Connect with us

Kisah

Pengalaman Pesakit Leukimia Terbaring Lumpuh, Azab Kemoterapi Sampai Kulit Menggelupas Terbakar

Published

on

pengalaman pesakit leukemia

Pengalaman Pesakit Leukimia Terbaring Lumpuh, Azab Kemoterapi Sampai Kulit Menggelupas Terbakar

Sebut sahaja seorang kanser survivor, pasti satu perkara yang sudah terbayang di minda kita adalah rasa kagum yang sangat tinggi kepada mereka. Ada yang diberikan tanda dikesan awal, ada juga yang tiba-tiba datang mengancam nyawa dan kehidupan. Begini kisah pengalaman pesakit leukimia yang 10 tahun bergelut dengan kehidupan dan kematiannya.

Pengalaman pesakit leukimia bermula dari tingkatan enam

pengalaman pesakit leukemia

Berkongsi Adam Syakir, 26 tahun, seorang bekas pesakit leukimia atau Chronic Myloid Leukimia (CML) di laman akaun Facebooknya mengenai pengalaman pesakit leukemia iaitu dirinya sendiri dalam menjalani kemoterapi untuk meneruskan kehidupan. Siapa sangka diwaktu remaja lain sedang sibuk merancang hala tuju untuk masa depan, seorang pemuda yang ketika itu masih di tingkatan enam sudah bergelut dengan cabaran sakit leukimia.

Leukimia adalah barah sel darah putih dan dikategorikan sebagai lebihan sel darah putih di dalam sum-sum tulang.

Pada tahun 2009, Adam Syakir mendapat beberapa simptom biasa yang tidak menyangka ianya adalah permulaan untuk episod ngeri dalam hidupnya.

“Saya start saki kanser leukimia dari tahun 2009, masa belajar di tingkatan enam. Jadi lumpuh, bila check di hospital sel darah putih jadi banyak. Terus dikejarkan ke HUSM naik ambulans,” katanya.

Namun sel kanser ini bukanlah dari genetik ahli keluarganya. Bahkan tiada sejarah keturunannya menghidap penyakit itu. Simptom yang datang pun hanya tiba-tiba dan sangat ringan seperti demam, cepat letih, muka pucat, dan selalu tidur lama.

Dari demam biasa jadi lumpuh, perut tiba-tiba buncit macam mengandung

“Saya lumpuh sebab darah putih banyak sangat dekat bahagian sum-sum tulang di peha. Bila dah terlalu banyak jadi ia akan menyerang kawasan tersebut. Limpa pula bengkak dan keras, jadi perut akan buncit seperti orang mengandung,” ungkap Adam Syakir.

Leukimia sebenarnya akan menjadikan sel darah berkurang sehingga mengakibatkan anemia. Demam berpunca dari leukimia ini kerana sel darah putih yang tidak berfungsi dengan baik dan pengeluarannya yang berkurang.

pengalaman pesakit leukemia

Tanda-tanda lain bagi penyakit leukimia adalah seperti:

  • Lemah dan letih lesu.
  • Kurang selera makan dan kurang berat badan.
  • Bengkak dan gusi berdarah.
  • Sakit kepala.
  • Bengkak abdomen disebabkan oleh pembesaran hati dan limfa.
  • Sakit tulang, boleh menyebabkan kelemahan.
  • Sakit sendi.
  • Kelenjar membengkak. Jika kelenjar di leher dan dada bengkak, ia boleh menyebabkan pengaliran darah tersekat. Ini menyebabkan muka mebengkak, kesukaran bernafas serta berdengkur.

Buat kimoterapi, transplant dan remission

Sebelum Adam menjalani rawatan transplant, tulang sum-sumnya perlu diambil dahulu. Pada mulanya dia sangat takut mendengar kata-kata orang yang apabila doktor ambil tulang sum-sum berkemungkinan kita akan lumpuh.

Bone Marrow Aspire (BMW) sebenarnya tidak memberikan apa-apa kesan sampingan pada badan seseorang. Adam yang sudah berpuluh kali diambil air sum-sum tulannya berkata, “Syukur masih elok lagi berjalan, berjimba, dan berzumba. Jangan risau, doktor-doktor dan jururawat semua pro.”

Kemudian, doktor akan ambil darah adik-beradiknya untuk cari sum-sum tulang yang paling sesuai. Allah bagi peluang, dia dan adiknya sesuai 100%.

pengalaman pesakit leukemia

Bila selesai sahaja cari penderma, doktor akan berikan sesi kaunseling pula. Diterangkan satu per satu kesan sampingan dan yang paling ditekankan doktor beritahu hanya 50% sahaja untuk survive. Walau bagaimanapun, hidup dan mati ditangan Allah SWT. Alang-alang sudah separuh jalan, Adam meneruskan rawatan selanjutnya.

Maka bermulalah episod kimoterapi. 4 kali pil kimoterapi, beratus-ratus kena telan. Dua kali kimoterapi, air warna hitam kuning. Masa kimoterapi inilah azab dunia yang sangat perit dirasakan.

Tubuh panas, kulit jadi hitam terus, kulit mengelupas macam terbakar, tekak perut macam terbakar, ulser dalam mulut macam cendawan banyak, rambut mula gugur, muntah keluar asid perut, muntah hijau, tidak lalu makan, minum perit, dan tubuh badan kurus sangat.

10 tahun penantian akhirnya lembaran buku baru menjelma

pengalaman pesakit leukemia

Penantian yang mencabar fizikal, emosi, dan perasaan Adam Syakir akhirnya berakhir setelah 10 tahun. Dia akhirnya boleh menjalani kehidupan seperti orang-orang lain berkat kesungguhannya dan doa ramai pihak termasuk ibu bapa.

Sekarang dia tidak lagi memerlukan rawatan yang sangat kompleks. Hanya perlu follow up empat bulan sekali dan makan ubat seumur hidup untuk elak sel kanser merebak kembali.

Semoga dengan kisah Adam Syakir ini dapat memberi semangat dan sinar harapan kepada insan yang sedang berjuang dengan penyakit kanser di luar sana. Sesungguhnya semangat yang tidak pernah berputus asa adalah kunci untuk seseorang itu terus kuat menjalani kehidupan dan keluar dari kepompong keperitan. Usaha itu tidak sia-sia kerana kerana ramai orang ingin lihat kita kembali pulih sihat seperti biasa kembali.

Sumber: Facebook Adam Syakir

Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Kisah

Denda RM50, Air Mata Seorang Nenek: Kisah Warga Emas 90 Tahun Yang Hampir Hilang Punca Rezeki

Published

on

Denda RM50 Air Mata Seorang Nenek Kisah Warga Emas 90 Tahun Yang Hampir Hilang Punca Rezeki

Segamat – Seorang wanita warga emas berusia 90 tahun di Kampung Abdullah, Segamat, Johor, mencuri perhatian ramai apabila dikenakan denda RM50 hanya kerana menjual sayur-sayuran hasil tanamannya sendiri tanpa lesen.

Kejadian yang berlaku pada 23 Januari itu bukan sahaja menyentuh perasaan masyarakat, malah membuka perbincangan besar tentang kemanusiaan, keadilan sosial dan keperluan dasar lebih berperikemanusiaan terhadap golongan rentan.

“Saya Cuma Jual Sedikit…”

Perkara ini mula didedahkan oleh seorang pengguna Facebook, Steven Tan, yang terserempak dengan wanita tersebut ketika beliau menjual sayur secara kecil-kecilan di tepi jalan.

Menurut Steven, seorang pegawai Majlis Perbandaran Segamat (MPS) telah mengeluarkan saman RM50 kerana wanita itu tidak mempunyai lesen penjaja.

Walaupun Steven cuba merayu agar pegawai tersebut bertolak ansur, beliau dimaklumkan bahawa tindakan itu terpaksa dilakukan kerana mengikut peraturan.

Lebih menyedihkan, wanita itu turut diberitahu bahawa dia perlu memohon lesen bernilai ratusan ringgit sekiranya mahu terus berniaga.

“Jumlah itu tidak realistik untuk seseorang yang hanya menjual sedikit sayur beberapa kali sebulan,” tulis Steven.

Bagi wanita tersebut, menjual sayur itulah satu-satunya cara untuk menyara hidup. Jika lesen mahal itu diwajibkan, dia bukan sahaja kehilangan perniagaan kecilnya, malah kehilangan harapan.

sayur

Rayuan Yang Menjadi Tindakan

Steven kemudian meminta pandangan orang ramai tentang cara terbaik untuk membantu wanita berkenaan. Hantaran itu pantas tular dan sampai ke pengetahuan Ketua Pemuda MCA Segamat, Tay Kok Wea.

Beliau segera mengarahkan wakilnya ke lokasi untuk membayar denda RM50 tersebut bagi pihak wanita itu.

Dalam kenyataannya, Tay menegaskan bahawa tindakan itu bukan untuk meraih publisiti, sebaliknya demi membantu seorang warga emas yang hampir kehilangan punca rezeki.

sayuran

Tiada Lagi Denda, Harapan Baharu

Tay turut memaklumkan bahawa beliau telah berbincang dengan pihak penguatkuasaan MPS dan mengesahkan bahawa:

  • Tiada lagi denda akan dikenakan terhadap wanita itu

  • Wanita tersebut kini boleh terus menjual sayur tanpa rasa takut

  • Isu yuran lesen akan dibawa ke mesyuarat untuk dicadangkan bayaran simbolik

“Jika cadangan itu diluluskan, saya sendiri akan menanggung kos lesen tersebut,” katanya.

jual

Lebih Daripada Sekadar Denda

Kisah ini bukan sekadar tentang RM50, tetapi tentang maruah, belas kasihan dan keperluan sistem yang lebih adil kepada golongan miskin dan warga emas.

Ia mengingatkan kita bahawa di sebalik peraturan, masih perlu ada ruang untuk pertimbangan kemanusiaan.

Kadangkala, yang mereka perlukan bukan simpati — tetapi peluang untuk terus hidup dengan bermaruah.

Continue Reading

Kisah

“Bukan main garang bini kau bang…” Isteri Cemas Kereta ‘Hilang’, Suami Selamba Rakam

Published

on

Isteri Cemas Kereta ‘Hilang

“Kereta Kita Mana?!” — Isteri Dah Cuak, Suami Kekal Tenang

Lepas ibu, isteri memang insan paling istimewa dalam hidup seorang lelaki. Bukan sekadar teman hidup, tapi tulang belakang yang setia dalam susah dan senang. Kadang-kadang cara suami menghargai isteri tu sampai another level—siap menyakat dulu sebelum bagi kejutan!

Baru-baru ini, tular di TikTok satu video lucu memaparkan gelagat seorang suami ‘prank’ isterinya. Dalam rakaman tersebut, pasangan ini dilihat baru selesai membeli-belah dan berjalan ke arah parkir. Sampai-sampai je, si isteri terus cuak—kereta mereka “hilang”! Dengan wajah panik, dia bertalu-talu tanya suami: “Kereta mana?”

 Isteri Cemas Kereta ‘Hilang

Si suami pula kekal steady, tak banyak cakap… tapi sempat merakam setiap reaksi isterinya.

Rupa-Rupanya Kejutan, Hadiah Kereta Baharu

Twist sebenar: itu semua hanyalah rancangan lelaki berkenaan untuk menghadiahkan sebuah kereta baharu buat isteri tercinta. Patutlah tenang semacam—rupanya tengah tunggu momen paling ‘boom’ untuk didedahkan!

“Garang Juga Bini Kau…” — Netizen Terhibur

@ashraffahmadkamal Terima la hadiah sempena hari lahir isteriku yang tercinta. Segala penat lelah untuk anak dan rumahtangga kita, terima lah hadiah i yg tak seberapa ni. I harap u suka 😁 saya ni suka sakat sikit dan wife tahu kalau saya main-main. Jenuh nak cover🤣🤣 Akhirnya menjadi juga surprise untuk dia. Love you my love 😘 #evmalaysia #emas7 #protonemas #proton ♬ original sound – اشراف احمدكمال

Ruangan komen memang meriah. Ramai terhibur dengan reaksi spontan si isteri yang nampak “garang” sebab menyangka kereta mereka dicuri. Pada masa sama, ramai juga puji suami yang berani dan romantik dengan cara tersendiri.

Antara komen yang mencuri tumpuan:

komen

  • Bukan main garang bini kau, bang…

  • Alhamdulillah, hargai isteri sebaiknya.

  • Comel! So happy for you. Semoga bahagia selalu.

  • Doakan saya pun dapat surprise macam ni.

Bahagia Itu Bila Saling Menghargai

Rumah tangga ada pasang surut—ada manis, ada ujian. Tapi indahnya bila semuanya ditempuh berdua. Tak semestinya hadiah besar atau kata-kata manis; kadang usaha kecil yang lahir dari hati pun cukup membahagiakan. Bila suami isteri saling memahami dan menghargai, di situlah letaknya bahagia yang sebenar.

Sumber: TikTok @ashraffkamal_

Continue Reading

Kisah

“87% Lelaki Di Rumah Warga Emas Pernah Sakitkan Isteri – Luahan Pak Arief Buat Ramai Tersentak 😢”

Published

on

Rumah Warga Emas

“87% Lelaki Di Rumah Warga Emas Pernah Sakitkan Isteri” – Kisah Pak Arief Buat Ramai Tersentak

Apabila berbicara tentang rumah kebajikan warga emas, ramai antara kita cepat menilai bahawa penghuni di sana mungkin ditinggalkan oleh keluarga atau diabaikan oleh anak-anak. Namun, perkongsian seorang pekerja rumah kebajikan ini membuka sisi realiti yang jarang diperkatakan — bahawa tak semua warga emas ditinggalkan tanpa sebab.

“Saya dah rawat lebih 500 orang tua terlantar”

Menurut Pak Arief, yang sudah bertahun-tahun berkhidmat menjaga warga emas terlantar, dia pernah menguruskan lebih 500 penghuni sepanjang kerjayanya. Namun satu fakta yang mengejutkan ialah, 87% daripada mereka — kira-kira 300 orang — merupakan lelaki yang pernah menyakiti isteri sendiri ketika zaman muda.

“Saya bukan nak menghukum, tapi ini realiti yang saya lihat sendiri. Ramai antara mereka dulu pernah menduakan isteri, berkahwin lain, abaikan keluarga, atau tinggalkan anak-anak,” katanya.

Dulu kahwin lagi, sekarang tinggal sendiri

Ada antara mereka yang berkahwin lain demi nafsu, ada pula yang selingkuh dan mengabaikan anak-anak, sehinggalah akhirnya rumah tangga kedua pun tak kekal lama. Bila usia meningkat dan tiada siapa mahu jaga, barulah mereka sedar nilai kasih yang pernah disia-siakan.

“Bila jatuh terduduk, mereka cuba cari anak-anak dan bekas isteri semula. Tapi kebanyakannya tak lagi diterima. Anak-anak sudah lama menutup hati,” tambah Pak Arief dengan nada sayu.

Rumah Warga Emas

Secara psikologi, anak akan berpihak kepada ibu

Dari sudut psikologi, kata Pak Arief, anak-anak cenderung setia kepada ibu, terutama apabila melihat sendiri pengorbanan dan kesakitan yang ditanggung oleh si ibu selama bertahun-tahun.

Maka tidak hairanlah, ramai lelaki warga emas ini akhirnya berakhir di rumah kebajikan, bukan kerana anak tidak berhati perut, tetapi kerana luka lama yang belum sembuh.

“Anak-anak bukan berdendam, tapi mereka memilih untuk melindungi ibu. Mereka ingat setiap air mata, setiap malam ibu menangis. Itu yang membuat mereka sukar memaafkan,” ujarnya.

@mbak.butet Berdasarkan data, lansia terlantar yang diurus oleh Pak Arief Camra di Griya Lansia, ternyata saat mudanya melakukan ini… #GriyaLansia #GriyaLansiaMalang ♬ original sound – MbakButet – MbakButetAqsa

Pengajaran buat semua

Kisah yang dikongsikan oleh Pak Arief ini bukan untuk menyalahkan mana-mana pihak, tetapi sebagai peringatan kepada para suami dan ayah agar menghargai keluarga selagi diberi peluang.

Setiap tindakan hari ini akan membentuk bagaimana kita diperlakukan nanti — sama ada dengan kasih sayang, atau dengan sepi di penghujung usia.

“Jangan tunggu tua baru mahu bertaubat. Kerana kadang-kadang, bukan semua dosa mampu ditebus dengan air mata,” pesan Pak Arief.

Continue Reading

Trending