Connect with us

AGAMA

Yakin Betul-Betul Suci? Ustazah Siti Aisyah Kongsi Waktu Mandi Wajib Terbaik Selepas Haid

Published

on

waktu mandi wajib

Yakin Betul-Betul Suci? Ustazah Siti Aishah Kongsi Waktu Mandi Wajib Terbaik Selepas Haid

Memang perlu ke tunggu dara haid kering atau berhenti sehari semalam dahulu, baru boleh mula mandi wajib? Tidak boleh ke kalau terus mandi wajib sebaik sahaja darah berhenti? Persoalan-persoalan seperti ini sering bermain di fikiran kaum wanita khususnya sehingga hari ini. Secara umumnya, setiap wanita mempunyai kadar dan tempoh haid yang berbeza-beza sehinggakan ramai yang keliru bila mana haid datang tidak teratur. Artikel pada kali ini, kami akan berkongsi kepada anda waktu mandi wajib terbaik selepas haid dari sudut pandang Islam.

Penting tahu waktu mandi wajib terbaik untuk elak tanggung dosa terlepas ibadah

waktu mandi wajib

Dari perkongsian Ustazah Aishah Binti Rosli, seorang pandakwah bebas di Malaysia topik waktu mandi wajib dipilih berdasarkan kepentingannya dalam amal ibadah seseorang khususnya kaum wanita. Kita sebagai seorang wanita, perlu tahu beberapa perkara ini mengenai haid kita.

Pertama, bilangan bulanan haid yang datang setiap bulan. Contohnya, dalam masa tiga bulan yang terdahulu, tempoh kita datang haid dalam masa 7 ke 8 hari. Maka dalam masa 3 bulan itu juga maka kita tahulah bulan ini juga average time dan harinya 7 ke 8 hari. Selalunya ia tidak berubah, atau jarang sekali akan berubah.

Jadi bilakah waktu terbaik mandi wajib? Kadang-kadang bila kita rasa sudah keluar sedikit warna coklat, kita pun ambil keputusan untuk mandi. Selepas sahaja selesai mandi, kita terus solat seperti biasa misalnya solat zuhur. Kemudian, pada waktu asar tiba-tiba kita nampak lagi ada warna coklat. Jadi persoalannya adakah sah kita solat tadi?

Kenali jenis-jenis darah haid

waktu mandi wajib

Oleh yang demikian, kita perlu ambil tahu juga berkenaan dengan jenis-jenis darah wanita dalam haid. Ia diketegorikan dalam 5 jenis:

  • Warna hitam merah. Biasanya berlaku pada awal datang haid.
  • Warna  kemerahan. Berlaku pada pertengahan haid.
  • Warna coklat keperangan.
  • Warna coklat tetapi tidak perang.
  • Warna-warna pernghujung (keruh) di akhir haid.

Maka waktu mandi wajib terbaik sebenarnya adalah setelah sahaja keluar keputihan dari faraj. Keputihan yang dimaksudkan ini mestilah jernih. Ia juga tidak boleh mempunyai kesan merah, kuning, atau coklat pada farajnya.

Namun begitu, kadang kala keputihan boleh jadi tidak keluar pada pantyliner atau seluar dalam kita. Dalam situasi seperti ini, kita boleh amik tisu atau kapas lalu dimasukkan sedikit dekat bahagian luar. Kita tarik sedikit dan tengok, adakah warnanya sudah jernih dan bersih.

Ini berdasarkan hadis dari Saidatina Aisyah RA yang menceritakan bahawa wanita-wanita sahabat menghantarnya satu bekas kecil berisi kapas yang terdapat padanya kesan kuning dan keruh dari haid.

كَانَتْ النِّسَاءُ يَبْعَثْنَ إلَى عَائِشَةَ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهَا بِالدُّرْجَةِ فِيهَا الْكُرْسُفُ فِيهِ الصُّفْرَةُ مِنْ دَمِ الْحَيْضِ فَتَقُولُ لَا تَعْجَلْنَ حَتَّى تَرَيْنَ الْقَصَّةَ الْبَيْضَاءَ تُرِيدُ بِذَلِكَ الطُّهْرَ مِنْ الْحَيْضَةِ

Maksudnya: “Dahulu, para wanita datang menemui Aisyah RA dengan menunjukkan kain yang berisi kapas (yakni yang dimasukkan ke dalam faraj) yang padanya ada kesan kekuningan (kesan darah haid) lalu Aisyah berkata kepada mereka,

Lantas Saidatina Aishah menjawab:

“Janganlah kamu tergesa-gesa (untuk mandi dan bersolat) sehinggalah kamu melihat warna cecair putih pada kapas yang menunjukkan suci daripada darah haid.”

Jika warnanya sudah jernih dan bersih, barulah kita mandi wajib. Selesai mandi wajib, maka bolehlah kita terus melakukan ibadah-ibadah lain contohnya solat.

Jika masih ragu-ragu, ini tempoh kebiasaan haid

Menurut mazhab Syafi’e tempoh haid paling singkat adalah selama 1 hari 1 malam. Sedangkan yang paling lama adalah 15 hari 15 malam. Jika kita masih mengeluarkan kesan kecoklatan atau kekuningan dalam tempoh 15 hari itu, ia masih dikira sebagai haid.

Haid tidak tetap, cara membezakannya dengan darah istihadah?

Bagi sesetengah wanita yang mempunyai masalah haid tidak tetap, kebiasaannya mereka mempunyai tempoh masa datang haid yang berbeza-beza setiap bulan. Ia sedikit rumit untuk mengetahui waktu yang benar-benar mereka suci oleh kerana salah satu dari teknik untuk tahu waktu mandi wajib terbaik adalah kita peka dengan tempoh haid setiap bulan.

waktu mandi wajib

Namun begitu, ini adalah 4 ciri yang membezakan darah haid dengan istihadhah yang perlu diketahui oleh para wanita.

1. Warna

Umumnya, darah haid berwarna merah gelap. Berbeza dengan darah istihadhah berwarna merah segar (merah darah).

2. Kekentalan

Darah haid lebih kental manakala darah istihadhah lebih bersifat cair.

3. Bau

Bau darah haid hanyir manakala darah istihadhah biasanya tidak berbau.

4. Keadaan Darah

Keadaan darah haid umumnya bersifat lembap ketika ia keluar. Manakala darah istihadhah akan mengering kerana dari pembuluh darah.

Diharapkan sedikit perkongsian ini dapat memberikan kaum wanita di luar sana ilmu yang bermanfaat dan berguna. Pentingnya kita faham dan mendalami ilmu fiqh kewanitaan agar memudahkan kita melakukan amal ibadah dengan sempurna.

Sumber: Mingguan Wanita

Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Trending

2024 Majalah Ilmu © Hak Cipta Terpelihara.