Connect with us

Kisah

Berjalan Kaki Selama 45 Minit Redah Hutan Untuk Ke Sekolah, Anak-Anak Orang Asli Ini Tidak Mengeluh Sebaliknya Gigih Demi Menuntut Ilmu

Avatar of hannani juhari

Published

on

redah hutan untuk ke sekolah

Berjalan Kaki Selama 45 Minit Redah Hutan Untuk Ke Sekolah, Anak-Anak Orang Asli Ini Tidak Mengeluh Sebaliknya Gigih Demi Menuntut Ilmu

Perjalanan dalam menuntut ilmu pastinya akan penuh dengan onak dan duri. Maka tidak hairan jika dalam berbanyak kenangan yang kita lalui sepanjang hidup, pastinya memori ketika zaman sekolah tidak akan pernah dilupakan sama sekali kerana pelbagai rintangan yang kita lalui. Kisah ini akan membawa anda menyelusuri pengalaman seorang guru yang cuba untuk merasai jerih payah anak-anak muridnya redah hutan untuk ke sekolah setiap hari.

Janji ditunaikan demi anak murid disayangi

Berkongsi seorang guru, Cikgu Ameer Firdaus di laman Facebooknya menceritakan tentang anak-anak muridnya redah hutan untuk ke sekolah demi menuntut ilmu. Dia yang bertugas di Sekolah Kebangsaan Lenjang, Kuala Lipis, Pahang, cuba memahami dan merasai perjalanan yang ditempuhi anak-anak muridnya itu setiap hari.

redah hutan untuk ke sekolah

Berkumpul untuk memulakan perjalanan pulang ke rumah.

Satu hari ini, aku janji dengan anak-anak murid aku untuk hantar mereka pulang ke rumah. Jadi pada hari yang ditunggu-tunggu aku pun ajak pengawal keselamatan sekolah temankan aku. Maka pergilah kami berjalan bersama-sama mereka. Perjalanan aku menghantar anak-anak ini ke rumah mereka yang tinggal di sekitar Kampung Tungau telah memakan masa sekitar 45 minit pergi dan 45 minit balik. Boleh tengok sendiri turutan perjalanan anak-anak murid aku pergi dan balik sekolah setiap hari dalam keadaan kekurangan seperti ini. Kalau kamu hendak rasa, boleh datang sini, kami boleh bawakkan.

Setiap hari, dalam pukul 5.30 pagi, murid-murid ini akan bangun dan bersiap ke sekolah. Di rumah memang tidak ada penggosok baju. Mak-mak ini akan lipat siap-siap baju sekolah anak mereka lalu diletakkan dalam beg, kumpul dengan kawan-kawan, dan tidak dilupakan untuk bawa lampu suluh sekali.

redah hutan untuk ke sekolah

Memulakan perjalanan dengan gembira. Ada yang melompat sambil menyanyi.

Pada pukul 6.00 pagi anak-anak ini akan mula bergerak. Kalau diikutkan memang ada seorang dua ibu bapa yang hantar kadang-kadang dengan berjalan kaki menyusuri semak, bukit-bukau, dan titian buluh untuk ke sekolah. 45 minit berjalan dalam hutan, mereka akan tiba di pagar belakang sekolah. Anak-anak ini akan cari tempat lapang sikit lalu kemudian baru keluarkan baju sekolah yang mak mereka dan siap letak dalan beg dan sarungkan pada badan.

Memulakan perjalanan dengan riang. Heppy je dorang. Melompat-lompat sambil nyanyi2.

Kemudian, melintasi tititian buluh yang kecil dan jalan bersemak.

Jangan pakai baju sekolah sebelum sampai sekolah

redah hutan untuk ke sekolah

Titian kedua agak besar sedikit. Bayangkan mereka mulakan perjalanan (berjalan kaki) dalam sewal pukul 05.45 atau 06.00 pagi untuk melalui semak samun dan titian sebegini.

“Jangan pakai baju sekolah sebelum sampai sekolah!” Itu pesanan ibu bapa mereka. Tau sebab apa? Sebabnya dalam perjalanan waktu pagi seperti itu, embun pagi dekat dedaunan nanti akan menyebabkan baju sekolah basah, dan tanah yang lembab akan membuatkan baju sekolah kotor.

redah hutan untuk ke sekolah

Anak-anak masih senyum keriangan.

Kalau tetap nekad pakai baju sekolah dari rumah, takut-takut sampai sekolah dimarahi pula dengan cikgu sebab baju kotor. Jadi terpaksalah tahan sedikit comot, dan berkedut dekat pakaian sekolah itu. Pukul 6.50 pagi, bila anak-anak ini sudah siap sarung pakaian sekolah baru mereka akan masuk ke perkarangan dalam sekolah untuk ambil makanana RMT.

Pukul 7.25 pagi mereka siap berhimpun. Rutin mengantikan baju sekolah ini sama juga dilakukan apabila mahu pulang dari sekolah nanti. Mereka akan menanggalkan pakaian sekolah dahulu dan dimasukkan ke dalam beg semula. Kemudian, mereka akan pergi menadah makanan tengahari dalam tupperware, dan menikmati makanan sambil berjalan pulang ke rumah. Kadang kala ada sesetengah murid yang makan sambil melompat-lompat, barangkali kerana gembira ketika itu. Wajar, kerana perwatakan mereka setanding umur yang masih keanak-anakkan.

redah hutan untuk ke sekolah

20 minit perjalanan, perlu naik turun bukit. Semak samun makin menebal.

“Awak ni kenapa lambat sangat datang sekolah? Dah lah baju kotor!”

redah hutan untuk ke sekolah

Ini laluan anak-anak ini pergi dan pulang dari sekolah. Titian ketiga.

Sekolah kebangsaan ini sebenarnya memiliki asrama tetapi bilangannya terhad dan hanya mampu menampung lebih kurang 200 pelajar sahaja. Oleh kerana itu, ia dikhususkan kepada murid yang tinggal jauh dari sekolah.

Kampung Tungau masih dikira dekat, walaupun hakikat jika berjalan kaki hampir menjejak sejam untuk sampai ke sekolah. Jika keadaan seperti ini, selalunya murid pasti akan malas untuk ke sekolah. Lewat datang dimarahi cikgu. Baju kotor akan dimarahi cikgu. Lewat makan RMT pun akan dimarahi cikgu.

Bagi Cikgu Ameer Firdaus dia tidak terlepas dalam melakukan kesalahan yang sama. Selama beberapa tahun mengajar di sini, dia selalu memarahi murid tersebut dan melontarkan soalan-soalan seperti,

redah hutan untuk ke sekolah

Jalan semakin sempit. Semak memang mula menebal.

“Kenapa baju kotor sangat ni?”

“Awak ni kenapa lambat sangat datang? Dah lah baju kotor!”

“Dah kenapa awak selalu lewat makan pagi? Beratur pun lewat juga!”

Bla… bla… kenapa tu… kenapa ni…

Beragam memek muka yang dia lemparkan kepada murid. Kadang nada bengis, nada menasihati, dan juga nada marah. Pada mulanya memang Cikgu Ameer menyangka murid tersebut mungkin tidak faha tentang kebersihan diri, mahupun menepati masa untuk datang awal ke sekolah, ataupun kepentingan untuk datang sekolah.

redah hutan untuk ke sekolah

Selepas 35 minit anak-anak ini masih melompat-lompat dan tersenyum gembira.

Namun hakikat dalam situasi mereka seperti itu, siapa sebenarnya yang tidak cuba untuk memahami.

Selamat pulang ke rumah sayang

redah hutan untuk ke sekolah

Perlu naik bukit. Dekat atas sana baru sampai Kampung Tungau.

Mula terbit rasa kejam dan sangat bersalah dalam diri cikgu. Tidak menyangka sama sekali, Allah SWT menunjukkan kebenaran selepas dia mengikuti murid tersebut untuk pulang ke rumah dari sekolah. Yang memberi tamparan hebat pada dirinya adalah, bila dalam keadaan mereka seperti itu, mereka tetap berusaha untuk datang ke sekolah.

Murid-muridnya belajar elok, suka tolong cikgu buat itu dan ini, dan seakan-akan tiada riak wajah penat di muka mereka. Mereka hidup apa adanya, dan bergembira juga dengan apa adanya. Namun tidak merungut, sedar diri, dan ingin berusaha memperbaiki kehidupan keluarga. Semua ini menyedarkan Cikgu Ameer sendiri tentang mengapa dia ditempatkan untuk mengajar di kawasan perdalaman seperti ini.

redah hutan untuk ke sekolah

Tamat sudah perjalanan pulang. Anak murid sampai ke rumah.

Walaupun jalan untuk dia masuk ke sekolah perlu meredah sungai, jalan lereng bukit berselut, dan sebagainya. Apalah sangat hendak dibandingkan dengan kesusahan yang lebih payah dari kehidupan anak-anak murid yang memerlukan cikgunya untuk berada di sana.

“Maafkan cikgu, cikgu dah marah awak semua tanpa memahami situasi awak sebenarnya. Terima kasih jadi anak-anak murid yang sabar dan sayangkan cikgu. Terima kasih kerana menghilangkan rasa penat cikgu dengan senyuman riang walaupun sebenarnya awk sangat penat. Comot-comot pun, cikgu tetap sayang. Dah sampai rumah ni, semua salam cikgu dulu. Melambai, sambil menahan sebak. Selamat pulang ke rumah sayang.”

Sumber: Ameer Firdaus

Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Trending

MAJALAH ILMU