Connect with us

Teknologi

Selalu Sangat Kena “Add” Dalam Group Pelik-Pelik? Guna Tips Block Orang Di Telegram Elak Jadi Mangsa “Scam” Luar Negara

Avatar of hannani juhari

Published

on

block orang di telegram

Teknologi komunikasi hari ini sudah berkembang pesat dan mampu memberi kebaikan dalam banyak perkara. Yang jauh beribu batu pun boleh saling berhubung dengan hanya menggunakan aplikasi percuma dalam telefon pintar kita seperti Telegram dan Whatsapp. Dua aplikasi ini menjadi pilihan oleh kerana ia memberi ciri-ciri yang tersendiri dan unik dalam komunikasi sehari-hari. Ia juga boleh digunakan sama ada dalam urusan peribadi atau urusan kerja. Namun begitu, seiringnya kecanggihan teknologi, kita juga tidak boleh lari dengan masalah “bug” atau sebagainya. Anda sendiri pernah atau tidak mengalami masalah di “add” dalam group chat ketika menggunakan Telegram atau Whatsapp dengan individu yang tidak dikenali? Jika pernah, ini adalah tips berkesan untuk block orang yang tidak dikenali dalam Telegram dan Whatsapp.

Fungsi group chat dalam Telegram & Whataspp

Kebanyakan pengguna yang menggunakan aplikasi perbualan mempunyai kumpulan perbualan atau dipanggil “group chat” mereka sendiri sama ada bersama ahli keluarga, rakan-rakan, atau rakan sekerja. Tetapi dalam masa yang sama juga khususnya Telegram, kita sering di “add” dengan sendiri ke dalam group pelik yang berunsurkan judi, pelaburan, forex, spam, dan sebagainya. Inilah yang menjadi masalah yang leceh bila mana anda perlu semak satu-satu group dan keluar dari group tersebut. Tetapi jangan risau, adanya cara block orang di Telegram dan Whatsapp ini boleh memudahkan kerja anda.

Langkah-langah block orang di Telegram

block orang di telegram

  1. Perkara pertama yang perlu dibuat adalah, buka aplikasi Telegram di peranti anda.
  2. Pergi ke bahagian “Setting” dan kemudian klik “Privacy and Security”.
  3. Anda akan nampak paparan seperti ini, lalu klik “Group & Channels”.
  4. Seterusnya, anda perlu tukarkan tetapan daripada Everybody kepada My Contact. Dengan cara block orang di Telegram ini tiada lagi individu yang tidak dikenali dibenarkan untuk “add” anda masuk ke group yang pelk-pelik ikut sesuka hati mereka.

Langkah-langkah block orang di Whatsapp

block orang di telegram

  1. Perkara pertama yang perlu dibuat adalah, buka aplikasi Whatsapp di peranti anda.
  2. Pergi ke bahagian “Setting” dan klik “Account”.
  3. Seterusnya, klik “Privacy”.
  4. Setelah itu anda akan ke paparan ini, lalu klik “Status”.
  5. Kemudian, anda perlu tukar tetapan daripada Everybody kepada My Contact. Namun begitu, jika terlalu ramai kenalan yang melibatkan pelbagai urusan kerja, boleh juga pilih “My Contats Except” untuk anda tapis hanya kenalan tertentu sahaja yang dibenarkan akses berkenaan.

Mudahkan! Diharapkan perkongsian ini dapat memberikan anda semua informasi yang bermanfaat untuk dipraktikkan dalam kehidupan seharian, dan dikongsi bersama orang lain. Jika kita bijak untuk menggunakan teknologi, pastikan kita juga bijak untuk mengawalnya daripada dicerobohi oleh orang lain.

Sumber: CNN Indonesia

Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Trending

2024 Majalah Ilmu © Hak Cipta Terpelihara.