Connect with us

Kisah

Kerana Bajet Nipis Wanita Buat Rumah Sendiri Untuk Kurangkan Kos, Hasil Kerja Ustazah Ini Memang Kemas Luar Biasa!

Published

on

wanita buat rumah sendiri

Wanita buat rumah sendiri Semua orang menginginkan rumah impian sebagai mahligai kecil tempat keluarga berteduh dari panas dan hujan. Namun begitu, tidak semua yang bernasib baik memilikinya ditambah dengan kos pembinaan yang mahal dan memerlukan bajet besar untuk sebuah rumah. Lantaran itu, nekad seorang wanita buat rumah sendiri dengan keluasan 1,200 kaki persegi. Tindakan wanita tersebut telah mendapat perhatian ramai di media sosial yang beranggapan ia adalah sesuatu yang luar biasa dan tidak ramai orang mampu buat termasuklah kaum lelaki sendiri.

Bergelar ibu tunggal dan ustazah, wanita bina rumah sendiri ada Diploma Dakwah dari UniPSAS

wanita buat rumah sendiri

Dari perkongsiaan di sebuah akaun Tik Tok @wanifaizun, ada memuat naik cerita yang begitu unik akan kegigihan ibu tunggal kepada seorang anak yang masih kecil. Disebabkan bajet yang terhad dan tidak mencukupi, seorang wanita buat rumah sendiri di tanah keluasan 1,200 kaki persegi.

Bak kata pepatah, hendak seribu daya tak nak seribu dalih. Sungguhpun tiada pengalaman dalam ilmu pertukangan dan pembinaan bangunan, ini tidak menjadi penghalang kepada Auni Haswani Faizun untuk membina rumah dari hasil idea serta sentuhan tangannya. Dia yang juga merupakan graduan Diploma Dakwah & Pengurusan dari Universiti Islam Pahang Ahmad Shah (UnIPSAS) berkata,

“Saya tak pernah tanya tukang rumah berapa jumlah keseluruhan kalau nak buat rumah, tapi yang pasti kos bahan mentah semua mahal kerana harga barang naik. Kalau upah lagi la (mahal).”

“Sebab sebelum ini ada juga tanya kawan berapa upah kalau buat kandang kambing dan dia cakap hampir RM10,000.”

“Disebabkan itu saya ambil keputusan untuk buat sendiri.” kongsinya ketika ditemu ramah oleh Astro Awani.

Tak dapat pinjaman bank, guna duit gaji dari mengajar Al-Quran dan fardhu ain di asrama

wanita buat rumah sendiri

Auni Haswani sebenarnya sudah lama merancang untuk membuat rumah sendiri selepas ibunya membahagikan tanah kepada anak-anak. Dia sendiri yang mempunyai enam orang adik beradik, empat daripadanya menerima tanah di tempat lain. Manakala tanah rumah mak dibahagikan kepadanya dan adik. Tapak garaj itulah yang dijadikan rumahnya sekarang.

Keputusan wanita buat rumah sendiri ini juga disebabkan kesukarannya mendapatkan pinjaman bank sehingga menyebabkan proses pembinaan rumah tidak mampu berjalan dalam tempoh yang sepatutnya.

Dia akhirnya menggunakan duit gaji yang diperoleh daripada mengajar Al-Quran da Fardhu Ain di asrama. Paginya pula dia meneruskan kerja-kerja pertukangan rumah tersebut.

“Waktu pagi saya bekerja sebagai tukang kayu, “ujarnya yang telah mengutip pengalaman awal daripada ayah sendiri ketika melakukan kerja ubah suai dapur rumah mereka.

Menurut ibu kepada seorang cahaya mata ini juga, rumah yang sedang dibinanya mempunyai dua bilik tidur cukup untuk keperluan mereka anak beranak.

Belajar pengalaman bina rumah di YouTube

Bukan sahaja mengambil ilmu dari ayah sendiri tentang ilmu pembinaan, Auni turut menjadikan platform YouTube sebagai tempat dia mempelajari sesuatu yang baru secara percuma.

“Pengalaman tak ada, tapi sebelum ini pernah ubah usai dapur rumah mak dan ayah ikat bata sendiri. Jadi daripada situ saya belajar kerana saya hanya kerja buat kabinet sahaja. Pada masa yang sama, saya selalu tengok tukang rumah membancuh simen sehingga menaikkan dinding,” jelasnya yang menjangkakan rumah itu siap tahun hadapan.

Baginya tugas ini tidaklah begitu berat baginya dan sudah menjadi perkara biasa. Hal ini kerana, dia sendiri sudah biasa mengerjakan kerja-kerja lasak. Cumanya yang agak berat adalah bancuh simen disebabkan itu dia buat dalam kuantiti yang sedikit sahaja.

wanita buat rumah sendiri

“Ni baru betul hantaran RM20,000” – Netizen

Video yang sudah tular dan mendapat tontotan sebanyak 1.8 juta penonton ini meraih ramai perhatian dari para netizen.

Antara komen lucu yang ditulis:

“Ni baru betul hantaran RM20,000. Mak pesan… nanti cari yang macam ni.”

“Alamak! Lagi cantik dia ikat bata dari aku. Saya pun buat rumah sendiri.”

“Untung dapat bini (isteri) macam ni, bawa keluar modal beli barang… rumah dah siap,” ujar beberapa orang netizen.

Kesimpulannya, tiada yang mustahil untuk kita mencapai sesuatu kejayaan bila adanya usaha yang gigih dan tidak kenal erti berputus asa. Diharapkan wanita ini dapat menjadi contoh yang baik kepada masyarakat.

Sumber: Tik Tok @wanifaizun

Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Trending

2024 Majalah Ilmu © Hak Cipta Terpelihara.