Connect with us

Pendidikan

Dua Pelajar UiTM Memperoleh Pencapaian Terbaik dalam Peperiksaan ACCA

Avatar of farhan nizam

Published

on

UiTM

Dua Pelajar UiTM Memperoleh Pencapaian Terbaik dalam Peperiksaan ACCA

UiTM

Dua pelajar dari Universiti Teknologi Mara (UiTM) meraih prestasi cemerlang dalam peperiksaan Association of Chartered Certified Accountants (ACCA). Muhammad Fawwaz Mohammad Masrin dan Nur Ilhan Nurina Mohd Oslan mencatat sejarah dengan menjadi yang terbaik di Malaysia dan mengukir nama di peringkat global. Kedua-dua pelajar ini telah mengukuhkan kedudukan UiTM sebagai pusat pendidikan unggul dalam bidang perakaunan.

Fawwaz dari Universiti Teknologi Mara Cawangan Perak, Kampus Tapah, menempatkan dirinya di tempat pertama di Malaysia dan kedua di dunia dalam subjek ‘Management Information’ sementara Nur Ilhan dari Universiti Teknologi Mara Shah Alam meraih tempat pertama di Malaysia dan kedua di dunia dalam subjek ‘Audit Assurance’.

UiTM

 

Kejayaan mereka bukan sekadar membawa kebanggaan kepada seluruh warga UiTM, tetapi juga kepada Malaysia. UiTM menyambut kejayaan ini dengan harapan bahwa ia akan menjadi inspirasi bagi semua mahasiswa untuk mencapai keunggulan dalam pelajaran mereka.

Sebelum ini, Lim Hui Ning dan Jeevanandini R Karunagaran juga menjadi pelajar Malaysia yang berjaya ke pada peringkat global dalam peperiksaan ACCA pada tahun 2023, menunjukkan keunggulan pendidikan Malaysia di peringkat antarabangsa.

UiTM

ACCA, singkatan bagi Association of Chartered Certified Accountants, adalah badan perakaunan bertaraf dunia yang menetapkan standard kecemerlangan dalam profesion perakaunan. Setiap tahun, pelajar di seluruh dunia mengambil peperiksaan ACCA untuk mendapatkan pengiktirafan sebagai akauntan bertauliah. Keadaan ini menunjukkan bahawa ACCA adalah antara peperiksaan terpilih dan paling mencabar di dunia.

Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Trending

2024 Majalah Ilmu © Hak Cipta Terpelihara.