Connect with us

AGAMA

Doa Khatam Quran Lengkap – Teks Arab & Bacaan Rumi

Published

on

Doa Khatam Quran Lengkap - Teks Arab & Bacaan Rumi

 Doa Khatam Quran Lengkap – Teks Arab & Bacaan Rumi

Al-Quran adalah kitab suci yang diturunkan oleh Allah SWT kepada Nabi Muhammad SAW sebagai panduan hidup bagi umat Islam. Ia mengandungi petunjuk, hukum, dan ajaran yang membimbing kita dalam menjalani kehidupan seharian. 

Di dalam Al-Quran terdapat 30 juzuk yang merangkumi 6,236 ayat, masing-masing mengandungi pelbagai kisah dan pengajaran yang bernilai. 

Setelah  selesai membaca semua 30 juzuk, adalah disarankan untuk membaca doa khatam quran seperti yang dijelaskan dalam artikel Mufti WP

Tsabit bin Qais R.A berkata:

كَانَ أَنَسٌ إِذَا خَتَمَ الْقُرْآنَ جَمَعَ وَلَدَهُ وَأَهَلَ بَيْتِهِ فَدَعَا لَهُمْ

Maksudnya: Adalah Anas apabila mengkhatamkan al-Quran, beliau menghimpunkan anaknya dan ahli keluarganya di rumah beliau kemudian berdoa bagi mereka.

Riwayat al-Darimi (3801)

Imam Al-Nawawi juga menyebutkan sejumlah riwayat berkenaan kelebihan berdoa selepas khatam al-Quran berkata: “Dan tersangatlah disukai (oleh syarak) akan perbuatan berdoa selepas mengkhatamkan al-Quran sebagaimana yang telah kami sebutkan sebelum ini”.


Apa Itu Khatam Quran?

Khatam berasal dari perkataan Arab yang bermaksud “menamatkan” atau “menyelesaikan”. Khatam Quran bermaksud membaca Al-Quran secara lengkap dari surah Al-Fatihah hingga surah An-Nas.

Khatam Quran dianggap pencapaian spiritual yang penting bagi umat Islam. Ia melambangkan komitmen seseorang dalam mendalami kitab suci.

Tiada had masa tertentu untuk mengkhatamkan Al-Quran. Ada yang melakukannya dalam tempoh sebulan, seminggu atau lebih lama bergantung kepada keupayaan individu. Bulan Ramadhan sering menjadi pilihan ramai untuk mengkhatamkan Al-Quran.

Khatam Quran bukan bermakna tamatnya hubungan dengan Al-Quran. Sebaliknya ia menjadi pemangkin untuk terus membaca dan mengamalkan ajaran Al-Quran.

Selepas tamat membaca keseluruhan Al-Quran, digalakkan untuk membaca doa khatam Quran sebagai tanda kesyukuran akan kejayaan berjaya menghabiskan bacaan Al-Quran. Terdapat beberapa versi doa khatam quran yang boleh dibaca, ada yang pendek dan panjang.


Doa Khatam Quran – Versi Pendek 

الّلَهُمَ ارْحَمْنَا بِالْقُرْآن، واجْعَلْهُ لَنَا إمَامَاً وَنُوْرَاً وَهُدَىً ورحمةً الّلَهُمَ ذَكِّرْنَا مِنْهُ مَا نسيْنَا، وَعَلِّمْنَا مِنْهُ مَا جَهِلْنَا وَارْزُقْنَا تِلَاوَتَهُ آنَاءَ اللَّيْلِ وَأطْرَافَ الْنَهَار واجْعَلهُ لَنَا حُجَّةٌ يَا ربَّ الْعَالَمِيْن

Bacaan Rumi:

Allaahummarhamnaa Bil Qur’aan,  Waj’alhu Lanaa Imaaman Wa Nuuran Wa Hudan Wa Rohmah, Allaahumma Dzakkirnaa Minhu Maa Nusiinaa Wa ‘allimnaa Minhu Maa Jahilnaa,  Warzuqnii Tilaa Watahu Aanaa-Al Laili Wa Athroofan Nahaar,  Waj’alhu Lanaa Hujjatan Yaa Rabbal ‘aalamiin.

Maksudnya: 

Ya Allah rahmatilah kami dengan al-Quran, dan jadikanlah ia sebagai imam, cahaya, petunjuk, serta rahmat bagi kami. Ya Allah ingatkanlah kami daripadanya apa yang telah kami dilupakan, dan ajarkan kami darinya apa yang kami jahil serta rezekikanlah kami untuk membacanya siang dan malam, dan jadikanlah ia sebagai hujah kepada kami wahai Tuhan sekalian alam.

doa khatam quran


Doa Khatam Quran – Versi Panjang 1 

ٱلْحَمْدُ لِلَّٰهِ رَبِّ الْعَالِمِينَ. حَمْدًا شَاكِرِينَ. وَالْعَاقِبَةُ لِلْمُتَّقِينَ. وَالصَّلَاةُ وَالسَّلَامُ عَلَى رَسُولِنَا مُحَمَّدٍ وَءَالِهِ وَصَحْبِهِ أَجْمَعِينَ. اَللَّهُمَّ رَبَّنَا تَقَبَّلْ مِنَّآ إِنَّكَا

أَنْتَ السَّمِيْعُ الْعَلِيْمُ. وَتُبْ عَلَيْنا إِنَّكَ أَنْتَ التَّوَّابُ الرَّحِيْمُ وَاهْدِنَا وَوَفِّقْنَا إِلَى الْحَقِّ وَإِلَى صِرَاطٍ مُسْتَقِيْمِ. بِبَرَكَةِ الْقُرْءآنِ الْعَظِيْمِ.

اللَّهُمَّ ارْحَمْنَا بِالقُرْءَانِ. وَاجْعَلْهُ لَنَا إِمَامًا وَنًورًا وَهُدًا وَرَحْمَةً. اللَّهُمَّ ذَكِّرْنَا مِنْهُ مَا نَسِينَا. وَعَلِّمْنَا مِنْهُ مَا جَهِلْنَا. وَارْزُقْنَا تِلَاوَتَهُ ءَانَآءَالَّيْلِ وَأَطْرَافَ النَّهَارِ. وَاجْعَلْهُ لَنَا حُجَّةً يَا رَبَّ الْعَالَمِينَ

اَللَّهُمَّ زَيِّنَّا بِزِيْنَةِ الْقُرْءَانِ. وَأَكْرِمْنَا بِكَرَامَةِ الْقُرْءَانِ. وَشَرِّفْنَا بِشَرَافَةِ الْقُرْءَانِ. وَأَلْبِسْنَا بِخِلْعَةِ الْقُرْءَانِ. وَأَدْخِلْنَا الْجَنَّةَ بِشَفَاعَةِ الْقُرْءَانِ. وَعَافِنَا مِنْ كُلِّ بَلَآءِ الدُّنْيَا وَعَذَابِ الْأَخِرَةِ بِحُرْمَةِ الْقُرْءَانِ اَللَّهُمَّ اجْعَلِ الْقُرْءَانَ لَنَا فِى الدُّنْيَا قَرِيْنًا وَفِي الْقَبْرِ مُؤْنِسًا. وَفِى الْقِيَامَةِ شَفِيْعًا وَعَلَى الصِّراطِ نُوْرًا. وَإِلَى الْجَنَّةِ رَفِيْقًا وَمِنَ النَّارِ سِتْرًا وَحِجَابًا. وَإِلَى الْخَيْرتِ كُلِّهَا دَلِيْلاً وَإِمَامًا. بِفَضْلِكَ وَجُوْدِكَ وَكَرَمِكَ يَا كَرِيْمُ اَللَّهُمَّ اهْدِنَا بِهَدَايَةِ الْقُرْءَانِ. وَنَجِّنَا مِنَ النِّيْرَانِ بِكَرَامَةِ الْقُرْءَانِ. وَارْفَعْ دَرَجَاتِنَا بِفَضِيلَةِ الْقُرْءَانِ. وَكَفِّرْ عَنَّا سَيِّئَاتِنَا بِتِلَاوَةِ الْقُرْءَانِ. يَا ذَا الْفَضْلِ وَالْإِحْسَانِ رَبَّنَا ءَاتِنَا فِي الدُّنْيَا حَسَنَةً وَفِي الأخِرَةِ حَسَنَةً وَقِنَا عَذَابَ النَّار .

وَصَلَّى اللهُ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى ءَالِهِ وَصَحْبِهِ وَسَلَّمَ. سُبْحنَ رَبِّكَ رَبِّ الْعِزَّةِ عَمَّا يَصِفُوْنَ. وَسَلمٌ عَلَى الْمُرْسَلِيْنَ. وَالْحَمْدُ ِللهِ رَبِّ الْعَالِمِيْنَ

Maksudnya: 

“Segala puji tertentu bagi Allah, Tuhan yang memelihara dan mentadbirkan sekalian alam, pujian orang-orang yang bersyukur dan kesudahan yang baik adalah bagi orang-orang yang bertaqwa. Dan selawat dan salam ke atas rasul kita Muhammad dan juga ke atas keluarganya dan sahabat-sahabatnya.

Ya Allah, Tuhan kami terimalah doa kami dan amalan kami, sesungguhnya Engkaulah Yang Maha Mendengar lagi Yang Maha Mengetahui. Dan terimalah taubat kami, sesungguhnya Engkau Maha Penerima Taubat lagi Mengasihi. Tunjuk dan bimbinglah kami kepada kebenaran dan kepada jalan yang lurus dengan berkat Al-Quran.

Ya Allah, kasihanilah kami dengan berkat Al-Quran, dan jadikannya sebagai pimpinan, cahaya, petunjuk dan rahmat untuk kami. Ya Allah, ingatkanlah kami apa yang telah kami lupa dari Al-Quran, dan ajarlah kami apa yang kami tidak tahu tentang isi Al-Quran, dan kurniakanlah kami keupayaan untuk membacanya pada waktu-waktu malam dan siang, dan jadikanlah Al-Quran itu sebagai hujjah untuk kami. Wahai Tuhan pemelihara sekalian alam.

Ya Allah, hiaskanlah diri kami dengan keindahan Al-Quran, muliakan kami dengan kemuliaan Al-Quran, dan serikan kami dengan ketinggian martabat Al-Quran, dan pakaikan kami dengan pakaian permata Al-Quran, masukkan kami ke dalam syurga dengan syafaat Al-Quran, selamatkan kami daripada segala bencana dunia dan azab hari akhirat dengan berkat kehormatan Al-Quran.

Ya Allah, jadikanlah Al-Quran semasa hidup kami di dunia sebagai rakan dan di dalam kubur sebagai kawan yang mesra, pada hari kiamat sebagai pembantu, sebagai cahaya penyuluh, semasa menuju ke syurga sebagai teman, dan sebagai penghadang dan pendinding dari api neraka, dan jadikanlah Al-Quran untuk kami sebagai panduan dan ikutan kepada segala kebaikan, dengan limpah kurnia, kemurahan dan kemuliaan Mu jua ya Allah, Tuhan Yang Maha Pemurah.

Ya Allah, tunjukilah kami dengan petunjuk Al-Quran, selamatkanlah kami daripada api neraka dengan sebab kemuliaan Al-Quran, tinggikanlah darjat martabat kami dengan sebab kelebihan Al-Quran, dan hapuskanlah dosa kejahatan kami dengan sebab membaca al-Quran, ya Allah, Tuhan Yang Empunya segala macam kelebihan dan ehsan. Wahai Tuhan kami berilah kami kebaikan di dunia dan di akhirat, dan peliharalah kami dari azab api neraka.

Allah mencucuri rahmat dan salam sejahtera ke atas junjungan kami Nabi Muhammad SAW serta keluarga dan sahabat-sahabat baginda sekalian. Maha Suci Tuhanmu, Tuhan yang mempunyai keagungan dan kekuasaan dari apa yang mereka katakan dan selamat sejahtera kepada sekalian Rasul. Dan segala puji tertentu bagi Allah, Tuhan yang memelihara dan mentadbirkan seluruh alam.”


Doa Khatam Quran – Versi Panjang 2

doa khatam quran 1

doa khatam quran 1

Maksudnya: 

Maha benar Allah yang Maha Agung, dan RasulNya Nabi yang mulia dan kami bersaksi atas kebenaran hal tersebut. Ya Rabb kami, terimalah amalan kami, karena sesunggguhnya Engkau maha mendengar dan maha mengetahui.

Ya Allah anugerahkanlah kepada kami kenikmatan/kemanisan bagi tiap-tiap huruf daripada Al Qur’an, dan balasan bagi tiap2 juz dari Al Qur’an. Ya Allah jadikanlah huruf alif sebagai kelembutan, huruf ba barokah, ta taubah, tsa pahala, jim kecantikan, ha hikmah, kha kebaikan, dal dalil/petunjuk, dza kecerdasan, ra rahmah, za kesucian, sin kebahagiaan, syin syifaa/obat, shad kebenaran, dho cahaya, tho ketenangan (?), dzo keluasan,`ain ilmu, gho kekayaan, fa kemenangan, qo kedekatan, qaf kemuliaan, lam kelembutan, mim nasehat, nun cahaya, wa wushlah/sarana (?), ha petunjuk, ya keyakinan.

Ya Allah berikanlah kami manfaat dengan Al Qur’an yang agung dan tinggikanlah derajat kami dengan ayat-ayatnya dan terimalah bacaan kami dan maafkanlah segala kesalahan, kelupaan, perubahan kalimat dari tempatnya, mengawalkan atau mengkahirkan, penambahan atau pengurangan, penafsiran yang tidak sesuai dengan apa yang Engkau turunkan, keraguan atau sahwun (?), sui ilhanin(?), dan terburu2 ketika tilawah, kemalasan atau kesesatan lidah, waqof (berhenti) bukan pada tempatnya, mengidghomkan (mendengungkan bacaan) yang bukan idghom, mengidzharkan (bacaan tanpa dengung) yang bukan idzhar, madd (memanjangkan bacaan), mentasydid, hamzah, atau sukun, i’rab yang bukan pada tempatnya, atau kurangnya rasa cinta dan senang terhadap ayat2 yang memberi berita gembira, dan kurangnya rasa takut ketika membaca ayat2 ancaman, maka ampunilah kami ya Allah, dan jadikanlah kami sebagai orang yang syahid.

Ya Allah terangilah hati kami dengan Al Qur’an, dan hiasilah akhlak kami dengan Al Qur’an, jauhkanlah kami dari api neraka dengan Al Qur’an, masukkanlah kami ke surgamu dengan Al Qur’an. Jadikanlah Al Qur’an sebagai teman di dunia, di dalam kubur sebagai penerang/teman , cahaya di atas titian (shirath), dan teman di dalam surga, dan penghalang dan hijab dari api neraka, sebagai petunjuk untuk segala kebaikan dan tetapkanlah kami dalam kesempurnaan , anugerahkan kepada kami kemudahan dlm mengamalkan Al Qur’an dgn hati dan lisan, senantiasa cinta kpd kebaikan, kebahagiaan, kegembiraan atau keindahan iman. Dan selawat dan salam yg senantiasa tercurah kepada junjungan Nabi Besar Muhammad SAW dan para sahabat atas kebaikan akhlak dan kelembutan budi pekertinya di atas cahaya arsy.

Amin ya Rabbal ‘Alamin.


Tata Cara Membaca Doa Khatam Quran

Untuk memastikan doa khatam Quran dibaca dengan penuh khusyuk dan diterima Allah SWT, berikut adalah beberapa panduan yang boleh diikuti:

  1. Pilih masa yang sesuai: Sebaik-baiknya, pilih waktu yang tenang dan khusyuk untuk membaca doa ini. Ramai ulama mencadangkan waktu sepertiga malam terakhir sebagai masa yang paling mustajab untuk berdoa.
  2. Berwudhu: Pastikan anda dalam keadaan suci sebelum membaca doa. Berwudhu bukan sahaja menyucikan fizikal, tetapi juga membantu menenangkan minda.
  3. Menghadap kiblat: Jika boleh, hadapkan diri ke arah kiblat semasa berdoa. Ini membantu meningkatkan fokus dan kekhusyukan.
  4. Mulakan dengan memuji Allah: Sebelum membaca doa utama, mulakan dengan memuji Allah SWT dan berselawat ke atas Nabi Muhammad SAW.
  5. Baca dengan penuh penghayatan: Fahami makna doa yang dibaca. Jika tidak fasih dalam bahasa Arab, boleh membaca terjemahan selepas membaca dalam bahasa Arab.
  6. Angkat tangan: Mengangkat tangan semasa berdoa adalah sunnah Rasulullah SAW dan menunjukkan kerendahan hati kita kepada Allah SWT.
  7. Akhiri dengan Amin: Selepas membaca doa, ucapkan “Amin” sebagai penutup dan permohonan agar doa diterima.

Kelebihan Membaca Doa Khatam Quran

Membaca doa khatam Quran membawa pelbagai kelebihan dan faedah kepada pembacanya. Antara kelebihan tersebut adalah:

  1. Mendapat rahmat Allah: Di dalam doa khatam quran, kita memohon agar Allah SWT merahmati kita dengan Al-Quran, menjadikan kita di antara hamba-Nya yang dirahmati.
  2. Meningkatkan kefahaman: Melalui doa khatam quran ini juga, kita memohon agar Allah SWT mengajarkan kita apa yang tidak kita ketahui dari Al-Quran, sekali gus meningkatkan kefahaman kita terhadap kitab suci ini.
  3. Memperoleh petunjuk: Al-Quran adalah petunjuk bagi umat manusia. Dengan berdoa agar Al-Quran menjadi pemimpin dan cahaya, kita memohon petunjuk dalam kehidupan seharian.
  4. Mendapat syafaat: Pada hari kiamat kelak, Al-Quran akan menjadi pemberi syafaat kepada pembacanya. Doa khatam quran ini memohon agar Al-Quran menjadi hujah yang membela kita di hadapan Allah SWT.
  5. Meningkatkan keimanan: Proses membaca Al-Quran dan menutupnya dengan doa ini secara tidak langsung meningkatkan keimanan dan ketakwaan kita kepada Allah SWT.

Kelebihan Membaca Quran

doa khatam quran

Bukan sahaja membaca doa khatam quran mempunyai kelebihan, membaca quran itu sendiri juga mempunyai banyak kelebihan dan ganjaran yang dijanjikan oleh Allah SWT. Antaranya ialah:

1. Mendapat pahala dan ganjaran berlipat ganda

Setiap huruf yang dibaca akan diganjarkan dengan 10 kebaikan. Membaca Al-Quran secara konsisten akan mengumpulkan pahala yang besar.

 “مَنْ قَرَأَ حَرْفًا مِنْ كِتَابِ اللَّهِ فَلَهُ بِهِ حَسَنَةٌ، وَالْحَسَنَةُ بِعَشْرِ أَمْثَالِهَا، لَا أَقُولُ {الم} حَرْفٌ، وَلَكِنْ أَلِفٌ حَرْفٌ، وَلَامٌ حَرْفٌ، وَمِيمٌ حَرْفٌ.”

Terjemahan: “Sesiapa yang membaca satu huruf daripada Kitab Allah (Al-Quran), maka baginya satu pahala, dan satu pahala itu digandakan menjadi sepuluh kali ganda. Aku tidak berkata ‘Alif Lam Mim’ adalah satu huruf, tetapi Alif satu huruf, Lam satu huruf, dan Mim satu huruf.” (Hadis Riwayat Tirmizi).

2. Meningkatkan keimanan dan ketakwaan

Membaca Al-Quran membantu meningkatkan hubungan spiritual dengan Allah SWT, memperkuat iman dan mendorong ketakwaan. 

“إِنَّمَا الْمُؤْمِنُونَ الَّذِينَ إِذَا ذُكِرَ اللَّهُ وَجِلَتْ قُلُوبُهُمْ وَإِذَا تُلِيَتْ عَلَيْهِمْ آيَاتُهُ زَادَتْهُمْ إِيمَانًا وَعَلَىٰ رَبِّهِمْ يَتَوَكَّلُونَ”

Terjemahan: “Sesungguhnya orang-orang yang beriman itu (yang sempurna imannya) ialah mereka yang apabila disebut nama Allah (dan sifat-sifatNya) gementarlah hati mereka dan apabila dibacakan kepada mereka ayat-ayatNya maka bertambah (kuat) imannya dan kepada Tuhan mereka jualah mereka berserah diri.”

3. Memberi ketenangan jiwa dan mengurangkan tekanan

Al-Quran bertindak sebagai penawar bagi hati yang gelisah dan tidak tenang. 

“الَّذِينَ آمَنُوا وَتَطْمَئِنُّ قُلُوبُهُم بِذِكْرِ اللَّهِ ۗ أَلَا بِذِكْرِ اللَّهِ تَطْمَئِنُّ الْقُلُوبُ”

Terjemahan: “Orang-orang yang beriman dan hati mereka menjadi tenteram dengan mengingati Allah. Ingatlah, hanya dengan mengingati Allah hati menjadi tenteram.”

4. Merangsang aktiviti mental dan meningkatkan fungsi kognitif

Proses membaca, memahami dan menghafal Al-Quran merangsang otak dan meningkatkan daya ingatan. 

5. Mendapat syafaat (pertolongan) pada hari kiamat

Al-Quran akan menjadi pemberi syafaat bagi pembacanya di akhirat kelak. 

5. Memperbaiki Akhlak

Membaca Al-Quran secara konsisten membantu memperbaiki akhlak dan tingkah laku seseorang. Lebih-lebih lagi, dengan memahami dan mentadabbur makna ayat-ayatnya.

Akhir kata, semoga Allah SWT memberkati setiap usaha kita dalam membaca, memahami, dan mengamalkan isi Al-Quran.

Rujukan:

  1. AL-KAFI #1277: MANAKAH LEBIH TEPAT DALAM DOA KHATAM AL-QURAN : SEBUTAN NASIINA ATAU NUSSIINA? – Mufti WP
  2. Doa Khatam Al-Quran – MyJakim
  3. Doa Khatam Al-Quran (Versi Panjang) – islamicacademy.org
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Trending

2024 Majalah Ilmu © Hak Cipta Terpelihara.