Connect with us

Kisah

Pernah Dihalau Dari Bilik Bedah Kerana Pakai Tudung, Akhirnya Doktor Malaysia Cipta Tudung Pakai Buang Di Hospital UK

Published

on

doktor malaysia cipta tudung

Doktor malaysia cipta tudung.Ada berlambak jenis tudung yang dijual di pasaran dan boleh kaum hawa gunakan setiap hari. Yang murah atau mahal semua bergantung kepada kemampuan si pemakai. Namun yang demikian, profesion sebagai seorang doktor kadang kala tidak memungkinkan untuk kita gunakan tudung biasa sewaktu bekerja lebih-lebih lagi apabila bertugas di bilik bedah. Banyak tatatertib dan langkah kebersihan yang perlu diambil berat. Kisah ini satu bentuk penghormatan untuk diberikan oleh kejayaan seorang doktor Malaysia cipta tudung pakai buang untuk digunakan seluruh doktor wanita berhijab di dunia.

Mulanya dihalau dari bilik bedah, doktor Malaysia cipta tudung ini mendapat pengiktirafan dunia

doktor malaysia cipta tudung

Berkongsi kisah Dr. Farah Shaheera Roslan tentang bagaimana dia boleh mencipta tudung pakai buang sehingga menjadi kegunaan di hospital UK. Pada mulanya, Dr. Farah ini sama sahaja seperti pelajar perubatan yang belajar di luar negara. Melalui pengalaman dan proses latihan sebelum menjadi doktor yang betul. Namun sedikit kelainan dari Dr. Farah bila mana dia pernah dihalau dari bilik bedah kerana memakai tudung. Pemakaian tudung yang dipakainya itu melanggar polisi yang telah ditetapkan oleh NHS. Disitulah bermulanya dia berjaya menjadi doktor Malaysia cipta tudung untuk kegunaan doktor muslimah di luar sana.

“Saya telah menggunakan (hijab/tudung yang sama) sepanjang hari yang sudah tentunya ia tidak bersih dan idea.”

“Saya tidak selesa untuk menanggalkannya dan saya diarah keluar dari dewan bedah atas tujuan kawalan jangkitan.”

Sungguhpun terdapat skaf penutup kepala yang dibekalkan untuk semua staf pakai di bilik bedah, namun Dr. Farah tidak mahu mengabaikan aspek tuntutan agama juga untuk menutup aurat dan dalam masa yang sama memastikan persekitaran sentiasa bersih.

Selepas di halau keluar, dia merasakan adanya jurang yang perlu diselesaikan antara kod pemakaian dan SOP yang telah ditetapkan. Tudung biasa yang dipakai tidak praktikal di bilik bedah oleh kerana ia tidak kalis bakteria walaupun sudah memakai skaf penutup kepala. Bakteria masih mampu untuk melekat oleh kerana pakaian yang tidak disteril akan senang diserang bakteria dan virus yang tidak mampu dilihat oleh mata kasar.

doktor malaysia cipta tudung

Lalu dia mengambil keputusan untuk memghubungi rakan pembekal di Malaysia bagi mendapatkan idea tudung pakai buang. Kemudian, dia juga menemui seorang pembekal UK yang menghantar kain pelbagai saiz dan bahan untuknya dan mengumpulkan sekumpulan doktor wanita Muslim di UK untuk diuji.

Berkat usaha akhirnya, dia berjaya mencipta penutup kepala berupa tudung yang mesra digunakan dalam dewan bedah tanpa memerlukan pemakaian tudung bermaterial berat seperti kebanyakkan tudung biasa.

Mentornya juga telah meluluskan reka bentuk tudung tersebut. Ini telah membekalkan sejumlah tudung pakai buang ke semua bilik pembedahan di bawah Universiti Hospital Derby dan Burton Trust.

Mencari titik persamaan antara minat dan tuntutan agama

Menurut Alumni Universiti Perubatan Antarabangsa Malaysia (IMU) ini, dia yang ketika itu adalah doktor pelatih tahun kedua (Tahun asasi ke-2) berasa satu kekecewaan oleh kerana terlepas peluang untuk mengikuti pembelajaran dalma bidang yang diminatinya- pembedahan.

Memang tiada tudung hijab khusus untuk doktor Islam dalam dewan bedah, tetapi kakitangan hospital sering membantunya mencari bahan yang sesuai untuk menutup rambut dan leher mengikut tuntutan Islam.

doktor malaysia cipta tudung

Dr. Farah yang kini bekerja di Lincolnshire berharap agar tudung pakai buang ciptaannya itu akan diiktiraf dan seterusnya digunakan di seluruh hospital di United Kingdom. Dan berita baru-baru ini yang dikeluarkan oleh Universiti Hospital of Derby and Burton NHS Trust telah mengumumkan pemakaian tudung tersebut buat pertama kalinya sehingga hari ini.

Doktor Malaysia cipta tudung pakai buang ini menunjukkan bahawa betapa teguhnya pendiriannya mengutamakan tuntutan agama berbanding segalanya. Namun yang demikian, dengan keilmuan dan toleransi yang ada dia cuba untuk merapatkan jurang yang ada dengan solusi yang memberi kebaikan serta manfaat kepada semua orang. Tahniah diucapkan diatas hasil usaha Dr. Farah Roslan dalam menghasilkan tudung pakai buang yang sekaligus telah mengharumkan nama Malaysia dan komuniti Islam sendiri.

Sumber: Halal Times

Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Kisah

Denda RM50, Air Mata Seorang Nenek: Kisah Warga Emas 90 Tahun Yang Hampir Hilang Punca Rezeki

Published

on

Denda RM50 Air Mata Seorang Nenek Kisah Warga Emas 90 Tahun Yang Hampir Hilang Punca Rezeki

Segamat – Seorang wanita warga emas berusia 90 tahun di Kampung Abdullah, Segamat, Johor, mencuri perhatian ramai apabila dikenakan denda RM50 hanya kerana menjual sayur-sayuran hasil tanamannya sendiri tanpa lesen.

Kejadian yang berlaku pada 23 Januari itu bukan sahaja menyentuh perasaan masyarakat, malah membuka perbincangan besar tentang kemanusiaan, keadilan sosial dan keperluan dasar lebih berperikemanusiaan terhadap golongan rentan.

“Saya Cuma Jual Sedikit…”

Perkara ini mula didedahkan oleh seorang pengguna Facebook, Steven Tan, yang terserempak dengan wanita tersebut ketika beliau menjual sayur secara kecil-kecilan di tepi jalan.

Menurut Steven, seorang pegawai Majlis Perbandaran Segamat (MPS) telah mengeluarkan saman RM50 kerana wanita itu tidak mempunyai lesen penjaja.

Walaupun Steven cuba merayu agar pegawai tersebut bertolak ansur, beliau dimaklumkan bahawa tindakan itu terpaksa dilakukan kerana mengikut peraturan.

Lebih menyedihkan, wanita itu turut diberitahu bahawa dia perlu memohon lesen bernilai ratusan ringgit sekiranya mahu terus berniaga.

“Jumlah itu tidak realistik untuk seseorang yang hanya menjual sedikit sayur beberapa kali sebulan,” tulis Steven.

Bagi wanita tersebut, menjual sayur itulah satu-satunya cara untuk menyara hidup. Jika lesen mahal itu diwajibkan, dia bukan sahaja kehilangan perniagaan kecilnya, malah kehilangan harapan.

sayur

Rayuan Yang Menjadi Tindakan

Steven kemudian meminta pandangan orang ramai tentang cara terbaik untuk membantu wanita berkenaan. Hantaran itu pantas tular dan sampai ke pengetahuan Ketua Pemuda MCA Segamat, Tay Kok Wea.

Beliau segera mengarahkan wakilnya ke lokasi untuk membayar denda RM50 tersebut bagi pihak wanita itu.

Dalam kenyataannya, Tay menegaskan bahawa tindakan itu bukan untuk meraih publisiti, sebaliknya demi membantu seorang warga emas yang hampir kehilangan punca rezeki.

sayuran

Tiada Lagi Denda, Harapan Baharu

Tay turut memaklumkan bahawa beliau telah berbincang dengan pihak penguatkuasaan MPS dan mengesahkan bahawa:

  • Tiada lagi denda akan dikenakan terhadap wanita itu

  • Wanita tersebut kini boleh terus menjual sayur tanpa rasa takut

  • Isu yuran lesen akan dibawa ke mesyuarat untuk dicadangkan bayaran simbolik

“Jika cadangan itu diluluskan, saya sendiri akan menanggung kos lesen tersebut,” katanya.

jual

Lebih Daripada Sekadar Denda

Kisah ini bukan sekadar tentang RM50, tetapi tentang maruah, belas kasihan dan keperluan sistem yang lebih adil kepada golongan miskin dan warga emas.

Ia mengingatkan kita bahawa di sebalik peraturan, masih perlu ada ruang untuk pertimbangan kemanusiaan.

Kadangkala, yang mereka perlukan bukan simpati — tetapi peluang untuk terus hidup dengan bermaruah.

Continue Reading

Kisah

“Bukan main garang bini kau bang…” Isteri Cemas Kereta ‘Hilang’, Suami Selamba Rakam

Published

on

Isteri Cemas Kereta ‘Hilang

“Kereta Kita Mana?!” — Isteri Dah Cuak, Suami Kekal Tenang

Lepas ibu, isteri memang insan paling istimewa dalam hidup seorang lelaki. Bukan sekadar teman hidup, tapi tulang belakang yang setia dalam susah dan senang. Kadang-kadang cara suami menghargai isteri tu sampai another level—siap menyakat dulu sebelum bagi kejutan!

Baru-baru ini, tular di TikTok satu video lucu memaparkan gelagat seorang suami ‘prank’ isterinya. Dalam rakaman tersebut, pasangan ini dilihat baru selesai membeli-belah dan berjalan ke arah parkir. Sampai-sampai je, si isteri terus cuak—kereta mereka “hilang”! Dengan wajah panik, dia bertalu-talu tanya suami: “Kereta mana?”

 Isteri Cemas Kereta ‘Hilang

Si suami pula kekal steady, tak banyak cakap… tapi sempat merakam setiap reaksi isterinya.

Rupa-Rupanya Kejutan, Hadiah Kereta Baharu

Twist sebenar: itu semua hanyalah rancangan lelaki berkenaan untuk menghadiahkan sebuah kereta baharu buat isteri tercinta. Patutlah tenang semacam—rupanya tengah tunggu momen paling ‘boom’ untuk didedahkan!

“Garang Juga Bini Kau…” — Netizen Terhibur

@ashraffahmadkamal Terima la hadiah sempena hari lahir isteriku yang tercinta. Segala penat lelah untuk anak dan rumahtangga kita, terima lah hadiah i yg tak seberapa ni. I harap u suka 😁 saya ni suka sakat sikit dan wife tahu kalau saya main-main. Jenuh nak cover🤣🤣 Akhirnya menjadi juga surprise untuk dia. Love you my love 😘 #evmalaysia #emas7 #protonemas #proton ♬ original sound – اشراف احمدكمال

Ruangan komen memang meriah. Ramai terhibur dengan reaksi spontan si isteri yang nampak “garang” sebab menyangka kereta mereka dicuri. Pada masa sama, ramai juga puji suami yang berani dan romantik dengan cara tersendiri.

Antara komen yang mencuri tumpuan:

komen

  • Bukan main garang bini kau, bang…

  • Alhamdulillah, hargai isteri sebaiknya.

  • Comel! So happy for you. Semoga bahagia selalu.

  • Doakan saya pun dapat surprise macam ni.

Bahagia Itu Bila Saling Menghargai

Rumah tangga ada pasang surut—ada manis, ada ujian. Tapi indahnya bila semuanya ditempuh berdua. Tak semestinya hadiah besar atau kata-kata manis; kadang usaha kecil yang lahir dari hati pun cukup membahagiakan. Bila suami isteri saling memahami dan menghargai, di situlah letaknya bahagia yang sebenar.

Sumber: TikTok @ashraffkamal_

Continue Reading

Kisah

“87% Lelaki Di Rumah Warga Emas Pernah Sakitkan Isteri – Luahan Pak Arief Buat Ramai Tersentak 😢”

Published

on

Rumah Warga Emas

“87% Lelaki Di Rumah Warga Emas Pernah Sakitkan Isteri” – Kisah Pak Arief Buat Ramai Tersentak

Apabila berbicara tentang rumah kebajikan warga emas, ramai antara kita cepat menilai bahawa penghuni di sana mungkin ditinggalkan oleh keluarga atau diabaikan oleh anak-anak. Namun, perkongsian seorang pekerja rumah kebajikan ini membuka sisi realiti yang jarang diperkatakan — bahawa tak semua warga emas ditinggalkan tanpa sebab.

“Saya dah rawat lebih 500 orang tua terlantar”

Menurut Pak Arief, yang sudah bertahun-tahun berkhidmat menjaga warga emas terlantar, dia pernah menguruskan lebih 500 penghuni sepanjang kerjayanya. Namun satu fakta yang mengejutkan ialah, 87% daripada mereka — kira-kira 300 orang — merupakan lelaki yang pernah menyakiti isteri sendiri ketika zaman muda.

“Saya bukan nak menghukum, tapi ini realiti yang saya lihat sendiri. Ramai antara mereka dulu pernah menduakan isteri, berkahwin lain, abaikan keluarga, atau tinggalkan anak-anak,” katanya.

Dulu kahwin lagi, sekarang tinggal sendiri

Ada antara mereka yang berkahwin lain demi nafsu, ada pula yang selingkuh dan mengabaikan anak-anak, sehinggalah akhirnya rumah tangga kedua pun tak kekal lama. Bila usia meningkat dan tiada siapa mahu jaga, barulah mereka sedar nilai kasih yang pernah disia-siakan.

“Bila jatuh terduduk, mereka cuba cari anak-anak dan bekas isteri semula. Tapi kebanyakannya tak lagi diterima. Anak-anak sudah lama menutup hati,” tambah Pak Arief dengan nada sayu.

Rumah Warga Emas

Secara psikologi, anak akan berpihak kepada ibu

Dari sudut psikologi, kata Pak Arief, anak-anak cenderung setia kepada ibu, terutama apabila melihat sendiri pengorbanan dan kesakitan yang ditanggung oleh si ibu selama bertahun-tahun.

Maka tidak hairanlah, ramai lelaki warga emas ini akhirnya berakhir di rumah kebajikan, bukan kerana anak tidak berhati perut, tetapi kerana luka lama yang belum sembuh.

“Anak-anak bukan berdendam, tapi mereka memilih untuk melindungi ibu. Mereka ingat setiap air mata, setiap malam ibu menangis. Itu yang membuat mereka sukar memaafkan,” ujarnya.

@mbak.butet Berdasarkan data, lansia terlantar yang diurus oleh Pak Arief Camra di Griya Lansia, ternyata saat mudanya melakukan ini… #GriyaLansia #GriyaLansiaMalang ♬ original sound – MbakButet – MbakButetAqsa

Pengajaran buat semua

Kisah yang dikongsikan oleh Pak Arief ini bukan untuk menyalahkan mana-mana pihak, tetapi sebagai peringatan kepada para suami dan ayah agar menghargai keluarga selagi diberi peluang.

Setiap tindakan hari ini akan membentuk bagaimana kita diperlakukan nanti — sama ada dengan kasih sayang, atau dengan sepi di penghujung usia.

“Jangan tunggu tua baru mahu bertaubat. Kerana kadang-kadang, bukan semua dosa mampu ditebus dengan air mata,” pesan Pak Arief.

Continue Reading

Trending