Kisah
Dr Sheikh Muszaphar Jaga Anak Saudara Sejak Usia 3 Tahun Untuk Tunaikan Wasiat Arwah Adik, Bangga Dia Cemerlang Dalam Pelajaran

Dr Sheikh Muszaphar Jaga Anak Saudara Sejak Usia 3 Tahun Untuk Tunaikan Wasiat Arwah Adik, Bangga Dia Cemerlang Dalam Pelajaran
Kasih sayang yang tidak akan pernah terlerai walau jasad berpisah di dunia adalah kasih sayang antara adik-beradik. Pepatah, “Air dicincang takkan putus” menjadi simbolik hubungan yang sangat erat kepada insan yang mengalir darahnya sama dengan diri kita. Kisah Dr Sheikh Muszaphar jaga anak saudara sejak kecil demi wasiat arwah adik memang menunjukkan pengorbanan yang sungguh luar biasa.
Dr Sheikh Muszaphar jaga anak saudara sejak umur 3 tahun
Siapa yang tidak kenal dengan individu yang bernama Dato’ Dr Sheikh Muszaphar Syukor, angkasawan pertama Malaysia yang pernah berada selama 10 hari di angkasa. Dalam kejayaannya membanggakan Malaysia di mata dunia sebagai seorang anak tempatan yang mendapat peluang itu, siapa sangka ada kisah yang memilukan disebaliknya. Dr Sheikh Muszaphar jaga anak saudaranya setelah kematian arwah adik yangg meninggal dunia ketika dia sedang membuat latihan di Rusia.
Adik kepada Dr Sheikh Muszaphar, Sheikh Mustapha Al Masrie (Ajil) telah dijemput Ilahi pada tahun 2007 yang lalu selepas koma seminggu akibat kecederaan di kepala kerana terhantuk pada tiang di sebuah restoran di Jalan Klang Lama, Kuala Lumpur.
“Sebaik sahaja saya mendarat, dia meninggal dunia, Ajil koma semasa saya berada di angkasa,” kongsi Dr Sheikh menceritakan kisah sebelum adiknya meninggal dunia.
Arwah meninggalkan dua orang anak lelaki dan perempuan. Anak lelakinya, Sheikh Aiman Shukor Al-Masrie ketika itu baru sahaja berusia 3 tahun. Sejak hari itu, Dr Sheikh Muszaphar telah menunaikan amanah dan wasiat arwah adik untuk menjaga Aiman sebagai penjaga yang sah.
Aiman pelajar cemerlang, mahu sambung belajar dalam jurusan undang-undang
Baru-baru ini Dr Sheikh Muszaphar tersenyum bangga apabila berkongsi sebuah video yang menyaksikan wajahnya bersama anak saudaranya, Aiman yang telah berjaya melanjutkan pelajaran dalam bidang undang-undang.
Aiman memang seorang pelajar yang pintar, dan cemerlang dalam Sijil Pelajaran Malaysia (SPM). Dalam video berkenaan, Dr Sheikh sempat berseloroh sama ada Aiman mahu melanjutkan pelajaran dalam bidang perubatan, tetapi anak saudaranya hanya tersenyum dan menjawab ingin membincangkannya nanti.
Keinginannya lebih berminat dalam bidang undang-undang. Walaupun begitu, apa-apa jua keputusan yang dibuat oleh anak saudaranya itu, dia terima dengan berlapang dada dan akan sentiasa mendoakan kesejahteraan serta memberi sokongan.
Berkat jaga anak yatim, keluarga bahagia dimurahkan rezeki
Pada ruangan komen, kelihatan para netizen rancak memberikan reaksi yang positif tentang tanggungjawab yang telah dilakukan Dr Sheikh Muszaphar dengan sebaik mungkin demi membesarkan anak saudaranya itu. Pujian banyak diberikan kerana dia berjaya mendidik dan menjaga Aiman dengan baik seperti anaknya sendiri.
“Berkat jaga anak yatim,” antara komen popular yang ditulis oleh netizen.
Dr Sheikh mempunyai 6 orang anak hasil perkahwinannya dengan Datin Dr Halina Mohd Yunos. Kasih sayang yang dicurahkan sepenuh hati lahirnya dari jiwanya yang ikhlas demi melihat semua ahli keluarganya tidak kira anak kandung atau anak saudara berjaya di dunia dan akhirat.
- Resepi Viral3 years ago
10 Resepi Ayam Berkuah Hidangan Menarik Ditengah hari
- Keluarga4 years ago
Sering kali Anak Sulung Selalu Kena Marah Tapi Sebenarnya Paling Istimewa Di Hati Ibu Ayah
- AGAMA4 years ago
Satu-satunya manusia yang bukan nabi, bukan pula Rasul, tapi kisah hidupnya diabadikan dalam Qur’an
- AGAMA4 years ago
Satu kuku panjang ibarat bela sekandang b4bi? Inilah dosa bela kuku panjang
- AGAMA3 years ago
Cara Senang Hafal Surah Al- Khafi Ayat 1 Hingga 10.
- AGAMA4 years ago
Cara Meruqyah Anak Yang Malas Untuk Belajar
- AGAMA4 years ago
Nafkah untuk isteri tak termasuk keperluan barang dapur, Para suami kena ingat dan Wajib tahu.
- AGAMA4 years ago
5 doa yang buat rezeki anda datang dari arah tak disangka, lancar dan berkah