Pendidikan
‘INKIFLUX’-inovasi dakwat dari Minyak Masak terpakai oleh 2 pelajar Sabah

‘INKIFLUX’-inovasi dakwat dari Minyak Masak terpakai oleh 2 pelajar Sabah
Ciptaan inovasi dua pelajar tingkatan empat aliran sains dari Sekolah Menengah St Micheal, Penampang Sabah, Dyna Anne Charles Tami dan Germaine Amisha Alvin iaitu produk inovasi dakwat bernama ‘INKIFLUX’ dari minyak masak terpakai. Mereka meraih anugerah ‘Best of The Best Award’ di Perlis International Engineering Invention & Innovation Exhibition 2024 (Pi-ENVEX) di Universiti Malaysia Perlis (UniMAP). Produk ciptaan mereka menerima pujian juri profesional dan dianggap antara yang terbaik daripada 206 produk yang dipertandingkan.
Dyna Anne dan Germaine menjelaskan bahawa idea untuk mencipta INKIFLUX timbul apabila mereka ingin mengurangkan pencemaran air dan alam sekitar akibat daripada minyak masak terpakai. Proses pembuatan dakwat ini melibatkan pencampuran bahan asli seperti getah Arab, alkohol, lesitin soya, air, dan pigmentasi dalam satu alat separa manual yang mereka cipta sendiri. Hasilnya adalah dua dakwat berwarna hitam dan biru yang selamat digunakan, terutama untuk kertas dan kanvas.
Menurut Dyna Anne, mereka menganggar kira-kira dua bulan untuk mencipta INKIFLUX dengan bimbingan tiga guru mereka. Proses pembuatan produk ini dimulai sejak awal November tahun sebelumnya dengan anggaran kos sebanyak RM85. Kedua-dua pelajar ini menerima wang tunai sebanyak RM1,000 berserta plak dan sijil penghargaan atas pencapaian mereka.
Pi-ENVEX 2024 berlangsung selama tiga hari bermula pada 26 April dan turut dihadiri oleh pelajar dari 11 negara termasuk Vietnam, Romania, Jerman, Arab Saudi, dan Korea Selatan. Guru SM St Michael, Cyprian Rian Jokinol, menyatakan bahawa program seperti Pi-ENVEX adalah penting kerana mampu mencungkil bakat pelajar dalam mengetengahkan projek inovatif, sekaligus melahirkan penyelidik yang berkualiti. Beliau berharap program ini akan diteruskan pada masa akan datang untuk memberi lebih banyak peluang kepada pelajar untuk berkembang dan berkongsi idea.
- Resepi Viral5 years ago
10 Resepi Ayam Berkuah Hidangan Menarik Ditengah hari
- Keluarga5 years ago
Sering kali Anak Sulung Selalu Kena Marah Tapi Sebenarnya Paling Istimewa Di Hati Ibu Ayah
- AGAMA5 years ago
Cara Senang Hafal Surah Al- Khafi Ayat 1 Hingga 10.
- AGAMA6 years ago
Satu-satunya manusia yang bukan nabi, bukan pula Rasul, tapi kisah hidupnya diabadikan dalam Qur’an
- AGAMA6 years ago
Satu kuku panjang ibarat bela sekandang b4bi? Inilah dosa bela kuku panjang
- AGAMA5 years ago
Cara Meruqyah Anak Yang Malas Untuk Belajar
- AGAMA5 years ago
Nafkah untuk isteri tak termasuk keperluan barang dapur, Para suami kena ingat dan Wajib tahu.
- AGAMA6 years ago
5 doa yang buat rezeki anda datang dari arah tak disangka, lancar dan berkah