AGAMA
10 Pesanan Imam Syafi’e Tentang Amalan Permudahkan Ketika Meninggal Dunia

10 Pesanan Imam Syafi’e Tentang Amalan Permudahkan Ketika Meninggal Dunia
Jika kita sedar, sebenarnya hidup di dunia ini begitu singkat sahaja masanya apabila ditolak masa sakit, tidur, berehat, dan melakukan perkara-perkara lain. Kehidupan yang kita rasa seakan-akan milik kita yang abadi, hanya dongeng semata-mata. Hakikat kehidupan sementara yang segera berlalu adalah kehidupan dunia. Kehidupan yang tidak akan sesekali melepaskan kita sebagai manusia dari melakukan kesalahan dan kekurangan, kecuali apa-apa yang digunakan untuk mendekatkan diri kepada Allah SWT. Ini adalah amalan permudahkan ketika meninggal dunia dari pesanan Imam Syafi’e.
Kematian datang tidak disangka-sangka
Kematian manusia adalah rahsia ghaib yang hanya diketahui oleh Allah SWT sahaja.
Firman Allah SWT yang bermaksud: “Dan (ingatlah) ketika Nabi Ibrahim (merayu dengan) berkata: Wahai Tuhanku! Perlihatkanlah kepadaku bagaimana Engkau menghidupkan makhluk yang mati?
Allah berfirman: Adakah engkau belum percaya (kepada kekuasaan Ku)? Nabi Ibrahim menjawab: Bahkan (aku percaya dan yakin), akan tetapi (aku memohon yang demikian ialah) supaya tenteram hatiku (yang amat ingin menyaksikannya). Allah berfirman: (Jika demikian), ambillah empat ekor burung, kemudian kumpulkanlah olehmu (dan cincanglah semuanya). Setelah itu letakkanlah di atas tiap-tiap sebuah bukit sebahagian daripadanya. Kemudian serulah burung itu nescaya semuanya akan datang kepadamu dengan segera. Dan ketahuilah sesungguhnya Allah Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana.” – (Surah Al-Baqarah, ayat 260)
Yang pasti setiap orang akan merasai saat-saat yang menggerunkan itu dan bakal menempuhinya sendiri. Sepatutnya kematian yang kita nampak setiap hari di depan mata itu dijadikan pedoman dan keinsafan.
Tanya kepada diri. Adakah segala amalan kita di dunia ini mencukupi untuk dipersembahkan kehadapan Allah SWT? Adakah kita sudah bersedia menempuhi saat malaikat menyoal kita dalam kubur masing-masing?
Nukilan pesanan Imam Syafi’e untuk amalan permudahkan ketika meninggal
Siapa yang tidak kenal dengan Imam Syafi’e khususnya yang bermazhab Syafi’e. Imam Syafie adalah seorang mujtahid mutlaq yang menguasai pelbagai cabang ilmu. Kesungguhan beliau dalam menuntut ilmu memang telah melahirkan ramai para ulama’ yang disegani ramai seperti Ahmad bin Hanbal (Imam Ahmad), Abu Yaakub Yusuf bin Yahya Al-Buwaiti, dan Abu Ibrahim Ismail bin Yahya Al-Muzni.
1. Hak kepada diri
Mengurangkan tidur, mengurangkan makan, mengurangkan percakapan, dan berpada-pada dengan rezeki yang ada.
2. Hak kepada malaikat maut
Mengqadhakan kewajipan-kewajipan yang tertinggal, mendapatkan kemaafan dari orang yang kita zalimi, membuat persediaan untuk mati, dan merasa cinta kepada Allah SWT.
3. Hak kepada kubur
Membuang tabiat suka menabur fitnah, membuang tabiat kencing merata-rata. memperbanyakkan solat sunat tahajjud, dan membantu orang yang dizalimi.
4. Hak kepada Munkar dan Nakir
Tidak berdusta, selalu berkata benar, meninggalkan segala maksiat, dan nasihat-menasihati.
5. Hak kepada mizan (neraca timbangan amal pada hari kiamat)
Menahan kemarahan, banyak berzikir, mengikhlaskan amalan, dan sanggup menanggung segala kesusahan.
6. Hak kepada sirat (titian yang merentangi neraka pada hari akhirat)
Membuang tabiat suka mengumpat, bersikap warak, suka membantu orang beriman, dan suka berjemaah.
7. Hak kepada Malik (penjaga neraka)
Menangis lantaran takutkan Allah SWT, berbuat baik kepada ibu bapa, bersedekah secara terang-terangan juga bersembunyi, dan memperelokkan akhlak peribadi.
8. Hak kepada Ridhwan (malaikat penjaga syurga)
Berasa redha dengan Qada Allah, bersabar ketika menerima bala, bersyukur atas segala kurniaan nikmat yang diberikan Allah SWT, dan bertaubat dari melakukan maksiat.
9. Hak kepada Nabi SAW
Berselawat ke atas Baginda Muhammad SAW, berpegang dengan syariat, bergantung kepada as-Sunnah (Hadis), menyayangi para sahabat, dan bersaing dalam mencari keredhaan Allah SWT.
10. Hak kepada Allah SWT
Mengajak manusia ke arah kebaikan, mencegah manusia dari kemungkaran, menyukai ketaatan, dan membenci kemaksiatan.
Saat kematian Imam Syafi’e
Imam Syafi’e begitu tekun dengan ilmu pengetahuan sehingga beliau sendiri kurang rehat dan menghadapi penyakit yang berat. Muhammad bin Abdullah bin Abdul Hakam menceritakan keadaan Imam al-Syafie yang menderita kesakitan: “Al-Syafie menderita penyakit buasir yang sangat parah dan membimbangkan. Dia menyedari, sakitnya itu kerana kurang penjagaan dan tidak mempedulikan pantang-larang.”
Imam al-Muzani berkata, beliau masuk menemui Imam al-Syafie Rahimahullah ketika sakit yang membawa kematiannya seraya bertanya: “Bagaimana keadaanmu tuan guru?”
Lantas beliau menjawab:
أصبحت من الدنيا راحلاً، وللإخوان مفارقا، وعلى الله وَارِداً، وبكأس المنية شاربا، ولسوء أعمالي ملاقيا، فلا أدري نفسي إلى الجنة تصير فأهنّيها، أو إلى النار فأعزيها
Maksudnya: Keadaanku pada pagi ini dari dunia akan berkelana, dari sahabat-sahabat akan berpisah, kepada Allah aku akan menemui, segelas kematian akan kuhirup dan buruk amalanku akan ku tempuhi. Aku tidak tahu adakah diriku menuju ke syurga, maka aku ucapkan tahniahnya atau ke neraka maka aku ucapkan takziahnya. (Lihat Manaqib al-Syafi’e oleh Imam al-Baihaqi, 2/294)
Kemudian, Imam al-Syafi’e menangis dan mengalunkan sya’ir seperti berikut:
“Tatkala kerasnya hatiku dan sempitnya jalan-jalanku
Aku jadikan harapanku untuk ampun Mu sebagai tangga
Maka besarlah dosaku tapi tatkala aku bandingkannya
Dengan ampun Mu Tuhanku, adalah ampun Mu itu lebih besar
Maka sentiasalah Kamu ampunkan dosa
Dan sentiasalah Mu Pemurah, Pengampun, kurniaan dan kemuliaan”
Beliau kemudian menghembuskan nafas terakhir di Mesir pada hari Khamis, awal bulan Sya’ban tahun 204 Hijrah ketika berusia kira-kira. 54 tahun.
Sumber: Skuad Pengurusan Jenazah & Dr Isahak Ghani
- Resepi Viral3 years ago
10 Resepi Ayam Berkuah Hidangan Menarik Ditengah hari
- Keluarga4 years ago
Sering kali Anak Sulung Selalu Kena Marah Tapi Sebenarnya Paling Istimewa Di Hati Ibu Ayah
- AGAMA4 years ago
Satu-satunya manusia yang bukan nabi, bukan pula Rasul, tapi kisah hidupnya diabadikan dalam Qur’an
- AGAMA4 years ago
Satu kuku panjang ibarat bela sekandang b4bi? Inilah dosa bela kuku panjang
- AGAMA3 years ago
Cara Senang Hafal Surah Al- Khafi Ayat 1 Hingga 10.
- AGAMA4 years ago
Cara Meruqyah Anak Yang Malas Untuk Belajar
- AGAMA4 years ago
Nafkah untuk isteri tak termasuk keperluan barang dapur, Para suami kena ingat dan Wajib tahu.
- AGAMA4 years ago
5 doa yang buat rezeki anda datang dari arah tak disangka, lancar dan berkah