Kisah
“Ceduk Air Parit Untuk Mandi, Hampir Masukkan Racun Dalam Periuk Nasi,” Pengorbanan Ibu Tunggal Besarkan 8 Orang Anak

Sebut pasal ibu tunggal hanya satu perkataan yang boleh menjawab segala pengorbanan ibu tunggal iaitu cekal. Menurut Kamus Dewan, ibu tunggal merangkumi wanita bercerai atau kematian suami dan mempunyai anak selain di bawah usia warga emas. Jom kita ikuti kisah pengorbanan ibu tunggal, iaitu Kak Nur dalam membesarkan anak-anaknya yang masih kecil.
Ditinggal suami selepas ditalakkan, pengorbanan ibu tunggal besarkan 8 anak patut jadi contoh
Sebuah video perkongsian dari laman akaun Tik Tok @anas.zkrllh, ada memuat naik sebuah video pengorbanan ibu tunggal, Kak Nur yang ditinggalkan suami selepas ditalakkan. Dia bersama 8 orang anak tercari-cari tempat bergantung untuk meneruskan kehidupan.
Allah Maha Pemurah. Dia menghadirkan seorang abang ipar yang baik buat Kak Nur. Akhirnya abang Ipar Kak Nur membawa mereka anak beranak pulang. Anaknya yang bersekolah di hujung permatang semuanya pandai-pandai. Namun oleh kerana kedudukan tempat tinggal dan sekolah anak yang jauh, dia tidak mampu berbuat apa-apa apatah lagi ketika itu anak-anaknya sedang berada di akhir tahun persekolahan untuk menghadapi peperiksaan.
Kak Nur terpaksa meminjam motor orang dan setiap subuh menghantar mereka dekat hujung matang sekolah. Untuk naik bas memang mustahil kerana mana ada duit. Untuk mencukupkan keperluan anak sekolah seperti buku, baju, dan kelengkapan sekolah sudah “berat”. Nasib baiklah ada seorang hamba Allah ini tolong dapatkan biasiswa untuk anak-anaknya.
“Sampai bila aku nak macam ni, anak perlukan kehidupan yang baik”
Bagi Kak Nur, apa yang ada di fikirannya adalah bagaimana untuk mengakhiri penderitaan keluarganya itu.
“Yang akak fikirkan penderitaan ni. Tak akan sampai dekat sini. Anak ni perlukan pelajaran, kehidupan. Akak ni dah tentu kehidupan akak macam ni. Cakap dalam diri akak sendiri. Tak ada siapa yang bagi dorongan atau semangat. Orang tak pandang kita,” luahnya.
Apa yang dia ada sekarang adalah tapak rumah yang diberikan ayahnya sahaja. Kemudian atas bantuan abang ipar, dibuatkannya tempat berteduh sebesar reban ayam.
“Zink-zink tukang-tukang sekejap siap. Lantai pasang karpet. Malam tu akak tidur bertujuh beranak dalam pondok. Bahagia akak dengan anak-anak walupun kami makan nasi sepinggan kongsi anak beranak, akak bahagia,” jujur Kak Nur membahagi rasa selepas dia diceraikan oleh suami.
Bagi seorang wanita yang diceraikan suami, hati mana yang tidak hancur. Apatah lagi perlu membesarkan anak yang ramai dengan keadaan yang susah sekali. Mereka sudah terbiasa mengikat perut. Setiap kali anaknya ke sekolah, dia akan pergi mencabut pucuk ubi, dan ambil pandan.
Lebih kurang pukul 5 atau 6 pagi, dia pergi mencari pucuk ubi. Dalam masa sejam setengah, sekitar 7.30 atau 8 pagi dia sepatutnya sudah mengumpul 100 ubi kayu ke rumah. Kemudian, ambil pula guni kangkung dan pergi cari kangkung di parit.
Kata Kak Nur, “cari sahaja mana-mana parit, pasti akak ada disitu untuk mencari rezeki.”
“Tak sempurna hidup mandi dalam parit. Ceduk air dalam parit untuk mandi,” dia menangis mengenangkan semula kisah pahit lalu.
Hampir bunuh diri dan anak kecil, masukkan racun dalam periuk nasi
Pernah suatu hari, Kak Nur pulang dari mencari pucuk ubi, kangkung, dan pandan, dia melihat anak kecilnya menangis dirumah. Selepas memberikan susu, anaknya masih tetap menangis. Lantas dia terpandang beras di tong hanya tinggal 1 pot. Hancur luluh hatinya.
“Apa ada dalam fikiran, akak? Akan aku bunuh anak termasuk aku sendiri,” Kak Nur mula sebak memikirkan peristiwa hitam dulu.
Ketika itu hanya satu yang bermain di benak fikirannya untuk mati bersama-sama dengan anak. Allah Maha Penyayang, entah dari mana maknya datang ketika Kak Nur sedang tuang racun dalam periuk nasi.
Mak: Kau tak dapat mengucap lagi dah Nur? Kau tak dapat mengucap lagi dah nak? Kau tak ingat Tuhan dah?
Nur: Aku dah tak nampak apa mak. Hitam hidup aku ni.
Racun yang Kak Nur tuang dalam periuk nasi, maknya ambil dan buang. Lantas terus dipeluk tubuh anaknya itu.
Mak: Ingat pada Tuhan nak. Sembahyang jangan lupa. Berdoa nak. Banyakkan berdoa nak. Bukan ini yang kau buat.
“Dia peluk akak. Akak menangis dia pun menangis. Mak sampai pengsan sebab akak nak bagi cucu makan tu. Tapi tak apa nasib akak kan. Tapi Tuhan kaya, dulu aku susah sekarang aku senang,” kata Kak Nur.
Jadi petani moden, kumpul RM50 ribu sebulan dari usaha dan rezeki Allah
Sehinggalah datang seorang hamba Allah yang memberitahunya tentang Amanah Ikhtiar Malaysia (AIM) lorong ketiga.
Hamba Allah: Alah Nur, kesiannya kau. Besok ada projek dekat lorong 3, mereka cari orang. Jomlah masuk.
Nur: Macam aku ni boleh ke?
Hamba Allah: Ibu tunggal lah yang nak diperlukan. Esok kau datang je Nur. Akak tunggu.
Alhamdulillah, dari situlah Kak Nur mula mengusahakan tanaman pandan dari tanah dan bantuan kewangan yang dipinjamnya. Bila dapat pinjaman memang dia tidak terfikir untuk bermewah atau membeli apa-apa kemahuanya. Apa yang penting, anaknya boleh bersekolah dan ada makanan.
“Biar baju ni hari-hari lusuh untuk pakai siang, malam tak apa. Janji anak akak ada pelajaran. Itulah harta aku yang akak tanam dalam jiwa akak. Dulu akak pinjam tanah orang. Akak pinjam RM50 ribu dan tanah 4 ekar.”
“Celah lorong sawit dia akak tanam. Itu mula asal akak tandan. Itu akak dah ada motor sikit, dapat duit AIM. Pinjam 5 ribu, 3 ribu beli motor. Dah boleh bergaya sikitlah.”
“Jadi lorong-lorong sawit, akak tanam pandan. Akak ada 12 lorong akak tanam pandan. Itulah pinjaman 50 ribu tadi. Beli tajak, cangkul, tong racun, dan upah orang membajak, semuanya 50 ribu.”
“Sampai akak dapat beli tanah sendiri. Ni semua sekali pandan 12 ekar. Banyak sokongan dari suami sekarang, akak dah ada 12 ekar. Alhamdulillah, syukur pada Allah. Akak buat pandan ada juga bisnes yang lain. Sikit-sikitlah sama dengan anak-anak. Kalau purata kasar sebulan RM50 ribu.”
Di akhir perbicaraan sempat Kak Nur berpesan kepada semua khususnya ibu tunggal di luar sana agar tidak berputus asa. Teruskan berusaha dengan gigih dan berdoa kepada Allah SWT. Jika kita berusaha dan bekerja dengan ikhlas, mungkin kita tidak diberikan kekayaan tetapi Allah pasti memberikan kita kecukupan setiap kali kita memerlukan.
Ruangan komen pun turut sama menangis
Video yang viral di Tik Tok ini telah mendapat 147.7K likes, 10.2K share, dan 3647 komen. Rata-rata diruangan komen netizen mengucapkan rasa bangga dan terharu dengan pengorbanan Kak Nur selama ini untuk memastikan anak-anaknya terus mendapatkan pendidikan.
“Allahuakbar apa yang saya nampak dekat sini, betapa sayangnya Allah pada kita. Bila dia uji dengan kesusahan akan ada kesenangan kemudian. Cuma kitalah yang letakkan Allah setinggi mana.”
“Dengar kisah ini jadi bersyukur dengan kehidupan sekarang yang rasa susah. Berat ujian Allah bagi untuk hamba Nya yang kuat.”
“Mak saya pun ahli AIM, dari suri rumah sepenuh masa sekarang dah jadi peniaga kuih, kerepek ada bengkel, mesin, kenderaan sendiri. Idola saya.”
“Part racun dalam nasi tu merambuu air mata. Allahuakbar, Allah tahu sekuat mana hamba Nya. Semangat seorang ibu.”
“Sedih pemgorbanan seorang ibu.”
“8 minit video ini lebih bermakna dari cerita TV3 40 episod.”
“Asal aku nangis ni. Aku ni gangster tau!”
Diharapka perkongsian kisah seorang ibu tunggal ini dapat memberikan inspirasi bagi ramai orang lagi di luar sana. Setiap ujian yang ditimpakan kepada kita, yakinlah Allah lebih tahu bahawa itulah yang terbaik buat kita dan kita mampu untuk mengharunginya.
Sumber: Tik Tok @anas. zkrllh
Kisah
Denda RM50, Air Mata Seorang Nenek: Kisah Warga Emas 90 Tahun Yang Hampir Hilang Punca Rezeki

Segamat – Seorang wanita warga emas berusia 90 tahun di Kampung Abdullah, Segamat, Johor, mencuri perhatian ramai apabila dikenakan denda RM50 hanya kerana menjual sayur-sayuran hasil tanamannya sendiri tanpa lesen.
Kejadian yang berlaku pada 23 Januari itu bukan sahaja menyentuh perasaan masyarakat, malah membuka perbincangan besar tentang kemanusiaan, keadilan sosial dan keperluan dasar lebih berperikemanusiaan terhadap golongan rentan.
“Saya Cuma Jual Sedikit…”
Perkara ini mula didedahkan oleh seorang pengguna Facebook, Steven Tan, yang terserempak dengan wanita tersebut ketika beliau menjual sayur secara kecil-kecilan di tepi jalan.
Menurut Steven, seorang pegawai Majlis Perbandaran Segamat (MPS) telah mengeluarkan saman RM50 kerana wanita itu tidak mempunyai lesen penjaja.
Walaupun Steven cuba merayu agar pegawai tersebut bertolak ansur, beliau dimaklumkan bahawa tindakan itu terpaksa dilakukan kerana mengikut peraturan.
Lebih menyedihkan, wanita itu turut diberitahu bahawa dia perlu memohon lesen bernilai ratusan ringgit sekiranya mahu terus berniaga.
“Jumlah itu tidak realistik untuk seseorang yang hanya menjual sedikit sayur beberapa kali sebulan,” tulis Steven.
Bagi wanita tersebut, menjual sayur itulah satu-satunya cara untuk menyara hidup. Jika lesen mahal itu diwajibkan, dia bukan sahaja kehilangan perniagaan kecilnya, malah kehilangan harapan.
Rayuan Yang Menjadi Tindakan
Steven kemudian meminta pandangan orang ramai tentang cara terbaik untuk membantu wanita berkenaan. Hantaran itu pantas tular dan sampai ke pengetahuan Ketua Pemuda MCA Segamat, Tay Kok Wea.
Beliau segera mengarahkan wakilnya ke lokasi untuk membayar denda RM50 tersebut bagi pihak wanita itu.
Dalam kenyataannya, Tay menegaskan bahawa tindakan itu bukan untuk meraih publisiti, sebaliknya demi membantu seorang warga emas yang hampir kehilangan punca rezeki.
Tiada Lagi Denda, Harapan Baharu
Tay turut memaklumkan bahawa beliau telah berbincang dengan pihak penguatkuasaan MPS dan mengesahkan bahawa:
Tiada lagi denda akan dikenakan terhadap wanita itu
Wanita tersebut kini boleh terus menjual sayur tanpa rasa takut
Isu yuran lesen akan dibawa ke mesyuarat untuk dicadangkan bayaran simbolik
“Jika cadangan itu diluluskan, saya sendiri akan menanggung kos lesen tersebut,” katanya.
Lebih Daripada Sekadar Denda
Kisah ini bukan sekadar tentang RM50, tetapi tentang maruah, belas kasihan dan keperluan sistem yang lebih adil kepada golongan miskin dan warga emas.
Ia mengingatkan kita bahawa di sebalik peraturan, masih perlu ada ruang untuk pertimbangan kemanusiaan.
Kadangkala, yang mereka perlukan bukan simpati — tetapi peluang untuk terus hidup dengan bermaruah.
Kisah
“Bukan main garang bini kau bang…” Isteri Cemas Kereta ‘Hilang’, Suami Selamba Rakam

“Kereta Kita Mana?!” — Isteri Dah Cuak, Suami Kekal Tenang
Lepas ibu, isteri memang insan paling istimewa dalam hidup seorang lelaki. Bukan sekadar teman hidup, tapi tulang belakang yang setia dalam susah dan senang. Kadang-kadang cara suami menghargai isteri tu sampai another level—siap menyakat dulu sebelum bagi kejutan!
Baru-baru ini, tular di TikTok satu video lucu memaparkan gelagat seorang suami ‘prank’ isterinya. Dalam rakaman tersebut, pasangan ini dilihat baru selesai membeli-belah dan berjalan ke arah parkir. Sampai-sampai je, si isteri terus cuak—kereta mereka “hilang”! Dengan wajah panik, dia bertalu-talu tanya suami: “Kereta mana?”
Si suami pula kekal steady, tak banyak cakap… tapi sempat merakam setiap reaksi isterinya.
Rupa-Rupanya Kejutan, Hadiah Kereta Baharu
Twist sebenar: itu semua hanyalah rancangan lelaki berkenaan untuk menghadiahkan sebuah kereta baharu buat isteri tercinta. Patutlah tenang semacam—rupanya tengah tunggu momen paling ‘boom’ untuk didedahkan!
“Garang Juga Bini Kau…” — Netizen Terhibur
@ashraffahmadkamal Terima la hadiah sempena hari lahir isteriku yang tercinta. Segala penat lelah untuk anak dan rumahtangga kita, terima lah hadiah i yg tak seberapa ni. I harap u suka 😁 saya ni suka sakat sikit dan wife tahu kalau saya main-main. Jenuh nak cover🤣🤣 Akhirnya menjadi juga surprise untuk dia. Love you my love 😘 #evmalaysia #emas7 #protonemas #proton ♬ original sound – اشراف احمدكمال
Ruangan komen memang meriah. Ramai terhibur dengan reaksi spontan si isteri yang nampak “garang” sebab menyangka kereta mereka dicuri. Pada masa sama, ramai juga puji suami yang berani dan romantik dengan cara tersendiri.
Antara komen yang mencuri tumpuan:
“Bukan main garang bini kau, bang…”
“Alhamdulillah, hargai isteri sebaiknya.”
“Comel! So happy for you. Semoga bahagia selalu.”
“Doakan saya pun dapat surprise macam ni.”
Bahagia Itu Bila Saling Menghargai
Rumah tangga ada pasang surut—ada manis, ada ujian. Tapi indahnya bila semuanya ditempuh berdua. Tak semestinya hadiah besar atau kata-kata manis; kadang usaha kecil yang lahir dari hati pun cukup membahagiakan. Bila suami isteri saling memahami dan menghargai, di situlah letaknya bahagia yang sebenar.
Sumber: TikTok @ashraffkamal_
Kisah
“87% Lelaki Di Rumah Warga Emas Pernah Sakitkan Isteri – Luahan Pak Arief Buat Ramai Tersentak 😢”

“87% Lelaki Di Rumah Warga Emas Pernah Sakitkan Isteri” – Kisah Pak Arief Buat Ramai Tersentak
Apabila berbicara tentang rumah kebajikan warga emas, ramai antara kita cepat menilai bahawa penghuni di sana mungkin ditinggalkan oleh keluarga atau diabaikan oleh anak-anak. Namun, perkongsian seorang pekerja rumah kebajikan ini membuka sisi realiti yang jarang diperkatakan — bahawa tak semua warga emas ditinggalkan tanpa sebab.
“Saya dah rawat lebih 500 orang tua terlantar”
Menurut Pak Arief, yang sudah bertahun-tahun berkhidmat menjaga warga emas terlantar, dia pernah menguruskan lebih 500 penghuni sepanjang kerjayanya. Namun satu fakta yang mengejutkan ialah, 87% daripada mereka — kira-kira 300 orang — merupakan lelaki yang pernah menyakiti isteri sendiri ketika zaman muda.
“Saya bukan nak menghukum, tapi ini realiti yang saya lihat sendiri. Ramai antara mereka dulu pernah menduakan isteri, berkahwin lain, abaikan keluarga, atau tinggalkan anak-anak,” katanya.
Dulu kahwin lagi, sekarang tinggal sendiri
Ada antara mereka yang berkahwin lain demi nafsu, ada pula yang selingkuh dan mengabaikan anak-anak, sehinggalah akhirnya rumah tangga kedua pun tak kekal lama. Bila usia meningkat dan tiada siapa mahu jaga, barulah mereka sedar nilai kasih yang pernah disia-siakan.
“Bila jatuh terduduk, mereka cuba cari anak-anak dan bekas isteri semula. Tapi kebanyakannya tak lagi diterima. Anak-anak sudah lama menutup hati,” tambah Pak Arief dengan nada sayu.
Secara psikologi, anak akan berpihak kepada ibu
Dari sudut psikologi, kata Pak Arief, anak-anak cenderung setia kepada ibu, terutama apabila melihat sendiri pengorbanan dan kesakitan yang ditanggung oleh si ibu selama bertahun-tahun.
Maka tidak hairanlah, ramai lelaki warga emas ini akhirnya berakhir di rumah kebajikan, bukan kerana anak tidak berhati perut, tetapi kerana luka lama yang belum sembuh.
“Anak-anak bukan berdendam, tapi mereka memilih untuk melindungi ibu. Mereka ingat setiap air mata, setiap malam ibu menangis. Itu yang membuat mereka sukar memaafkan,” ujarnya.
@mbak.butet Berdasarkan data, lansia terlantar yang diurus oleh Pak Arief Camra di Griya Lansia, ternyata saat mudanya melakukan ini… #GriyaLansia #GriyaLansiaMalang ♬ original sound – MbakButet – MbakButetAqsa
Pengajaran buat semua
Kisah yang dikongsikan oleh Pak Arief ini bukan untuk menyalahkan mana-mana pihak, tetapi sebagai peringatan kepada para suami dan ayah agar menghargai keluarga selagi diberi peluang.
Setiap tindakan hari ini akan membentuk bagaimana kita diperlakukan nanti — sama ada dengan kasih sayang, atau dengan sepi di penghujung usia.
“Jangan tunggu tua baru mahu bertaubat. Kerana kadang-kadang, bukan semua dosa mampu ditebus dengan air mata,” pesan Pak Arief.
Keluarga6 years agoSering kali Anak Sulung Selalu Kena Marah Tapi Sebenarnya Paling Istimewa Di Hati Ibu Ayah
Resepi Viral6 years ago10 Resepi Ayam Berkuah Hidangan Menarik Ditengah hari
AGAMA7 years agoSatu kuku panjang ibarat bela sekandang b4bi? Inilah dosa bela kuku panjang
AGAMA7 years agoSatu-satunya manusia yang bukan nabi, bukan pula Rasul, tapi kisah hidupnya diabadikan dalam Qur’an
AGAMA6 years agoCara Meruqyah Anak Yang Malas Untuk Belajar
AGAMA6 years agoCara Senang Hafal Surah Al- Khafi Ayat 1 Hingga 10.
AGAMA6 years agoNafkah untuk isteri tak termasuk keperluan barang dapur, Para suami kena ingat dan Wajib tahu.
AGAMA7 years ago5 doa yang buat rezeki anda datang dari arah tak disangka, lancar dan berkah






















