AGAMA
“Sesiapa yang ingin dipanjangkan umur dan ditambah rezekinya maka hendaklah dia berbakti kepada ibu bapanya serta menyambungkan silaturrahim.”
“Sesiapa yang ingin dipanjangkan umur dan ditambah rezekinya maka hendaklah dia berbakti kepada ibu bapanya serta menyambungkan silaturrahim.”
“Wahai Rasulullah, apakah masih ada kebaikan yang boleh saya kerjakan untuk berbakti kepada kedua ibu bapa saya setelah mereka meninggal dunia?” Beliau menjawab, “Ya, masih ada iaitu mensolatkan jena zahnya, meminta ampun buat kedua-duanya, melaksanakan janji-janjinya setelah kedua-duanya mening gal dunia, menyambung tali persahabatan yang tidak boleh disambungkan kecuali dengan kedua-duanya, dan memuliakan kedua-duanya. .” (HR Abu Daud)
“Redha Allah tergantung pada redha ibu dan bapa, dan murka Allah bergantung pada murka ibu dan bapa mereka.” (HR al-Hakim)
Dari Ibnu Mas’ud r.a, bahawasanya seorang lelaki bertanya kepada Rasulullah, “Manakah amal yang lebih utama?”, Rasulullah shallaAllahu `alaihi wa sallam menjawab; “Solat dalam waktunya, berbakti kepada ibu bapa dan berjvang di jalan Allah.” – Sahih Bukhari
Diriwayatkan daripada Abu Hurairah r.a katanya: Telah datang seorang lelaki kepada Rasulullah shallaAllahu `alaihi wa sallam lalu bertanya: Siapakah manusia yang paling berhak untuk aku layani dengan sebaik mungkin? Rasulullah bersabda: Ibumu. Beliau bertanya lagi: Kemudian siapa? Rasulullah bersabda: Kemudian ibumu. Beliau terus bertanya: Kemudian siapa? Rasulullah bersabda: Kemudian ibumu. Beliau terus bertanya: Kemudian siapa? Rasulullah bersabda: Kemudian ayahmu.
Rasulullah shallaAllahu `alaihi wa sallam bersabda, maksudnya; “Seorang anak tidak dapat membalas jasa orang tuanya sehingga dia mendapati orang tuanya menjadi hamba sahaya kemudian dibeli dan dimerdekakan mereka.” – (HR Muslim dan Abu Daud).
“Sesiapa yang ingin dipanjangkan umur dan ditambah rezekinya maka hendaklah dia berbakti kepada ibu bapanya serta menyambungkan silaturrahim.” – (Riwayat Ahmad).
“Memohon keampunan untuk ibu bapa yang meninggal dunia daripada seorang anak, termasuk perbuatan berbakti.” – (Riwayat Ibnu Najar).
“Sesungguhnya seseorang akan diangkat darjatnya di syurga maka dia berkata: Wahai Tuhanku, dari manakah semua ini untukku?” Maka dijawab: “Daripada permintaan keampunan anakmu untukmu.” – (HR Ahmad, Ibnu Majah dan Baihaqi).
“Sesiapa yang menziarahi kubur kedua-dua orang tuanya atau seorang daripada mereka pada setiap Jumaat, nescaya akan diampunkan dosanya dan ditulis sebagai orang yang berbakti (kepada ibu bapanya).” – (Riwayat Tabrani).
“Melihat pada tiga perkara adalah ibadah. Melihat kepada wajah ibu bapa, al-Quran dan kepada laut.” – (HR Abu Nuaim) dan ditambah dengan lafaz “Melihat kepada Kaabah adalah ibadah”. – (HR Abu Daud).
Seorang lelaki bertanya kepada Rasulullah: Apakah saya mesti meminta izin ibu saya jika masuk ke dalam biliknya?” Baginda menjawab: “Ya.” Dia bertanya lagi: “Tidak ada lagi selain saya yang melayaninya.” Jawab baginda: “Apakah kamu suka melihat ibumu tidak berpakaian?” Lelaki itu menjawab: “Tidak.” Baginda bersabda: “Maka minta izinlah kepada ibumu.” – (Riwayat Bukhari dalam al-Adab al-Mufrad).
“Aku belum pernah melihat seorang pun yang wibawa dan kelakuannya seperti Rasulullah terhadap Fatimah puterinya. Jika masuk kepada Rasulullah, dia bangkit kepadanya, menciumnya dan mempersilakannnya duduk di tempat duduk baginda. Dan jika nabi masuk kepadanya dia bangkit daripada tempat duduknya, mencium baginda dan mempersilakan baginda duduk di tempat duduknya.” – (HR Abu Daud, Nasai dan Termizi).
“Siapa yang menjadikan ibu bapanya redha, maka dia menjadikan Allah redha dan siapa yang menjadikan ibu bapanya marah maka dia telah menjadikan Allah marah (kepadanya).” – (HR Ibnu Najar dalam Tarikh Baghdad).
“Sesiapa yang membayar hutang ibu bapanya sesudah mereka meninggal dunia dan menunaikan nazar mereka dan tidak menyebabkan cela bagi mereka, maka dia ditulis sebagai orang yang berbakti walaupun dia adalah orang yang pernah menderhakai ibu bapanya.” – (HR Ibnu Asakir).
“Sesungguhnya orang yang paling pedih seksaannya pada hari kiamat adalah orang yang membunuh nabi atau orang yang dibunuh oleh nabi atau membunuh seorang daripada ibu bapanya dan pembuat patung serta orang berilmu yang tidak mendapat manfaat daripada ilmunya.” – (HR Baihaqi)
Wallahu a’lam.
- Resepi Viral4 years ago
10 Resepi Ayam Berkuah Hidangan Menarik Ditengah hari
- Keluarga5 years ago
Sering kali Anak Sulung Selalu Kena Marah Tapi Sebenarnya Paling Istimewa Di Hati Ibu Ayah
- AGAMA4 years ago
Cara Senang Hafal Surah Al- Khafi Ayat 1 Hingga 10.
- AGAMA5 years ago
Satu-satunya manusia yang bukan nabi, bukan pula Rasul, tapi kisah hidupnya diabadikan dalam Qur’an
- AGAMA5 years ago
Satu kuku panjang ibarat bela sekandang b4bi? Inilah dosa bela kuku panjang
- AGAMA5 years ago
Cara Meruqyah Anak Yang Malas Untuk Belajar
- AGAMA5 years ago
Nafkah untuk isteri tak termasuk keperluan barang dapur, Para suami kena ingat dan Wajib tahu.
- AGAMA5 years ago
5 doa yang buat rezeki anda datang dari arah tak disangka, lancar dan berkah