Connect with us

Kisah

Anak-Anak Syria Sanggup Kutip Satu Persatu Habuk Roti Atas Jalan Raya, Bersyukur Makan Sisa Makanan Untuk Terus Hidup

Published

on

makan sisa makanan

Anak-Anak Syria Sanggup Kutip Satu Persatu Habuk Roti Atas Jalan Raya, Bersyukur Makan Sisa Makanan Untuk Terus Hidup

Kehidupan mengajarkan kita untuk membuka mata, melihat, dan belajar dari kehidupan orang lain. Rasa syukur kita mungkin tidak sama dengan mereka. Tetapi rasa syukur itu dipanjatkan kepada satu arah iaitu Yang Maha Esa. Di saat meja makan di rumah kita terhidang lazat dengan aneka makanan pembuka selera, ketahuilah di luar sana ada yang sanggup kutip dan makan sisa makanan untuk meneruskan kehidupan. Bukan untuk kenyang tetapi sekadar mengisi perut untuk terus hidup.

Anak Syiria umur 10 tahun bersyukur dengan nikmat makan sisa makanan atas jalan

makan sisa makanan

Dikongsikan dari sebuah video di Youtube Koranopini Opini, dua orang kanak-kanak Syiria adik beradik yang sedang tekun kutip sisa makanan di atas jalan raya. Mereka makan sisa makanan iaitu habuk-habuk roti yang kering dan keras. Momen ini dirakamkan oleh seorang wartawan yang sempat mengajukan beberapa soalan kepada kanak-kanak perempuan tersebut. Kanak-kanak berkenaan tidak mempunyai pilihan terpaksa mengutip habuk roti di sebalik batu dan pasir daripada mati kebuluran dalam keadaan sejuk di beberapa kawasan Syiria.

Wartawan: Apa yang sedang kamu makan adik?

Budak perempuan: Kami kutip roti… Orang sekarang suka membazir. Mereka buang roti dekat sini. Tengok berapa banyak yang dapat kami kutip dan masih banyak lagi di atas lantai. Daripada diberikan kepada orang yang memerlukan, mereka sanggup buang begitu sahaja.

Wartawan: Dari mana datangnya roti ini?

Budak perempuan: Roti ini dari bantuan yang masuk untuk orang lain.

Tiada kad pengenalan, identiti diragut kerana peperangan

Wartawan: Kamu tidak menerima apa-apa bantuan ke?

Budak perempuan: Tidak. Jika kami dapat bantuan dan ada makanan, maka kami tidak perlu ke sini semata-mata untuk mengutip sisa habuk roti dan memakannya.

Wartawan: Kamu dari mana?

Budak perempuan: Kami dari Al-Hajar Al-Aswad (kawasan berdekatan Damsyiq). Semua orang buat gencatan senjata kecuali kawasan Al-Hajar.

Wartawan: Awak pula tengah buat apa? (jari ditunjukkan kepada budak lelaki disebelah kanak-kanak itu)

Budak perempuan: Dia adik saya. Dia sedang membantu saya kutip sisa roti.

Wartawan: Bagaimana kamu hidup?

Budak perempuan: Kami makan sup dan minum air.

Wartawan: Sejak bila kamu berada dalam keadaan seperti ini.

Budak perempuan: Sejak tahun lalu.

Wartawan: Kamu ada keluarga?

Budak perempuan: Ayah ada tetapi ibu saya kelaur dari rumah untuk mencari makanan. Kami tidak memperoleh kad yang membenarkan kami menerima bantuan. Kad ayah pula telah hilang, tiada dokumen yang mengesahkan identiti dia sebab itulah kami tidak menerima bantuan. Kad identiti dia hilang sebelum revolusi lagi.

Wartawan: Berapa umur kamu?

Budak perempuan: Umur saya 10 tahun.

makan sisa makanan

Dan kami berdoa kepada Allah agar orag lain di luar sana dikurniakan kebahagiaan.

Wartawan: Apa yang kamu inginkan?

Budak perempuan: Saya ingin keadaan kembali seperti dulu. Boleh makan sehingga kenyang bukan seperti sekarang. Kami terpaksa tidur menahan lapar, perut kami selalu lapar macam tidak makan apa-apa. Kami sangat lapar dan tidak dapat lagi menahan kelaparan. Tiada siapa lagi bersama-sama kami kecuali Allah.

Wartawan: Maksudnya, kamu sedang bersabar kerana Allah sekarang ini?

Budak perempuan: Kami sedang bersabar. Semoga Allah menyelesaikan masalah ini.

Wartawan: Apa yang kamu ingin beritahu kepada orang di luar sana?

Budak perempuan: Tiada yang ingin saya katakan. Semua orang keluar dan tinggalkan kami sehingga tidak ada lagi yang ingin bersama kami. Kami keluarga yang besar tetapi tiada sesiapa yang tinggal kecuali kami. Dan kami berdoa kepada Allah agar orang lain di luar sana dikurniakan kebahagiaan.

makan sisa makanan

Walau dalam keadaan derita dan sengsara, masih ingat lagi anak-anak Syiria ini untuk mendoakan orang lain di luar sana yang sekarang ini sedang hidup dalam keamanan. Sabar yang diajarkan oleh seorang anak Syiria tentang makna hidup sebagai seorang hamba yang cuma dipinjamkan sementara nyawa ini begitu besar tidak terkata. Bagaimana dengan kita?

“Dan sungguh akan Kami berikan ujian kepadamu, dengan sedikit ketakutan, kelaparan, kekurangan harta, jiwa dan buah-buahan. Dan berikanlah berita gembira kepada orang-orang yang sabar.” – (Surah Al-Baqarah, ayat 115)

Kemuliaan buatmu anak-anak Syiria

makan sisa makanan

“Duhai saudaraku Syiria. Sungguh hati ini pilu melihat keadaanmu di sana. Sungguh jiwa ini meronta saat maruahmu di ragut kejam. Sungguh amarah ini membawa aku sehingga menitis kan air mata. Tuhanku, Engkau Maha Melihat. 

Duhai saudaraku Syiria. Apakah mereka buta dan ampuh menahan azab Tuhan? Kehancuran dilakukan oleh tangan-tangan syaitan laknat. Bersorak gembira dengan hujanan peluru sniper yang masih panas. Bergegar bumi anbiya tatkala gugusan bom dijatuhkan tanpa belas tanpa kasihan.

Merintih pasrah ibu-ibu Syiria melihat tubuh bergelimpangan. Ayahku syahid! Ibuku syahid! Saudaraku syahid! Tuhanku, Engkau Maha Melihat. 

Malu kami duhai Syiria. Rupanya jiwa kami hanya berfikir urusan dunia yang tidak berkesudahan. Rupanya suara muzik masih nyaring di telinga, sehingga terleka dari mendengar jeritan dan rintih anak-anakmu. Rupanya sempurna yang dihidangkan di depan mata ini hanya sekadar dongeng yang melalaikan. Baru kami belajar nikmat syukur dengan sedikit. Sedangkan kalian sudah lama belajar jauh dari kami.”

Sumber: Youtube Koranopini Opini, Instagram Malaysia For Syiria

Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Kisah

Denda RM50, Air Mata Seorang Nenek: Kisah Warga Emas 90 Tahun Yang Hampir Hilang Punca Rezeki

Published

on

Denda RM50 Air Mata Seorang Nenek Kisah Warga Emas 90 Tahun Yang Hampir Hilang Punca Rezeki

Segamat – Seorang wanita warga emas berusia 90 tahun di Kampung Abdullah, Segamat, Johor, mencuri perhatian ramai apabila dikenakan denda RM50 hanya kerana menjual sayur-sayuran hasil tanamannya sendiri tanpa lesen.

Kejadian yang berlaku pada 23 Januari itu bukan sahaja menyentuh perasaan masyarakat, malah membuka perbincangan besar tentang kemanusiaan, keadilan sosial dan keperluan dasar lebih berperikemanusiaan terhadap golongan rentan.

“Saya Cuma Jual Sedikit…”

Perkara ini mula didedahkan oleh seorang pengguna Facebook, Steven Tan, yang terserempak dengan wanita tersebut ketika beliau menjual sayur secara kecil-kecilan di tepi jalan.

Menurut Steven, seorang pegawai Majlis Perbandaran Segamat (MPS) telah mengeluarkan saman RM50 kerana wanita itu tidak mempunyai lesen penjaja.

Walaupun Steven cuba merayu agar pegawai tersebut bertolak ansur, beliau dimaklumkan bahawa tindakan itu terpaksa dilakukan kerana mengikut peraturan.

Lebih menyedihkan, wanita itu turut diberitahu bahawa dia perlu memohon lesen bernilai ratusan ringgit sekiranya mahu terus berniaga.

“Jumlah itu tidak realistik untuk seseorang yang hanya menjual sedikit sayur beberapa kali sebulan,” tulis Steven.

Bagi wanita tersebut, menjual sayur itulah satu-satunya cara untuk menyara hidup. Jika lesen mahal itu diwajibkan, dia bukan sahaja kehilangan perniagaan kecilnya, malah kehilangan harapan.

sayur

Rayuan Yang Menjadi Tindakan

Steven kemudian meminta pandangan orang ramai tentang cara terbaik untuk membantu wanita berkenaan. Hantaran itu pantas tular dan sampai ke pengetahuan Ketua Pemuda MCA Segamat, Tay Kok Wea.

Beliau segera mengarahkan wakilnya ke lokasi untuk membayar denda RM50 tersebut bagi pihak wanita itu.

Dalam kenyataannya, Tay menegaskan bahawa tindakan itu bukan untuk meraih publisiti, sebaliknya demi membantu seorang warga emas yang hampir kehilangan punca rezeki.

sayuran

Tiada Lagi Denda, Harapan Baharu

Tay turut memaklumkan bahawa beliau telah berbincang dengan pihak penguatkuasaan MPS dan mengesahkan bahawa:

  • Tiada lagi denda akan dikenakan terhadap wanita itu

  • Wanita tersebut kini boleh terus menjual sayur tanpa rasa takut

  • Isu yuran lesen akan dibawa ke mesyuarat untuk dicadangkan bayaran simbolik

“Jika cadangan itu diluluskan, saya sendiri akan menanggung kos lesen tersebut,” katanya.

jual

Lebih Daripada Sekadar Denda

Kisah ini bukan sekadar tentang RM50, tetapi tentang maruah, belas kasihan dan keperluan sistem yang lebih adil kepada golongan miskin dan warga emas.

Ia mengingatkan kita bahawa di sebalik peraturan, masih perlu ada ruang untuk pertimbangan kemanusiaan.

Kadangkala, yang mereka perlukan bukan simpati — tetapi peluang untuk terus hidup dengan bermaruah.

Continue Reading

Kisah

“Bukan main garang bini kau bang…” Isteri Cemas Kereta ‘Hilang’, Suami Selamba Rakam

Published

on

Isteri Cemas Kereta ‘Hilang

“Kereta Kita Mana?!” — Isteri Dah Cuak, Suami Kekal Tenang

Lepas ibu, isteri memang insan paling istimewa dalam hidup seorang lelaki. Bukan sekadar teman hidup, tapi tulang belakang yang setia dalam susah dan senang. Kadang-kadang cara suami menghargai isteri tu sampai another level—siap menyakat dulu sebelum bagi kejutan!

Baru-baru ini, tular di TikTok satu video lucu memaparkan gelagat seorang suami ‘prank’ isterinya. Dalam rakaman tersebut, pasangan ini dilihat baru selesai membeli-belah dan berjalan ke arah parkir. Sampai-sampai je, si isteri terus cuak—kereta mereka “hilang”! Dengan wajah panik, dia bertalu-talu tanya suami: “Kereta mana?”

 Isteri Cemas Kereta ‘Hilang

Si suami pula kekal steady, tak banyak cakap… tapi sempat merakam setiap reaksi isterinya.

Rupa-Rupanya Kejutan, Hadiah Kereta Baharu

Twist sebenar: itu semua hanyalah rancangan lelaki berkenaan untuk menghadiahkan sebuah kereta baharu buat isteri tercinta. Patutlah tenang semacam—rupanya tengah tunggu momen paling ‘boom’ untuk didedahkan!

“Garang Juga Bini Kau…” — Netizen Terhibur

@ashraffahmadkamal Terima la hadiah sempena hari lahir isteriku yang tercinta. Segala penat lelah untuk anak dan rumahtangga kita, terima lah hadiah i yg tak seberapa ni. I harap u suka 😁 saya ni suka sakat sikit dan wife tahu kalau saya main-main. Jenuh nak cover🤣🤣 Akhirnya menjadi juga surprise untuk dia. Love you my love 😘 #evmalaysia #emas7 #protonemas #proton ♬ original sound – اشراف احمدكمال

Ruangan komen memang meriah. Ramai terhibur dengan reaksi spontan si isteri yang nampak “garang” sebab menyangka kereta mereka dicuri. Pada masa sama, ramai juga puji suami yang berani dan romantik dengan cara tersendiri.

Antara komen yang mencuri tumpuan:

komen

  • Bukan main garang bini kau, bang…

  • Alhamdulillah, hargai isteri sebaiknya.

  • Comel! So happy for you. Semoga bahagia selalu.

  • Doakan saya pun dapat surprise macam ni.

Bahagia Itu Bila Saling Menghargai

Rumah tangga ada pasang surut—ada manis, ada ujian. Tapi indahnya bila semuanya ditempuh berdua. Tak semestinya hadiah besar atau kata-kata manis; kadang usaha kecil yang lahir dari hati pun cukup membahagiakan. Bila suami isteri saling memahami dan menghargai, di situlah letaknya bahagia yang sebenar.

Sumber: TikTok @ashraffkamal_

Continue Reading

Kisah

“87% Lelaki Di Rumah Warga Emas Pernah Sakitkan Isteri – Luahan Pak Arief Buat Ramai Tersentak 😢”

Published

on

Rumah Warga Emas

“87% Lelaki Di Rumah Warga Emas Pernah Sakitkan Isteri” – Kisah Pak Arief Buat Ramai Tersentak

Apabila berbicara tentang rumah kebajikan warga emas, ramai antara kita cepat menilai bahawa penghuni di sana mungkin ditinggalkan oleh keluarga atau diabaikan oleh anak-anak. Namun, perkongsian seorang pekerja rumah kebajikan ini membuka sisi realiti yang jarang diperkatakan — bahawa tak semua warga emas ditinggalkan tanpa sebab.

“Saya dah rawat lebih 500 orang tua terlantar”

Menurut Pak Arief, yang sudah bertahun-tahun berkhidmat menjaga warga emas terlantar, dia pernah menguruskan lebih 500 penghuni sepanjang kerjayanya. Namun satu fakta yang mengejutkan ialah, 87% daripada mereka — kira-kira 300 orang — merupakan lelaki yang pernah menyakiti isteri sendiri ketika zaman muda.

“Saya bukan nak menghukum, tapi ini realiti yang saya lihat sendiri. Ramai antara mereka dulu pernah menduakan isteri, berkahwin lain, abaikan keluarga, atau tinggalkan anak-anak,” katanya.

Dulu kahwin lagi, sekarang tinggal sendiri

Ada antara mereka yang berkahwin lain demi nafsu, ada pula yang selingkuh dan mengabaikan anak-anak, sehinggalah akhirnya rumah tangga kedua pun tak kekal lama. Bila usia meningkat dan tiada siapa mahu jaga, barulah mereka sedar nilai kasih yang pernah disia-siakan.

“Bila jatuh terduduk, mereka cuba cari anak-anak dan bekas isteri semula. Tapi kebanyakannya tak lagi diterima. Anak-anak sudah lama menutup hati,” tambah Pak Arief dengan nada sayu.

Rumah Warga Emas

Secara psikologi, anak akan berpihak kepada ibu

Dari sudut psikologi, kata Pak Arief, anak-anak cenderung setia kepada ibu, terutama apabila melihat sendiri pengorbanan dan kesakitan yang ditanggung oleh si ibu selama bertahun-tahun.

Maka tidak hairanlah, ramai lelaki warga emas ini akhirnya berakhir di rumah kebajikan, bukan kerana anak tidak berhati perut, tetapi kerana luka lama yang belum sembuh.

“Anak-anak bukan berdendam, tapi mereka memilih untuk melindungi ibu. Mereka ingat setiap air mata, setiap malam ibu menangis. Itu yang membuat mereka sukar memaafkan,” ujarnya.

@mbak.butet Berdasarkan data, lansia terlantar yang diurus oleh Pak Arief Camra di Griya Lansia, ternyata saat mudanya melakukan ini… #GriyaLansia #GriyaLansiaMalang ♬ original sound – MbakButet – MbakButetAqsa

Pengajaran buat semua

Kisah yang dikongsikan oleh Pak Arief ini bukan untuk menyalahkan mana-mana pihak, tetapi sebagai peringatan kepada para suami dan ayah agar menghargai keluarga selagi diberi peluang.

Setiap tindakan hari ini akan membentuk bagaimana kita diperlakukan nanti — sama ada dengan kasih sayang, atau dengan sepi di penghujung usia.

“Jangan tunggu tua baru mahu bertaubat. Kerana kadang-kadang, bukan semua dosa mampu ditebus dengan air mata,” pesan Pak Arief.

Continue Reading

Trending