Kisah
“Saat Sakaratul Maut, Mendiang Nenek Minta Saya Untuk Cari Tuhan Kembali,” Dari Ateis Kini Masuk Islam Selepas Dengar Lantunan Al-Quran, Ben Terima Dakwah Dari Sahabat Muslim Yang Baru Keluar Penjara
“Saat Sakaratul Maut, Mendiang Nenek Minta Saya Untuk Cari Tuhan Kembali,” Dari Ateis Kini Masuk Islam Selepas Dengar Lantunan Al-Quran, Ben Terima Dakwah Dari Sahabat Muslim Yang Baru Keluar Penjara
Kisah perjalanan mualaf yang mendapat hidayah lalu masuk ke dalam Islam adalah kisah yang cukup mengharukan dan boleh menjadi pengajaran untuk kita semua. Sebagai insan yang lahir dalam keluarga Islam, kita patut bersyukur kerana diberikan nikmat mendapatkan Islam sejak kecil. Ujian dan cabaran buat pemuda dari Ateis kini masuk Islam ini akan menceritakan kisah yang panjang untuk kita hayati.
“Carilah Tuhan,” dari Aties kini masuk Islam kerana wasiat mendiang nenek sebelum sakaratul maut
Ben dibesarkan dalam keluarga yang beragama Kristian. Namun seiringnya waktu makin bertambah umur, dia mula jauh dari agama yang dianuti keluarganya. Tidak sesekali mempercayai adanya Pencipta dan hanya sekadar percaya kepada teori sains seperti Big Bang dan sebagainya. Tiada siapa sangka wasiat mendiang nenek sebelum meninggal yang menyuruhnya untuk mencari Tuhan kembali membawa dia dari Aties kini masuk Islam tanpa sengaja.
Konsep kehidupan yang dipegang Ben, dia yakin bahawa hidup ini hanyalah untuk mencari duit dan menjalankan rutin sebagai seorang manusia. Jauh sekali dia terfikir atau merenung akan adanya zat yang lebih besar di atas sana walaupun dia dikelilingi oleh sahabat-sahabat Muslim sejak kecil.
Bahkan apabila ada yang bertanya, apa yang dia imani? Dengan mudah dia akan menjawab Big Bang. Setiap kali ada sahabatnya yang ingin membahas tentang agama mereka, pasti Ben akan menghalang atau menjauhkan diri dari situ. Padanya, agama hanya sebuah pegangan yang dibawa sampai mati dan tidak memberi apa-apa makna selepas itu.
Bertemu dengan sahabat Islam yang baru keluar penjara
Sehinggalah pada suatu hari ketika Ben berumur 23 tahun, dia bertemu semula dengan sahabat Muslimnya, Aqib sejak zaman sekolah yang baru keluar dari penjara. Keluar dari kurungan penjara besi dengan penampilan rambut yang rapi, berjanggut lebat, mengenakan jubah, dan soleh, bagi Ben ia tidak masuk akal.
“Saya kembali kepada agama saya,” lantas Aqib menceritakan bagaimana dia boleh kembali kepada ajaran Islam melalui dakwah di penjara.
Terlintas di fikiran Ben bahawa agama Islam ini memang sangat berharga pada umat Islam. Kerana Aqib dua tahun yang lalu hidupnya terumbang-ambing di jalanan dan sangat obses dengan hal-hal duniawi tetapi sekarang menjadi orang yang soleh.
Sejak hari itu, Ben mula belajar pelbagai agama bermula dari Kristian di gereja. Sehingga pada satu titik, dia mula berasa ada sesuatu yang aneh dan bertanyakan kemusykilannya kepada paderi di situ.
“Kamu percaya?” kata paderi itu.
“Saya tidak yakin,” jawab Ben.
Lalu dia berkata, “Sudahlah yakin dan percaya sahaja, jangan bertanya lagi.”
Keyakinan Ben tergugat kerana dia mahukan penjelasan dan bukti kebenaran bukan sekadar mengikuti sesuatu dengan sia-sia.
Ikut solat terawih di masjid, terpukau dengan lantunan bacaan Al-Quran
Hari pertama Ramadan, Ben bertemu semula dengan Aqib di masjid ketika solat terawih. Apa yang mengejutkan Ben, masuk sahaja ke perkarangan masjid semua jemaah sudah menatap dan memberikan senyuman serta mengucapkan salam seakan menyambut kedatangannya.
Masjid ini terdiri dari empat tingkat dan setiap tingkat penuh sesak dengan jemaah yang ingin solat berjemaah. Setiap kali dia melangkah dia berasa sangat kagum betapa ramainya orang yang percaya kepada Allah SWT.
“Pasti ada alasan kenapa mereka rela melakukan semua ini,” bisik hatinya semakin berkobar-kobar.
Sehinggalah ketika imam mula membaca kalimah ayat Al-Quran “Auzubillah Minashaitan Nirajeem”, tiba-tiba hati Ben mula tergoncang dan dalam 10 saat sahaja air matanya bercucuran.
“Demi Allah, saya mula menangis. Hati saya terasa hangat, dan saya gementar,” luahnya.
Niat untuk mengucap syahadah 10 malam terakhir Ramadan tidak kesampaian
Dalam pencarian mencari Tuhan Yang Maha Agung, Ben bertemu banyak hal yang diluar fikiran manusia dalam Al-Quran. Justeru, kebenaran itu telah menjawab segala persoalan yang ligat bermain di benak fikirannya selama ini.
“Saya ingin mengucap Syahadah, tapi nanti ketika 10 malam terakhir Ramadan,” katanya ketika ditanya oleh jemaah lain.
Namun niat itu tidak kesampaian kerana Allah memberikan hadiah lebih awal dari yang dia sangka. Pada malam Ben bertemu imam masjid tersebut, hatinya sudah sangat rindu untuk memiliki agama Islam dalam jiwanya.
Disaksikan ratusan jemaah, Ben mengucapkan Syahadah dengan hati yang tenang untuk memulakan perjalanan barunya sebagai seorang Muslim. Walaupun belum terlalu faham tentang Rukun Islam, tetapi dia mahu solat sebanyak-banyakknya sebagai bentuk syukur pada Allah atas hidayah ini.
Sumber: Ayatuna Ambassador
- Resepi Viral5 years ago
10 Resepi Ayam Berkuah Hidangan Menarik Ditengah hari
- Keluarga5 years ago
Sering kali Anak Sulung Selalu Kena Marah Tapi Sebenarnya Paling Istimewa Di Hati Ibu Ayah
- AGAMA5 years ago
Cara Senang Hafal Surah Al- Khafi Ayat 1 Hingga 10.
- AGAMA5 years ago
Satu-satunya manusia yang bukan nabi, bukan pula Rasul, tapi kisah hidupnya diabadikan dalam Qur’an
- AGAMA5 years ago
Satu kuku panjang ibarat bela sekandang b4bi? Inilah dosa bela kuku panjang
- AGAMA5 years ago
Cara Meruqyah Anak Yang Malas Untuk Belajar
- AGAMA5 years ago
5 doa yang buat rezeki anda datang dari arah tak disangka, lancar dan berkah
- AGAMA5 years ago
Nafkah untuk isteri tak termasuk keperluan barang dapur, Para suami kena ingat dan Wajib tahu.