Connect with us

AGAMA

Jangan Larang Anak Ke Masjid! Masjid Mesra Kanak-Kanak Dengan Wujudkan Ruangan Khas Sudut Mainan

Avatar of hannani juhari

Published

on

masjid mesra kanak-kanak

Jangan Larang Anak Ke Masjid! Masjid Mesra Kanak-Kanak Dengan Wujudkan Ruangan Khas Sudut Mainan

Melentur buluh dari rebungnya, mendidik anak biar dari kecil. Membawa anak-anak ke masjid untuk mendedahkan mereka tentang solat berjemaah memang satu perbuatan yang terpuji. Namun, lumrah kanak-kanak mereka memang aktif dan suka bermain tidak kira walau dimana jua, begitu juga dalam masjid. Sesetengah jemaah tidak gemar dengan suasana yang bising dan riuh rendah ketika mahu melakukan ibadah. Sehingga ada kalanya sanggup menghalau kanak-kanak keluar dari saf solat. Apakah solusinya? Wujudkan masjid mesra kanak-kanak yang mempunyai ruangan khas sudut mainan itu yang terbaik.

Rasulullah sangat mesra kanak-kanak dan meraikan kedatangan mereka ke masjid

masjid mesra kanak-kanak

Menurut Mufti Perlis, Datuk Dr Mohd Asri Zainul Abidin, Rasulullah SAW tidak pernah menghalau kanak-kanak keluar dari saf solat sepanjang Baginda bersolat bersama-sama dengan mereka.

“Amalan Rasulullah itu adalah mesra dengan kanak-kanak, Baginda tidak pernah keluarkan mereka ke saf belakang jika kanak-kanak berada di dalam saf bersama orang dewasa. Tetapi sayang, masih ada masjid yang mengeluarkan kanak-kanak ke belakang dengan alasan bahawa saf terputus sekiranya ada kanak-kanak yang belum baligh,” jelasnya.

Kata Anas bin Malik:

فَقَامَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ وَصَفَفْتُ وَالْيَتِيمَ وَرَاءَهُ وَالْعَجُوزُ مِنْ وَرَائِنَا

“…Rasulullah berdiri untuk solat. Aku bersaf dengan seorang budak yatim di belakang baginda. Sementara wanita tua berada di belakang kami.” – (Hadis Riwayat al-Bukhari)

Perbuatan melarang kanak-kanak ke masjid boleh menyebabkan mereka semakin lama semakin jauh dari agama. Tindakan tersebut menjadikan konsep masjid mersa kanak-kanak sebagai suatu tujuan yang mustahil untuk dilakukan.

masjid mesra kanak-kanak

Suasana yang mesra ini telah melahirkan generasi muda yang mewarisi generasi tua yang sentiasa merasakan tiada dinding penghalang antara mereka dan agama ini. Sejak dari kecil mereka diraikan. Sabda Nabi SAW:

إِنِّي لَأَقُومُ إِلَى الصَّلَاةِ فَأُرِيدُ أَنْ أُطَوِّلَ فَأَسْمَعُ بُكَاءَ الصَّبِيِّ , فَأَتَجَوَّزُ فِي صَلَاتِي كَرَاهِيَةَ أَنْ أَشُقَّ عَلَى أُمِّهِ

“Aku mendirikan solat (sebagai imam) dan aku berhasrat ingin memanjangkannya. Tiba-tiba aku mendengar tangisan bayi, maka aku mensegerakan solatku kerana aku tidak suka membebankan ibunya.” – (Hadis Riwayat al-Bukhari)

Masjid mesra kanak-kanak dengan pendekatan ruangan khas bermain

masjid mesra kanak-kanak

Berkongsi Ustaz Mohammad Yaakub Yusra dari Murtadha Dakwah Centre (MADAD) telah memuat naik tulisannya di laman akaun Facebook bagi membincangkan mengenai bagaimana pendekatan masjid mesra kanak-kanak boleh diaplikasikan untuk kemudahan jemaah yang hadir bersama anak kecil.

Adanya ruangan khas untuk kanak-kanak ini bukanlah sebagai tempat bermain semata-mata tetapi juga boleh dijadikan aktiviti MeTime ibu dan ayah bersama anak-anak antara waktu Maghrib ke Isyak.

Sudut tersebut diibaratkan seperti nursery masjid yang sangat bagus memberi terapi buat kanak-kanak. Bermain gelonsor di masjid, bukankah unik namanya itu?

Antara tips yang boleh pihak pengurusan masjid lakukan untuk mewujudkan konsep masjid mesra kanak-kanak ini adalah dengan mengupah seorang pengasuh untuk bantu mengawasi anak-anak.

Tidak rugi masjid menyediakan seorang pengasuh dan memberi alaun 1 malam (2-3 jam) sebanyak RM20. Pengasuh ini boleh ditugaskan untuk bantu mengawasi anak-anak sementara ibu bapa mereka sedang solat.

Kanak-kanak yang masih kecil lebih baik dibiarkan bermain untuk mengasah keupayaan motor diri, manakala yang sudah bersekolah pantau mereka untuk buat kerja sekolah.

“Jika himpunan politik boleh diupanh RELA dan 12 ribu orang sukarelawan, kenapa tidak untuk masjid?” 

Tidak dinafikan ibu bapa yang membawa anak-anak juga semestinya perlu peka dengan tindak tanduk anak mereka agar tidak sampai menganggu jemaah lain. Namun dalam masa yang sama juga kerjasama dari pihak masjid perlu lebih erat agar ianya dapat berjalan dengan lancar dan sehaluan.

Lihat generasi akan datang dari kanak-kanak yang solat di masjid

Sebuah papan tanda di Masjid Turki berbunyi :

“Wahai umat Islam, jika tiada bunyi kanak-kanak ketawa di belakang, khuatirilah bagaimana keadaan generasi akan datang.”

Kata-kata tersebut nampak seperti hanya sekadar pandangan dan andaian tetapi ini adalah hakikat yang sebenarnya. Kerana mana mungkin remaja boleh gemar ke masjid apabila waktu kecilnya dia tidak didedahkan dengan kepentingan mengimarahkan masjid.

Justeru itu, jangan dimarah kanak-kanak buat bising di masjid kerana memang itu lumrah kehidupan mereka yang suka bermain. Tetapi marahlah mereka yang sudah dewasa tetapi masih “liat” untuk berjemaah di masjid.

Sumber: Facebook Mohammad Yaakub Yusra

Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Trending

2024 Majalah Ilmu © Hak Cipta Terpelihara.