Kisah
“Mati Syahid Selepas Bersalin Anak Sulung, Ibu Tak Sempat Konvo,” Bayi 4 Bulan Terima Skrol Di Majlis Graduasi

Memori dan kenangan untuk mengengam segulung ijazah adalah sesuatu yang amat berharga dan mahu diingati sampai bila-bila. Berkongsi kegembiraan dan air mata kebahagiaan bersama yang tersayang adalah cukup bernilai rasanya dalam perjalanan seorang mahasiswa. Namun demikian, kisah yang penuh kegembiraan bagi kebanyakkan orang tidak semuanya berjalan seperti yang dirancang oleh kehidupan orang lain. Momen menyayat hati bayi 4 bulan terima skrol mengantikan arwah ibunya di majlis graduasi ini mengundang simpati ramai orang.
Ibu meninggal dunia ketika melahirkan anak sulung, sedih bayi 4 bulan terima skol
Berkongsi di Tik Tok @_alsinthya28 atau nama sebenarnya Alsinthya Manda’ ada memuat naik sebuah video yang buat ramai “terpukul” apabila seorang bayi 4 bulan terima skrol graduasi mengantikan arwah ibunya yang meninggal dunia ketika melahirkan anak pertama iaitu bayi itu sendiri.
Bayi 4 bulan yang diberi nama Kimberly umpama “malaikat kecil” yang mewakili ibunya, Citra Fadhila Arsyad di majlis graduasi Universiti Andi Djemma, Kota Palopo, Sulawesi Selatan sebagai graduan Pengurusan. Kehadiran bayi kecil itu membuat ramai tetamu dan graduan yang hadir tidak mampu menahan sebak menyaksikan apa yang berlaku di atas pentas. Lantas mereka menitiskan air mata sebaik sahaja melihat wajah Kimberly.
“Semalam seluruh bangunan menangis melihat anak ini datang mewakili orang tuanya,” kata Ketua Dekan Fakulti Ekonomi dan Perniagaan universiti itu, Nurjannah.
Bahkan Nurjannah sendiri menitiskan air mata apabila menceritakan momen yang disaksikan apabila bayi 4 bulan itu terima skrol mengantikan ibunya.
“Ini adalah upacara tamat pengajian yang paling menyedihkan. Semua menangis termasuk pengerusi yayasan dan canselor utama. Tiada siapa yang tidak menangis semalam apabila Kimberly naik pentas menggantikan ibu bapanya,” katanya lagi.
Bayi pilihan, Kimberly ditemani nenek dari arwah ibu dan bapanya
Hari itu, Kimberly hadir ke majlis tersebut dan naik ke atas pentas sambil ditemani oleh nenek sebelah ibu dan nenek sebelah bapa. Sepatutnya bapa Kimberly turut bergraduasi pada hari yang sama namun dia tidak dapat hadir kerana sedang menjalani hukuman penjara atas kesalahan perlanggaran pengguna jalan raya.
Nurjannah termasuk semua orang yang ada di situ sangat berharap Kimberly boleh menjadi anak yang soleh dan kebanggaan kepada ibu dan bapanya nanti.
“Anak ini adalah pilihan Allah yang diberi ujian walaupun tidak faham apa-apa. Semoga Kimberly menjadi anak yang soleh, berguna, dapat meneruskan impian ibu dan membanggakan ibu bapanya. Kami juga berharap agar ayahnya segera dibebaskan,”ucap Nurjannah.
Hasil dari laporan yang diterima, Kimberly adalah bayi pramatang dan dilahirkan ketika usia kandungan Citra hanya baru 8 bulan. Punca kematian ibunya adalah disebabkan oleh praeklampsia (masalah yang dialami ketika hamil dan biasa berlaku pada trimester kedua kehamilan).
Ibu insan yang luar biasa, pengorbanan melahirkan tidak mampu dibalas
Begitu besarnya pengorbanan seorang ibu dalam melahirkan seorang zuriat ke dunia ini. Anugerah paling hebat yang Allah SWT berikan kepada orang wanita adalah dia mampu untuk mengandung dan melahirkan anak.
Pengorbanan seorang ibu hamil tentunya tidak ternilai kerana ia diibaratkan seperti perjuangan antara hidup dan mati. Begitu juga kesusahan dalam tempoh berpantang, pengorbanan untuk menyusukan anak dan sebagainya. Semua cabaran ini ada dijelaskan dengan baik dalam Al-Quran melalui surah Luqman, ayat 14.
Wanita yang meninggal dunia kerana melahirkan anak adalah dikira sebagai mati syahid iaitu kategori syahid akhirat. Ini dijelaskan sendiri oleh Rasulullah SAW maksudnya,
“Orang yang mati syahid dalam kalangan umatku hanyalah sedikit. (Mereka ialah) orang yang mati berjihad di jalan Allah lalu mereka memperoleh syahid, orang yang mati kerana taun, dia dianggap syahid. Orang yang mati tenggelam, turut mendapat syahid. Orang yang mati kerana sakit perut turut dikira syahid. Dan wanita yang mati kerana nifas, dia akan ditarik oleh anaknya menuju syurga dengan tali pusatnya.” – (Hadis Riwayat Ahmad).
6 bentuk penat wanita hamil yang Allah tidak sia-siakan
- Melaksanakan amar makruf nahi mungkar.
- Penat dalam beribadah.
- Penat mengandung, melahirkan, dan menyusukan.
- Penat dalam mencari nafkah.
- Penat dalam menuntut ilmu.
- Penat dalam menguruskan hal ehwal keluarga.
Kesimpulannya, khidmat, pengorbanan dan penat lelah seorang insan yang bernama wanita dan ibu tidak terbalas bagi seorang anak sungguhpun dia mampu untuk berbakti sehingga ibunya meninggal dunia. Namun demikian, jadilah anak yang soleh agar kita juga memperoleh kebahagiaan bersama mereka di dunia dan akhirat.
Sumber: Tik Tok @_alsinthya28
Kisah
“Bukan main garang bini kau bang…” Isteri Cemas Kereta ‘Hilang’, Suami Selamba Rakam

“Kereta Kita Mana?!” — Isteri Dah Cuak, Suami Kekal Tenang
Lepas ibu, isteri memang insan paling istimewa dalam hidup seorang lelaki. Bukan sekadar teman hidup, tapi tulang belakang yang setia dalam susah dan senang. Kadang-kadang cara suami menghargai isteri tu sampai another level—siap menyakat dulu sebelum bagi kejutan!
Baru-baru ini, tular di TikTok satu video lucu memaparkan gelagat seorang suami ‘prank’ isterinya. Dalam rakaman tersebut, pasangan ini dilihat baru selesai membeli-belah dan berjalan ke arah parkir. Sampai-sampai je, si isteri terus cuak—kereta mereka “hilang”! Dengan wajah panik, dia bertalu-talu tanya suami: “Kereta mana?”
Si suami pula kekal steady, tak banyak cakap… tapi sempat merakam setiap reaksi isterinya.
Rupa-Rupanya Kejutan, Hadiah Kereta Baharu
Twist sebenar: itu semua hanyalah rancangan lelaki berkenaan untuk menghadiahkan sebuah kereta baharu buat isteri tercinta. Patutlah tenang semacam—rupanya tengah tunggu momen paling ‘boom’ untuk didedahkan!
“Garang Juga Bini Kau…” — Netizen Terhibur
@ashraffahmadkamal Terima la hadiah sempena hari lahir isteriku yang tercinta. Segala penat lelah untuk anak dan rumahtangga kita, terima lah hadiah i yg tak seberapa ni. I harap u suka 😁 saya ni suka sakat sikit dan wife tahu kalau saya main-main. Jenuh nak cover🤣🤣 Akhirnya menjadi juga surprise untuk dia. Love you my love 😘 #evmalaysia #emas7 #protonemas #proton ♬ original sound – اشراف احمدكمال
Ruangan komen memang meriah. Ramai terhibur dengan reaksi spontan si isteri yang nampak “garang” sebab menyangka kereta mereka dicuri. Pada masa sama, ramai juga puji suami yang berani dan romantik dengan cara tersendiri.
Antara komen yang mencuri tumpuan:
“Bukan main garang bini kau, bang…”
“Alhamdulillah, hargai isteri sebaiknya.”
“Comel! So happy for you. Semoga bahagia selalu.”
“Doakan saya pun dapat surprise macam ni.”
Bahagia Itu Bila Saling Menghargai
Rumah tangga ada pasang surut—ada manis, ada ujian. Tapi indahnya bila semuanya ditempuh berdua. Tak semestinya hadiah besar atau kata-kata manis; kadang usaha kecil yang lahir dari hati pun cukup membahagiakan. Bila suami isteri saling memahami dan menghargai, di situlah letaknya bahagia yang sebenar.
Sumber: TikTok @ashraffkamal_
Kisah
“87% Lelaki Di Rumah Warga Emas Pernah Sakitkan Isteri – Luahan Pak Arief Buat Ramai Tersentak 😢”

“87% Lelaki Di Rumah Warga Emas Pernah Sakitkan Isteri” – Kisah Pak Arief Buat Ramai Tersentak
Apabila berbicara tentang rumah kebajikan warga emas, ramai antara kita cepat menilai bahawa penghuni di sana mungkin ditinggalkan oleh keluarga atau diabaikan oleh anak-anak. Namun, perkongsian seorang pekerja rumah kebajikan ini membuka sisi realiti yang jarang diperkatakan — bahawa tak semua warga emas ditinggalkan tanpa sebab.
“Saya dah rawat lebih 500 orang tua terlantar”
Menurut Pak Arief, yang sudah bertahun-tahun berkhidmat menjaga warga emas terlantar, dia pernah menguruskan lebih 500 penghuni sepanjang kerjayanya. Namun satu fakta yang mengejutkan ialah, 87% daripada mereka — kira-kira 300 orang — merupakan lelaki yang pernah menyakiti isteri sendiri ketika zaman muda.
“Saya bukan nak menghukum, tapi ini realiti yang saya lihat sendiri. Ramai antara mereka dulu pernah menduakan isteri, berkahwin lain, abaikan keluarga, atau tinggalkan anak-anak,” katanya.
Dulu kahwin lagi, sekarang tinggal sendiri
Ada antara mereka yang berkahwin lain demi nafsu, ada pula yang selingkuh dan mengabaikan anak-anak, sehinggalah akhirnya rumah tangga kedua pun tak kekal lama. Bila usia meningkat dan tiada siapa mahu jaga, barulah mereka sedar nilai kasih yang pernah disia-siakan.
“Bila jatuh terduduk, mereka cuba cari anak-anak dan bekas isteri semula. Tapi kebanyakannya tak lagi diterima. Anak-anak sudah lama menutup hati,” tambah Pak Arief dengan nada sayu.
Secara psikologi, anak akan berpihak kepada ibu
Dari sudut psikologi, kata Pak Arief, anak-anak cenderung setia kepada ibu, terutama apabila melihat sendiri pengorbanan dan kesakitan yang ditanggung oleh si ibu selama bertahun-tahun.
Maka tidak hairanlah, ramai lelaki warga emas ini akhirnya berakhir di rumah kebajikan, bukan kerana anak tidak berhati perut, tetapi kerana luka lama yang belum sembuh.
“Anak-anak bukan berdendam, tapi mereka memilih untuk melindungi ibu. Mereka ingat setiap air mata, setiap malam ibu menangis. Itu yang membuat mereka sukar memaafkan,” ujarnya.
@mbak.butet Berdasarkan data, lansia terlantar yang diurus oleh Pak Arief Camra di Griya Lansia, ternyata saat mudanya melakukan ini… #GriyaLansia #GriyaLansiaMalang ♬ original sound – MbakButet – MbakButetAqsa
Pengajaran buat semua
Kisah yang dikongsikan oleh Pak Arief ini bukan untuk menyalahkan mana-mana pihak, tetapi sebagai peringatan kepada para suami dan ayah agar menghargai keluarga selagi diberi peluang.
Setiap tindakan hari ini akan membentuk bagaimana kita diperlakukan nanti — sama ada dengan kasih sayang, atau dengan sepi di penghujung usia.
“Jangan tunggu tua baru mahu bertaubat. Kerana kadang-kadang, bukan semua dosa mampu ditebus dengan air mata,” pesan Pak Arief.
Kisah
“Dapat RM30 Sehari Pun Saya Bersyukur” – Ibu Muda Gagah Hantar Makanan Sambil Bawa Tiga Anak Kecil

Dalam kesibukan dunia hari ini, kisah seorang ibu muda dari Melaka ini menjadi bukti bahawa kasih seorang ibu dan semangat mencari rezeki demi keluarga tiada tandingan.
Baru berusia 23 tahun, Noryani Syakira Yaakob tidak pernah menjadikan kemiskinan alasan untuk berputus asa. Setiap hari, beliau menunggang motosikal sambil membonceng tiga anak kecilnya yang berusia antara 10 bulan hingga lima tahun, demi mencari rezeki sebagai penghantar makanan.
“Saya tak ada pilihan, tiada siapa nak jaga anak-anak”
Kata Noryani, dia tiada pilihan lain kerana tiada sesiapa yang boleh menjaga anak-anaknya sementara suami bekerja di bengkel dengan gaji sekitar RM1,200 sebulan.
“Kadang-kadang kasihan tengok mereka, berpanas atas motor. Tapi kalau saya tak kerja, macam mana nak cukup belanja?
Sekurang-kurangnya bila saya hantar makanan, dapatlah RM20 atau RM30 sehari untuk beli susu dan lampin,” katanya.
Beliau yang menetap di Bukit Lintang, Melaka, kini sudah dua bulan bekerja sebagai penghantar makanan (p-hailing). Biasanya, beliau bekerja dari jam 7 pagi hingga 12 tengah hari, sebelum pulang untuk menguruskan anak-anak.
Dapat RM5 pun rezeki besar
Noryani turut menceritakan detik di mana gambarnya bersama anak-anak tular di media sosial — sebenarnya dirakam dua minggu lalu, ketika dia menghantar pesanan nasi goreng dari Bukit Katil ke Hospital Melaka.
“Upahnya cuma RM5, tapi saya tetap bersyukur. Dapat beli sedikit barang dapur pun dah cukup.”
Anak sulungnya, Muhammad Rayyan Iskandar (5 tahun) dan Rayyan Rayfal (2 tahun) duduk di bahagian belakang motosikal, manakala si bongsu, Rayyan Maleeq (10 bulan) dikendong di bahagian depan.
“Saya lebih tenang kerja sendiri”
Sebelum ini, Noryani pernah bekerja di kedai ayam gunting, namun terpaksa berhenti kerana tidak sanggup meninggalkan anak-anak di rumah.
“Kalau hujan saya tak keluar, risau keselamatan mereka. Tapi bila cuaca baik, saya gagahkan diri.
Sekurang-kurangnya mereka depan mata, saya pun lebih tenang,” katanya.
Warganet sebak, ramai mahu bantu
Tindakan berani Noryani menarik perhatian ramai di media sosial. Netizen memuji ketabahannya sebagai ibu muda dan menyeru agar pihak berwajib turun padang memberikan bantuan sewajarnya.
Bagi mereka yang ingin membantu keluarga ini, sumbangan boleh disalurkan ke akaun BSN 0299541000567835 (Noryani Syakira Yaakob).
Keluarga6 years agoSering kali Anak Sulung Selalu Kena Marah Tapi Sebenarnya Paling Istimewa Di Hati Ibu Ayah
Resepi Viral6 years ago10 Resepi Ayam Berkuah Hidangan Menarik Ditengah hari
AGAMA7 years agoSatu kuku panjang ibarat bela sekandang b4bi? Inilah dosa bela kuku panjang
AGAMA6 years agoSatu-satunya manusia yang bukan nabi, bukan pula Rasul, tapi kisah hidupnya diabadikan dalam Qur’an
AGAMA6 years agoCara Senang Hafal Surah Al- Khafi Ayat 1 Hingga 10.
AGAMA6 years agoCara Meruqyah Anak Yang Malas Untuk Belajar
AGAMA6 years agoNafkah untuk isteri tak termasuk keperluan barang dapur, Para suami kena ingat dan Wajib tahu.
AGAMA7 years ago5 doa yang buat rezeki anda datang dari arah tak disangka, lancar dan berkah










