Kisah
Petanda Makan Bubur Kacang Hijau Jam 2 Pagi, Ibu Tunggal Anak Enam Dihalau Waktu Malam Oleh Tuan Rumah Yang Tamak
Petanda Makan Bubur Kacang Hijau Jam 2 Pagi, Ibu Tunggal Anak Enam Dihalau Waktu Malam Oleh Tuan Rumah Yang Tamak
Cabaran hidup membesarkan anak seorang diri sebagai ibu tunggal memang samgat sukar apatah lagi mereka yang dikurniakan anak ramai. Tugas mencari rezeki, membesarkan anak, dan membuat kerja-kerja rumah digalas sepenuhnya oleh seorang wanita. Hanya wanita yang benar-benar kuat sahaja mampu untuk mengharungi ujian ini. Kisah ibu tunggal anak enam dihalau waktu malam oleh tuan rumah ini tular di media sosial dan mendapat reaksi ramai pihak.
“Boleh saya jumpa Cikgu Fadli?” dihalau waktu malam ibu tunggal anak 6 merayau cari perlindungan
Pengalaman yang dikongsikan oleh Mohd Fadli Salleh ini agak unik dan berbeza dari yang lain. Seorang wanita anak enam dihalau waktu malam oleh tuan rumah yang tidak berperikemanusiaan, maka merayaulah dia mencari perlindungan untuk anak-anaknya yang masih bersekolah dan kecil.
Fadli Salleh, nama yang tidak asing lagi dalam program kebajikan juga merupakan seorang guru. Pertemuan tidak sengaja pukul 2 pagi di sebuah warung ketika sedang menikmati bubur kacang hijau bersama rakan-rakannya memberi sinar bahagia kepada sebuah keluarga yang tersepit memerlukan bantuan.
“Boleh saya jumpa Cikgu Fadli?” Seorang wanita berusia 41 tahun sambil ditemani anak lelakinya datang ke Kedai Awe.
“Ada apa kak, jam 2 pagi ni cari saya? Duduklah,” ujar Cikgu Fadli.
Lalu ibu tunggal anak enam ini pun duduk dan membuka cerita. Dia tinggal di Ampang dan merupakan penerima zakat Selangor sejak 3 tahun lepas. Bulan 12 yang lalu, dia dihalau keluar rumah kerana tuan rumah hendak menjual rumah tersebut.
Deposit memang langsung tidak dipulangkan atas alasan untuk menanggung kos mengecat semula dan baik pulih rumah. Walaupun wanita itu ada membuat laporan polis, tetapi ia sekadar laporan yang tidak boleh membuat apa-apa.
Bila wanita ini keluar dari rumah, pihak zakat menghentikan bayaran sewa dan meminta dia mencari rumah baru untuk bantuan zakat seterusnya. Lebih sebulan wanita bersama enam lagi orang anaknya ini terpaksa menumpang di surau, tinggal di rumah transit, Anjung Harmoni, dan mana-mana rumah jiran.
Belum pernah jejak sekolah sejak merempat, anak-anak ada yang bakal duduki SPM
Sedikit demi sedikit dia cuba untuk mencari duit bagi menyewa bilik bagi anak-anaknya berteduh. Apa yang menyedihkan, anak perempuannya yang sulung bakal menduduki SPM tahun ini. Manakala usia anak-anaknya yang lain adalah 17 tahun, 16 tahun, 15 tahun, 8 tahun, 7 tahun, dan yang bongsu berusia 6 tahun.
Kesemua dari mereka belum pernah sehari pun jejakkan kaki ke sekolah, oleh kerana ketiadaan duit membeli baju dan peralatan sekolah yang lain. Bagaimana mahu memulakan sekolah jika tempat tinggal pun tiada.
Ditanya pakaian sekolah lama. Mungkin ianya sudah hilang (agaknya dibuang) ketika berpindah rumah. Ketika itu dia tinggalkan pakaian dalam plastik sampah di tangga rumah untuk bawa anak-anak berteduh dahulu.
Puas turun naik mohon bantuan sana sini. Pusat Zakat Express beri bantuan one off RM100 sahaja. Wanita ini terpaksa berhenti kerja sementara waktu untuk menguruskan penginapan yang sampai hari ini belum dijumpai.
Ada bilik sewa berharga RM350 dan dia ingin menyewa bilik itu buat sementara waktu dalam masa yang masa mencari rumah sewa dan mohon pusat zakat bayarkan. Walau bagaimanapun, jumlah duit tidak mencukupi dan dia sendiri tidak mampu menyediakannya.
Dari jumpa kariah surau, berjalan kaki ke Setapak hingga Medan Idaman lalu ke Kedai Awe
Setelah berjumpa dengan kariah surau yang sebelum ini pernah membantunya dia berjalan kaki tanpa hala tuju bersama anaknya ke Setapak hingga Medan Idaman. Masuk ke kedai meminta bantuan lalu salah seoarang pekerja kedai tunjukkan Kedai Awe lantas berkata,
“Pergi kedai tomyam hujung sana. Cari Cikgu Fadli. Insya Allah dia bantu.”
Maka di situlah pada jam 2 pagi dia diberikan rezeki untuk berjumpa dengan Cikgu Fadli. Sepatutnya Cikgu Fadli mahu pulang pada pukul 1 pagi, tetapi selepas dihidangkan dengan bubur kacang, dia kemudian duduk kembali dan menyambung perbualan dengan rakan-rakannya.
Sungguh cantik pertemuan yang Allah susun pada malam tersebut. Baru sahaja dia mahu bangkit buat kali kedua untuk pulang jam 2 pagi, wanita itu sampai bersama anaknya.
Berikan tempat tinggal dan keperluan asas rumah untuk keselesaan
Semua bukti dan dokumen lengkap ditunjukkan seperti bukti dia seorang asnaf berdaftar dengan Pusat Zakat Selangor, kad pengenalan, dan beberapa yang lain. Kerana terlalu terdesak mencari tempat tinggal, 5 lagi orang anaknya ditinggalkan di rumah jiran sebelah rumah lama.
Dalam tempoh kurang dari 24 jam, Cikgu Fadli berkongsi khabar gembira apabila dia sudah menemukan sebuah rumah dilengkapi perabot dengan kadar sewa RM750 di Ampang. Ibu tunggal berkenaan diminta untuk tinggal di rumah itu dengan deposit dan bayaran sewa dijelaskan menerusi dana kiriman rakan-rakannya.
Turut menghulurkan bantuan adalah wakil Skuad Saidina Umar (SSU) Zakat Selangor bagi memudahkan urusan sewa bulanan.
“Alhamdulillah urusan berjalan lancar. Bubur kacang ini asbab aku untuk stay lebih lama. Rupa-rupanya Allah tengah kirimkan satu keluarga mencari aku masa ini,” luahnya.
Sumber: Mohd Fadli Salleh
- Resepi Viral5 years ago
10 Resepi Ayam Berkuah Hidangan Menarik Ditengah hari
- Keluarga5 years ago
Sering kali Anak Sulung Selalu Kena Marah Tapi Sebenarnya Paling Istimewa Di Hati Ibu Ayah
- AGAMA5 years ago
Cara Senang Hafal Surah Al- Khafi Ayat 1 Hingga 10.
- AGAMA5 years ago
Satu-satunya manusia yang bukan nabi, bukan pula Rasul, tapi kisah hidupnya diabadikan dalam Qur’an
- AGAMA5 years ago
Satu kuku panjang ibarat bela sekandang b4bi? Inilah dosa bela kuku panjang
- AGAMA5 years ago
Cara Meruqyah Anak Yang Malas Untuk Belajar
- AGAMA5 years ago
Nafkah untuk isteri tak termasuk keperluan barang dapur, Para suami kena ingat dan Wajib tahu.
- AGAMA5 years ago
5 doa yang buat rezeki anda datang dari arah tak disangka, lancar dan berkah