Kisah
Pimpin Mak Ayah Ketika Menghadiri Pendaftaran Sesi Persekolahan Bagi Tahun 2020, Murid Darjah Satu Ini Undang Sebak Wagra Net

Pimpin Mak Ayah Ketika Menghadiri Pendaftaran Sesi Persekolahan Bagi Tahun 2020, Murid Darjah Satu Ini Undang Sebak Wagra Net
Kini Tahun 2019 telah melabuhkan tirainya, bermakna berakhirnya musim cuti persekolahan dan bermulah sesi orentasi bagi pelajar darjah satu di beberapa buah sekolah sekitar Malaysia. Bukan sahaja pelbagai gelagat dan kerenah kanak-kanak dapat dilihat, tetapi reaksi ibu ayah yang pastinya teruja melihat anak yang kecil sudah melangkah ke alam persekolahan.
Kelibat Setiap ibubapa akan menemai anak-anak mereka untuk sesi perkenalan bagi membiasakan anak-anak di persekitaran sekolah baru.
Akan tetapi, satu perkongsian oleh seorang guru, Nadwa Nasir, melalui laman facebooknya ternyata mengundang perasan sedih dan simpati. Di sekolah tempat guru ini mengajar, terdapat seorang anak kecil hadir bersama ibu bapanya yang buta.
INI PERKONSIAN BELIAU :
Sentap hari terakhir tahun 2019. Hari ni terima murid Tahun 1. Maka bertemu la aku 30 orang anak tahun 1 2020..
Jatuh air mata aku melihat seorang anak kecil.. Memimpin mak ayahnya… yang tidak dapat melihat.. ke orientasi tahun 1..hari pertama dia sendiri ke sekolah.
Dia sendiri menulis nombor hp mak ayah.. Walau baru bertatih menulis.. Walau nombornya terbalik..
Kuatnya kamu wahai anak… Berdikarinya kamu pada usia terlalu muda ini..Selesai orientasi.. Dia pimpin mak ayah dia.. Tunjuk kelas dia kat mana.. Padang kat mana.. Kantin kat mana.. Mcm la mak ayah dia boleh melihat.
“mak, sini la kantin.. Mak, ni padang sekolah…”
Mak dia tanya dia.. “mana pondok mak nak tunggu kamu nanti…?”
Dia jawab… “sini la mak… Kat sini…” (padahal depan dia je pondok tu.. Tp si anak explain mcm nampak2 je)Teacher doakan kamu berjaya dunia akhirat. Kamu yang paling kuat.. Buat teacher rasa teacher perlu kuat lebih dari kamu bagi menempuhi 2020.
Majalah ilmu : Dia harapkan kita sentiasa bersyukur apa sahaja ujian yang Allah SWT berikan. Tidak semua apa yang dimiliki itu kekal abadi. semoga kita tergolong dalam kalangan orang-orang yang bersyukur.
- Resepi Viral5 years ago
10 Resepi Ayam Berkuah Hidangan Menarik Ditengah hari
- Keluarga5 years ago
Sering kali Anak Sulung Selalu Kena Marah Tapi Sebenarnya Paling Istimewa Di Hati Ibu Ayah
- AGAMA5 years ago
Cara Senang Hafal Surah Al- Khafi Ayat 1 Hingga 10.
- AGAMA6 years ago
Satu-satunya manusia yang bukan nabi, bukan pula Rasul, tapi kisah hidupnya diabadikan dalam Qur’an
- AGAMA6 years ago
Satu kuku panjang ibarat bela sekandang b4bi? Inilah dosa bela kuku panjang
- AGAMA5 years ago
Cara Meruqyah Anak Yang Malas Untuk Belajar
- AGAMA6 years ago
5 doa yang buat rezeki anda datang dari arah tak disangka, lancar dan berkah
- AGAMA5 years ago
Nafkah untuk isteri tak termasuk keperluan barang dapur, Para suami kena ingat dan Wajib tahu.