Kisah
“Anakku Meninggal Sebab Kesusahanku, Dik” Mak Cik Jual Keropok Sara Anak 5 Orang Dapat RM7 Sehari

“Anakku Meninggal Sebab Kesusahanku, Dik” Mak Cik Jual Keropok Sara Anak 5 Orang Dapat RM7 Sehari
Peniaga jalanan adalah insan yang tidak pernah kenal erti penat untuk mencari sesuap nasi demi anak dan keluarga di rumah. Berdiri dari pagi sampai petang, membawa barang-barang jualan di tangan kiri dan kanan, dan berharap ada insan yang berhati mulia sudi membelinya. Mereka bukan peminta sedekah, tetapi mereka mahu mencari pendapatan atas jalan yang betul. Kisah mak cik jual keropok sara anak 5 orang ini pastinya akan membuatkan anda terkejut.
Pagi jual sayur keliling kampung, petang mak cik jual keropok sara anak 5 orang
Perkongsian ini dimuat naik oleh Channel Youtube Vitaminbae, memaparkan kisah mak cik jual keropok sara anak yang masih kecil. Pada mulanya dia hanya menjual keropok dan kerepek di kawasan Airport lama. Kemudian, baru beberapa hari berpindah di jalan masuk airport lama seawal 9 pagi.
Awal pagi diperuntukkan masanya menolak gerobok untuk menjual sayur-sayuran di keliling kampung. Pada ketika itu, dia amanahkan adik iparnya untuk menjaga jualan keropok dan anak-anaknya. Adik iparnya mempunyai Kad OKU dan masalah kesihatan sehingga menyukarkannya untuk bekerja berat seperti orang lain. Apa yang mampu dilakukannya hanya membantu meringankan beban hidup kakak iparnya sekeluarga.
Dengan keropok yang berharga RM2 setiap satu, bayangkan dari pagi sehingga petang yang mampu dia peroleh hanyalah bernilai RM7 sehari. Dengan membesarkan anak 5 orang yang masih kecil dan bersekolah rendah, adakah cukup bagi menampung keluarga mereka?
Suami Mak Cik Hasnah ini merupakan seorang nelayan. Hidupnya semakin susah oleh kerana suaminya tidak mampu lagi membawa rezeki setiap kali pulang dari laut. Teguhnya seorang isteri tidak mahu membebankan suami, kasihnya seorang ibu mahu melihat anak-anak membesar layaknya seperti kanak-kanak lain di usianya.
Payah dan lelah jangan dicakap lagi. Namun bila teringat kisah dulu dia mula bangkit kembali. Demi seorang insan yang bernama anak.
Anak 1 tahun meninggal kerana tiada duit untuk membeli ubat
“Takpe ke kamu ikut mak berpanas pergi jualan?”
“Takpe mak, kami nak tolong mak.”
Siapa sangka kesusahan hidup tidak hanya memberi kesan kepada kehidupanya sehari-hari sahaja untuk makan, minum, dan membeli keperluan. Hakikat, kerana kesusahan hidup ini telah meragut nyawa anak Mak Cik Hasnah yang baru berumur 1 tahun.
“Anakku meninggal kerana kesusahanku,” pecah tangisannya yang selama ini ditahan.
Terkenang kembali episod penuh duka bila mana anaknya meninggal dunia kerana dia tidak mampu untuk membeli ubat apatah lagi membawanya ke hospital.
“Aku mintak tolong orang, tapi tiada orang yang mahu tolong belikan ubat. Meninggal anakku, orang kampung sahaja yang bantu menguruskan,” jelasnya.
Bila anaknya meninggal kisah itu tidak berakhir lagi apabila duit untuk menguruskan pengebumian juga membebankannya. Dari situ dia mula bekerja keras untuk mencari duit dari jualan sayur dan keropok.
Tidak pernah dapat apa-apa bantuan lagi
Keluarga ini susah, keluarga ini perlu dibantu. Namun dia tidak mendapatkan apa-apa bantuan lagi daripada jabatan-jabatan yang bertanggungjawab. Hanya sekadar ada individu yang kasihan melihatnya lalu menghulurkan beberapa keping duit ringgit untuk mengurangkan beban.
Namun Mak Cik Hasnah terus bersyukur kerana masih ada Allah untuk dia mengadu. Setiap hari dia berdoa agar Allah memudahkan jalannya mencari rezeki dan diringankan setiap beban yang menanti.
Diharapkan kisah ini dapat membuka mata orang bahawa masih ramai sebenarnya keluarga susah yang perlu dibantu dan mendapatkan bantuan. Mereka tidak bekerja untuk kaya, tetap mereka bekerja untuk kekal hidup. Biar susah di mata, tetapi impiannya untuk melihat anak-anak mampu membesar dan menjadi orang berguna.
Sumber: Vitaminbae
- Resepi Viral5 years ago
10 Resepi Ayam Berkuah Hidangan Menarik Ditengah hari
- Keluarga5 years ago
Sering kali Anak Sulung Selalu Kena Marah Tapi Sebenarnya Paling Istimewa Di Hati Ibu Ayah
- AGAMA5 years ago
Cara Senang Hafal Surah Al- Khafi Ayat 1 Hingga 10.
- AGAMA6 years ago
Satu-satunya manusia yang bukan nabi, bukan pula Rasul, tapi kisah hidupnya diabadikan dalam Qur’an
- AGAMA6 years ago
Satu kuku panjang ibarat bela sekandang b4bi? Inilah dosa bela kuku panjang
- AGAMA5 years ago
Cara Meruqyah Anak Yang Malas Untuk Belajar
- AGAMA6 years ago
5 doa yang buat rezeki anda datang dari arah tak disangka, lancar dan berkah
- AGAMA5 years ago
Nafkah untuk isteri tak termasuk keperluan barang dapur, Para suami kena ingat dan Wajib tahu.
1 Comment