Petua
Tanam Salad Kerinting Sendiri yang Segar, Sihat Dan Siap Dinikmati dalam Sebulan!
Tanam Salad Kerinting Sendiri yang Segar, Sihat Dan Siap Dinikmati dalam Sebulan!
Kalau suka makan ulam, cubalah tanam salad kerinting di rumah. Ia boleh ditanam dalam pasu dengan cara yang mudah. Paling seronok, dalam masa sebulan, anda sudah boleh menikmati hasil salad yang segar dari tanaman sendiri. Bila melihat pokok salad kerinting tumbuh segar, memang seronok dan puas hati. Bagi yang nak cuba tanam sendiri, gunakan panduan yang dikongsi oleh Syed Petani Muda. Menurut beliau, penting untuk memilih biji benih berkualiti tinggi kerana ia lebih cepat bercambah.
Cara Semai Biji Benih Salad Kerinting dan Penjagaannya
1. Cari biji benih yang berkualiti tinggi. Biji benih berkualiti akan bercambah dalam 2 hari.
2. Gunakan cocopet atau sabut hancur sebagai medium.
3. Tabur biji benih di atas cocopet dan tutup dengan lapisan cocopeat yang tipis.
4. Pastikan cocopet sentiasa dalam keadaan lembap.
5. Gunakan air biasa untuk menyiram. Jika ingin membaja, pastikan dos bajanya rendah.
6. Bila ada 3-4 helai daun, pindahkan anak pokok ke bekas yang lebih besar.
7. Tanam 1-2 pokok salad sahaja dalam satu pasu.
8. Boleh juga campurkan tanah dengan baja organik.
9. Pastikan pokok disiram setiap hari.
10. Dalam masa sebulan, salad sudah boleh dituai. Penuaian boleh dilakukan sama ada cabut semua atau potong beberapa helai daun sahaja. Ini akan membuatkan daun salad akan tumbuh semula.
Tanam salad kerinting ini bukan sahaja mudah tetapi juga memberi kepuasan apabila dapat menikmati hasil tanaman sendiri yang segar dan bebas daripada bahan kimia. Selamat mencuba.
- Resepi Viral4 years ago
10 Resepi Ayam Berkuah Hidangan Menarik Ditengah hari
- Keluarga5 years ago
Sering kali Anak Sulung Selalu Kena Marah Tapi Sebenarnya Paling Istimewa Di Hati Ibu Ayah
- AGAMA4 years ago
Cara Senang Hafal Surah Al- Khafi Ayat 1 Hingga 10.
- AGAMA5 years ago
Satu-satunya manusia yang bukan nabi, bukan pula Rasul, tapi kisah hidupnya diabadikan dalam Qur’an
- AGAMA5 years ago
Satu kuku panjang ibarat bela sekandang b4bi? Inilah dosa bela kuku panjang
- AGAMA5 years ago
Cara Meruqyah Anak Yang Malas Untuk Belajar
- AGAMA5 years ago
Nafkah untuk isteri tak termasuk keperluan barang dapur, Para suami kena ingat dan Wajib tahu.
- AGAMA5 years ago
5 doa yang buat rezeki anda datang dari arah tak disangka, lancar dan berkah