AGAMA
4 Kelebihan Puasa 6 Hari Di Bulan Syawal “Sesiapa yang berpuasa Ramadan, kemudian meneruskan dengan enam hari di bulan Syawal sepertinya dia berpuasa selama setahun”
4 Kelebihan Puasa 6 Hari Di Bulan Syawal “Sesiapa yang berpuasa Ramadan, kemudian meneruskan dengan enam hari di bulan Syawal sepertinya dia berpuasa selama setahun”
Kehadiran bulan Syawal adalah bulan yang menjadi kayu pengukur samada puasa yang kita lakukan sebelum ini memberi kesan pada diri atau tidak. Bukan semata-mata untuk meraikan kejayaan kita berpuasa di bulan Ramadan, atau bulan kita membalas dɛndam dengan makan apa sahaja pada siang hari.
Dalam bulan ini Allah SWT telah menyediakan satu ujian lagi bagi kita, yang mana apabila kita berjaya mengatasi sedikit ujian tersebut, bermakna kita akan memperoleh pahala seolah-olah berpuasa selama setahun.
Itulah dia puasa sunat 6 hari di bulan Syawal. Sabda Baginda SAW :
“Sesiapa yang berpuasa Ramadan, kemudian meneruskan dengan enam hari di bulan Syawal sepertinya dia berpuasa selama setahun” HR Muslim
Subhanallah! Hebat bukan ganjaran yang Allah SWT kurniakan. Secara logik akal, kalaulah sebulan dapat kita harungi dengan jayanya, apalah sangat dengan 6 hari.
Namun jangan yakin sangat. Walaupun hanya 6 hari dari 30 hari sahaja tetapi tidak semua yang berjaya mengharungi ujian ini. Hanya mereka yang benar-benar beriman dan bertakwa sahaja yang mampu berjaya.
Hukúm Puasa 6
Terdapat sedikit perselisihan pandangan antara mazhab feqah berkenaan ibadah ini. Ada yang berpandangan ia mesti dilakukan secara berturut-turut selama 6 hari dan ada juga yang berkata tidak perlu.
Memandangkan kita telah menggamalkan mazhab Syafie sebagai ikutan dalam beribadah maka menurut mazhab Syafie hukvmnya sunat sepanjang Syawal, samada dilakukan secara berturut atau berpisah. Namun lebih afdal jika dilakukan secara berturut-turut. Jika tidak berkemampuan boleh diselang selikan sehingga cukup 6 hari.
Dalam pada itu sering juga timbul persoalan, bolehkah puasa 6 hari ini digabungkan dengan puasa qada (puasa ganti).
Dalam hal ini berlaku khilaf pada sebahagian ulama. Ada yang berpandangan tidak sah ibadah wajib digabungkan dengan yang sunat. Manakala ada sebahagian yang lain berpandangan sah namun pahala yang diperoleh tidak sempurna.
Bagi mazhab Syafie mengikut pendapat yang muktamad, afdal seseorang itu menjadikan puasa qada berasingan dengan puasa 6 pada bulan Syawal. Namun begitu, menggabungkan puasa qada dengan puasa sunat 6 Syawal tetap diharuskan dan mendapat ganjaran pahala kedua-duanya mengikut pendapat yang dhaif.
Walau bagaimanapun menyegerakan qada puasa adalah sikap yang terpuji dan dituntut oleh syarak. Oleh itu bagi keluar dari khilaf, seeloknya diasingkan puasa tersebut. Buatlah qada puasa dahulu dan kemudian barulah niat puasa sunat 6 Syawal.
Antara kelebihan puasa 6 Syawal ialah:
Pertama: Seperti berpuasa selama setahun.
Sabda Baginda SAW :
“Sesiapa yang berpuasa Ramadan, kemudian meneruskan dengan enam hari di bulan Syawal sepertinya dia berpuasa selama setahun” HR Muslim
Kedua: Menguatkan hubungan dengan Allah SWT.
Dalam sebuah hadis Qudsi yang agak panjang, Allah SWT berfirman:
“Dan tidaklah seorang hamba bertaqarrub (mendekatkan diri beribadah) kepada Ku dengan sesuatu yang lebih Aku cintai daripada apa yang telah Ku wajibkan kepadanya. Dan senantiasalah hamba Ku bertaqarrub kepada Ku dengan amalan sunnah hingga Aku mencintainya…” HR Bukhari
Ketiga: Pelengkap amalan fardhu.
Hadis Qudsi, firman Allah SWT :
“Sesungguhnya amalan pertama yang dihitung bagi manusia di Hari Kiamat ialah solat, Baginda s.a.w. bersabda, “Allah berfirman kepada para malaikat Nya sedang Dia lebih mengetahui, Lihatlah pada solat hamba Ku ini adakah ia telah disempurnakan atau masih kurang? Sekiranya sudah sempurna maka tulislah sempurna. Sekiranya masih kurang,” firman Nya.
“lihatlah adakah ada pada hamba Ku itu amalan-amalan sunat”. Sekiranya ada firmannya, “sempurnakanlah bagi hamba Ku itu amalan fardunya dengan amalan sunatnya, kemudian dikira amalan-amalan dalam keadaan itu” HR al-Hakim.
Keempat: Dimasukkan ke dalam syurga.
“Dan orang-orang yang bertakwa kepada Tuhan mereka akan dibawa ke syurga dengan berpasuk-pasukan, sehingga apabila mereka sampai ke syurga yang pintu-pintunya sedia terbuka dan penjaga-penjaganya mengalu-alukan mereka dengan berkata,
“salam sejahtera kepada kamu, berbahagialah kamu maka silalah masuk ke dalam syurga ini dengan keadaan tinggal kekal di dalamnya (mereka pun masuk)” az-Zumar: 73
Itulah ganjaran bagi orang berpuasa 6 Syawal dan bukti takwa serta keimanannya kepada Allah SWT.
Sumber; Feqh Muassir.
- Resepi Viral4 years ago
10 Resepi Ayam Berkuah Hidangan Menarik Ditengah hari
- Keluarga5 years ago
Sering kali Anak Sulung Selalu Kena Marah Tapi Sebenarnya Paling Istimewa Di Hati Ibu Ayah
- AGAMA4 years ago
Cara Senang Hafal Surah Al- Khafi Ayat 1 Hingga 10.
- AGAMA5 years ago
Satu-satunya manusia yang bukan nabi, bukan pula Rasul, tapi kisah hidupnya diabadikan dalam Qur’an
- AGAMA5 years ago
Satu kuku panjang ibarat bela sekandang b4bi? Inilah dosa bela kuku panjang
- AGAMA5 years ago
Cara Meruqyah Anak Yang Malas Untuk Belajar
- AGAMA5 years ago
Nafkah untuk isteri tak termasuk keperluan barang dapur, Para suami kena ingat dan Wajib tahu.
- AGAMA5 years ago
5 doa yang buat rezeki anda datang dari arah tak disangka, lancar dan berkah