Connect with us

Resepi Viral

Lempeng Sayur Lazat: Resepi Mudah dan Cepat

Avatar of farhan nizam

Published

on

Lempeng Sayur

Lempeng Sayur Lazat: Resepi Mudah dan Cepat

Lempeng Sayur

Lempeng sayur pasti akan memukau selera anda! Berbanding lempeng  kosong yang sedap dimakan bersama sambal bilis, lempeng sayur ini tidak hanya enak dimakan begitu saja, tetapi juga memberi rasa yang berbeza dan lazat.

Bahan-bahan yang diperlukan :
– 1 paket 850g tepung gandum
– 1 ikat daun bawang & daun sup (boleh tambah sayuran lain jika suka)
– 1 biji bawang merah
– 1 sudu teh baking powder
– 2 biji telur ayam
– Air masak secukupnya (ikut kesesuaian adunan)
– Garam & Serbuk Perasa
– Minyak masak

Cara penyediaan:
1. Hiris nipis bawang merah dan potong daun bawang serta daun sup (berserta sayuran lain jika ada) kemudian campurkan bahan tersebut.

2. Gaulkan semua bahan dan pecahkan telur.

3. Masukkan air sedikit demi sedikit untuk mendapatkan adunan yang betul. Bancuhan tidak terlalu kental dan tidak terlalu cair.

4. Biarkan adunan selama 1/2 jam.

5. Kemudian baru boleh dicanaikan di atas kuali leper. Sebelum dicanaikan letakkan sedikit minyak masak.

6. Gunakan api yang perlahan. Terbalikkan jika lempeng di bawah sudah nampak keperangan sedikit. Lempeng siap dan boleh dihidangkan dengan sambal ikan bilis.

Lempeng Sayur

Hidangan ini sesuai untuk disajikan pada waktu minum petang atau semasa ada tetamu datang. Selamat mencuba!

 

Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Trending

2024 Majalah Ilmu © Hak Cipta Terpelihara.