Connect with us

Kisah

“Ini Hadiah Untuk Umi Dan Papa,” Anak Cemerlang STPM Ibu Terkejut Sampai Menangis Atas Pentas

Published

on

anak cemerlang stpm ibu terkejut

“Ini Hadiah Untuk Umi Dan Papa,” Anak Cemerlang STPM Ibu Terkejut Sampai Menangis Atas Pentas

Sebagai anak dapat buat ibu bapa tersenyum dan gembira adalah satu nikmat yang amat berharga jika kita mampu lakukan. Selama ini sudah penat lelah mereka membesarkan kita dengan penuh kasih sayang hanya untuk melihat anak dapat menjadi orang yang berguna di dunia dan akhirat. Kecemerlangan dalam pelajaran adalah salah satu kegembiraan buat ibu bapa pada anaknya. Kali ini kita akan memaparkan momen dari Tik Tok anak cemerlang STPM ibu terkejut naik atas pentas sebagai pengajaran bersama.

Satu dari beribu impian seorang anak cemerlang STPM ibu terkejut sehingga mengalirkan air mata

anak cemerlang stpm ibu terkejut

Perkongsian dari laman akaun Tik Tok @ilyanieaishah918 memuat naik rakaman video pengumuman pelajar cemerlang dalam keputusan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) di sekolahnya yang berdurasi dua minit 51 saat ini.  Anak cemerlang STPM ibu terkejut sehingga menangis bagaikan tidak percaya.

Dalam rakaman video tersebut, memang jelas suara tangisan ibunya yang gembira dengan pencapaian anaknya itu. Tuah ayam nampak di kaki, tuah manusia siapa yang tahu. Tidak pernah menyangka keputusan STPM anaknya itu lebih cemerlang berbanding SPM beberapa tahun yang lalu.

Saat nama anak diumumkan lalu dia berjalan di atas pentas untuk mengambil cenderahati anugerah adalah kenangan yang akan sentiasa terpahat dalam ingatan terindah ibu bapa.

anak cemerlang stpm ibu terkejut

Minta izin guru bawa ibu ayah naik pentas sekali

Anak yang hebat bukanlah yang mampu memberikan intan, berlian, emas dan permata kepada ibu bapa. Anak yang hebat bukan juga yang menghadiahkan harta benda atau kemewahan yang sementara. Tetapi anak yang hebat adalah yang mampu untuk mengingati setiap jasa kedua ibu bapanya dalam segala keadaan baik susah atau senang.

Berkat itu, pelajar ini telah meminta izin dari guru untuk menjemput ibu bapanya naik ke atas pentas bagi meraikan sekali segala pergorbanan dan jasa mereka selama ini dalam perjalanan dia menuntut ilmu.

Apa yang lagi meruntun jiwa apabila ibunya berkata, “Satu impian adalah untuk naik atas pentas ini. Terima kasih banyak bantu anak.”

Sejurus itu dia mengucapkan berbanyak terima kasih kepada guru-guru yang sudah bersusah payah mendidik anaknya sehingga dapat berpeluang mencapai kejayaan ini.

“Dengan aku sekali menangis dengar suara mak dia”

Menjengah ke ruangan komen, video rakaman tersebut telah mendapat komen yang sangat positif oleh para netizen. Emosi itu semakin memuncak kerana mereka juga pernah melalui perkara yang sama sebagai seorang pelajar dan anak. Melihat tangisan gembira ibu dan senyuman bahagia ayah pastinya sesuatu yang sangat bernilai

anak cemerlang stpm ibu terkejut

“Tahniah… saya pun mempunyai impian seperti ibu anda.”

anak cemerlang stpm ibu terkejut

“Saya sebak dengar suara mak yanie menangis.”

anak cemerlang stpm ibu terkejut

Semoga dengan kejayaan adik Ilyanie Aishah ini dapat memberikan motivasi dan semangat buat para pelajar di luar sana yang sedang berjuang di medan ilmu agar terus berusah gigih membanggakan ibu dan bapa. Jangan lupa bahawa kejayaan kita bukan kerana usaha sendiri semata-mata melainkan ada doa dan redha dari seorang ibu dan kudrat penat dari seorang ayah yang menemani kejayaan itu.

Sumber: Tik Tok @ilyanieaishah918

Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Trending

2024 Majalah Ilmu © Hak Cipta Terpelihara.