Connect with us

Teknologi

“Bumi Diambang Malapetaka Dahsyat,” Elon Musk Buat Bahtera Nabi Nuh Dari Teknologi Canggih & Moden, Lebih 1,000 Starship Bawa Manusia “Terpilih” Ke Marikh

Published

on

elon musk buat bahtera nabi nuh

“Bumi Diambang Malapetaka Dahsyat,” Elon Musk Buat Bahtera Nabi Nuh Dari Teknologi Canggih & Moden, Lebih 1,000 Starship Bawa Manusia “Terpilih” Ke Marikh

Sebut sahaja Elon Musk, siapa yang tidak kenal dengan pengasas SpaceX merangkap CEO Tesla  yang penuh dengan idea gila tetapi masuk dek akal ini. Bagi masyarakat marhaen biasa, kita mungkin rasakan obesesi Elon Musk hanya sekadar kata-kata bukan realiti. Tetapi banyak pemikiran luar kotaknya yang menjadi kenyataan dan digunakan sehingga hari ini seperti roket guna semula (Falcon 9), giant ipad & solar car (Tesla), dan banyak lagi. Kali ini Elon Musk buat bahtera Nabi Nuh dengan rekaan super moden demi merealisasikan impiannya.

Takut kiamat atau kerana kepentingan tertentu? Elon Musk buat bahtera Nabi Nuh

elon musk buat bahtera nabi nuh

Berkongsi di laman sosialnya baru-baru ini, tweet tentang Elon Musk buat bahtera Nabi Nuh bukanlah sesuatu yang main-main. Roket yang diberi nama “Future Noah’s Ark” ini diinspirasikan daripada kisah Nabi Nuh sendiri yang berjaya mengharungi banjir besar di dunia ketika itu. Impiannya hanya satu iaitu untuk bawa tamadun manusia terpilih dari bumi ke marikh lalu membina bandar berdikari dengan komuniti haiwan, manusia, dan tumbuhan hampir tiada beza dengan bumi.

“Matlamat utama adalah untuk menjadikan kehidupan berbilang planet dan membolehkan manusia menjadi tamadun pengembaraan angkasa lepas,” kata Musk ketika ditemu bual oleh Majalah Time.

Dalam masa yang sama, ura-ura bahawa Elon Musk buat bahtera Nabi Nuh kerana tanda-tanda pengakhiran bumi tidak disangkal sama sekali. Dia yakin akan berlaku rentetan bencana dan malapetaka yang amat dahsyat tidak lama lagi.

Jika kita semak perbualannya dengan pihak media beberapa tahun kebelakangan ini, topik manusia ke marikh sering dilontarkannya berulang-ulang kali tanpa segan silu dan berselindung. Dengan keadaan sumber bumi yang semakin berkurang dan perubahan iklim yang ketara serta tidak menentu, ini sudah tentu akan memburukkan lagi keadaan manusia yang hidup.

elon musk buat bahtera nabi nuh

1000+ buah Starship untuk bawa manusia dan kargo ke bulan

“Bina 1000+ kapal angkasa untuk mengangkut kehidupan ke Marikh. Pada asasnya, Bahtera Nuh (sangat) moden.”

Dalam diam-diam, SpaceX kini dalam perancangan untuk membangunkan Starship yang berfungsi untuk bawa manusia dan kargo ke bulan, marikh, dan beberapa planet lain. Secara khasnya, kenderaan ini terdiri daripada dua elemen asas iaitu penggalak peringkat pertama yang dipanggil Super Heavy dan kapal angkasa peringkat atas yang dikenali sebagai Starship.

 

Kenderaan ini juga akan diperkuatkan lagi dengan pembinaan teknologi enjin baru yang dikenali sebagai Raptor. Dengan kebolehan untuk diguna semula, dia berkata kos untuk program-program penjelajahan angkasa akan dapat dikurangkan.

Idea Elon Musk ini telah mendapat perhatian NASA. Mereka merancang untuk menggunakan teknologi kenderaan Musk bagi program Artemis, iaitu sebuah program untuk hantar manusia ke bulan sekali lagi dalam beberapa tahun mendatang.

Saintis ejek idea “paranoid” Elon Musk bawa manusia tinggal di marikh

Para saintis berpendapat idea Musk sangat berlebihan dan bersifat paranoid. Walaupun ia tidak mustahil dengan kajian, teknologi, dan penyelidikan, tetapi impian tersebut amat sukar dicapai dan mengambil masa berabad-abad untuk menjadi realiti.

Dari sudut pandang Roger Wiens, seorang saintis yang berpangkalan di Los Alamos, New Mexico, berkata planet marikh yang mempunyai atmosfera CO2 mungkin hanya boleh dijadikan tempat untuk menanam tumbuhan tetapi tumbuhan mesti hangat dan disiram.

Manakala marikh sebagai tempat pembiakan dan penternakan haiwan mungkin sedikit mustahil kerana haiwan memerlukan oksigen untuk bernafas dan terus hidup. Manusia mungkin boleh beradaptasi dengan cara menggunakan sistem pernafasan oksigen baru tetapi haiwan sudah tentu sukar menyesuaikan diri dengan sistem berkenaan.

Sejauh mana impian ini boleh menjadi realiti, ia masih menjadi tanda tanya besar untuk masyarakat dunia. Namun melihat pada perkembangan sains dan teknologi yang pesat, ianya mungkin tidak mustahil.

Sumber: Gadgetsnow.com

Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Trending

2024 Majalah Ilmu © Hak Cipta Terpelihara.