Kisah
Warga Emas Kayuh Beca Di Sekitar Bandaraya Mendapat Perhatian Ramai, Sudah Berusia 110 Tahun Masih Gigih Mencari Rezeki Untuk Sesuap Nasi

Warga Emas Kayuh Beca Di Sekitar Bandaraya Mendapat Perhatian Ramai, Sudah Berusia 110 Tahun Masih Gigih Mencari Rezeki Untuk Sesuap Nasi
Kehidupan tidak akan berubah selagi mana kita sendiri tidak mengubahnya. Meminta belas kepada manusia, hanya sekadar memberi kelegaan sementara tetapi bukan selamanya. Hanya usaha sendiri dengan kudrat sendiri yang boleh memberikan perubahan pada nasib. Ini mengingatkan kita pada sebuah kisah warga emas kayuh beca demi mencari sesuap nasi bagi meneruskan kehidupan.
Umur cecah 110 tahun, warga emas kayuh beca untuk sara hidup sebatang kara
Kisah ini dirakamkan video seorang pengguna Tik Tok, Novitha yang juga merupakan penumpang kepada warga emas berkenaan. Lelaki yang lebih mesra disapa Atuk Wakid ini sebenarnya berasal dari Blitar, Jawa Timur, Indonesia. Video yang dimuat naik ini telah menarik perhatian di media sosial apabila dia masih gigih mengayuh beca walaupun umur sudah mencapai 110 tahun. Menurut perkongsian, warga emas kayuh beca ini akan keluar mencari pelanggan setiap hari untuk mencari rezeki.
Hidup sebatang kara selepas kematian isteri membuatkan Atuk Wakid sudah terbiasa untuk bersusah payah sendiri. Walaupun hasil perkahwinan bersama isteri, dia mempunyai tujuh orang anak tetapi anak-anaknya semua tinggal di bandar berbeza dan bekerja di sana.
Tumpang di rumah ketua kampug untuk tidur
“Saya tidak mempunyai tempat tinggal, hanya menumpang tidur di rumah ketua kampung,” kata Atuk Wakid.
Kerana tidak memiliki tempat tinggal untuk berteduh dari panas dan hujan, dia terpaksa meminta ihsan dari ketua kampungnya untuk bermalam dan berehat setiap hari.
Kudratnya tuanya sudah tentu semakin susut apabila bertambahnya usia. Jujur dia berkata bahawa setiap hari dia keluar mencari pelanggan tetapi jika ada yang mahu menaiki becanya, dia hanya mampu menolak kerana tidak kuat lagi mengayuh seperti biasa.
“Masih semangat yang penting boleh dapat sesuap nasi.”
Walaupun umur sudah lanjut usia, tetapi dia masih tetap bersemangat untuk mencari rezeki. Baginya dia gigih setiap hari untuk mencari rezeki untuk dapat sesuap nasi bagi mengisi perut setiap hari.
Menurut Novitha Putri yang merakamkan video berkenaan dia menyedari yang warga emas tersebut memerlukan tempat tinggal dan kasih sayang yang cukup menjelang usia senjanya. Walaupun banyak yang ingin membuat tabung derma untuk Atuk Wakid tetapi bagi Novitha yang sudah banyak menguruskan bantuan untuk orang-orang miskin di daerah itu berpendapat dia harus mengumpul beberapa maklumat penting dahulu berkenaan dengan lelaki tua tersebut.
“Saya belum tahu keadaan sebenarnya. Kalau pun mahu buka tabung derma untuknya, saya harus tahu dulu mengenai ketua kampung dan tempat tinggalnya, mohon izin dulu dan saat ini dia memerlukan apa,” kata Novitha kepada akhbar.
Perbuatan simbolik rasa kasih sayang pada ibu bapa
Namun seorang warga emas sebenarnya tidak memerlukan wang yang banyak untuk sara hidupnya setiap hari. Sebaliknya mereka memerlukan kasih sayang dan dapat tinggal di tempat yang selesa bersama anak-anak dan keluarganya.
Menurut perunding motivasi dan kaunseling, Dr. Robiah K Hamzah pemberian dalam bentuk material bukanlah terjemahan tepat untuk menyampaikan rasa kasih sayang terhadap ibu bapa. Hal ini kerana, perbuatan itu hanya oleh dilabel sebagai tanggungjawab.
Kasih sayang boleh diumpamakan seperti pokok. Apabila ia dipelihara dengan baik, dibaja dan disiram, pokok tersebut akan menghijau, berbunga, dan akhirnya berbuah.
Dalam kehidupan manusia, seorang anak perlu dibekalkan dengan didikan agama, dididik menyayangi Allah SWT dan Rasul Nya, kemudian barulah akan terbitnya rasa taat kepada Tuhan dan kedua ibu bapa. Daripada ketaatan jugalah akan terbinanya kasih-sayang.
Sumber: Tik Tok @Novitapu_99
- Resepi Viral3 years ago
10 Resepi Ayam Berkuah Hidangan Menarik Ditengah hari
- Keluarga4 years ago
Sering kali Anak Sulung Selalu Kena Marah Tapi Sebenarnya Paling Istimewa Di Hati Ibu Ayah
- AGAMA4 years ago
Satu-satunya manusia yang bukan nabi, bukan pula Rasul, tapi kisah hidupnya diabadikan dalam Qur’an
- AGAMA4 years ago
Satu kuku panjang ibarat bela sekandang b4bi? Inilah dosa bela kuku panjang
- AGAMA3 years ago
Cara Senang Hafal Surah Al- Khafi Ayat 1 Hingga 10.
- AGAMA4 years ago
Cara Meruqyah Anak Yang Malas Untuk Belajar
- AGAMA4 years ago
Nafkah untuk isteri tak termasuk keperluan barang dapur, Para suami kena ingat dan Wajib tahu.
- AGAMA4 years ago
5 doa yang buat rezeki anda datang dari arah tak disangka, lancar dan berkah