa Di Hati Ibu Ayah
- AGAMA4 years ago
Cara Senang Hafal Surah Al- Khafi Ayat 1 Hingga 10.
- AGAMA5 years ago
Satu-satunya manusia yang bukan nabi, bukan pula Rasul, tapi kisah hidupnya diabadikan dalam Qur’an
- AGAMA5 years ago
Satu kuku panjang ibarat bela sekandang b4bi? Inilah dosa bela kuku panjang
- AGAMA5 years ago
Cara Meruqyah Anak Yang Malas Untuk Belajar
- AGAMA5 years ago
Nafkah untuk isteri tak termasuk keperluan barang dapur, Para suami kena ingat dan Wajib tahu.
- AGAMA5 years ago
5 doa yang buat rezeki anda datang dari arah tak disangka, lancar dan berkah