Connect with us

Kisah

Payah Jumpa Yang Macam Ni, Pemuda Rajin Kerja Merantau Jauh Tapi Masih Ingat Hantar Duit Gaji Pada Keluarga Di Kampung

Published

on

pemuda rajin kerja

Anak yang baik, dia tidak akan memikirkan bila, di mana, atau bagaimana caranya untuk terus berbakti dengan kedua orang tuanya. Anak yang baik akan terus berbakti tanpa kenal erti penat lelah kerana dia tahu mak ayah adalah pinjaman yang perlu disyukuri selagi mana mereka masih ada di dunia ini. Anak yang baik juga tidak akan pernah mengeluh untuk memberi dan memenuhi kasih sayangnya sehingga ke hujung hayat. Ini adalah kisah seorang pemuda rajin kerja yang patut dijadikan contoh dan teladan bagi anak muda hari ini.

Pemuda rajin kerja merantau jauh, sara keluarga hidup menumpang di rumah atuk

pemuda rajin kerja

Perkongsian dari kisah seorang anak sulung oleh Pe Chey ini menyentap hati ramai orang. Sejak kecil sudah terbiasa hidup berdikari menjadikan seorang pemuda ini sudah lali dengan ujian dan cabaran kehidupan. Walaupun masih darjah 6 ketika itu, dia sudah mengambil upah membuat kerja-kerja kampung. Sanggup merantau jauh ke negeri orang, pemuda rajin kerja demi mencari pendapatan yang halal buat menyara keluarga di kampung.

Setiap kali gaji, separuh dari gajinya diberikan kepada ibu dan empat adik-adiknya di kampung yang ketika ini sedang menumpang berteduh tinggal di rumah atuk. Dia bukanlah seorang pegawai yang segak berbaju kemeja setiap hari, bukan juga berjawatan tinggi di mana-mana industri. Dia hanya “budak stesen minyak” yang perlu mengangkat dan mengumpul sampah.

pemuda rajin kerja

Meninggalnya seorang ayah sebagai tempat bergantung hidup, mak terpaksa kerja kilang untuk menyara kehidupan mereka sekeluarga. Sebagai anak sulung, dia tidak lepas tangan akan tanggungjawab ini begitu sahaja. Sungguhpun mempunyai kerja tetap tetapi setiap hari Ahad dia akan kerja part time di stesyen minyak dari 8 pagi sampai 8 malam untuk cari duit tambahan.

Motor second hand yang dibeli hasil duit dia simpan sendiri sejak sekolah menengah dulu itulah yang dipakai sehingga hari ini. Duit gaji, lepas bayar apa yang patut, separuh dia hantar ke kampung. Allahhuakbar. Memang payah hendak jumpa pemuda rajin kerja dan masih ingat keluarga sepertinya.

Pandai-pandai nak hidup duduk seorang diri

Dia sempat sambung belajar. Setiap kali habis kelas, dia akan datang kerja setiap hari. Masa praktikal waktu PKP memang azab duduk jauh. Pandai-pandailah hendak hidup katanya tadi.

“Masa kau datang sini nak belajar dulu, kau datang sorangkan? Ayah tak hantarkan?”

“Ya bang, saya datang sorang. Pandai-pandai nak hidup. Tak tau saya tanya. Jenuh jugaklah dulu. Macam jakun pun ada.”

Allahuakbar. Pemuda rajin kerja yang macam ni memang berbeza. Dia ada jati diri yang kuat. Tidak mahu menyusahkan mak ayah. Rajin kerja, pandai cari duit dan tidak lupa mak serta adik-adik di kampung.

Setahun sekali balik kampung sebab kumpul cuti tahunan nak balik seminggu

pemuda rajin kerja

“Saya jarang balik kampung, bang. Setahun sekali. Saya kumpul cuti tahunan, baru balik. Dapatlah seminggu kat kampung.”

Dia bukan tidak mahu balik kampung tetapi dia cari duit dan gigih kerja. Ada duit dia simpan. Memang tidak fikir hendak membuang masa, membazir, atau berjoli dengan gaji. Cakap pasal “awek”? “Awek” mana hendak budak yang macam ini. Tapi budak inilah bagus kalau buat jadi suami.

“Baliklah sesekali kalau boleh. Jangan tinggalkan mak tu lama sangat. Kesian mak dengan adik-adik. Buat apa pun, kau kena ingat. Dulukan mak dalam apa-apa hal. Jangan lupakan mak dengan adik-adik tu. Kau takde siapa kecuali diorang sekarang.”

Siapa sangka kesusahan keluarga ini sehingga mak dan adiknya terpaksa menumpang di rumah atuk. Mungkin ada kisah pahit yang lebih sukar ditelan tetapi tidak diceritakan. Siapa tahukan.

Doakan pemuda rajin kerja ini

Sebelum Pe Chey bertolak balik, sempat dia hulurkan duit minyak motor dan duit makan kepada pemuda itu. Mulanya pemuda itu menolak.

“Abang bagi bukan sebab kesian. Abang bagi sebab abang kagum kau rajin. Susah dah nak jumpa budak macam kau dik. Kerja elok-elok. Kau pandai dah buat keputusan. Tak payah abang nasihat banyak sebab abang tau kau pandai bawa diri.”

“Terima kasih banyak abang. Terkejut saya jumpa orang macam abang hari ini. Jarang jumpa boleh sembang lama, lepas tu hulur gini.”

“Abang pun dulu baya kau susah dik. Abang pernah merantau, abang pernah takde duit makan. Abang faham situasinya macam mana.”

Pemuda itu hanya angguk dan senyum lalu mengucapkan terima kasih.

pemuda rajin kerja

Sempat Pe Chey berseloroh untuk minta izin ambil gambar pemuda itu dan menulis kisahnya. Dia izinkan tanpa mengenali siapa Pe Chey sebenarnya. Pe Chey atau Cikgu Nor Faisal Ishak adalah seorang guru yang sudah hampir 23 tahun bergelar pendidik sebelum menjadi Guru Bahasa Melayu.

Dia pernah menjawat jawatan sebagai Guru Bimbingan Kaunseling Daerah dan dilantik sebagai jurulatih Hoki Selangor team wanita U15 projek Tunas Cemerlang. Guru hebat ini sangat aktif mengarang di Facebook berkenaan kisah-kisah yang menyentuh hati dari sisi seorang pendidik.

Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Kisah

Denda RM50, Air Mata Seorang Nenek: Kisah Warga Emas 90 Tahun Yang Hampir Hilang Punca Rezeki

Published

on

Denda RM50 Air Mata Seorang Nenek Kisah Warga Emas 90 Tahun Yang Hampir Hilang Punca Rezeki

Segamat – Seorang wanita warga emas berusia 90 tahun di Kampung Abdullah, Segamat, Johor, mencuri perhatian ramai apabila dikenakan denda RM50 hanya kerana menjual sayur-sayuran hasil tanamannya sendiri tanpa lesen.

Kejadian yang berlaku pada 23 Januari itu bukan sahaja menyentuh perasaan masyarakat, malah membuka perbincangan besar tentang kemanusiaan, keadilan sosial dan keperluan dasar lebih berperikemanusiaan terhadap golongan rentan.

“Saya Cuma Jual Sedikit…”

Perkara ini mula didedahkan oleh seorang pengguna Facebook, Steven Tan, yang terserempak dengan wanita tersebut ketika beliau menjual sayur secara kecil-kecilan di tepi jalan.

Menurut Steven, seorang pegawai Majlis Perbandaran Segamat (MPS) telah mengeluarkan saman RM50 kerana wanita itu tidak mempunyai lesen penjaja.

Walaupun Steven cuba merayu agar pegawai tersebut bertolak ansur, beliau dimaklumkan bahawa tindakan itu terpaksa dilakukan kerana mengikut peraturan.

Lebih menyedihkan, wanita itu turut diberitahu bahawa dia perlu memohon lesen bernilai ratusan ringgit sekiranya mahu terus berniaga.

“Jumlah itu tidak realistik untuk seseorang yang hanya menjual sedikit sayur beberapa kali sebulan,” tulis Steven.

Bagi wanita tersebut, menjual sayur itulah satu-satunya cara untuk menyara hidup. Jika lesen mahal itu diwajibkan, dia bukan sahaja kehilangan perniagaan kecilnya, malah kehilangan harapan.

sayur

Rayuan Yang Menjadi Tindakan

Steven kemudian meminta pandangan orang ramai tentang cara terbaik untuk membantu wanita berkenaan. Hantaran itu pantas tular dan sampai ke pengetahuan Ketua Pemuda MCA Segamat, Tay Kok Wea.

Beliau segera mengarahkan wakilnya ke lokasi untuk membayar denda RM50 tersebut bagi pihak wanita itu.

Dalam kenyataannya, Tay menegaskan bahawa tindakan itu bukan untuk meraih publisiti, sebaliknya demi membantu seorang warga emas yang hampir kehilangan punca rezeki.

sayuran

Tiada Lagi Denda, Harapan Baharu

Tay turut memaklumkan bahawa beliau telah berbincang dengan pihak penguatkuasaan MPS dan mengesahkan bahawa:

  • Tiada lagi denda akan dikenakan terhadap wanita itu

  • Wanita tersebut kini boleh terus menjual sayur tanpa rasa takut

  • Isu yuran lesen akan dibawa ke mesyuarat untuk dicadangkan bayaran simbolik

“Jika cadangan itu diluluskan, saya sendiri akan menanggung kos lesen tersebut,” katanya.

jual

Lebih Daripada Sekadar Denda

Kisah ini bukan sekadar tentang RM50, tetapi tentang maruah, belas kasihan dan keperluan sistem yang lebih adil kepada golongan miskin dan warga emas.

Ia mengingatkan kita bahawa di sebalik peraturan, masih perlu ada ruang untuk pertimbangan kemanusiaan.

Kadangkala, yang mereka perlukan bukan simpati — tetapi peluang untuk terus hidup dengan bermaruah.

Continue Reading

Kisah

“Bukan main garang bini kau bang…” Isteri Cemas Kereta ‘Hilang’, Suami Selamba Rakam

Published

on

Isteri Cemas Kereta ‘Hilang

“Kereta Kita Mana?!” — Isteri Dah Cuak, Suami Kekal Tenang

Lepas ibu, isteri memang insan paling istimewa dalam hidup seorang lelaki. Bukan sekadar teman hidup, tapi tulang belakang yang setia dalam susah dan senang. Kadang-kadang cara suami menghargai isteri tu sampai another level—siap menyakat dulu sebelum bagi kejutan!

Baru-baru ini, tular di TikTok satu video lucu memaparkan gelagat seorang suami ‘prank’ isterinya. Dalam rakaman tersebut, pasangan ini dilihat baru selesai membeli-belah dan berjalan ke arah parkir. Sampai-sampai je, si isteri terus cuak—kereta mereka “hilang”! Dengan wajah panik, dia bertalu-talu tanya suami: “Kereta mana?”

 Isteri Cemas Kereta ‘Hilang

Si suami pula kekal steady, tak banyak cakap… tapi sempat merakam setiap reaksi isterinya.

Rupa-Rupanya Kejutan, Hadiah Kereta Baharu

Twist sebenar: itu semua hanyalah rancangan lelaki berkenaan untuk menghadiahkan sebuah kereta baharu buat isteri tercinta. Patutlah tenang semacam—rupanya tengah tunggu momen paling ‘boom’ untuk didedahkan!

“Garang Juga Bini Kau…” — Netizen Terhibur

@ashraffahmadkamal Terima la hadiah sempena hari lahir isteriku yang tercinta. Segala penat lelah untuk anak dan rumahtangga kita, terima lah hadiah i yg tak seberapa ni. I harap u suka 😁 saya ni suka sakat sikit dan wife tahu kalau saya main-main. Jenuh nak cover🤣🤣 Akhirnya menjadi juga surprise untuk dia. Love you my love 😘 #evmalaysia #emas7 #protonemas #proton ♬ original sound – اشراف احمدكمال

Ruangan komen memang meriah. Ramai terhibur dengan reaksi spontan si isteri yang nampak “garang” sebab menyangka kereta mereka dicuri. Pada masa sama, ramai juga puji suami yang berani dan romantik dengan cara tersendiri.

Antara komen yang mencuri tumpuan:

komen

  • Bukan main garang bini kau, bang…

  • Alhamdulillah, hargai isteri sebaiknya.

  • Comel! So happy for you. Semoga bahagia selalu.

  • Doakan saya pun dapat surprise macam ni.

Bahagia Itu Bila Saling Menghargai

Rumah tangga ada pasang surut—ada manis, ada ujian. Tapi indahnya bila semuanya ditempuh berdua. Tak semestinya hadiah besar atau kata-kata manis; kadang usaha kecil yang lahir dari hati pun cukup membahagiakan. Bila suami isteri saling memahami dan menghargai, di situlah letaknya bahagia yang sebenar.

Sumber: TikTok @ashraffkamal_

Continue Reading

Kisah

“87% Lelaki Di Rumah Warga Emas Pernah Sakitkan Isteri – Luahan Pak Arief Buat Ramai Tersentak 😢”

Published

on

Rumah Warga Emas

“87% Lelaki Di Rumah Warga Emas Pernah Sakitkan Isteri” – Kisah Pak Arief Buat Ramai Tersentak

Apabila berbicara tentang rumah kebajikan warga emas, ramai antara kita cepat menilai bahawa penghuni di sana mungkin ditinggalkan oleh keluarga atau diabaikan oleh anak-anak. Namun, perkongsian seorang pekerja rumah kebajikan ini membuka sisi realiti yang jarang diperkatakan — bahawa tak semua warga emas ditinggalkan tanpa sebab.

“Saya dah rawat lebih 500 orang tua terlantar”

Menurut Pak Arief, yang sudah bertahun-tahun berkhidmat menjaga warga emas terlantar, dia pernah menguruskan lebih 500 penghuni sepanjang kerjayanya. Namun satu fakta yang mengejutkan ialah, 87% daripada mereka — kira-kira 300 orang — merupakan lelaki yang pernah menyakiti isteri sendiri ketika zaman muda.

“Saya bukan nak menghukum, tapi ini realiti yang saya lihat sendiri. Ramai antara mereka dulu pernah menduakan isteri, berkahwin lain, abaikan keluarga, atau tinggalkan anak-anak,” katanya.

Dulu kahwin lagi, sekarang tinggal sendiri

Ada antara mereka yang berkahwin lain demi nafsu, ada pula yang selingkuh dan mengabaikan anak-anak, sehinggalah akhirnya rumah tangga kedua pun tak kekal lama. Bila usia meningkat dan tiada siapa mahu jaga, barulah mereka sedar nilai kasih yang pernah disia-siakan.

“Bila jatuh terduduk, mereka cuba cari anak-anak dan bekas isteri semula. Tapi kebanyakannya tak lagi diterima. Anak-anak sudah lama menutup hati,” tambah Pak Arief dengan nada sayu.

Rumah Warga Emas

Secara psikologi, anak akan berpihak kepada ibu

Dari sudut psikologi, kata Pak Arief, anak-anak cenderung setia kepada ibu, terutama apabila melihat sendiri pengorbanan dan kesakitan yang ditanggung oleh si ibu selama bertahun-tahun.

Maka tidak hairanlah, ramai lelaki warga emas ini akhirnya berakhir di rumah kebajikan, bukan kerana anak tidak berhati perut, tetapi kerana luka lama yang belum sembuh.

“Anak-anak bukan berdendam, tapi mereka memilih untuk melindungi ibu. Mereka ingat setiap air mata, setiap malam ibu menangis. Itu yang membuat mereka sukar memaafkan,” ujarnya.

@mbak.butet Berdasarkan data, lansia terlantar yang diurus oleh Pak Arief Camra di Griya Lansia, ternyata saat mudanya melakukan ini… #GriyaLansia #GriyaLansiaMalang ♬ original sound – MbakButet – MbakButetAqsa

Pengajaran buat semua

Kisah yang dikongsikan oleh Pak Arief ini bukan untuk menyalahkan mana-mana pihak, tetapi sebagai peringatan kepada para suami dan ayah agar menghargai keluarga selagi diberi peluang.

Setiap tindakan hari ini akan membentuk bagaimana kita diperlakukan nanti — sama ada dengan kasih sayang, atau dengan sepi di penghujung usia.

“Jangan tunggu tua baru mahu bertaubat. Kerana kadang-kadang, bukan semua dosa mampu ditebus dengan air mata,” pesan Pak Arief.

Continue Reading

Trending