Resepi Viral
Resepi Pizza Homemade: Nikmati Pizza Lazat dari Dapur Anda!
Resepi Pizza Homemade: Nikmati Pizza Lazat dari Dapur Anda!
Ramai yang mencari resepi pizza homemade ni sebab makanan popular ini boleh dinikmati pada bila-bila masa dan di mana sahaja. Namun, bayangkan betapa seronoknya jika anda boleh membuat pizza sendiri di rumah. Dengan membuat pizza sendiri, anda boleh mengawal kualiti dan kuantiti bahan-bahan yang digunakan. Ini amat berguna bagi mereka yang ingin menjaga pemakanan atau mempunyai alergik pada bahan makanan tertentu. Artikel ini akan berkongsi resepi pizza homemade langkah demi langkah untuk membuat pizza homemade yang lazat dan menyelerakan.
Resepi Pizza Homemade:
Bahan-Bahan untuk Membuat Doh Pizz
– ½ cawan air suam
– 1 sudu besar yis
– 1 sudu kecil gula
– 2 cawan tepung gandum
– 2 sudu besar minyak zaitun atau minyak masak
– 1 sudu kecil garam
Bahan-Bahan untuk Topping Pizza
– Sedikit sos prego untuk disapu di atas doh pizza
– Keju mozzarella parut
– Sosej
– Crabstick
– Lada benggala hijau dan merah
– Bawang Holland
( Untuk topping pizza ni anda boleh guna bahan-bahan ikut cita rasa anda sendiri )
Cara-Cara Membuat Pizza Homemade
Langkah 1: Menyediakan Doh Pizza
1. Campurkan air suam dengan yis dan gula. Biarkan selama 10 minit sehingga yis mengembang.
2. Dalam mangkuk lain, masukkan tepung, garam, dan minyak. Gaul rata.
3. Masukkan campuran yis yang telah mengembang tadi. Uli hingga doh tidak melekat di tangan dan biarkan selama 1 jam untuk doh naik.
Langkah 2: Membentuk Doh Pizza
1. Setelah 1 jam, tumbuk doh untuk mengeluarkan angin.
2. Taburkan tepung di atas papan pencanai dan bahagikan doh kepada dua bahagian.
3. Canaikan doh berbentuk bulat dan letakkan dalam loyang yang telah disapu dengan sedikit mentega atau minyak.
4. Cucuk doh dengan garfu.
Langkah 3: Menyediakan Topping
1. Sapu sos prego di atas doh.
2. Taburkan sedikit keju mozzarella.
3. Letakkan sosej, crabstick, capsicum, dan bawang.
4. Taburkan lagi keju mozzarella di atas pizza.
Langkah 4: Membakar Pizza
1. Biarkan pizza selama 15 minit sebelum dibakar.
2. Panaskan oven pada suhu 200°C.
3. Bakar pizza selama 25-30 minit sehingga keju cair dan berwarna keemasan.
Resepi pizza homemade ini sangat mudah dan cepat untuk disediakan. Ia pasti menjadi kegemaran seisi keluarga. Selamat mencuba!
FAQ
1. Bolehkah saya menggunakan tepung selain tepung gandum?
Ya, anda boleh menggunakan tepung serbaguna atau tepung roti sebagai pengganti tepung gandum.
2. Apakah jenis sos yang sesuai digunakan?
Anda boleh menggunakan sos prego atau mana-mana sos tomato kegemaran anda.
3. Bagaimana jika saya tidak mempunyai keju mozzarella?
Anda boleh menggunakan keju cheddar atau keju parmesan sebagai pengganti.
4. Berapa lama doh perlu diperap?
Doh perlu diperap selama kira-kira 1 jam atau sehingga ia mengembang dua kali ganda saiz asalnya.
5. Bolehkah saya membekukan doh pizza?
Ya, anda boleh membekukan doh pizza. Bungkus doh dengan plastik pembungkus dan simpan dalam peti sejuk beku. Cairkan doh sepenuhnya sebelum digunakan.
- Resepi Viral5 years ago
10 Resepi Ayam Berkuah Hidangan Menarik Ditengah hari
- Keluarga5 years ago
Sering kali Anak Sulung Selalu Kena Marah Tapi Sebenarnya Paling Istimewa Di Hati Ibu Ayah
- AGAMA5 years ago
Cara Senang Hafal Surah Al- Khafi Ayat 1 Hingga 10.
- AGAMA5 years ago
Satu-satunya manusia yang bukan nabi, bukan pula Rasul, tapi kisah hidupnya diabadikan dalam Qur’an
- AGAMA5 years ago
Satu kuku panjang ibarat bela sekandang b4bi? Inilah dosa bela kuku panjang
- AGAMA5 years ago
Cara Meruqyah Anak Yang Malas Untuk Belajar
- AGAMA5 years ago
5 doa yang buat rezeki anda datang dari arah tak disangka, lancar dan berkah
- AGAMA5 years ago
Nafkah untuk isteri tak termasuk keperluan barang dapur, Para suami kena ingat dan Wajib tahu.