Petua
Resepi Bebola Bergedel Ayam Yang Mudah Dan Lazat
Resepi Bebola Bergedel Ayam Yang Mudah Dan Lazat
Selalu buat tauhu bergedel, tapi kali ini mari cuba sesuatu yang berbeza iaitu bebola bergedel ayam. Bentuknya yang bulat membuatnya kelihatan lebih menarik dan menyelerakan. Bebola bergedel ayam ini boleh dinikmati bersama soto, dijadikan lauk, atau dimakan dengan sambal kicap. Nak makan begitu saja pun boleh!. Jom cuba membuatnya dengan mengikut langkah-langkahnya di bawah!
Bahan-bahan
– 6-7 biji kentang yang dipotong dadu
– Isi ayam – dikisar
– Daun sup – dihiris
– Bawang merah – dihiris
– Lada merah – dihiris
– 1 biji telur
– Bawang goreng
– Lada sulah
– Garam
Cara Membuat
1. Rebus kentang hingga empuk. Setelah itu, lenyekkan kentang dalam mangkuk hingga hancur sepenuhnya.
2. Kemudian masukkan isi ayam yang sudah kisar, daun sup, bawang merah, lada merah, satu biji telur, bawang goreng, lada sulah, dan sedikit garam. Gaul semua bahan hingga sebati.
3. Ambil sedikit adunan dan bentuk bulat seperti meatball sehingga habis semua adunan.
4. Sejukkan bebola bergedel ayam dalam peti ais selama setengah jam sebelum digoreng. Ini membantu bebola mengekalkan bentuknya ketika digoreng.
5. Pukul dua biji telur dalam mangkuk. Panaskan minyak dalam kuali. Celupkan setiap bebola ke dalam telur yang dipukul tadi, kemudian masukkan ke dalam minyak panas.
6. Goreng bebola bergedel hingga berwarna keemasan. Angkat dan tos untuk mengeluarkan minyak berlebihan.
Bergedel ayam sedia untuk dihidangkan dan dinikmati. Selamat mencuba!!
Sumber: Har Ryea
- Resepi Viral5 years ago
10 Resepi Ayam Berkuah Hidangan Menarik Ditengah hari
- Keluarga5 years ago
Sering kali Anak Sulung Selalu Kena Marah Tapi Sebenarnya Paling Istimewa Di Hati Ibu Ayah
- AGAMA5 years ago
Cara Senang Hafal Surah Al- Khafi Ayat 1 Hingga 10.
- AGAMA5 years ago
Satu-satunya manusia yang bukan nabi, bukan pula Rasul, tapi kisah hidupnya diabadikan dalam Qur’an
- AGAMA5 years ago
Satu kuku panjang ibarat bela sekandang b4bi? Inilah dosa bela kuku panjang
- AGAMA5 years ago
Cara Meruqyah Anak Yang Malas Untuk Belajar
- AGAMA5 years ago
5 doa yang buat rezeki anda datang dari arah tak disangka, lancar dan berkah
- AGAMA5 years ago
Nafkah untuk isteri tak termasuk keperluan barang dapur, Para suami kena ingat dan Wajib tahu.